You are on page 1of 25

GURU BERKUALITI – KUASAI KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

Tema perayaan Hari Guru tahun ini ialah `Guru berkualiti aspirasi negara’
merupakan rentetan tema-tema lalu yang menjadi pendorong dan motivasi bagi
setiap warga pendidik dalam meneruskan agenda Falsafah Pendidikan Negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan guru berkualiti? Apakah penekanan yang patut
dilakukan dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan berdaya saing?

Kenyataan yang dibuat oleh Holmes Group mengatakan kita tidak boleh
meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah tanpa memperbaiki kualiti guru,
membuktikan betapa beratnya tugas dan tanggungjawab seseorang guru bagi
meningkatkan kualiti dan prestasi sesebuah sekolah.
Guru adalah arkitek sosial yang mempunyai agenda melaksanakan proses
pendidikan secara berkesan bagi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri,
berilmu dan bertakwa.
Dalam proses membina agenda negara ini, guru seharusnya berjiwa besar dan
mampan kerana tugas ini adalah sangat kompleks dan mencabar warga guru.
Tanpa guru yang berkualiti, adalah sukar untuk menjayakan sebarang
pembangunan dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan.
Guru-guru juga mesti sedar betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.
Jadi, hasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti mestilah dilakukan dengan cara
yang bersungguh-sungguh seperti menghantar guru menyertai seminar, forum,
pembentangan kertas kerja dan lain-lain program baik di peringkat kebangsaan
mahupun antarabangsa.
Kementerian Pendidikan juga seharusnya mempunyai wawasan dan
berkeupayaan tinggi dalam menghasilkan produk-produk guru yang
berkemampuan dan berkualiti.
Dengan adanya guru-guru yang berkualiti, ia merupakan aset yang penting
kepada sesebuah negara dan menjadi aspirasi ke arah melahirkan pelajar yang
cemerlang, menepati hasrat negara bagi mewujudkan sebuah negara yang maju
menjelang 2020.
Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta
mereaisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri
mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Salah satu strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti ialah dengan
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran dan terkini


yang berkesan serta menarik minat pelajar. Dengan ini, pelajar berasa seronok,
bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan
kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi mereka serta dapat melakukan
aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.
Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.

Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan negara.
Kajian diperlukan bagi meninjau kompetensi guru-guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar serta
meningkatkan keupayaan mereka menangani cabaran serta perubahan yang
pesat dalam dunia pendidikan negara.
Untuk melahirkan guru berkualiti, mereka mestilah diberikan peluang seluas-
luasnya untuk meningkat dan mengubah dir mereka ke arah yang lebih positif
terhadap kualiti kerja seperti melanjutkan pelajaran dalam bidang yang menjadi
kepakaran mereka.
Sikap positif terhadap kualiti kerja ini perlu dibentuk semoga usaha meningkatkan
kualiti akan menjadi budaya kerja.
Dewasa ini, kejutan dan ancaman perubahan bukan lagi merupakan satu
kemungkinan yang masih jauh. Sebaiknya, ia adalah satu realiti yang nyata.
Semakin hari, kejutan perubahan mencabar kejituan masyarakat dan negara.
Oleh itu, keperluan kepada guru berkualiti adalah merupakan pembentukan
penting bagi melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi aspirasi negara kita.
KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN
1. Memberi bantuan klinikal
Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu
pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang
boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak
sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya.
Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu
kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.
2. Merancang pengajaran
Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai
utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg
teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan
seperti yg dirancang.
3. Melaksanakan pengajaran
Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan
keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini
akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.
4. Pengurusan bilik darjah
Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan
selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar.
Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.
5. Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk
catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru,
ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian
pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat
digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.
6. Menyayangi pelajar
Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang
dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi
sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru
melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.
Sumber : Petikan daripada Majalah Pendidik.
CIRI-CIRI GURU YANG BAIK PADA PANDANGAN PELAJAR
“…bukan saja boleh menyampaikan isi pelajaran dengan baik tetapi juga dapat
memahami kami sebagai individu, sentiasa disenangi dan mudah dibawa
berbincang”
“ …mereka mestilah boleh kami dekati tanpa rasa takut dan segan”
“…mestilah seorang yang berdedikasi dan tidak kedekut ilmu, tidak terlalu serius
dan boleh menyelitkan unsur-unsur humor”
“ …kreatif ketika menyampaikan pelajaran. Menyampaikan sesuatu yang sukar
dengan cara yang menarik dan mudah difahami”
“ …ikhlas dan sabar ketika mengajar terutamanya kepada murid-murid yang
lemah”
“…mengkritik dan menyindir dengan tujuan memberi kesedaran dan motivasi”
“…sentiasa berusaha menambah ilmu, memperbaharui diri mengikut peredaran
masa”
“…tidak harus putus asa. Segera menegur dan membetulkan kesalahan”
“…tidak berat sebelah (pilih kasih) dan prihatin terhadap kebolehan dan
kemampuan pelajar”
PERWATAKAN GURU YANG BERKUALITI
1. Menunjukkan minat
2. Mahir dalam bidangnya
3. Bijak mengurus
4. Mengajar dengan berkesan
5. Menunjukkan sikap yang baik
6. Wujudkan pengurusan kelas yang berjaya
7. Merancang waktu mengajar
8. Mengekalkan hubungan yang baik
9. Komunikasi yang berkesan
10. Memiliki kemahiran untuk bertanya
11. Memiliki pelbagai teknik mengajar
12. Membina kejayaan pelajar
13. Memiliki harapan yang tinggi
14. Mewujudkan suasana yang selesa
15. Mengamalkan kelonggaran
Terjemahan daripada: Admirable Teaching Trait (Robert E.Glenn)
GURU BERKESAN
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul
Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

