You are on page 1of 9

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadratIlahi dengan limpah kurniaNya dapatlah


saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Ucapan selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, rasul sekalian alam. Setinggi
penghargaan diucapkandan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing TuanHaji Nik
Aminarrashed b. Nik Mahmood yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan sepanjang
tempoh menyiapkan tugasa ini. Jasamu amat saya hargai. Semoga Allah jua membalas budi
baikmu.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepadaraka rakanseperjuannganyangsentiasa
memberi dorongan dan semangat sepanjang penyelidikan ini.Penghargaan juga ditujukan kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan
tugasan ini.
Buat keluarga tercinta terutamanya isteri tersayang Puan Roslezah bt.Hussindan putera –
puteriyang dikasihi, Muhammad Refaudeen, Mersyta Ruhe, Muhammad Rafeq, Muhammad
Reezqan, Muhammad Remey , dan Muhammad Radeenyang sentiasa menjadi perangsang
semangat dan memberikekuatan untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kasih
kalian sentiasa mekar dalam ingatan. 1
PENDAHULUAN
Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera' . Komsas merupakan komponen dalam
subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian
Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 – 5 di semua sekolah menengah. Dalam subjek bahasa
Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi . Apabila
sampai ke tingkatan 3, mereka akan membawa 6 buah buku.

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia , tidak
semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat , panjang dan
hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM. Kupasan
novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah 10%
sahaja.Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan puisi klasik ,
cerpen , sedutan teks klasik dan drama.

Komsas dilihat sebagai alternatif kepada subjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak
ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran sains.
Sedangkan membaca bahan sastera dapat membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti
minda dan keinsanan.Komsas adalah merupakan satu medium untuk membentuk dan
memantapkan aspek JERI(S) iaitu jasmani, emosi dan rohani dan intelek serta social selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Melaluinya diharapkan aspek jasmani dan emosi para
pelajar dapat dibentuk dengan jayanya melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang telah
ditetapkan.

Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku.Iaitu dari segi ilmu iaitu
pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusteraan dengan ilmu bahasa. Selain itu berlaku
juga penyatupaduan dalam aspek bahan pengajaran dimana bahan-bahan kesusteraan seperti
cerpen , sajak, novel dan sebagainya digunaka dalam pengajaran.
Matlamat utama pengenalan KOMSAS

☻ mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan


dan kehalusan bahasa.

Objektif

☻ menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar

☻ mempertingkatkan kemahiran berbahasa

☻ merangsang kemahiran menilai

☻ mengkritik pelbagai karya sasteradan akhir sekali untuk memupuk semangat yakin diri

ASPEK KOMSAS

Teknik plot

Watak dan perwatakan

Tema

Persoalan

Latar

Gaya bahasa

Sinopsis

Nilai murni

Pengajaran

TEKNIK PLOT
Cerpen ini menggunakan plot secara kronologi. Ceritanya lurus sahaja.
Annyss pergi ke planet Bumi. Dia bertemu dengan Akmal dan kemudian kembali
ke dimensi Alstonia.
Di dimensi Alstonia , Annyss menziarahi pusara ayahanda dan bondanya.Dia bertafakur.
Annyss didatangi Strenn, sepupunya. Strenn menggesa Annysssupaya melupakan sahaja
Eyrique. Menurut Strenn, jika Annyss memilihnya diaakan diangkat menjadi Permaisuri
Alstonia.
Annyss kembali ke istana. Annyss, teringat akan peristiwa perebutankuasa sehingga
membawa kepada penculikan Eyrique. Penculikan Eyriquemembawa kepada permusuhan antara
Annyss dengan Strenn.
Annyss pergi ke Rimba Besar Alstonia dan Akmal muncul di situ. Mereka
berusaha menjejaki Eyrique. Strenn pula muncul. Oleh yang demikian,
berlakulah pertempuran yang hebat antara Annyss, Eyrique dan Akmal dengan
Strenn dan konco-konconya. Strenn terbunuh
4

Cerpen ini penuh dengan unsur saspens yang berjaya meruntun hati
pembaca. Kekalahan Strenn menjadi klimaks cerita. Bahagian peleraiannya ialah
usaha menyelamatkan Akmal.
WATAK & PERWATAKAN
Annyss Sophillea

• Puteri dari Alstonia

• Mempunyai kuasa luar biasa

• Sepupu Strenn

• Lemah lembut

• Tegas

• Berani
Eyrique Etiqaz

Saudara kembar Anyyss Sophillea

Diculik oleh Strenn

Mempunyai kuasa luar biasa
Strenn

• Sepupu Annyss

• Cuba merampas kuasa dan menduduki takhta Alstonia

• Zalim

• Tamak haloba

• Memiliki kesaktian

Akmal

Penduduk Bumi

Sahabat baik Annyss

Jujur

Sanggup berkorban

Berani

Pintar
Tema
Perjuangan menentang kejahatan - Annyss Sophillea dan Akmal menentang
Strenn yang ingin merampas takhta kerajaan Alstonia.
Persoalan

