You are on page 1of 17

3.

0 Pengenalan

Salah satu hak pengguna ialah hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat
dan selamat. Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat bererti hak kepada
alam sekitar fizikal yang akan memperbaiki atau meningkatkan mutu kehidupan. Hak ini
melibatkan usaha mendapatkan perlindungan daripada masalah persekitaran yang di
luar kawalan pengguna secara individu, tetapi boleh dibendung jika pengguna bertindak
secara kolektif. Ia memaparkan keperluan memelihara dan melindungi alam sekitar
untuk generasi masa kini dan masa hadapan sangat bergantung kepada muafakat di
kalangan ahli-ahli masyarakat sepertimana perlu bagi menangani pelbagai masalah
pengguna yang lain.

Kecuaian terhadap alam sekitar pada abad lalu telah mengakibatkan masalah
seperti kepanasan dunia, penghakisan lapisan ozon, kehilangan kepelbagaian spesies
haiwan dan tumbuhan, penyalahgunaan bahan kimia, pemusnahan hutan kesemuanya
mengancam kesejahteraan dan keselamatan umat manusia. Semua penduduk sama
ada di negara maju mahupun di negara membangun, sama ada yang tinggal di bandar
mahupun di desa,kini terdedah kepada ancaman tersebut.

Kesemua ancaman itu bukanlah berlaku secara semulajadi ataupun kerana


takdir. Tetapi sebaliknya ancaman itu adalah ekoran daripada perbuatan manusia
sendiri. Pembangunan yang tidak mampan, penggunaan dan citarasa yang berlebihan
telah menjejaskan kepentingan alam sekitar terutama pada kurun ini di mana terlalu
besar ancaman telah dilakukan. Kita telah menggunakan sumber semulajadi secara
membazir dan kurang berhemah.

Untuk mengatasi ancaman terhadap alam sekitar, semua pihak perlu


membabitkan diri secara kolektif. Kerajaan, industri dan rakyat Malaysia mempunyai
peranan masing-masing untuk mengatasi beberapa ancaman terhadap alam sekitar
yang menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan kita semua dan juga kesejahteraan
hidup generasi akan datang. Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah
untuk memelihara keharmonian alam sekitar diantaranya adalah melalui strategi-strategi
kawalan pencemaran dari aspek perundangan alam sekitar dan penetapan piawaian
alam sekitar untuk air dan udara.

1
3.1 Strategi-strategi Kawalan Pencemaran

3.1.1 Perundangan Alam Sekitar

Salah satu strategi untuk mengawal pencemaran adalah melalui perundangan


dimana Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diguna pakai bagi mengawal dan mencegah
pencemaran yang berlaku di Malaysia.

a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Akta ini ditubuhkan dan diberi nama Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang
dikuatkuasakan pada tahun 1975 selepas diadakan persidangan Stockholm untuk
melaksanakan pendekatan terhadap pengurusan alam sekitar. Pengurusan Alam
Sekitar di Malaysia telah menjadi lebih sistematik apabila Akta Kualiti Alam Sekeliling
diwartakan pada 14 Mac 1974 rentetan daripada itu sebuah agensi penguatkuasa,
Bahagian Alam Sekitar (mula dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar pada tahun
1983) telah ditubuhkan pada tahun 1975.

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 adalah satu akta yang berhubung dengan
mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling dan
bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah banyak melalui pindaan sebelum ini dan
yang terakhir sekali ialah pada tahun 2006. Pindaan yang dibuat adalah bertujuan
untuk memastikan peruntukan perundangan yang ada dapat memenuhi keperluan
dasar dan tuntutan pembangunan sosial ekonomi semasa. Hakikat ini membuktikan
bahawa kerajaan sememangnya peka kepada aduan serta rungutan rakyat yang
sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.

b) Objektif Pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Menurut Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2003), akta bermaksud


tindakan mengawal, mencegah, menghapus dan membaiki keadaan sekeliling.
Perwartaan akta dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana

2
Menteri. Sebelum itu, pembentangan dilakukan di Parlimen Malaysia dan
persetujuan dibuat antara Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang.

