Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seni Silat Sendeng Malaysia

Seni Silat Sendeng Malaysia

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 962 |Likes:
Published by riscorn
Seni Silat Sendeng Malaysia merupakan salah satu pertubuhan silat yang terdapat di Malaysia
Seni Silat Sendeng Malaysia merupakan salah satu pertubuhan silat yang terdapat di Malaysia

More info:

Published by: riscorn on Jul 02, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/07/2012

pdf

text

original

 
Di Malaysia terdapat beberapa perguruan silat yang menggunakan nama "Silat Sendeng",diantaranya:
1.Silat Sendeng Malaysia
2.Silat Sendeng Asli3.Silat Sendeng Purba4.Silat Sendeng Tunggal5.Silat Sendeng Dua Beradi6.Silat Sendeng Kuntau Jawa7.Silat Sendeng Merepat
SENI SILAT SENDENG MALAYSIA
Seni Silat Sendeng Malaysia
atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati,Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekarandan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaituKuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenisaliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendengdan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asaltanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat Melayu yang asliseperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjataseperti keris, tumbuk lada , tekpi ,pedang , pedang–perisai dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau , pecah(kata) ,pernafasan lean dan pukul selain dari tangkapan dankuncian.Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerangtangan kosong dan sparing. Permainan Sendeng 7 Hari lebih menumpukan kepadamembaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan.Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan.1
 
PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG
 Nama Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji AbdulHamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketikamenggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerangsama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang berposisi mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruanini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun rohaniah.Dari segi istilah perkataan 'Sendeng' terdiri dari dua sukukata yang dicantumkan iaitu'SEN dan 'DENG'.'SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuatdan rapi.'DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan,tembok atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendengketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yangmerbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan,mengundur dan membuat buangan atau menepis.Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempatyang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutmelepaskan, mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yangmenghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup".2
 
FALSAFAH & KONSEP SENI SILAT SENDENG
Mendahului serangan
Pada masa dahulu pembelajaran Seni Silat Sendeng lebih menumpukan kepada aspek seni beladiri ataupun lebih dikenali sebagai “puku. Berdasarkan prinsip,
 menyerang adalah sebaik-baik belaan, latihan-latihan Seni Silat Sendeng pada ketika itulebih menjurus kepada memahirkan teknik-teknik mendahului serangan musuh. Prinsipini diterjemahkan di dalam bentuk teknik beladiri yang 99 peratus menyerang dan 1 peratus menunggu.Dalam ertikata lain, pesilat sendeng amat jarang menunggu serangan sebaliknyamemintas serangan musuh berdasarkan isyarat yang dipamerkan oleh musuh yang bersedia untuk menyerang.Isyarat ini juga disimpulkan di dalam falsafah yang berbunyi "Dalam terang ada cahaya,dalam kilat ada kilau, dalam seni ada halus, dalam silat ada silau,dalam gayang ada gerak,dalam gerak ada bayang."Pesilat Sendeng akan dapat mendahului serangan setelah 'masak gerak' iaitu kemahiranuntuk mengenal punca punca gerak ataupun ibu gerak samada pergerakan tangan, kakiataupun mana-mana bahagian tubuh. Secara khusus, pergerakan halus dikenali sebagaigerak manakala pergerakan kasar pula dikenali sebagai gayang.Bagi membolehkan pesilat sendeng mendahului serangan lawan, beliau perlu memahamikonsep ibu pukul serta menguasai teknik memati gerak dan memati pukul. Konsepmendahului serangan diterangkan melalui falsafah yang berbunyi "Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan aku." Ini bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita serang.Dalam keadaan musuh menyerang dengan pantas kita matikan serangannya. Sebab itulahwalaupun pada dasarnya pihak lawan cuba menyerang dahulu tetapi pergerakan lawan itudapat dipintas dan akhirnya pesilat Sendeng yang memukul.Selain daripada itu, pesilat Sendeng juga perlu mempunyai keberanian dan dapatmengunakan akal yang waras semasa menghadapi sesuatu serangan. Saat menghadapimusuh ini disimpulkan didalam falsafah yang berbunyi 'Gerak, gayang, pantas, berani, berakal'. Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas, berani dan berakal pada kita.Konsep mendahului serangan bertujuan untuk menghapuskan punca ancaman sepertiyang ditekankan di dalam falsafah Sendeng yang berbunyi "Yang memukul itulah di pukul, yang menyerang itulah yang diserang, yang menyakitkan itulah yang disakitkan."Akhirnya, seorang pesilat Sendeng yang telah benar-benar mahir dan memahami konsepmendahului serangan akan mencapai tahap dimana "Penamat belajar mengelak, tak payahmengelak, penamat belajar menepis, tak payah menepis†dan "Capai sebelum sampai
 dan bunuh sebelum hidup."3

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
orggua91 liked this
wandakid85 liked this
duraono liked this
mie86 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->