You are on page 1of 9

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT)

- HADITH

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Hurairah RA katanya,

Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika sebatang anak sungai mengalir di
hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak
lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?”

Para sahabat R.Anhum menjawab, “Tidak akan tertinggal sedikitpun kekotoran.” Rasulullah SAW
bersabda, “Maka demikianlah juga solah lima waktu, melalui solah ALLAH TAALA akan
mengampunkan dosa.”

(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

FADHILAT SOLAT - BAB 1 (KEPENTINGAN SOLAT) - BAHAGIAN PERTAMA (KELEBIHAN SOLAT)


- HADITH 4B

Diriwayatkan dari Hazrat Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan solah
lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir
di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”

(Hadith riwayat Imam Muslim)

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu ‘Uthman RA katanya, “Saya bersama Hazrat Salman RA di bawah
sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-
goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan dahan itu gugur.

Kemudian beliau berkata kepada saya, ” Wahai Abu ‘Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab
saya berbuat begini?” Saya bertanya, “Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?” Beliau menjawab,
“Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di hadapan saya semasa saya bersama-sama
Baginda SAW di bawah sepohon pokok.

Baginda SAW telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini
sehingga semua daun gugur. Kemudian Baginda SAW bertanya kepada saya, “Salman, mengapa
kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?” Sahutku, “Beritahulah mengapa tuan berbuat begini?”

Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan
sempurna, kemudian dia menunaikan solah lima waktu maka gugurlah dosanya seperti
gugurnya daun-daun ini.” Kemudian Baginda SAW membaca ayat yang berikut:

“Dan dirikanlah solah pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang
berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu
(terutamanya solah) akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah ALLAH TAALA yang
demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.” (Hud : 114)

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Tabarani.)

Hazrat Abu Zar RA berkata,

“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas
Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan
lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya,
Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan
solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun
ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Islam dibina di atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH TAALA
dan Muhammad adalah hambaNYA dan RasulNYA, mendirikan solah, mengeluarkan zakat,
menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah
diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun
Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima
cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai
solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti
Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan
Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan
mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan
manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan
ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.

"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan
kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap
komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud
secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan
47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan)
diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna,
tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang
belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat
akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna
mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan
sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat
mengurangkan lemak dalam badan.

"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang,
melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses
penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi
buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi
oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku
penyakit arterioskerosis koronari.

Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan
anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan
rehat kepada jantung.

Sujud

"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar
denyutan jantung paling rendah," katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia
menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi
seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa
serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang
berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian
saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat
otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia
dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih
mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak
balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot
tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian
yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Pergerakan relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain
postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau
mengembang.

"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan
pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.

"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang
bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan
badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa
pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu
regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang
juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam
memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama
bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat
sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem
andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai
pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan
kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van
Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah
disfungsi ereksi atau mati pucuk.

"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai
solat," katanya.
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU

Ketahuilah wahai umat Islam!

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT


"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak
termasuk golongan orangorang yang bersembahyang."
AlMudathsir:42,43)

Siksaan Ketika Hidup Di Dunia


Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat
baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan
yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Siksaan Ketika Sakaratul Maut


Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita
kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh
lautan.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur


Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah
akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Siksaan Ketika Berada Di Akhirat


Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya
dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa
dengan keras di dalam neraka.

Nisbah Dosa Bagi OrangOrang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu


SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika
perempuan).
ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu
sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar
sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya
maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai
waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-
lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu
mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa
ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia


dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan
malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke
perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan
sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar
ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah
berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya


adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya
sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-
orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa
ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun
sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka
kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia,
3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.
Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.
Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di
dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas.

Tiga seksa ketika di alam kubur:


1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku
telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga
ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam
sehingga hari kiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:


1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam
neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus
disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu
ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."

Renungan:
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda
engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti
pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Apa itu khusyuk?

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan solat yang khusyuk, amalan
berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan solat antaranya :-
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supayadatang dari punca yang
halal tanpa syubahat.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amathampir dengan kita
serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir
luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam
solat termasuk ayat Al-Qur'an yang dibacakan itu terutama sekali Al-Fatihah, gerakan dan maknanya
(Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang
patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari
bahawa Allah memperhatikan solat itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah SWT, rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan
Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari
segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
hanaterah

You might also like