Pengenalan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 berikut Persidangan Stockholm


pada tahun 1972. Diantara objektif akta ini diwujudkan adalah seperti berikut:

i. Menghasilkan inisiatif perundangan menyeluruh dalam urusan berkaitan alam


sekitar.

ii. Menyelaraskan dan memperkemaskan lagi peraturan-peraturan yang


berkaitan dengan pengawalan dan pemuliharaan alam sekitar.

iii. Mewujudkan keseimbangan antara aktiviti pembangunan, perindustrian, dan


pemuliharaan alam sekitar dimana seiring dengan aktiviti pembangunan yang
semakin pesat dijalankan alam sekitar masih lagi terpelihara.

iv. Mengawal aktiviti manusia yang mungkin akan menjejaskan alam sekitar.

Di dalam akta terdapatnya peruntukan denda dan penjara bagi pelaku yang
melanggar Akta Alam Sekeliling 1974. Denda dan hukuman mengikut Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 yang paling berat ialah denda RM500,000 atau penjara lima
tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dengan adanya peruntukan
denda dan hukuman ini, manusia akan lebih berhati-berhati dengan aktiviti-aktiviti
yang akan dilakukan.

c) Kelebihan Pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Perlaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan satu garis


panduan dalam melaksanakan cadangan dan juga memantau perjalanan sesuatu
projek yang dijalankan. Disebabkan itu, kewujudan akta yang berkaitan alam sekitar
dapat membantu manusia untuk lebih berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang
lebih harmoni.

Salah satunya adalah dalam melakukan sesuatu projek ia perlu berpandukan


akta yang berkaitan dengan alam sekitar. Oleh itu, sesuatu perlaksanaan dalam
projek ini akan berjalan dengan lancar jika adanya kerjasama dari jabatan-jabatan

3
yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan Dan Saliran,
Jabatan Perhutanan dan lain-lain lagi.

Diantara kelebihan – kelebihan perlaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling !


974 ini adalah seperti berikut:

i. Aktiviti-aktiviti pembanguan terancang dengan baik


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan mengikut undang-undang yang telah
ditetapkan bermula daripada peraturan tersebut diubal agar diikuti untuk
tujuan pemeliharaan alam sekitar. Tetapi sekiranya undang tersebut tidak
diikuti adanya denda dan hukuman yang akan dikenakan terhadap pihak
yang melanggarnya.

ii. Sumber Alam Sekitar Terpelihara


Alam sekitar termasuk sumber-sumber didalamnya seperti air, udara, tanah
mendapat perlindungan dan hak-hak mereka terbela dari terus dirakus oleh
tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, sikap
manusia yang tamak dan rakus telah memusnahkan banyak warisan alam
sekitar yang sangat berharga.

iii. Dapat memajukan potensi pertumbuhan jangka panjang melalui amalan-


amalan pengurusan hutan berkekalan yang baik.

iv. Dapat memastikan aktiviti-aktiviti syarikat yang lebih mesra alam dengan
mematuhi garis-garis panduan akta dan peraturan demi mengurangkan
kesan negatif terhadap alam sekitar.

v. Dapat mencegah pencemaran melalui langkah-langkah pencegahan dan


kawalan yang betul.

vi. Memulakan aktiviti-aktiviti pemulihan dengan serta-merta sekiranya terdapat


kesan-kesan alam sekitar yang diketahui.

vii. Dapat mengekalkan biodiversiti melalui pendekatan berhati-hati.

4
viii. Menggalakkan komunikasi efektif bagi mewujudkan keperihatinan terhadap
isu-isu alam sekitar dan peranan pengekalan hutan di kalangan pekerja,
kontraktor dan orang awam.

ix. Mengekalkan keadaan alam sekitar yang sihat bagi kehidupan manusia yang
sempurna terutamanya daripada segi keupayaan pengeluaran sumber-
sumber.

d) Akta - Akta Lain

Akta – akta lain yang mempunyai peruntukkan untuk alam sekitar adalah
seperti berikut:

i. Akti Zon Eksklusif Ekonomi 1984


ii. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
iii. Akta Wilayah Persekutuan (Perancangan) 1982
iv. Akta Perikanan 1985
v. Akta Pemuliharaan (Konservasi) Tanah 1960 (Semakan 1989)
vi. Akta Perkapalan Dagang (Pencemaran Minyak) 1994
vii. Akta Pembangunan Mineral 1994
viii. Akta Pestisid 1984
ix. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
x. Akta Perlindungan Kepelbagaian Tumbuhan Baru 2004
xi. Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993
xii. Undang-Undang Kecil seperti Undang-Undang Kecil Persekutuan.
xiii. Kawalan Aktiviti di Tasik (Wilayah Persekutuan Putrajaya) dan sebagainya.