PENGURUSAN BILIK DARJAH UNTUK PENGAJARAN BERKESAN


Ditulis oleh ALIMUDDIN MOHD DOM
BILIK darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini, warga
pendidikan menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik menjadi
idaman guru kerana ia membolehkan pelajar mengikuti pengajaran dengan
mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika
berada di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah pelajar yang ramai
bilangannya, memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan
masa yang terhad.
Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan
pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh
terlalu banyak memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan sederhana saja
sehingga mengabaikan pelajar yang cerdas.
Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pelajar yang
cerdas sehingga pelajar lain terabai.
Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan
berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan
elektrik atau cuaca yang tidak menentu.
Sumber : Pendidik Nov 2008
P&P LUAR KELAS PUPUK MINAT PELAJAR
Ditulis oleh KAMDI KAMIL
PELAJAR akan cepat bosan apabila sentiasa berada dalam kelas dan ia adalah
cabaran kepada guru dan sekolah untuk mengekalkan minat pelajar supaya setia
berada dalam kelas hingga tamat sesi persekolahan setiap hari.
Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Megah Ria, Johor Bahru, warga
pengurusan sekolah mempunyai idea tersendiri untuk mengelak rasa bosan
pelajar dalam bilik darjah.
Guru sekolah itu kemudian tampil dengan konsep Pendidikan Luar Bilik Darjah
Secara Bermodul yang menggunakan pedagogi lebih aktif yang memerlukan
pembabitan pelajar.
Konsep ini memenangi Anugerah Guru Inovatif Berkumpulan Hari Guru 2005.
Pendidikan Luar Bilik Darjah Secara Bermodul adalah satu usaha pengajaran dan
pembelajaran semua matapelajaran menggunakan bahan sebenar atau alam
sekitar. Program ini dilaksanakan melalui pendekatan pengurusan alam sekitar
yang akan diterapkan melalui kaedah pengurusan alam sekitar.
Program ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan dengan pelajar,
guru dan warga sekolah boleh melakukan pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan modul yang disediakan.
Stesen pembelajaran di luar bilik darjah alam sekitar diwujudkan bagi mencapai
beberapa objektif dan antaranya ialah menghilangkan kebosanan pelajar
sepanjang hari duduk di bilik darjah selain meningkatkan keceriaan sekolah
sebagai satu tempat yang kondusif.
Sumber : Pendidik Nov 2008

P&P BERJAYA BENTUK GENERASI MAHIR, TERAMPIL


Oleh Rosniza Mohd Taha
TEKNIK pengajaran dan pembelajaran (P&P) berfokus murid seperti diamalkan
negara maju termasuk Amerika Syarikat terbukti berjaya menghasilkan pelajar
berkemahiran dan berketerampilan.
Antaranya Project Based Learning (PBL) yang memberi peluang murid
menyediakan bahan P&P berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran termasuk
aplikasinya dalam kehidupan harian serta menggunakan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pendidikan Bestari, Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran, Rosland Hussein, menyifatkan PBL
sebagai teknik P&P wajar diperluaskan penggunaannya di negara ini kerana ia
mampu mengubah budaya menyalin nota kepada penganalisaan maklumat.
Usaha di peringkat kementerian bagi merealisasikan hasrat itu, katanya,
dilaksanakan dengan menghantar sepasukan pegawai dari BTP mendalami
tatacara pelaksanaan PBL di High Tech High, San Diego, California, Amerika
Syarikat pada Jun tahun lalu.
Susulan itu, katanya, teknik PBL diperkenalkan secara rintis di enam sekolah
sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mulai Julai lalu membabitkan
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK
Setiawangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, SMK Seri Permaisuri
dan SMK Lelaki (L) Methodist.
“Selama ini guru bersusah payah menyediakan bahan P&P dan apabila sesi
pembelajaran murid sekadar menyalin atau mendapatkan salinan nota yang
disediakan.
“Menerusi PBL, pelajar diberi peluang mengambil alih peranan guru ini apabila
mereka dikehendaki menyediakan P&P menggunakan kemahiran dan program ICT
sebelum membentangkannya dalam kelas.
“Projek yang membabitkan banyak proses dan aplikasi kemahiran ini harus
dikembangkan kepada sekolah lain kerana ia memberi faedah kepada pelajar
termasuk menerusi proses carian Internet, membangunkan nota multimedia serta
menggunakan perisian grafik,” katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan
PBL peringkat WPKL 2008, baru-baru ini.
SK Seri Bintang Selatan menjuarai kategori Sekolah Rendah menerusi projek
berjudul Water Cycle (Sains), manakala SMK (L) Methodist kategori Sekolah
Menengah menerusi topik Forces and Motion (Fizik).
Sementara itu, Penolong Pengarah BTP Negeri WPKL, Mohd Sanusi Saseetharan
Abdullah, berkata hasil pemantauan di enam sekolah rintis berkenaan
menunjukkan ia memberi manfaat dalam menyediakan pelajar menghadapi abad
ke-21.
Katanya, antaranya meningkatkan kemahiran komunikasi, memberi keyakinan
membuat pengucapan awam, semangat kerjasama kumpulan, mempertingkatkan
penguasaan kemahiran bahasa Inggeris serta memahami sesuatu perkara secara
pengalaman dan bukan sekadar teori saja.
“PBL berupaya menyediakan pelajar menghadapi masa depan berasaskan
maklumat dan teknologi menerusi kemahiran asas dan digital diperoleh
menerusinya termasuk kemahiran perancangan, berfikiran kritikal, penaakulan,
kreativiti, pemahaman visual dan membuat keputusan serta mengenal pasti
teknologi sesuai untuk sesuatu tugasan,” katanya.
Sumber : Berita Harian 20/11/2008

GABUNGAN ICT DAN P&P GIAT MINAT PELAJAR

menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai
ilmu dan keterampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Maka, pembabitan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan
ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras
utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang
untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Penggabungan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran
dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam
mengintegrasikan ICT terbabit dalam semua peringkat proses pembelajaran
bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi
P&P.
Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar
dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan
teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah
kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabung jalin bersama kaedah
pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada
aktiviti P&P.
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif
yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Sumber : Majalah Pendidik Dis.2008

KELAS KONDUSIF TAMBAH KEBERKESANAN PEDAGOGI


Ditulis oleh ALIMUDDIN MOHD DOM
BILIK darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di bilik inilah
mereka menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria
dan menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan pelajar mengikuti
pengajaran guru dengan mudah dan berkesan.
Guru biasanya berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu
untuk menangani kerenah pelajar yang ramai bilangannya, memastikan matlamat
pengajarannya tercapai dan masa yang terhad.
Selain itu, guru perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan
pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan. Mereka tidak boleh terlalu
banyak memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan sederhana sahaja
sehingga mengabaikan pelajar yang cerdas. Demikian juga sebaliknya tidak
seharusnya hanya menumpukan kepada pelajar yang cerdas sehingga pelajar lain
terabai.
Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan
berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan
elektrik atau cuaca yang tidak menentu.
Gangguan di bilik darjah boleh berlaku pada bila-bila masa. Misalnya, kebisingan
yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah, pelajar yang kerap keluar masuk kelas tanpa keperluan dan pelaksanaan
aktiviti sekolah yang mendadak dan tidak dirancang sehingga menjejaskan
pengajaran guru.
Sumber : Majalah Pendidik Jan 2009

