You are on page 1of 13

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

IKLIM BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUSIF

1.0 PENGENALAN

Seiring dengan era globalisasi dan cabaran dunia maju, pendidikan si


sekolah memainkan peranannya yang tersendiri. Pendidikan merupakan suatu aspek
penting dalam membentuk generasi yang mampu bersaing dengan arus globalisasi
dunia. Semua misi dan visi pendidikan ini datang dari satu tempat iaitu sekolah.
Sekolah yang mempunyai iklim dan budaya yang baik secara tidak langsung akan
mempengaruhi tahap pencapaian murid-murid di sekolah tersebut.

Keadaan iklim sekolah yang baik ialah sebuah sekolah yang


dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya.
Keadaan ini akan memberi kesan kepada keadaan yang kondusif dan selesa kepada
murid dan anggota sekolah. Selain itu, iklim dan budaya sekolah yang baik juga
mampu membentuk suatu hubungan yang erat antara pihak pentadbir dan guru, guru
dan murid serta kolaborasi antara ibu bapa dan guru.
2.0 DEFINISI IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH

2.1 Budaya Masyarakat

Apabila memperkatan perkara berkaitan budaya, budaya sering


dikaitkan dengan budaya dalam sesebuah masyarakat. Budaya secara kasarnya
membawa pengertian suatu amalan atau cara hidup yang diamalkan sekumpulan
besar ahli masyarakat dan perlakuan tersebut diamalkan secara berterusan. Budaya
telah didefinasikan mengikut Kamus Dewan sebagai cara hidup masyarakat,
tamadun atau peradaban.

Schein (1985) mendefinisikan budaya sesebuah organisasi sebagai


"tanggapan dan kepercayaan yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli organisasi,
berlaku secara tidak disedari, dan dalam bentuk 'taken-for-granted' sesebuah
organisasi itu melihat persekitaran dan dirinya sendiri".

Manakala Holly dan Southworth (1989) mentakrifkan budaya sekolah


sebagai "konteks dan setting sekolah, proses dalamannya dan makna di mana ahli-
ahli organisasi menyatakan dunia pekerjaan mereka".

Dari aspek lain pula seperti melalui aspek sosiologi, budaya


masyarakat ialah cara-cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari
generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Melalui pengertian yang
diberikan ini kita dapat melihat bahawa budaya merupakan suatu perkara yang
diamalkan secara turun temurun dalam sesebuah organisasi masyarakat secara
berterusan. Budaya yang dipupuk perlu diterapkan kepada generasi muda agar tidak
mudah hilang ditelan masa.
Budaya ini boleh diubahsuai tanpa mengubah budaya yang telah
diamalkan sejak turun temurun tersebut. Pengubahan ini dijalankan bagi
penyesuaian budaya yang diamalkan dengan kehendak semasa. Mengikut kajian
ahli – ahli sosiologi juga menyatakan budaya masyarakat merupakan semua hasilan
yang dikongsi bersama oleh masyarakat manusia, iaitu hasilan kebendaan seperti
bangunan, kederaan, alat – alatan dan hasilan bukan kebendaan seperti bahasa,
adat resam, kesenian, peraturan, sistem kerajaan dan lain-lain bukan kebendaan.

2.2 Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah

Menurut ahli perspektif fungsionalisme fungsi sekolah ialah sebagai


proses sosiolisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat
mereka. Melalui penyataan ini, dapat kita lihat, sekolah bertindak sebagai sebuah
institusi yang memainkan peranannya tersendiri dalam proses pengekalan budaya
masyarakat.

Fungsi sekolah telah terbahagi kepada dua fungsi utama, iaitu pusat
pendidikan dan juga latihan. Pendidikan disini membawa maksud sebagai sebuah
proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikiran kritis dan mempunyai
daya kreatif. Latihan pula bertujuan untuk memberi kemahiran teknikal dan kegiatan
psikomotor. Secara kesimpulannya disini, sekolah merupakan sebuah institusi yang
memberi peluan kepada murid untuk mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu
serta ilmu pengetahuan yang bersesuaian bagi meneruskan perkembangan budaya,

2.3 Definisi Iklim Sekolah Mengikut Tokoh

Halpin dan Croft (1963) mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan


personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk
mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan.
Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya
sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai


suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa,
tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.
3.0 Lima Usaha untuk Menjadikan Iklim dan Budaya Sekolah Berada Dalam
Situasi yang Kondusif

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, iklim sekolah telah


terbukti memberikan pengaruh yang kuat terhadap keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian yang dijalankan oleh Anderson (1982)
terhadap 40 orang pelajar berkaitan dengan iklim sekolah sepanjang tahun 1964
sehingga 1980, hampir 50% responden menunjukkan bahawa komitmen guru yang
tinggi, hubungan rakan sebaya yang baik, semangat kerjasam, pelaksaan
peneguhan yang konsisten serta objektif pembelajaran yang jelas telah memberikan
impak yang positif dalam pencapaian murid.. Di sini saya bahagikan kepada lima
aspek yang utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek,
aspek perpaduan dan keadilan dan yang terakhir aspek rohani.

