You are on page 1of 4

1.

0 PRABACAAN

Prabacaan adalah satu tahap penyediaan bagi murid-murid untuk membaca di


mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam
huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid
dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi
membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke
bawah. Bagi proses menguasai bacaan ia melibatkan beberapa tahap penguasaan
yang berbeza-beza.

Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua,


iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi
kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti
koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa
pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca
ayat.
Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap
prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata
lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap
ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran

1.1 KAEDAH PRABACAAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam penguasaan bacaan.


Antara kaedah yang digunakan ialah Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Seluruhan
Perkataan dan Kaedah Frasa. Kaedah abjad ataupun dikenali sebagai kaedah huruf
atau kaedah mengeja merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk
mengajar bacaan. Dalam kaedah ini, murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan
mengecam huruf abjad terlebih dahulu. Setelah murid telah menguasai semua abjad
dan huruf vokal, murid akan diajar membentuk suku kata dan membaca suku kata itu.
Daripada suku kata itu tadi, perkataan mudah akan dibentuk seperti cucu, mama, kaki
atau buku. Misalnya untuk perkataan “kuku”, mula-mula disebut nama huruf ku dan yu
diikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”; kemudian disebut nama huruf ku dan yu dikuti
penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “kuku”.

Kaedah kedua ialah kaedah fonik atau dikenali sebagai tahap bacaan
mekanis. Kaedah ini lebih kepada membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf,
suku kata, frasa, ayat-ayat dan ia kurang memberi tumpuan kepada nama huruf.
Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan
dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh
lambang ‘c’ disebut ‘sih’, ‘a’ disebut ‘ah’ . Selepas murid-murid diajar perkataan-
perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti buku, bubu, batu, baju, dan
baja.

Selain itu, penggunaan kaedah ketiga ialah kaedah Seluruhan Perkataan


(Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah ini dikenali dengan ‘kaedah perkataan’,
‘kaedah rangkai kata’, dan ‘kaedah ayat’. Kaedah ini lebih kepada aktiviti menyebut
keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut
keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan
itu. Contohnya guru menunjukkan gambar burung dan murid itu sendiri dapat menyebut
perkataan ‘burung’ untuk mewakili maksud di dalam gambar itu

Kaedah keempat ialah kaedah Frasa. Kaedah ini merupakan unit yang lebih
besar daripada perkataan dan murid-murid lebih berminat dengan kaedah ini. Hal ini
kerana kaedah frasa ini mementingkan unsur-unsur yang bermakna yang boleh
dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah. Seb agai contoh, ‘ini rumah’
dan untuk perkataan yang panjang dan ayat yang mudah seperti ‘ini rumah saya’.

Kaedah yang terakhir ialah kaedah kalimat iaitu ayat-ayat yang pendek dan
bermakna diperkenalkan terlebih dahulu kepada murid-murid. Guru akan menulis dan
membaca satu ayat beberapa kali. Kemudian murid-murid diminta mengulangi
membaca ayat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-
perkataan yang membentuk ayat. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian
dimasukkan ke dalam ayat yang baru.

1.2 CARA YANG DIGUNAKAN SEMASA PRABACAAN

1. KAD-KAD ABJAD
Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai gambar
selari dengannya. Cara begini dapat membantu kanak-kanak melihat kaitan abjad
dengan persekitran yang bersama dengannya.

2. MEMBACA BUKU ABJAD


Membaca buku abjad adalah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada seorang
atau dua orang kanak-kanak dalam suatu masa.
Kanak-kanak perlu duduk bersebelahan dengan guru
ketika pembacaan sedang dilakukan oleh guru agar
mereka berpeluang untuk mengenal pasti objek yang
sedang disebut dan bentuk huruf yang berkenaan.
3. PERMAINAN ABJAD KOMPUTER
Guru boleh menggunakan komputer sebagai media yang menggalakkan mereka
untuk minat menulis dan membaca. Program abjad komputer adalah amat baik untuk
satu pengenalan kepada kanak-kanak untuk mengenali abjad di papan kekunci
computer.

4. BUKU BESAR
Buku besar ini digunakan oleh guru untuk membaca cerita atau ayat mudah
kepada kanak-kanak secara kumpulan. Kanak-kanak berpeluang melihat tulisan huruf
dan gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan jelas.

You might also like