PEMANTAUAN BERKESAN TINGKAT PRESTASI SEKOLAH


Ditulis oleh BADRUNHISHAM DAHALAN
MODAL insan adalah komponen utama dan terpenting dalam menentukan
keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Bagi organisasi dan
institusi pendidikan seperti sekolah, modal insannya ialah pengetua atau guru
besar, guru, kakitangan dan pelajar.
Di sekolah, pengetua atau guru besar diamanahkan untuk menguruskan modal
insan. Ini adalah satu bidang yang amat kompleks kerana setiap manusia dianggap
sebagai individu yang berlainan. Namun, kehebatan pengurusan modal insan akan
memungkinkan perbezaan individu dapat diminimumkan dan diselaraskan melalui
kehebatan pengurusan pengetua atau guru besar sebagai pentadbir dan
pemimpin di sekolah masing-masing.
Dalam hal ini, setiap warga sekolah, sama ada pengetua, guru besar, guru,
kakitangan, pelajar mahu pun ibu bapa pelajar, wajar mengetahui, memahami,
beriltizam, dan bekerjasama ke arah pencapaian wawasan dan misi sekolah.
Misalnya, wawasan dan misi sekolah ialah Kecemerlangan 100 Peratus Akademik
– Kokurikulum-Disiplin. Kehebatan pengurusan pengetua atau guru besar ialah
untuk menggerakkan tindakan ke arah pencapaian itu secara kolektif.
Oleh itu, antara aspek pengurusan yang dianggap penting dan perlu diberi fokus
oleh pengetua dan guru besar ialah pemantauan yang berkesan pada peringkat
sekolah. Sehubungan itu, beberapa perkara berkaitan seperti takrifan dan konsep
pemantauan berkesan harus difahami pengurus sekolah untuk merancang
tindakan ke arah pencapaian kecemerlangan yang disasarkan dalam wawasan dan
misi sekolah.
Sumber : Majalah Pendidik Jan. 2008

 ANIMASI BANTU CERAPAN INGATAN PELAJAR


Ditulis oleh Syahrul Nizam Junaini
SEJAK beberapa dekad lalu, perkembangan pesat teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) mengubah kehidupan manusia. Aspek pendidikan turut merasa
tempias perkembangan ICT dan ini termasuk teknologi animasi. Kehebatan
teknologi animasi membolehkan proses interaksi dalam bilik darjah dilakukan
dalam bentuk yang lebih efisien, efektif dan interaktif.
Di dalam proses pembelajaran dan pembelajaran (P&P), penggunaan gambar, rajah
atau imej yang tepat adalah sangat penting. Hal ini bagi memastikan pelajar benar-
benar dapat ‘melihat’ satusatu teori. Penggunaan animasi dalam menyampaikan
maklumat menepati pendekatan belajar melalui melihat. Ia menggabungkan grafik
dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar.
Proses memahami sesuatu konsep sukar akan dapat dimudahkan dengan bantuan
animasi. Ia bertindak sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingat
sesuatu prinsip, sistem atau teori. Dengan mengaplikasikan animasi dalam
pembelajaran, pelajar dihidangkan dengan senario pembelajaran yang lebih
menarik dan memberangsangkan.
Dalam bidang berkaitan teknologi pengajaran dan pedagogi, animasi turut
digunakan untuk menghasilkan ilustrasi bagi topik tertentu. Ia berperanan
memperkukuh proses pengajaran di mana pensel dan kertas tidak mampu
memberikan kesan yang sama. Dalam kes ini, animasi boleh digunakan untuk
menghasilkan visual tertentu terutama dalam memperkenalkan konsep baru.
Sumber : Majalah Pendidik Mac 2009.

 Cg Narzuki Says:
April 7th, 2009 at 10:53 pm
TRANSFORMASI P&P
Guru perlu ubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi tingkat
kreativiti, perkembangan minda pelajar
PRESIDEN Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Must) merangkap Presiden
Persekutuan Akademi dan Persatuan Saintifik Asia (AASA), Tan Sri Dr Omar
Abdul Rahman, memberi pandangan mengenai transformasi kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang wajar dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar dalam
bidang sains. Ikuti pandangan beliau seperti yang disampaikan kepada wartawan
pendidikan Berita Harian, Rosniza Mohd Taha.
SEORANG rakan pernah menceritakan kepada saya mengenai anaknya dimarahi
guru kerana menghasilkan lukisan daun berwarna merah sedangkan sebenarnya
anak itu mendapat inspirasi berbuat demikian setelah melihat pokok puding di luar
kelasnya yang mempunyai ciri fizikal itu.
Kisah ini adalah contoh mudah bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) secara hafalan yang masih diamalkan secara meluas di negara ini boleh
membantutkan kreativiti dan perkembangan minda pelajar kerana mereka tidak
diberi peluang menjelas atau membincangkan pendapat mereka mengenai sesuatu
pengetahuan.
Ini kerana kaedah P&P secara hafalan ini hanya memerlukan pelajar mengingati
sebanyak mungkin pengetahuan atau maklumat yang dicurahkan guru tanpa
menekankan aspek kefahaman pelajar mengenai teori atau idea yang
diketengahkan.
Kaedah P&P yang kurang merangsang daya pemikiran pelajar inilah antara punca
bidang sains dianggap susah dan tidak menarik minat masyarakat negara ini
khususnya di kalangan pelajar.
Jika masalah asas ini tidak ditangani segera, pasti ia menyukarkan usaha kerajaan
mencapai sasaran nisbah 100 penyelidik, saintis dan jurutera dengan 10,000 tenaga
kerja tempatan menjelang 2020.
Antara penyelesaian boleh dilaksana bagi mengatasi masalah ini ialah melatih guru
mengamalkan kaedah P&P secara pertanyaan dan percubaan atau Inquiry Based
Learning (IBL) yang kini menjadi amalan di kebanyakan negara termasuk
Singapura, Turki dan Amerika Syarikat.
Saya berpeluang menyaksikan bagaimana kaedah P&P ini dilaksanakan ketika ia
dibentangkan sempena Perhimpunan Agung Kelapan AASA dan Persidangan
Antarabangsa Pendidikan Sains Asia Pasifik di Ankara, Turki, tahun lalu.
Menerusi IBL, guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan pemangkin bagi
pelajar membina kefahaman mengenai sesuatu teori sains berdasarkan contoh
kehidupan sebenar ditunjukkan kepada mereka.
Pendekatannya mudah, iaitu guru menunjukkan objek atau fenomena sebenar yang
wujud untuk dijadikan bahan eksperimen pelajar secara berkumpulan.
Sewaktu melakukan eksperimen, pelajar digalak mengetengahkan pendapat dan
berbincang mengenai pemahaman masing-masing sebelum guru menjelaskan
konsep sebenar.
Sebagai contoh, jika topik berkaitan kadar air diperlukan tumbuhan, guru boleh
membawa pelajar melawat kebun sayur terlebih dulu dan apabila pulang ke kelas,
diadakan perbincangan dengan pelajar mengenai isu itu.
Setiap pelajar diberi peluang mengemukakan pendapat masing-masing dengan
menyatakan rasional mereka berpendapat demikian dan tiada jawapan dianggap
salah atau betul.
Kemudian pelajar diberi peluang menjalankan eksperimen berkaitan topik itu
dengan bimbingan guru bagi membolehkan mereka mencari sendiri jawapan
sebenar kepada isu yang dibincangkan.
Amalan P&P seumpama ini lebih berkesan bagi membina kemahiran pemerhatian
dan analisis pelajar kerana mereka didedahkan contoh sedia ada dan diberi galakan
untuk menyuarakan pendapat.
Ia juga secara tidak langsung menyuntik semangat kerjasama dalam kumpulan
serta membiasakan pelajar dengan kemahiran menjalankan eksperimen.
Bagi memperluas IBL di negara ini, guru subjek sains di seluruh negara perlu
diberi latihan sewajarnya dan kepakaran ahli saintis juga boleh diguna pakai bagi
tujuan ini.
Pembabitan ahli saintis pula bukan untuk mengajar, sebaliknya membimbing guru
menjalankan eksperimen menggunakan objek, hidupan atau fenomena bagi
menyuntik minat pelajar dalam subjek itu.
Sumber : Berita Harian Online 07/04/2009