3.1 ASPEK FIZIKAL

Melalui aspek fikila ini, terdapat pelbagai pecahan yang boleh


dilakukan. Ini kerana, aspek fizikal iklim sekolah merupakan perkara yang kita
nampak secara zahir akan keadaannya, atau barang maujud seperti fasiliti sekolah,
bangunan, perlatan dan sebagainya. Berikut merupakan pecahan-pecahan bagi iklim
sekolah dari aspek fizikal.

3.1.1 Kebersihan

Melalui aspek kebersihan ini, merujuk kepada kebersihan kawasan


persekitaran sekolah, kawasan bilik darjah, tandas, kantin dan sebagainya. Aspek
kebersihan memainkan peranan yang penting bagi memastikan murid dalam
keadaan yang selesa.
Keadaan sekolah yang bersih mampu memberi motivasi luaran kepada
murid untuk sentiasa kembali ke sekolah, dan menganggap sekolah sebagai suatu
tempat yang menyeronokkan. Keadaan kelas yang ceria contohnya, mampu
memberi suatu perasaan yang selesa serta secara tidak langsung mampu memberi
suatu bentuk terapi terutamanya kepada murid berkeperluan khas. Kelas yang ceria
dihiasi dengan pelbagai bahan BBM, carta, info merupakan suatu bentuk kesediaan
belajar bagi murid.

Berdasarkan pengalaman semasa saya menjalankan PBS di salah


sebuah sekolah di daerah Kuala Selangor, saya dapat memerhatikan sendiri
bagaimana tahap kebersihan sekolah dijaga oleh semua pihak. Bermula dari pihak
pentadbir sehinggalah kepada peringkat murid. Pihak pentadbir sekolah sering
mengjurkan kempen-kempen kebersihan seperti `Hari Tanpa Tong Sampah` dan
sebagainya. Melalui program ini, pihak pentadbir turut memberi peneguhan
berbentuk hadiah seperti piala kepada kelas terbersih dan sebagainya. Peranan dari
pihak guru pula ialah guru akan memberi dorongan dan bimbingan seperti menghias
kelas dan sebagainya. Murid turut memainkan peranan mereka tersendiri seperti
bergiat aktif dengan penglibatan diri dalam setiap program yang dianjurkan sekolah
tersebut dengan jayanya.

Keadaan kelas disekolah tersebut turut menitikberatkan akan


keselesaan murid semasa belajar seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi,
peredaran udara yang segar dan sebagainya. Walaupun aspek keselesaan
kadangkala dipandang remeh di sesetengah tempat, namun aspek keselesaan murid
belajar mampu memberi impak yang cukup besar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran diadakan didalam kelas.

3.1.2 Keselamatan

Keadaan sekolah yang kondusif tidak akan lengkap tanpa tahap


keselamatan sekolah yang optimum. Keselamatan di sekolah seperti keselamatan
peralatan dan kemudahan, sekolah dilindungi dengan peraturan – peraturan disiplin
serta aspek keselamatan lengkap yang lain seperti kawalan keselamatan lalu lintas,
plan kebakaran dan pelbagai lagi.
Semasa saya berada di sekolah, saya dapat memerhatikan bagaimana
peraturan sekolah sering diingatkan kepada murid-murid setiap kali perhimpunan.
Pihak pentadbir turut mengambil peranan dengan membekalkan sebuah buku
bersaiz kecil yang mana isi kandungannya mengandungi maklumat serta info
berkaitan peraturan – peraturan sekolah yang wajib dipatuhi setiap murid. Sistem
dendaan akan dikenakan jika murid mengumpul rekod salah laku yang banyak.
Sebagai contoh SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/2000: Menangani Masalah
Keselamatan, Dadah Dan Gengster. Melalui surat ini, pihak pentadbir dan guru-guru
diingatkan untuk menguatkan lagi tahap keselamatan sekolah dan sentiasa peka
dengan sikap murid-murid agar tidak terjebak dalam budaya ganster seperti membuli
memeras ugut dan sebagainya.

