AKTIVITI 4: TEKA SILANGKATATEKA SILANGKATA
Pada hari ini aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasanyang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramaidalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi, kekangan masa, ketiadaanalat dan bahan yang berkaitan dan sebagainya.“...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primaryschool children to adults...” - Alan Chamberlain (1986)Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuaidigunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendahhingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yangsesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlahmerupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikankemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakanaktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.Antara objektif permainan bahasa adalah merangsang interaksi verbal pelajar, menambahkefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, sebagai alat mengikis rasa bosandan sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori ini diaplikasikan seperti pembelajaran konsep, pemikiran, taaklukan, penyelesaianmasalah, pemindahan, pembelajaran kemahiran yang kompleks (greeno, Collins, Resnik, 1996,Mayor & Wittrock, 1996). Prinsip pembelajaran kognitif menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby,1993). Lebih menumpukan kepada apa yang pelajar ‘tahu’ dan ‘bagaimana’ mereka