You are on page 1of 3

 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan?

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan
antaranya ialah:

 Kesihatan ibu mengandung


Kesihatan ibu mengandung amat penting kerana kesihatan ini boleh mempengaruhi janin
dalam kandungan .Ibu yang suka merokok,di bawah pengaruh dadah,mengandung pada
usia terlampau muda serta menghidap penyakit rubella berkemungkinan akan memberi
kesan perkembangan negatif pada janin dan akan menyebabkan kecacatan.
 Pemakanan
Perkembangan janin dalam kandungan boleh terjejas tanpa pengawalan serta penjagaan
pemakanan yang seimbang.Ibu mengandung digalakkan mengambil makanan yang
mengandugi cukup protein,karbohidrat,zat galian dan sayuran bagi membantu
pertumbuhan janin.Pengabaian boleh mengakibatkan bayi dalam kandungan mengalami
kecacatan.
 Usia ibu mengandung
Ibu-ibu yang mengandung pada usia yang sangat lewat juga berisiko melahirkan bayi
sindrom Down.Berdasarkan kajian pakar-pakar perubatan,satu daripada 600 kalangan ibu
mengandung pada usia lewat 40 melahirkan anak sindrom Down atau terencat akal.
 Rawatan sinar-X
Rawatan sinar-X yang dijalankan ke atas ibu mengandung ketika usia kandungan bawah
empat bulan boleh mengundang risiko kecacatan akal,tempurung kepala,buta dan
sebagainya sekiranya rawatan yang berlebihan diterima.Ibu-ibu mengandung perlu peka
terhadap setiap rawatan yang diterima.
 Tekanan psikologi
Pengeluaran hormon adrenalin yang berlebihan yang memasuki saluran darah janin
akibat tekanan psikologi yang dialami oleh ibu-ibu yang mengandung boleh menjejaskan
pertumbuhan janin dalam kandungan.
 Pengambilan alcohol dan ubat-ubatan semasa hamil
Tiada jumlah selamat banyak mana alkohol boleh diminum semasa mengandung. Sebaik-
baiknya ia dihindarkan sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecacatan mental,
kecacatan jantung, anggota badan dan sendi.Banyak ubat-ubatan memberikan kesan pada
janin dan tidak banyak kajian dibuat terhadap ubat-ubatan di pasaran terhadap janin yang
dikandung. Ibu-ibu mestilah memberitahu doktor, doktor gigi dan ahli farmasi jika anda
rasa anda mengandung, sekalipun ubat-ubatan tersebut menjadi satu kebiasaan bagi
mereka yang tidak mengandung.

 Infeksi
Infeksi viral yang lazim dihidapi oleh bayi yang baru dilahirkan adalah sitomegalovirus.
Kebanyakan kes tidak memudaratkan tetapi bagi kes-kes serius, kecacatannya berbentuk
terencat akal, pekak dan hilang penglihatan. Risiko pada bayi meningkat sekiranya si ibu
mendapat penyakit viral kali pertama ketika mengandung. Ujian makmal boleh
menentukan sama ada si ibu pernah terdedah pada infeksi. Kaedah terbaik menghindari
infeksi ini ialah dengan mencuci tangan, terutamanya jika ada menyentuh individu yang
telah dijangkiti oleh virus ini. Penyakit tularan seksual juga boleh mengancam janin.
Infeksi herpes dan sifilis boleh mendatangkan kebutaan dan kematian. Klinik ibu
mengandung akan menjalankan ujian saringan sifilis, hepatitis dan HIV untuk semua ibu
mengandung. Sekiranya status anda tidak diketahui, eloklah berbincang dengan klinik di
tempat pemeriksaan mengandung masing-masing.

You might also like