You are on page 1of 5

Dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik

a) Menyebut nama huruf mengikut melodi


i. Murid menyanyikan lagu ABC mengikut melodi

b) Mengeja perkataan satu dan dua suku-kata mengikut melodi


i. Murid diminta menyanyikan lagu di bawah mengikut melodi

Bapaku pulang dari kota


Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon


Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek

Arahan:Sambil menyanyi murid diminta mengeja seni kata lagu yang dicatat oleh
guru di papan hitam sama ada satu suku kata ,dua suku kata atau tiga suku kata

c) Membuat aktiviti pergerakan badan


i. Murid menyanyi sambil membuat aktiviti berdasarkan seni kata lagu.

Kalau rasa gembira tepuk tangan...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira hentak kaki...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira hentak kaki

Kalau rasa gembira petik jari...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira petik jari

Kalau rasa gembira pukul peha...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira pukul peha
Kalau rasa gembira sebut HURRAY...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira sebut HURRAY

Kalau rasa gembira buat semua...(2x)


Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira buat semua.

Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

a) Mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar yang dilukis, kraf, kolaj
dan ukiran yang dihasilkan

Gambar Perkataan

MONYET

MUSANG
BADAK

SINGA

GAJAH
HARIMAU

Arahan:Eja dan sebut perkataan di atas berdasarkan gambar disebelahnya.

Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

a) Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor (gerakan bebas)
dan bukan lokomotor (gerakan statik)
i. Murid diminta mencari huruf dan perkataan yang disembunyikan di sekitar
kelas.Sesiapa yang berjumpa, diminta menyebut huruf atau perkataan
tersebut dengan kuat.
ii. Murid akan memilih satu kad perkataan darihal binatang.Melalui kad
tersebut,murid akan menyebut nama binatang itu,cara binatang itu
berbunyi, cara berjalan dan cara makan.Contoh kucing.
b) Permainan mengeja
i. Permainan meneka jenis perkerjaan seseorang berdasarkan aksi yang
dibuat oleh guru.Apabila jawapan betul,murid dikehendaki mengeja
jawatan tersebut.Contohnya doktor ,pemandu dan ahli bomba
ii. Setiap murid akan memilih satu kad perkataan yang mengandungi nama-
nama binatang.Setiap murid akan mengeja kad tersebut.Contohnya
harimau,kucing dan itik.
iii. Setiap murid akan melakukan aksi perkerjaan ayahnya.Apabila tekaan
perkerjaan ayahnya betul,murid tersebut akan mengeja jawatan
tersebut.Contohnya petani,nelayan dan guru
c) Permainan membentuk ayat
i. Guru memberikan kad perkataaan sesuatu perkataan yang susunan
ejaannya tidak teratur kepada setiap kumpulan.Ahli kumpulan tersebut
mesti mencari perkataan sebanar dan membina lima ayat daripada
perkataan tersebut .Contoh:-odkort-doktor.
ii. Setiap murid diminta tampil ke hadapan dan diminta menceritakan salah
satu aktiviti permainan.Kemudian semua murid lain diminta membina ayat
berkaitan sukan tersebut secara lisan.Contohnya bola sepak,hoki dan
badminton

You might also like