5 RAHSIA PowerPoint BERKESAN DALAM PEDAGOGI

DUNIA pendidikan hari ini semakin kompetetif. Bagi pendidik, kelainan yang
ditonjolkan ketika mengajar pasti mampu menarik perhatian pelajar. Bagi saya
yang mempunyai latar belakang dalam bidang reka bentuk multimedia, perkara
ini dilihat sebagai sangat signifikan.
Maka, setiap guru harus serius memikirkan perkara ini. Guru harus mencari teknik
dan kaedah terbaik bagi menghasilkan slaid yang bukan sekadar persembahan
biasa. Saya yakin anda memang menguasai bidang subjek masing-masing. Dengan
pengalaman mengajar, anda juga sudah hafal setiap butiran bagi apa yang hendak
diajar kepada murid. Namun, kelemahan menguasai teknik penyediaan dan
penyampaian slaid boleh menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Lima rahsia untuk memantapkan prestasi guru di bilik darjah akan saya kongsikan.
Perkara ini sangat mustahak bagi memasikan proses P&P lebih ceria dan
berkesan.
1. Tentukan kesesuaian fon
2. Fahami fungsi elemen grafik
3. Slaid ceria pelajar gembira
4. Kuasai teknik mengurus bilik darjah
5. Pelajari seni pidato
Sumber : Majalah Pendidik April 2009

HAPUSKAN MITOS LAMA PENGAJARAN BERKESAN


Ditulis oleh Anuar Ahmad
TAHUKAH anda terdapat tujuh mitos pengajaran berkesan yang sangat dipercayai
oleh kebanyakan guru. Malah di dalam latihan perguruan pun mitos ini diajarkan
sebagai ciri-ciri pengajaran yang berkesan. Tujuh mitos itu ialah:
• Mitos Satu: Hanya dendaan akan berjaya mengubah tingkah laku negatif pelajar
• Mitos Dua: Sentiasa memberi peringatan dan amaran akan mengubah tingkah
laku pelajar menjadi semakin baik.
• Mitos Tiga: Dengan menerangkan kepada pelajar mengapa sesuatu tingkah laku
itu buruk maka pelajar akan berhenti melakukan perbuatan itu.
• Mitos Empat: Sentiasa memberi pujian hanya akan merosakkan sikap pelajar
• Mitos Lima: Bila pelajar berjaya melakukan sesuatu buat pertama kalinya maka
mereka sudah boleh melakukan sendiri pada masa depan.
• Mitos Enam: Semua pelajar adalah sama. Jika seseorang pelajar boleh berjaya,
maka pelajar lain juga sepatutnya boleh berjaya.
• Mitos Tujuh: Pelajar yang gagal disebabkan mereka terlalu manja.
Bermula bulan ini, ruangan Bila Loceng Berbunyi akan menghuraikan setiap mitos
itu dengan harapan menjadi panduan tambahan kepada guru supaya pengajaran
kita menjadi lebih berkualiti dan memenuhi harapan pelajar. Sebagai guru, kita
sentiasa bercita-cita untuk melihat semua pelajar di bawah tanggungjawab kita
menjadi pelajar cemerlang. Sama ada kita sudah lama menjadi seorang guru atau
baru berkhidmat, cita-cita ini wujud di dalam hati semua guru.
Semasa latihan perguruan di maktab dan universiti dulu kita pernah didedahkan
dengan pelbagai petua untuk melaksanakan pengajaran yang cemerlang.
Bagaimanapun, perubahan di dalam kehidupan menyebabkan banyak perkara
perlu berubah khususnya mengenai cara kita untuk menghasilkan pengajaran
yang berkesan. Sebagai guru memang sukar untuk kita mengubah apa yang kita
amalkan selama ini. Sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan di dalam
beberapa jurnal penyelidikan berkaitan sikap pendidik yang sukar untuk
mengubah amalan pengajaran selepas lama berkhidmat. Malah semua orang
sebenarnya sukar untuk merubah rutin yang dilakukan dalan kehidupan harian
mereka. Tanyalah doktor, jurutera, ahli politik atau sesiapa sahaja, jawapannya
tentu akan sama sahaja, sukarnya untuk berubah.
Sumber : Majalah Pendidik April 2009

 P&P ONLINE ALTERNATIF TERBAIK GURU KERAP OUT-


STATION

PENGGUNAAN yang semakin meluas terhadap teknologi akses secara online


yang diperkenalkan di internet adalah berita baik yang perlu diterima setiap lapisan
pendidik terutama guru yang mengajar di sekolah.
Cerratto and Belisle mengatakan: “With the functionalities afforded by new
networked technologies, there is now the potential for students to share their
learning experiences with each other and also interact more dynamically with their
tutors”.
Selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan melalui Teras 2:
Membangunkan Modal Insan, guru diminta untuk bertindak secara proaktif dan
aktif dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada
pelajarnya dengan pelbagai kaedah berdasarkan kecerdasan pelbagai (multiple
intelligences) yang dimiliki pelajar. Ia bertujuan melahirkan modal insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran pada masa hadapan sesuai dengan kehendak
pasaran semasa.
Bagi memartabatkan profesion perguruan, guru sentiasa didedahkan dengan input
terkini dari semasa ke semasa. Pelbagai kursus dan peningkatan keilmuan
diberikan kepada guru untuk memastikan ilmu yang diberi akan disampaikan
kembali kepada pelajar demi mencapai matlamat membangunkan modal insan
yang cemerlang dan terbilang pada masa depan.
Bagaimanapun, pembabitan guru dalam kursus peningkatan keilmuan
profesionalisme, aktiviti luar kurikulum, aktiviti kokurikulum dan pelbagai aktiviti
rencam menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan sekolah dan bilik darjah
dalam satu jangka waktu tertentu.
Sumber : Majalah Pendidik Mei 2009

 nadira rashid Says:


June 21st, 2009 at 6:56 pm
salam…nk minta pandangan ttg soalan ni..BAGAIMANA SEORG GURU BLH
MENJALANKAN AKTIVITI P&P UTK MENCAPAI MATLAMAT
PENDIDIKAN NEGARA IAITU YG MENEKANKAN ASPEK PTUMBUHAN
MURID2 YG SEIMBANG DARI SEGI JERIS..tlg yer…

 KUGAN Says:
September 21st, 2009 at 10:51 pm
hi cikgu. saya seorang pelajar dari IPGM. saya ada sedikit masalah dalam tugasan
saya yang bertajuk…..
BAGAIMANAKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA YANG KONDUSIF BAGI AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
tolong bantu saya cikgu…..reply pada email saya….secepat mungkin……..terima
kasih

 Cg Narzuki Says:
September 22nd, 2009 at 7:48 am
Kugan,
Sila rujuk 2 artikel di ATAS sebagai panduan, iaitu :
1. PENGURUSAN BILIK DARJAH UNTUK PENGAJARAN BERKESAN
Ditulis oleh ALIMUDDIN MOHD DOM
2. KELAS KONDUSIF TAMBAH KEBERKESANAN PEDAGOGI
Ditulis oleh ALIMUDDIN MOHD DOM

 Cg Narzuki Says:
October 20th, 2009 at 12:57 am

GURU YANG BAIK DARI KACA MATA IBU BAPA


1. Guru yang benar-benar mengajar anak mereka
Guru yang dianggap baik oleh ibu bapa ialah guru yang benar-benar mengajar anak
mereka, bukannya guru yang mengajar mata pelajaran atau sesuatu subjek semata-
mata. Dengan perkataan lain, guru perlu mengutamakan tugas untuk mengajar
anak muridnya, kemudian barulah mengajar subjek yang diperlukan oleh anak
muridnya itu. Seseorang guru tidak akan mengajar anak muridnya sekiranya dia
tidak mengenali mereka iaitu sikap, latarbelakang keluarga, kegemaran, cita-cita,
kelemahannya, potensinya dan sebagainya. Mengajar sesuatu subjek dalam bidang
kepakaran guru memang senang, tetapi untuk menjadi guru bagi pelajar yang ingin
pelajar yang ingin belajar subjek yang kita ajar, tidak semudah itu.
Ibu bapa menganggap bahawa guru yang baik itu tentu dapat mengenal pasti
keupayaan seseorang anak muridnya. Dia juga perlu tahu had keupayaan itu dan
tidak membuat sesuatu yang kurang atau melebihi had keupayaan tersebut. Guru
mengambil berat dan perihatin terhadap anak-anak muridnya sebagai seseorang
manusia, dan turut mengambil berat tentang masa depan mereka.Kebanyakan ibu
bapa menganggap guru yang bersikap sedemikian sebagai super teacher.