3.2 ASPEK SOSIAL

Aspek sosial bagi iklim sekolah merujuk kepada aspek perhubungan


antara anggota sekolah, seperti pentadbir dengan guru, guru dengan murid dan
ibubapa dengan guru. kekuatan dari aspek sosial mampu melicinkan segala
perancangan yang telah dirancang untuk diadakan di sekolah. Aspek sosial turut
merangkumi perkara-perkara seperti berikut :

3.2.1 Hormat – menghormati

Aspek saling hormat-menghormati dapat saya perhatikan dalam


sekolah semasa saya menjalani program PBS. Nilai murni ini telah dipupuk bukan
sahaja kepada murid, bahkan kepada setiap anggota sekolah. Bermula dari murid,
guru, pekerja am sehinggalah di pihak atasan seperti pentadbir. Murid dipupuk
dengan budaya hormat-menghormati tertutamanya kepada mereka yang lebih tua
seperti guru, ibubapa, pelawat yang hadir ke sekolah sehinggalah pekrja am sekolah,
pengawal keselamatan dan ramai lagi. Budaya seperti memberikan senyuman serta
memberi salam begitu ditekankan di sekolah tersebut.

Hasil daripada nilai saling hormat- menghormati ini, saya dapat


memerhatikan hubungan antara setiap anggota semakin rapat. Hubungan yang erat
ini akan saling bekerjasama antara satu sama lain bagi menjayakan sesuatu
program bagi kebajikan dan keperluan murid sentiasa terjaga. Pengetua
mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan dengan guru dan pelajar.
Sikap pengetua yang mudah bergaul akan memudahkan setiap warga sekolah
berani untuk berbincang tentang apa jua masalah. Kewujudan suasana sebegini
akan mengurangkan rasa tekanan dan akan membantu meningkatkan motivasi.

3.2.2 Rasa Tanggungjawab

Rasa tanggungjawab merupakan aspek yang begitu penting bagi


memastikan tahap iklim sekolah mencapai standart yang diperlukan bagi
memastikan murid berada dalam keadaan yang kondusif semasa menjalani proses
p&p. Rasa bertanggungjawab untuk menguruskan hal sekolah, merancang program-
program bagi kepentingan murid, memastikan sekolah dalam keadaan yang selamat
merupakan antara tanggungjawab pihak pentadbir yang dibantu orang-orang
bawahannya seperti guru dan sebagainya.

Bagi pihak guru pula, seorang guru perlu perlu menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam menjalankan tugas. Seorang guru perlu sedar yang mana mereka
merupakan seorang tunggak yang bakal membentuk satu generasi akan datang
yang mampu bersaing dengan dunia luar. Kesedaran tanggungjawab bagi murid
pula, ialah dengan belajar bersungguh-sungguh serta penglibatan yang aktif dalam
setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah.

3.3 ASPEK PERKEMBANGAN INTELEK

Aspek perkembangan intelek ialah merujuk kepada rangsangan dan


dorongan berkaitan dengan semangat ingin belajar seperti budaya ilmu yang
ditunjukkan oleh murid-murid tidak kira semasa proses p&p berjalan atau tidak.
Melalui pengalaman PBS yang lalu, saya dapat melihat bagaimana pihak pentadbir
memberikan dorongan serta pelbagai peneguhan seperti menjalankan program
Nilam, `Kempen Mari Membaca`, `My Libary` dan sebagainya. Melalui kempen-
kempen seperti ini murid digalakkan untuk banyak membaca serta menjadikan
perpustakaan sebagai tempat menimba ilmu selain berada di kelas. Peneguhan
seperti anugerah Nilam dan sebagainya diberikan kepada murid yang menunjukkan
komitmen yang tinggi terhadap program yang dijalankan. Guru pula bertindak
sebagai pembimbing kepada murid serta memberikan tunjuk ajar berkaitan dengan
pembahagian masa, menjadi role model kepada murid berkaitan dengan budaya
membaca.

3.4 ASPEK PERPADUAN DAN KEADILAN

Sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan


etnik, percampuran antara kaum di sekolah juga tidak dapat dielakkan. Pelbagai
usaha yang dilakukan pihak kerajaan bagi memastikan rakyatnya mampu hidup
secara harmoni dan saling bekerjasama. Gagasan terbaru yang dilancarkan Perdana
Menteri Malaysia Tan Sri Najib B Tun Razak iaitu Gagasan 1Malaysia, yang mana
rakyat Malaysia hidup secara bersatu hati, saling hormat menghormati dan
bekerjasama setiap lapisan kaum.

