You are on page 1of 1

KATA-ALU-ALUAN PENGETUA

Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan ribuan tahniah kepada Kelab Tiong Hwa Kolej Keris Mas atas
kejayaan menganjurkan Malam Perayaan Kuih Bulan Ke-9. Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa yang begitu bertungkus lumus demi menjayakan aktiviti
tersebut.

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan tradisional kaum Cina. Walau


bagaimanapun, malam perayaan kuih bulan yang dianjurkan oleh Kelab Tiong Hwa tiap-tiap
tahun sering diraikan oleh mahasiswa-mahasiswi yang berbilang kaum. Keadaan ini amat
mengembirakan kerana mahasiswa-mahasiswi UKM sentiasa mempamerkan semangat 1
Malaysia.

Akhir kata, saya berharap Kelab Tiong Hwa Kolej Keris Mas boleh terus
menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan imej Kolej Keris Mas. Adalah
dinasihati supaya mahasiswa-mahasiswi sering melibatkan diri dalam menganjurkan aktiviti-
aktiviti kolej kerana inilah latihan yang terbaik dalam mencungkil kebakatan sebagai seorang
pemimpin.

Dr. Ruslin Amir


Pengetua Kolej Keris Mas

KATA ALU-ALUAN PENGURUS HEP

Salam sejahtera,

Syabas dan tahniah kepada Kelab Tiong Hwa Kolej Keris Mas kerana sekali lagi
menjayakan malam perayaan kuih bulan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa yang menjayakan aktiviti ini.

Aktiviti-aktiviti perayaan yang dianjurkan oleh Kelab Tiong Hwa setiap tahun
memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswi yang berbilang kaum menfahami budaya dan
tradisi cina yang diwarisi turun temurun. Oleh itu, Kelab Tiong Hwa memainkan peranan
yang cukup penting dalam memupuk persefahaman kaum dalam kalangan mahasiswa-
mahasiswi.

Saya berharap Kelab Tiong Hwa sebagai wakil kepada kaum Cina boleh terus
berusaha supaya mencapai kejayaan yang tidak terhingga bagi mengharumkan nama baik
Kolej Keris Mas. Sekian, terima kasih.

Tuan Syed Kamaruddin Hj.Sadak


Pengurus HEP Kolej Keris Mas

You might also like