2. Guru mengenali anak mereka


Sesetengah sekolah megadakan majlis jamuan terbuka pada hari pendaftaran dan
menganjurkan pelbagai program untuk pelajar baru dan lama dengan menjemput
ibu bapa. Sekiranya pihak sekolah dapat mengambil kesempatan ini untuk
menjalinkan hubungan yang mesra antara guru dengan ibu bapa, maka mereka
akan membuat tanggapan awal bahawa guru-guru di sekolah tersebut sebagai guru
yang cemerlang dan akan membimbing anak-anak mereka dengan baik. Ibu bapa
akan memandang tinggi guru-guru yang mempunyai ilmu yang mendalam dalam
bidangnya. Di samping itu, mereka juga sering membuat andaian bahawa
sekiranya anda tidak mengenali anak mereka, anda sebenarnya lebih banyak
temberang!
Ibu bapa juga menganggap seseorang guru itu berwibawa sekiranya dia dapat
berkongsi pendapat mengenai maklumat berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan
akademik, sosial dan perkembangan emosi kanak-kanak. Guru yang baik akan
sentiasa mengemaskinikan ilmunya tentang perkara-perkara tersebut.
3. Maklumat daripada pelajar
Perasaan da tanggapan ibu bapa apabila berinteraksi dengan guru bagi pertama kali
adalah sangat penting. Ibu bapa akan bercakap dengan rakan ibu bapa yang lain
tentang guru itu. Malahan, terdapat ramai ibu bapa yang mendapat tanggapan
mengenai seseorang guru hanya melalui gambaran yang diberikan oleh kanak-
kanak mereka. Oleh itu, sikap guru ketika berinteraksi dengan para pelajar di
dalam kelas juga mungkin akan dinilai oleh ibu bapa, iaitu sama ada sebagai guru
yang garang, membosankan, bersopan, bijak, dan sebagainya, menurut gambaran
yang diberikan oleh anaknya. Antara soalan yang sering diajukan oelh ibu bapa
kepada kanak-kanak mereka untuk mengesan sikap seseorang guru adalah seperti
berikut:
Kamu belajar apa di sekolah hari ini?
Guru buat apa sekiranya pelajar bising?
Apakah tindakan guru terhadap pelajar yang tidak memberikan perhatian?
Ada guru beri kerja rumah hari ini?
Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa tanggapan awal atau tanggapan
pertama itu tidak semestinya menggambarkan keadaan yang sebenar mengenai
seseorang. Guru yang baik juga ada kalanya menonjolkan beberapa kelemahan
pada masa-masa tertentu kerana sifat manusia yang tidak sempurna. Namun, guru
yang bijak akan dapat mengesan kelemahannya sendiri dan tidak menunjukkan
kelemahan itu kepada pelajar-pelajarnya atau lebih baik lagi, dia tahu bagaimana
hendak menggunakan kelemahannya itu untuk kebaikan pelajar pula! Di samping
itu, dia perlu sedar bahawa pelajar juga ada kelemahan diri masing-masing dan
tidak bersifat sempurna.
4. Guru bukan faktor utama
Ibu bapa perlu mendapat penjelasan bahawa guru bukanlah satu-satunya faktor
yang menentukan kejayaan anaknya dalam hidup. Misalnya, faktor ibu bapa, rakan
sebaya, dan persekitarannya juga memainkan peranan yang penting. Sekiranya
faktor guru yang baik sahaja yang menentukan kejayaan seseorang, maka semua
pelajar yang diajar oleh seseorang guru yang baik itu akan menjadi manusia yang
berjaya dan semua ibu bapa akan berebut-rebut untuk meletakkan anak-anak
mereka sebagai anak murid guru itu. Tetapi keadaan yang sebenarnya tidak
sedemikian. oleh itu, apabila mempunyai peluang untuk memberi pandangan, guru
perlu menjelaskan kepada ibu bapa tentang keadaan ini. Sekiranya guru dapat
memberikan penjelasan ini dengan sempurna, ibu bapa akan menganggap guru itu
sebagai guru yang baik.
5. Komunikasi
Guru yang dianggap baik oleh ibu bapa ialah guru yang dapat menerangkan apa-
apa yang berlaku di dalam kelas anak-anak mereka. Misalnya tentang apa-apa
program atau projek yang sedang akan dijalankan, tentang keadaan pelajar di
dalam kelas, dan sebagainya. Penerangan itu mungkin dalam bentuk perbualan
melalui telefon atau melalui surat, dan sebagainya. Namun, kebanyakan ibu bapa
akan menganggap bahawa guru yang sentiasa berhubungan dengan mereka itu
sebagai guru yang baik. Misalnya, terdapat guru yang meminta ibu bapa
menandatangi kertas latihan pelajar yang mendapat markah yang rendah, untuk
memastikan bahawa ibu bapa pelajar itu tahu akan keadaan anaknya.
6. Kerja rumah dan buku latihan
Ibu bapa yang mengambil berat tentang anak-anak mereka akan menilai keupayaan
guru dengan melihat buku latihan anak-anak mereka. Buku latihan yang hampir
tidak digunakan atau tidak diperiksa dalam jangka masa yang lama
menggambarkan anda sebagai guru yang malas dan tidak boleh diharap. Kerja
rumah yang terlalu banyak juga dianggap sebagai sesuatu yang membebankan
pelajar. Oleh itu, guru perlu bijak mengimbangkan keadaan ini untuk memberikan
keyakinan kepada ibu bapa. Misalnya, kerja rumah yang diberikan hendaklah
berkualiti, iaitu sesuatu yang dapat mendorong pelajar untuk berdikari bagi sesuatu
yang dilakukan sekadar untuk menunjukkan bahawa anda ada memeberikan kerja
rumah. Sekiranya pelajar dapat berbual dengan ibu bapa mereka mengenai sesuatu
yang menarik tentang kerja rumah yang anda berikan, anda akan dianggap sebagai
guru yang baik!
7. Kerjasama
Guru perlu berfikiran positif dan membuat tanggapan bahawa memang ramai ibu
bapa yang ingin melibatkan diri dan memberikan kerjasama demi kemajuan diri
anak-anak mereka tetapi mereka tidak tahu begaimana kerjasama itu dapat
diberikan.Sekirannya anda dapat menunjukkan cara bagaimana ibu bapa dapat
membantu anda dan anak-anak mereka menurut keupayaan mereka, anda akan
dianggap sebagai guru yang baik.
8. Mengajar itu merupakan satu seni
Terdapat ibu bapa yang menganggap sikap guru yang pandai menjaga hati anak-
anak mereka dengan kerap menegur sapa, berbual-bual, dan sebagainya itu sebagai
tindakan guru yang baik. Di samping itu, ada pula ibu bapa yang menilai guru
melalui kemajuan akaemik anak-anak mereka semata-mata, dan ada pula yang
menilai guru dari kedua-dua aspek yang disebutkan tadi. Oleh itu, mengajar itu
sebenarnya satu kombinasi seni dengan sains. Seni dalam kehalusannya menjaga
perasaan pelajar dan sains dalam tugasnya untuk menyampaikan isi-isi ilmunya.
Denga perkataan lain, guru perlu melakukan apa-apa yang terbaik seperti yang
diharapkan oleh ibu bapa, atau lebih cepat lagi, guru hendaklah menganggap anak-
anak muridnya itu sebagai anak-anaknya sendiri. Dan, satu-satunya cara yang
paing biasa yang paling mudah bagi ibu bapa mengesan guru yang baik atau
sebaliknya ialah dengan melihat sama ada anak-anak mereka berminat atau tidak
untuk pergi ke sekolah. Apabila anak-anak mereka seronok pergi ke sekolah, ibu
bapa juga demikian.
Walaupun ibu bapa mungkin membuat pelbagai tanggapan mengenai seseorang
guru, mereka harus sedar bahawa tanggapan mereka itu tidak semestinya benar,
terutamanya tanggapan negatif. Bagi pihak guru pula, kita perlu sedar bahawa
tingkah laku dan perwatakan kita sentiasa diperhatikan dan mungkin menjadi tajuk
utama di meja makan anak-anak murid kita. Dengan perkataan lain,guru tidak
ubahnya seperti artist atau selebriti juga. Oleh itu, komunikasi yang kerap dan
berterusan dengan ibu bapa adalah penting untuk memberikan tanggapan yang
sebenar walaupun kita mungkin akan menghadapi kekangan yang banyak kerana
beberapa masalah seperti jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah
kelas, ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kemajuan anak-anak mereka, ibu bapa
yang terlalu memanjakan anak-anak, dan ibu bapa yang terlupa bahawa seseorang
guru itu bukan hanya mengajar anak mereka sahaja.
Sumber: Majalah Pendidik/Bil.10/Nov-Dis 2004
Dipetik daripada : http://cikgumohammadsaid.blogspot.com

 Cg Narzuki Says:
December 6th, 2009 at 11:20 pm
SIFAT DAN CIRI-CIRI SEORANG GURU YANG PERKASA
1. Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan
- punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak
didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga
kognitif
- hubungkan ‘mata plajaran’ dengan kehidupan murid-murid kenal, hormati dan
percayai murid-murid
- mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir
secara kritis
- menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
- menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
- hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan,
persembahan muzikal dn kebudayaan.
2. Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa
- melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
- berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
- adil dalam menilai dan menggred
- fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
- bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
- seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang
kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan
menghargainya
- sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
- merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk,
dan menyepadukan mata pelajaran
- secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi
memastikan kurikulum yang sentiasa ‘baru dan segar’ serta relevan
- menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau
dirinya sendiri.
3. Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa
- seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
- seorang yang ‘dahagakan’ ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan
membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan
mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
- juga seorang yang suka ‘belajar’ perkara-perkara di luar bidangnya
- aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya
- menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
- bina dan mengekalkan perhubungan profesional
- bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
Sumber : Hamzah B. Mohamed

 Cg Narzuki Says:
December 6th, 2009 at 11:29 pm

PENGAJARAN BERKUALITI
Pengajaran Berkualiti bergantung kepada kewujudan suatu suasana pembelajaran
yang menggalakkan dan menyokong pembelajaran semua pelajar.

