You are on page 1of 5

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan
kemahiran asas membaca dan menulis (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru,
Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal
mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat
persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat,pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan


segolongan mereka lebih lambat atau ’terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran
berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan,
mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan
terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas, keperluan-keperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1
LATAR BELAKANG
1967 – Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program pemulihan dengan
menggunakan strategi “ Withdrawal System….”

1975 – Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “ Pendidikan


Imbuhan “ bagi Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3 ) dengan menggunakan strategi di
mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas/ guru mata pelajaran.

1994 – Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan


dan pemulihan dalam kelas KBSR.
1999 – Program jangka pendek (INTERVENSI 3M ) diperkenalkan khas untuk murid
tahun 4 di sekolah rendah dan Tingkatan 1/ peralihan. Instrumen IPCH digunakan
bagi menilai pencapaian kemahiran asas 3 M. Program bermula 1999 hingga 2002.

2000 – Program IPP3M dilancarkan iaitu program jangka panjang bagi mengatasi
penguasaan kemahiran asas 3 M bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1
hingga Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu pendekatan P&P secara
“Pelbagai Kecerdasan “ ( Multiple Intelligences).

2006 – IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang menekankan kepada


Bahasa Melayu – membaca dan menulis dibina.

2007 – Ujian Pelepaskan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan murid


pemulihan tahun 3,4,5 dan 6.

KONSEP
 Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu
kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus
Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

2
MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.

TAKRIFAN
AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan
kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”

M. F . Clough
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang
berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami
tentang perkara yang agak abstrak. ”

Sharifah Rahman Ali


“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan
mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana .
Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai


kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

DASAR
Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
1997. ( PERAKUAN 5)

“ Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah


mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria
dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut
termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang kecil,
peruntu kan bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan
bahan-bahan tertentu.”

3
OBJEKTIF
 Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai
kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira.
 Membantu murid-murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang
menjejaskan proses pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

DASAR PELAKSANAAN
Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran .(yang masih digunapakai)

1: Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.


KP(BS)8594/Jld.11/(32)bth.22.Jan.1985.(Guru Khas Pendidikan
Pemulihan)

2: Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM.


Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth.28.Jan.1986. (Kelas Khas Pemulihan
Di Sekolah Rendah)

3: Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.


V(29) bth.17.Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program pemulihan)

4: Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V


(34) bth.30.Jun.1989. (Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas
Pemulihan Di Sekolah Rendah)

4
Strategi Pelaksanaan
Pencalonan Murid
i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M
ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh
dicalonkan.

Pengumpulan Maklumat
i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas
memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid
perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan
khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.
ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu
kehadiran, ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-
murid lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran
dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap
pelajaran.Perbincangan dengan ibubapa amat digalakkan bagi
membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas berjalan lancar.

You might also like