You are on page 1of 2

Integrasi nasional

 berlaku jika pergaulan diantara kaum, disengajakan


secara sedar dan tidak menunggu "evolusi tanpa
pimpinan" berlaku.

Faktor-faktor yang memainkan peranan yang penting:

 sekolah, kualiti pendidikan dan isu budaya/bahasa


 pendudukan adalah satu faktor yang penting.
Kebelakangan ini, kita seolah dapat melihat
pendudukan bandar yang hampir kesemuanya terdiri
dari satu bangsa etnik sahaja. Contoh: Shah Alam,
Cheras, Bangi, Puchong adalah antara contoh-contoh
yang baik.
 komposisi etnik di tempat kerja juga memainkan
peranan yang penting dalam integrasi nasional.
 Salah satu sebab penguasaan bahasa Inggeris adalah
lebih baik diantara kalangan pelajar-pelajar di kawasan
bandar adalah kerana pergaulan dengan etnik/bangsa
lain di sekolah, tempat bersukan ataupun di pusat-
pusat tuisyen. Secara amnya, kebanyakan orang tidak
akan bertutur dalam bahasa Inggeris, jika kesemua
dalam komuniti itu berbangsa sama dan gemar
berbahasa ibunda.
 Pilihan jurusan pendidikan dan karier juga menjadi
salah satu faktor penting dalam integrasi nasional.

Kerakyatan berbilang bangsa sudah semestinya membawa


cabaran-cabaran yang berbagai, terutamanya dalam
integrasi nasional. Bangsa berlainan, membawa
kepercayaan, sikap dan cara yang berlainan - mencari
keseimbangan ekonomi atau politik dalam keadaan
sebegini adalah satu kerja yang cukup kompleks.

Pada satu tahap, Malaysia adalah satu teladan yang baik


kerana mempunyai politi yang berbilang bangsa, tapi
masih aman sentosa. Kita tidak berperang seperti banyak
negara-negara dunia ketiga yang lain.
Tapi pada tahap yang lain, kita masih jauh dibelakang
negara-negara yang mempunyai integrasi nasional yang
kukuh dan boleh membina negara mereka dengan polisi
yang memantapkan daya saing nasional, yang menjurus
kepada meningkatkan produktiviti, perkembangan
ekonomi yang konsisten dan pembahagian kekayaan yang
adil.

Tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan politik di


Malaysia adalah rapuh dan bersandarkan perkembangan
ekonomi yang sihat, supaya tiada bangsa etnik yang
merasa tersisih dari arus kemajuan.

Inilah masanya untuk kita semua membina integrasi


nasional yang lebih mendalam dan padu dan bisa
mengharungi cabaran ekonomi maupun politik. Tidak
merdeka sesuatu masyarakat yang masih lagi dibelenggu
kesan-kesan sosial perpecahan "pecah dan takluk" jajahan
kolonial - walaupun sudah hampir 50 tahun, berlalu.
Jangan tunggu sampai nasi sudah menjadi bubur - nanti
semua yang kita usahakan untuk generasi kemudian, akan
hancur.

You might also like