Pengajaran berkualiti bercirikan guru yang:


1. Boleh mengaplikasikan pelbagai strategi pengelolaan dan pengajaran yang
sesuai dengan stail pembelajaran pelajar serta keperluan pendidikan, mata
pelajaran yang diajar, dan keadaan/konteks sekolah dalam sebuah bilik darjah yang
berdisiplin dan bertujuan,
2. Memantau pembelajaran setiap pelajar, memberi maklumbalas yang relevan dan
merancang mengikut keperluan individu, kumpulan dan keseluruhan kelas,
3. Memupuk pembelajaran sendiri, mengupayakan pelajar membincangkannya,
dan mengharapkan pelajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran
mereka sendiri,
4. Membentuk perhubungan beretika berasaskan kemahiran berkomunikasi yang
baik serta rasa hormat terhadap semua pelajar sebagai individu dan mengharapkan
penghormatan diberikan sebagai balasan,
5. Mempunyai pengetahuan yang terkini/mutakhir serta penyokong kuat
kandungan kurikulum,
6. Merenung secara kritis amalan sendiri dan menunjukkan komitmen terhadap
pembelajaran sepanjang hayat dengan mendapatkan sokongan rakan sejawat
disamping memajukan perkembangan professional diri sendiri,
7. Boleh menyatakan kepercayaan yang dipegang mengenai pembelajaran serta
prinsip-prinsip yang menjadi asas pengajarannya,
8. Percaya bahawa semua pelajar berkebolehan untuk belajar, berharap semua
pelajar akan belajar, serta menyampaikan ekspektasi/harapan itu kepada individu,
kelas dan komuniti,
9. Melibatkan pelajar secara aktif dalam pengalaman pembelajaran berkaitan isu-
isu yang dianggap penting oleh para pelajar kepada kehidupan mereka, dan
10. Membantu pelajar membina pertalian, memahami perhubungan/perkaitan di
dalam dan antara bidang isi kandungan, serta menangani prinsip-prinsip umum dan
juga fakta-fakta berasingan.
PEMBELAJARAN BERKUALITI
Pembelajaran Berkualiti berkemungkinan besar akan berlaku apabila para pelajar:
1. Terlibat secara aktif dan bertujuan dalam isu-isu dan aktiviti-aktiviti yang
mereka anggap penting;
2. Sanggup mencuba perkara baru serta mengambil risiko mengaplikasikan strategi
menyelesaikan masalah secara konvensional dan kreatif;
3. Terlibat dalam merancang kerja masing-masing serta mengambil tanggungjawab
terhadap pembelajaran diri sendiri;
4. Percaya terhadap keupayaan diri untuk belajar dan mampu membincang serta
membuat renungan mengenai pembelajaran masing-masing;
5. Mempunyai keinginan untuk belajar secara individu dan berkumpulan dan
mereka diberi sokongan untuk melakukannya;
6. Komited, mempunyai motivasi diri serta mampu mencari sumber dan bantuan
dari pelbagai punca;
7. Menghargai, menghormati serta mengambil berat mengenai pandangan,
perasaan serta perkara-perkara yang dianggap penting oleh orang lain;
8. Mengetahui bahawa ahli keluarga dan komuniti mereka sentiasa dialu-alukan di
sekolah;
9. Berkebolehan membincang isu-isu yang menjadi asas masyarakat seperti
demokrasi, keadilan, kesaksamaan serta mengaitkannya dengan kehidupan masing-
masing; dan
10. Berkebolehan membentuk perhubungan yang positif dengan guru, pelajar serta
orang dewasa yang lain.
Sumber: Petikan daripada Perbentangan oleh Norziah Shah bt Ibrahim, Jemaah
Nazir Sekolah

 nurul Says:
December 11th, 2009 at 5:17 pm
Salam..boleh tak terangkan ciri-ciri pengajaran berkualiti

 Cg Narzuki Says:
December 11th, 2009 at 5:20 pm
Sila rujuk artikel/petikan2 yang telah dikemukakan diATAS. Semoga ianya dapat
membantu nurul.

 cg. umie Says:


December 20th, 2009 at 3:18 pm
Menjadi seorang pendidik merupakan satu anugerah. Ramai yang boleh menjadi
guru tapi menjadi seorang pendidik bukan semua guru yang mampu. Pendidik
perlu mendekati pelajar dengan seni yang tersendiri. Abad ini bukan lagi zaman
Hang Tuah, kekerasan dan garang. pelbagai pendekatan perlu dicari bagi mendapat
jalan untuk mendekati pelajar. Untuk menyuruh pelajar menghormati kita tidak
semestinya kita perlu garang dan membawa imej yang gerun. Ya,mungkin kalau
itu yang kita bawa, pelajar akan menghormati kita sekadar di depan mata tetapi
belum pun sempat 5 langkah, pelajar sudah mula membuat mimik muka yang
menyampah kepada kita. apakah itu yang kita mahu? Juga kita tidak boleh terlalu
lembut kerana pelajar-pelajar di alaf baru ni, pandai ‘BERTEATER’. Begitu juga
dengan pedagogi.

Guru perlukan anjakan paradigma. Cuba lahirkan suasana seronok dalam kelas.
P&P yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang ‘long-life memory’.
Saya masih ingat bagaimana sewaktu persekolahan saya dulu, seorang guru yang
tidak ada komitmen dalam pengajarannya menyebabkan saya gagal dalam subjek
itu dan sebaliknya seorang guru yang berbangsa cina mengajar BIOLOGI dengan
menerapkan kaedah ‘KAJIAN LAPANGAN’ (waktu itu zaman 80an, belum
popular lagi kaedah ini), ia melahirkan minat yang mendalam terhadap subjek itu.
Sehingga sekarang, saya bawa pendekatan dan jiwa pendidik yang ada pada guru
itu. Saya terapkan untuk pelajar-pelajar saya. As a result, it is AMAZING……
Jadi kepada bakal pendidik, berusaha lah dan cubalah menangi hati pelajar-pelajar
dan percaya lah pelajar pasti akan tunduk pada kita. Jika kita mahu pelajar
menghormati kita, terkadang-kadang kita perlu juga menghormati prinsip mereka.
Kerana pelajar-pelajar (sekolah Menengah) adalah remaja-remaja yang masih
tercari-cari identiti diri. Dorongi mereka dengan berhemah……. SALAM.