Begitu juga hal yang terjadi di sekolah semasa saya menjalankan PBS.
Pihak pentadbir sekolah tidak pernah mendiskriminasi hak untuk belajar bagi semua
kaum dan etnik. Pembelajaran serta program yang akan dijalankan dibentuk agar
setiap lapisan kaum dan etnik dapat menyertai bersama-sama. Selain itu, Gagasan 1
Malaysia juga turut ditekankan di pihak sekolah. Guru pula menjalankan peranan
mereka yang tersendiri. Guru menjalankan proses p&p di sekolah tanpa mengira
agama, bangsa dan juga etnik di dalam kelas tersebut. Guru sebagai seorang
pembimbing, sentiasa menekankan sifat saling bekerjasama antara satu sama lain
kepada murid-,murid tersebut.

Merujuk kepada aspek keadilan pula, keadilan di sini dimanfestasikan


dalam hukuman dan ganjaran mengikut peraturan, layanan samaserta pengagihan
kerja dan tugas yang adil. Keadilan kepada semua murid merupakan aspek yang
penting bagi pembentukan sahsiah murid yang baik kelak. Menurut Rotter (1975)
yang membentangkan Teori Motivasi Pembelajaran Sosial, individu yang mengetahui
kaitan antara kelakuan mereka dan kesan yang dialami mempunyai kecenderungan
kawalan dalaman yang kuat. Mereka tahu bahawa tindakan yang mereka ambil akan
mempengaruhi apa yang berlaku kepada mereka.
3.5 ASPEK KEROHANIAN

Mengikut pandangan Rosnani (1998), pihak pengurusan sekolah


hendaklah berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai
akidah dan berakhlak supaya murid-murid merasa selamat, sentiasa ingin berbakti
dan berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi,
iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T. dan bukan sekadar untuk menggembirakan
warga sekolah, ibu bapa dan guru.

Dziauddin (1999) pula mengatakan suasana persekitaran pendidikan


yang menekankan kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan
pemantapan rohani serta iman sebagai satu pakej yang mantap

Melalui kedua-dua pendapat ini, dapat disimpulkan disini bahawa,


sesebuah iklim di sekolah hendaklah sentiasa bergerak seiring dengan mengambil
kira segala aspek dan bukan sahaja penekanan terhadap akademik bahkan
penekanan terhadap kerohanian. Di sekolah yang saya jalani PBS, pihak sekolah
begitu menitik beratkan akan aspek kerohanian dalam diri murid, murid dikehendaki
untuk membaca doa setiap kali sebelum belajar, amalan memberi salam, kem-kem
ibadah, kelas KAFA, dan bayak lagi. Tidak ketinggalan juga bagi murid yang bukan
beragama Islam, mereka turut diterapkan dengan nilai-nilai murni melalui kelas-kelas
moral seperti hormat mereka yang lebih tua dan sebagainya.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim


sekolah menunjukkan iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih
baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993) menegaskan bahawa
iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat
menunjukkan bahawa terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan
kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan
pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan
baik.
BIBLIOGRAFI
Buku

 Mok Soon Sang, 2008. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Murid dan Alam
Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

 Mok Soon Sang, 2009. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

 Sharifah Md.Nor, 2000 . Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi.

INTERNET

 http://akhmadsudrajat.wordpress.com

 http://tuanmat.tripod.com

 http://www.angelfire.com
REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran walaupun
terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti
kekurangan bahan rujukan, dan sebagainya perkara lain yang berlaku semasa saya
menyiapkan tugasan ini.

Namun dengan berkat kesungguhan dan azam yang tinggi untuk menyiapkannya
saya dapat menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa
melalui banyak masalah semasa menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya
dikehendaki untuk memberikan defini berkaitan budan dan iklim sekolah disamping perlu
mencari 5 kaedah yang boleh digunapakai untuk meningkatkan keberkesanan P&P di dalam
kelas berdasarkan budaya dan iklim kelas berpandukan dengan sekolah semasa menjalani
PBS.

Selain itu, antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa
menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga
melemahkan semangat saya. Sebagai contoh saya terpaksa menyelesaikan 3 tajuk tugasan
dalam satu-satu masa semasa menjalani PBS ini. Namun, sebagai bakal seorang pendidik
saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif
untuk menanganinya.

Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya dalam membantu menjelaskan


segala kemushkilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi
saya untuk bertindak dalam menjayakan kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan
sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai faedah serta
pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana segala ilmu yang
saya pelajari telah dapat saya praktikkan semasa menyiapkan tugasan ini. Ini merupakan
sebagai satu pendedahan awal kepada diri saya agar lebih bersedia untuk menjadi seorang
guru yang hebat satu hari nanti.

You might also like