You are on page 1of 2

TEORI SOSIOLOGI KLASIK

Perbezaan pandangan Sosiologi mengenai Tamadun manusia menurut Al-Quran dan menurut
idea-idea para falsafah Barat.

Karl Marx, Max Weber dan Emile Durkheim

Karl Marx (1818-1883) ialah sarjana dan pemikir sosial yang terkenal dalam melancarkan
kritikannya terhadap ketidakadilan dan penindasan terhadap manusia. Baginya, semua
masyarakat yang wujud berasaskan pembahagian manusia kepada kelas bertapak di atas
penindasan kelas atasan terhadap kelas bawahan.

Max Weber (1864-1920) seorang ahli falsafah sosiologi Jerman juga menumpukan aspek
kehidupan sosial pada abad 19 seperti politik, birokrasi, sistem ekonomi, serta sosiologi
agama yang dikaitkan dengan kemunculan sistem kapitalisme di Eropah. Apa yang
diutarakan oleh Weber mengenai agama, ekonomi dan sistem sosial ialah sanggahan terhadap
teori dan pemikiran Marx.

Emile Durkheim (1858-1917) seorang sarjana dari Perancis, menumpukan kajiannya


terhadap krisis dalam masyarakat perindustrian khususnya pada abad ke-19. Dia menolak
teori dan andaian Karl Marx yang menganjurkan pertentangan antara kelas sebagai cara
penyelesaian kepada masalah penindasan dan ketidakadilan. Bagi dia, menolak pertentangan
dan konfrantasi sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah, konflik antara pekerja dan
majikan adalah kerana masalah disorganization atau separa-anomie dalam masyarakat moden
yang perlu diperbaiki.

Mereka semua ini menjadikan perkembangan sejarah dan ekonomi perindustrian di Eropah
sebagai tumpuan kajian. Karl Marx dan Emile Durkheim mengkaji secara kritis akibat
langsung daripada perkembangan masyarakat perindustrian yang membawa kepada konflik
dan krisis sosial semasa krisis peradaban pada abad 19 manakala Max Weber pula
mengemukakan faktor yang membawa kepada organisasi sosioekonomi baru iaitu
kapitalisme yang mempunyai dinamisme yang tersendiri dan berjaya memacu Eropah ke arah
kemajuan dan pembangunan ekonomi yang tertinggi berbanding pencapaian di kawasan lain
diluar Eropah.

Namun begitu, banyak kesan-kesan yang berlaku rentetan pandangan para falsafah ini.
Seperti Karl marx yang meletakkan kepentingan landasan materialisme dalam mencorakkan
ideaologi, budaya dan pemikiran manusia. Max Weber pula melihat sebaliknya iaitu idea
mempunyai peranan penting dalam melahirkan sesuatu ekonomi, seperti kapitalisme yang
mampu membawa kemajuan material kepada manusia . Kesemua ini dilihat apabila manusia
itu sudah mencapai kesenangan tetapi amat singkat dan menuju kepada penghancuran
tamadun manusia kerana ketiadaan norma hidup manusia. Ini kerana manusia moden mudah
mengalami kekcewaan kerana mereka ada masalah kemahuan yang tidak terbatas.
Ini adalah secara ringkas pandangan tiga orang ahli falsafah sosiologi Barat dalam konteks
kemajuan, perkembangan dan kejatuhan tamadun pada abad ke 19.

Menurut perspektif al-Quran atau agama pula, kehidupan manusia, norma, nilai moral dan
kuasa yang lebih tinggi daripada masyarakat yang bole menyederhanakan kehendak atau
nafsu individu memang sudah ada dalam Islam. Dengan meletakkan Islam sebagai paksi
kepada kehidupan bermasyarakat dan individu melalui proses sosialisasi atau tarbiah yang
mengintegrasikan dia kedalam kehidupan berkomuniti, gejala egoisme dan individualisme
sudah tentunya boleh diatasi.

Pembentukkan tamadun seperti yang diisyaratkan dalam al-Quran yang telah menyuruh umat
Islam generasi pertama untuk melakukan hijrah pertama atau zaman sekarang disebut migrasi
adalah menjadi faktor yang membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan tamadun
manusia. Faktor seterusnyan adalah sebagai isyarat kepada kemajuan berdasarkan kepada
peranan-peranan manusia.

Kedua-dua faktor ini adalah teori kepada perkembangan dan pemajuan selaras kepada
pembinaan tamadun manusia hasil sumber daripada al-Quran dan sejarah Islam.
Berdasarkan pandangan-pandangan ahli falsafah dan pandangan al-Quran atau Islam ini, kita
dapat merumuskan beberapa perkara iaitu;

•Pegangan agama adalah penting dalam membina tamadun manusia.


•Hijrah dengan meninggalkan tempat asal dapat merealisasikan pembinaan tamadun.
•Unsur budaya dan nilai daripada ajaran Islam yang digunakan adalah pengimbang kejayaan
material dengan kekuatan moral dan rohaniah.

Mereka ahli falsafah Barat hanya berbicara mengenai faktor luaran sahaja dan ini telah
terbukti dan ada kaitannya dengan ke arah penghancuran tamadun manusia dengan timbul
fenomena peperangan dan penaklukan yang membawa kepada kejatuhan tamadun kerana
berlandaskan ideologi mereka ini. Manakala Tamadun pembinaan tamadun manusia menurut
acuan Islam pula mencipta kepada kejayaan hidup, mencorakkan masa depan bersama dan
membuat persediaan yang mencukupi di hari akhirat.

You might also like