 Cg Narzuki Says:
December 20th, 2009 at 3:20 pm
Saya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Cg Umie, semoga kita semua
dapat meningkatkan kemahiran diri bagi mewujudkan suasana yang
menyeronokkan, seterusnya menarik minat pelajar untuk belajar. Akhirnya
menjadikan P&P kita lebih berkesan dan berkualiti.

 yat Says:
January 2nd, 2010 at 10:52 am
Salam cgu…mgenai asset base adakah ianya benar2 akan mula dipraktikkan bagi
pelajar ting4 2010 mengikut modul HSP baru yg mash blum diterima lg hingga
saat ini..dan kalau benar asst base perlu diajar mulai tahun depan…bgaimana dgn
sek yg tidak menerima CD dr syarikat tersebut spti sek sy krn sek sy bkn bwh
KPM ttapi bwh krjn negeri dan jabatn agama. yg ada hanya yg di instal dlm laptop
sy,itupun sy gna cd sek lain yg dah drop sbjek ni.tp cd tu sy tak bole ambil terus…
kena pulangkan semula kpd pihak berkenaan. so..mcm mana sy nk ajar asset base
memandangkan sek sy tk dpt cd tu

 Cg Narzuki Says:
January 2nd, 2010 at 12:49 pm
Yat,
Dalam SP atau HSP tidak dinyatakan mesti menggunakan AssetBase. Jadi
penggunaan perisian asas komputer seperti Ms Excel dll boleh digunakan. Ataupun
mana-mana perisian perakaunan yang lain. Skop SPM lebih kepada pendedahan
penggunaan ICT dalam menjana dan mempersembahkan maklumat perakaunan.
Bukannya pelajar mesti mengaplikasikan sepenuhnya sesuatu perisian perakaunan
tersebut. Sebenarnya AssetBase itu sendiri bukannya suatu perisian perakaunan
sepenuhnya, sebaliknya hanya sebuah Perisian Pendidikan Perakaunan yang
dibangunkan sebagai alat p&p bagi subjek prinsip perakaunan.

 Yat Says:
January 5th, 2010 at 8:20 pm
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Baru-baru ini saya telah menghubungi
pegawai yg berkenaan di JPN dan mengemukakan masalah ini dan beliau sendiri
telah bersetuju untuk dtg ke sekolah untuk install perisian trsebut di makmal
kmputer mgunakan cd yg ada pd beliau. Skiranya ianya telah di install
nanti,adakah baik untuk saya melakukan hands on dengan pelajar mggunakan
perisian tersebut bg tajuk2 yang tertentu???atau sekadar memperkenalkan shaja
sudah mencukupi???saya agak keliru dgn perisian tersebut. sekiranya ia tidak
terlalu penting,knapa pihak tertentu sanggup membelanjakan berpuluh2 ribu untuk
perkara ini. Jadi sy berharap biarlah ianya benar2 berguna sejajar dengan
kepentingannya dan wang yang telah dibelanjakan itu. kalau tidak,ianya hanya satu
pembaziran.

 Cg Narzuki Says:
January 5th, 2010 at 8:53 pm
Baguslah jika perisian tersebut dapat diperolehi daripada JPN. Terlebih dahulu
study perisian tersebut, apa kekuatan dan kelemahannya, apa isi kandungannya
yang boleh digunakan bagi membantu PnP kita nanti.
Pada pandangan saya, yang penting, kita tahu dan faham apa yang hendak kita
sampaikan kepada pelajar berdasarkan HSP yang ada. Sekiranya perkara tersebut
terdapat dalam perisian dan sesuai digunakan, maka kita gunakan sebaik mungkin
bagi membantu PnP kita. Jika tidak sesuai, maka kita gunakan KREATIVITI dan
INOVATIF kita sendiri bagi memenuhi apa yang terkandung dalam HSP.
Perkara yang selebihnya, saya tidak dapat berikan apa-apa komen.
 syidah_ieda Says:
January 6th, 2010 at 1:29 am
salam…
maaf, blh sy minta pendapat dr en. berkaitan : “kesan dan kelebihan bagi
penggunaan internet dan web dalam pengajaran dan pembelajaran”

 Cg Narzuki Says:
January 6th, 2010 at 9:25 am
Salam, sebagai rujukan sila baca artikel berikut :
Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Sumber dan Perkhidmatan Internet dalam
Pengajaran dan Pembelajaran

 yat Says:
January 9th, 2010 at 6:24 pm
tq ats pandangan dan guidance. hanya sekadar ingin meleraikan kekusutan dan
kekeliruan yg ade…

 ct khaty Says:
February 27th, 2010 at 12:27 pm
salam…
sebetulnya saya merupakan guru baru (2 tahun mengajar). macam2 cara saya cuba,
untuk tarik minat pelajar untuk belajar, namun nampaknya semua macam tak
berhasil. sebagai guru, kekadang saya rasa macam seolah-olah saya nie, “hidung
tak mancung, pipi tersorong2″ dalam mengajar. saya dah cuba guna bilik ict
(power point) dlm megar, bagi nota yang menarik untuk konsep2 (saya taip siap2,
then baru bagi mereka) mengadakan kelas tambahan (tiada sambutan) dan banyak
lagi. kekadang saya rasa macam give up. mereka lebih tumpukan kepada latihan2
dari guru tuesyen mereka kerana sekolah yang saya mengajar nie, mmg area
bandar raya. cikgu ada apa2 cdgan tak untuk saya?

 Cg Narzuki Says:
February 27th, 2010 at 6:55 pm
Salam,
Sesungguhnya cikgu seorang yang dedikasi, tahniah saya ucapkan. Sebenarnya
pelajar cikgu memang berminat untuk belajar akaun, itu sebabnya mereka
mengikuti kelas tuisyen. Cuma masalah timbul, mungkin disebabkan pendekatan,
kaedah atau cara penyampaian yang cikgu gunakan berbeza dengan guru tuisyen
mereka. Kadang2 menyebabkan mereka jadi keliru dalam memahami sesuatu
topik, jadi mereka akan membuat pilihan siapa yang harus diikuti.
Pendekatan yang kita gunakan disekolah lebih kepada menguasai ilmu perakaunan
itu sendiri, manakala di tempat tuisyen lebih menggunakan pendekatan
peperiksaan semata2….. itu yang lebih menarik minat pelajar.
Pada pandangan saya, untuk mengubah arah tumpuan pelajar tersebut agak sukar.
Jika mereka tidak mahu ikut kita, apa kata kita ikut rentak mereka. Kalau sebelum
ini cikgu cuba untuk MENGAJAR mereka, tetapi mereka tak nak ikut. Apa kata
cikgu MENDEKATI mereka dengan pendekatan MEMBANTU mereka.
Cadangan saya, cikgu sediakan senarai semak penguasaan topik bagi setiap pelajar,
cikgu kenal pasti sejauh mana penguasaan mereka sama ada Lemah, Sederhana
ataupun Mahir. Bagi setiap topik cuba kenalpasti apa kelemahan mereka,
kemudian cikgu BANTU mereka mengatasi kelemahan tersebut satu persatu.
Cikgu gunakan kaedah LATIH TUBI, banyakkan aktiviti PERBINCANGAN,
SOAL-JAWAB dalam kumpulan atau secara individu. Pada pandangan saya,
secara tidak langsung akan menarik MINAT terhadap kelas cikgu, kerana cikgu
bukan lagi MENGAJAR tetapi memberikan RUANG dan MASA untuk mereka
meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka.
Ok, itu saja pandangan daripada saya, semoga sedikit sebanyak dapat membantu
Cg Ct Khaty.

You might also like