Persahabatan yang murni antara penduduk dua planet yang berbeza

Sikap tamak akan kuasa dan sanggup melakukan kezaliman akan membawa
padah

Persahabatan murni memerlukan pengorbanan
LATAR
Latar Tempat

Bumi tempat asal Akmal

Rimba besar Alstonia

Terowong rahsia tenpat Eryrique disembunyikan

Pusara ayah dan ibu Annys

Latar Masa

Masa akan datang – futuristik

10 hari di planet Bumi bersamaan 1 hari di dimensi Alstonia
Latar Masyarakat

Masyarakat di Bumi

Masyarakat di angkasaraya

Masyarakat yang mengamalkan kesaktian

Masyarakat mengamalkan sikap bekerjasama tanpa mengira kedudukan
Nilai

Keberanian – Annyss sanggup pergi ke merata-rata tempat untuk mencari
kembarnya Erique

Kegigihan – Annyss gigih mencari kembarnya walaupun mengahadapi
banyak rintangan

Kerjasama – Akmal datang ke Alstonia untuk menolong Annyss

Pengorbanan – Akmal sanggup berkorban dengan bertindak membunuh
Strenn walaupun tahu akan risikony

Ulas karya tersebut dengan memberikan sinopsis dan nyatakan LIMA


pengajaran yang diperoleh berserta contoh yang tepat.
SINOPSIS
Annyss Sophillea datang dari planet Alstonia. Dia mengembara untuk
mencari kembarnya, Eyrique yang telah disembunyikan oleh Strenn. Strenn
berbuat begitu kerana mahu mewarisi takhta pemerintahan Alstonia sekaligus
mahu mengahwini Annyss.
Dalam kembaranya itu, Annyss bertemu dengan Akmal. Akmal
memahami masalah yang menimpa Annyss dan berhasrat membantunya. Dia
akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Alstonia untuk bertemu dengan Annyss.
Mereka juga berjaya mengesan tempat Eyrique disembunyikan dan Eyrique
diselamatkan dengan bantuan Eustary.
Pada masa yang sama, Strenn dan konco-konconya tiba di situ. Pada
ketika itu, Eyrique terbayang akan peristiwa dia diculik dan disembunyikan
Strenn. Pada hari sepatutnya dia ditabalkan sebagai raja Strenn cuba
menyakitkan hati Eyrique termasuk memberitahu bahawa dia telah merampas
kekasih Eyrique, Sarlyn. Kini, Eyrique ingin membalas dendam. Nasib mereka
baik kerana kebetulan malam penghujung bintang Gemini. Menurut pesanan
bonda Annyss, kekuatan Annyss dan Eyrique akan bersatu untuk
menghapuskan musuh mereka.
Namun, Strenn telah mula mengasak Eyrique hingga menimbulkan
kebimbangan kepada Annyss. Semasa pertarungan itu Akmal menghalakan
senjatanya kepada Strenn lalu membunuhnya. Akmal telah melakukan

pengorbanan yang amat besar, iaitu sanggup mengorbankan nyawanya demi


memastikan keselamatan Eyrique.
Akmal reda menerima kematiannya akibat daripada tindakannyamembunuh Strenn.
Namun, Eyrique dan Annyss telah berusaha untukmenyelamatkannya.
PENGAJARAN CERPEN
1.Kita mestilah berkasih sayang sesama manusia
2.Kita mestilah sanggup melakukan pengorbanan dalam hidup
3.Kita harus berani mempertahankan hak dan menyuarakan pendapat
4.Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
5.Semangat setiakawan harus menjadi amalan hidup kerana kawan dapat
membantu kita semasa kita berada dalam kesusahan.
INTIPATI PENGAJARAN

Kita mestilah berkasih sayang sesama manusia
Dalam cerpen ini, kasih sayang merupakan unsur terpenting bagi membina
perhubungan antara Annyss dengan Eyrique Atas perasaan itu, Annyss sanggup
bersusah payah demi Eyrique.

Kita mestilah sanggup melakukan pengorbanan dalam hidup
Nilai pengorbanan juga dapat dilihat menerusi tindakan Akmal yang sanggup
mengorbankan dirinya demi Annyss dan Eyrique. Dalam konteks ini,
pengorbanannya begitu besar sehinggakan sukar untuk dinilai dengan harta
benda.

Kita harus berani mempertahankan hak dan menyuarakan pendapat
Nilai keberanian juga dapat dilihat dengan jelas menerusi cerpen ini. Annyss
berani menyuarakan kebenciannya terhadap Strenn. Eyrique berani
menyuarakan haknya kepada Strenn dan yang lebih penting, Akmal berani
9

mempertaruhkan nyawanya demi memastikan takhta menjadi milik Eyrique.


Aspek keberanian ini begitu dominan sehinggakan keberanian bertindak sebagai
pemangkin kepada kejayaan mereka mendapatkan hak mereka semula.

Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
Anyss, Eyrique dan Akmal berkerjasama dalam menewaskan Strenn. Keutuhansemangat yang
ditonjolkan mereka telah menyebabkan Strenn dapat ditewaskandengan mudah.

Kita harus mencontohi sikap setiakawan yang diketengahkan Akmal dan
Anyss. Meskipun dari dunia yang berbeza, mereka begitu rapat dan saling
membantu antara satu sama lain. Dalam usaha mencari Eyrique, Akmal telah
banyak membantu Anyss. Semasa bertarung dengan Strenn juga Akmal telah
terkorban demi menyelamatkan Anyss dan Eyrique.

10

You might also like