Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Akta Pendidikan 1996 Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen. Teks sahih undang-undang Bahasa Mahkamah Tulisan bagi bahasa kebangsaan Penggunaan bahasa dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. 17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini (2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Proses penentuan bahasa melibatkan aspek
perancangan bahasa secara berperingkat-peringkat
Oleh sebab negara mempunyai pelbagai kaum, jadi
kita memerlukan satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Dasar bahasa di Malaysia telah diputuskan melalui ‘kontark sosial’ di antara Melayu, Cina dan India sebelum kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. Dalam perundingan itu bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Malangnya keputusan dan kesepakatan ini tidak dirakam atau dimaktub secara jelas dalam undang-undang dasar bahasa yang terdapat dalam artikel 152 perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Asmah (1978:1) telah menerangkan mengapa Malaysia memerlukan Bahasa Kebangsaan yang ditukarkan namanya daripada bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dan bakal berfungsi sebagai alat penyatuan rakyat. Menurut Asmah, “Kekacauan yang berlaku pada 13hb. Mei, 1969 memahkotakan segala pergaduhan yang pernah berlaku. Dan salah satu dari perkara sensitif itu adalah bahasa. Orang-orang didorong supaya menerima kenyataan bahawa Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan”. Pandangan di atas jelas memperlihatkan bahawa penukaran nama bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia adalah atas tujuan politik yang amat mendesak, iaitu untuk menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang telah berpecah yang berpunca daripada pelbagai perbezaan, dan salah satu yang utama adalah perbezaan bahasa. bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa kita yang sekali gus memercikkan jati diri kebangsaan. konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat Selepas merdeka, martabat bahasa Melayu dinaikkan sebagai bahasa kebangsaan Bahasa Melayu juga mendukung peranan sebagai bahasa perpaduan Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia. Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Abdullah Hassan. 1987. Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Cetakan ke-8. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Asmah Hj. Omar. 1978. Pengajaran Bahasa Malaysia dalam konteks perancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abu Bakar A Hamid. (Dibentangkan dalam Konvensyen Tamaddun Malaysia dan Bahasa Melayu Anjuran PKPIM, DBP dan Majlis Perwakilan Pelajar, UIAM, Kuantan di Dewan Besar, UIAM Kuantan, PahangSabtu, 9 Ogos 2008)