Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

peranan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran

Ratings: (0)|Views: 2,085 |Likes:
Published by Nor Haiza

More info:

Published by: Nor Haiza on Sep 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/22/2014

pdf

text

original

 
1
1.0 Pengenalan
Grafik merupakan salah satu media yang dapat membantu gurudalam menyampaikan pengajaran. Grafik dalam pembelajaran boleh dipersembahkan dalam bentuk imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dansebagainya. Dari aspek teknologi, ia juga merupakan elemen multimedia yang penting bagimemberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik telahlama digunakan dalam sistem pendidikan negara sebelum merdeka dan selepas merdekamalah penggunaan grafik berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal danformal.Penggunaan grafik dalam pembelajaran amat sesuai digunakan dalam kumpulan yangramai terutama di dalam kelas. Pelajar ini perlu banyak melihat atau menggunakan deria penglihatan mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Adalah penting bagi pelajar iniditunjukkan dengan pelbagai visual dalam proses pembelajaran mereka. Semasa pengajaran,elakkan menggunakan bahan pengajaran yang menggunakan ayat yang bertulis terlalu panjang, sebaliknya memperbanyakkan bahan pengajaran berbentuk simbol, warna dan corauntuk membantu pelajar memahami pembelajaran serta dapat belajar dengan lebih efektif.
2
.0 Definisi Grafik 
Perkataan grafik sebenarnya berasal dari Greek ³graphikos´ bererti lukisan. Secaraamnya grafik didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkandengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya. Grafik jugamerupakan penggabungan antara gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf,angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media. Ia bertujuan untuk memberikonsep dan idea yang sukar diterangkan dengan teks dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, media elektronik telah digunakansecara meluas dalam menghasilkan pelbagai jenis grafik. Grafik ini disebut sebagai grafik multimedia merujuk kepada sebarang hasil kerja grafik yang dihasilkan menggunakan samaada pekakasan ataupun perisian komputer. Penggunaan teknologi grafik multimedia semakin berkembang pesat dan digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Guru dan pelajar mendapat banyak manfaat bagi mendapatkan grafik yang diperlukan didalam tugas masing-masing.
 
2
 
3
.0 Jenis-Jenis Grafik 
Grafik boleh diklasifikasikan kepada jenis bergambar dan jenis tidak bergambar sertadipersembahkan dalam bentuk satu dimensi, dua dimensi dan tiga dimensi melalui buku, poster pengajaran, slaid OHP, carta, penyampaian guru di papan hijau dan sebagainya.Antara jenis bahan bergambar adalah seperti lukisan, ilustrasi, fotograf, gambar bersiri,gambar persendirian, poster dinding, carta dinding, kartun, dan iklan. Manakala antara jenis bahan bukan bergambar ialah graf, diagram, jadual dan carta. Berikut adalah peneranganmengenai jenis-jenis grafik yang sering digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.Fotografi ataupun gambar foto merupakan antara paparan imej yang paling menyamaikeadaan sebenar. Dalam seni rupa, fotografi adalah pembuatan lukisan dengan menggunakanmedia cahaya. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alatyang paling berkesan di dalam sesuatu penyampaian maklumat dan komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar dari segi warna yangmenyerlah di dalam persembahan dan boleh dijadikan latar belakang bagi teks atau grafik.Lukisan merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagikeadaan sebenar. Lukisan telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi buktinya lukisan-lukisanyang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah. Lukisan terhasil dengan caramelukis dan menyusun garisan untuk menggambarkan manusia, haiwan, benda dansebagainya. Ia boleh menjadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.Kartun adalah sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri.Kini,animasi kartun banyak disampaikan dalam bentuk tiga dimensi. Kartun boleh merujuk kepada unsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanyasekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kini, kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna terutama dalam aplikasi multimedia. Walaubagaimanapun, penggunaan kartun perlu sesuai dengan kawasan pengalaman dan skop intelektual pelajar.Graf atau carta merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik, perangkaan dan taburan. Ia menunjukkan perhubungan kuatitatif dan perbandingan data dan perhubungan di antara dua atau lebih item. Contoh graf adalah carta pie atau graf sektor, graf  bar berganda, graf bar berkumpulan, dan graf garisan. Jadual pula selalu digunakan dalamkadaran seperti masa penerbangan, data dan populasi, kadar kematian dan sebagainya. Carta
 
3
 
dapat dibahagikan kepada carta alir, carta masa, dan carta organisasi. Sesuatu maklumat yangkompleks dapat dimudahkan dengan jelas sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.Bagi pembelajaran teknikal seperti bidang kejuruteraan, multimedia dan lain-lain bidang, mereka memerlukan perisian-perisian grafik untuk aktiviti pembelajaran. Misalnya,sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal misalnya dari hasil imbasan biasanya perludiubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan didalam pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini samaada dari sudut, saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukanmenggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakkan perisian bahasa gubahan.Kini perkembangan teknologi semakin pesat dan memudahkan manusia untuk menghasilkan apa sahaja bentuk persembahan yang dimahukan hanya di hujung jari melaluiaplikasi multimedia. Hasilnya lebih menarik dan berkesan berbanding cara tradisional. Namun adakalanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerjagrafik yang berkualiti tinggi. Jadi kecekapan menggunakan perisian, perkakasan dan aksesorimultimedia sangat diperlukan. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialahMicrosoft Paint atau Paint Brush, Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, Corel Draw,Painter 3D, Macromedia Freehand, Micrograft Designer dan Autocad.
4
.0 Peranan Grafik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Di peringkat prasekolah atau sekolah rendah, kanak-kanak akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai huruf atau apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu baru menjadi lebihmudah jika disampaikan melalui grafik. Terutamanya kanak-kanak prasekolah tidak  berpotensi untuk memahami pengajaran yang berbentuk abstrak. Oleh itu dengan penggunaan grafik, pengajaran dapat dipersembahkan secara konkrit. Bagaimana kanak-kanak tersebut didedahkan pula adalah dengan memperkenalkan dengan imej atau objek terlebih dahulu sebelum mengenali huruf. Seterusnya, kombinasi huruf dan objek tadidiseiringkan bagi membentuk sesuatu yang lebih bermakna.Manakala bagi peringkat sekolah menengah, pra universiti mahupun universiti, penggunaan grafik begitu meluas sekali digunakan oleh para guru dan pelajar terutama ketikaaktiviti perbentangan hasil tugasan dan kuliah. Oleh itu, bentuk pengurusan grafik yang berstruktur mengikut aturan tertentu dapat memaparkan proses demi proses seterusnyamendorong pelajar untuk berfikir, membuat analisis, konsep dan idea yang mana sukar 

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
Monica Buril liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
rjs_sri30 liked this
Jessiee Yeo liked this
Zubaidah Ibrahim liked this
Farissha Alluwi liked this
Farissha Alluwi liked this
Farissha Alluwi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->