5
3.1.2 Penetapan piawaian alam sekitar untuk air dan udara

a) Piawaian Alam Sekitar Untuk Udara (Indeks Pencemar Udara)

i. Definisi Indeks Pencemar Udara (IPU)

Sistem bagi menentukan kandungan bahan pencemar udara yang utama


di negara Malaysia yang mana bahan pencemar udara ini boleh
menyebabkan masalah kepada kehidupan akibat dari bahan pencemar yang
terlalu banyak di udara.

Bahan pencemar yang tersenarai di dalam IPU Malaysia ialah Ozon (03),
karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (N02), Sulfur dioksida (S02) dan
pepejal terampai yang bersaiz kurang daripada 10 mikron (PM 10).

ii. Sejarah Sistem IPU di Malaysia

Berikut merupakan rentetan sejarah sistem IPU di Malaysia.

Tahun Keterangan
1989 Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan satu set garis
panduan untuk kualiti udara untuk bahan pencemar iaitu
Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (RMG)
di mana garis panduan ini akan mengeluarkan had
kepekatan bagi beberapa bahan pencemar yang boleh
mengganggu kesihatan dan kesejahteraan orang ramai
1993 Malaysian Air Quality Index (MAQI) in 1993
diperkenalkan berdasarkan kepada RMG. Indeks MAQI
ini memperkenalkan sistem julat untuk memberitahu
orang ramai mengenai status kualiti udara iaitu dari
keadaan baik hingga berbahaya.
1996 Untuk memastikan sistem yang digunakan di Malaysia
selari dengan negara lain IPU telah diperkenalkan pada
tahun 1996 di mana sistem ini hampir sama dengan
Pollutant Standard Index (PSI) yang digunakan di United
State 6
:

iii. Julat IPU di Malaysia

Julat yang digunakan oleh IPU adalah sepeti jadual di bawah:

API PETUNJUK

0-50 Baik

51-100 Sederhana

101-200 Tidak sihat

201-300 Sangat Tidak Sihat

>300 Berbahaya

Julat yang diperkenalkan di Malaysia adalah julat yang senang untuk


difahami. Julat selamat (di bawah 100) menunjukkan tiada kesan kesihatan
yang akan berlaku. Julat yang melebihi 100 menunjukkan kualiti udara akan
memberi kesan kepada kesihatan orang ramai. Julat ini diperakui oleh World
Health Organization (WHO)

iv. Masa untuk Pengukuran Bahan Pencemar

Masa untuk mengukur kepekatan bahan pencemar adalah selama 1


hingga 24 jam bergantung kepada bahan pencemar. Jadual di bawah
menunjukkan masa untuk mengukur kepekatan bahan pencemar:

Bahan pencemar Masa mengukur

PM 10 24 jam

SO2 24 jam

CO 8 jam
7
O3 1 jam

NO2 1 jam
v. Pengiraan IPU

Kepekatan 5 bahan pencemar dikumpulkan oleh stesen pemonitoran


kualiti udara dan dikira. IPU yang dilaporkan bukanlah untuk semua bahan
pencemar tetapi hanya pada bahan pencemar yang tertinggi pada hari
tersebut. Prosedur Pengiraan adalah seperti berikut :

 Kumpul
Data kualiti udara untuk 5 bahan pencemar dikumpul mengikut masa
pengukuran yang telah ditetapkan.

 Kendali
Pengurusan untuk calibration dan pengurusan kualiti dilakukan untuk
persiapan memproses data yang dikumpul

 Kira
Mengira purata kepekatan bagi semua bahan pencemar

 Kira
Mengira nilai Sub-index bagi setiap bahan pencemar berdasarkan purata
kepekatan.

 Lapor

8
Melaporkan kepekatan bahan pencemar yang tertinggi berdasarkan
pengiraan subindeks.

 Menyatakan
Menyatakan dengan spesifik bahan pencemar yang tertinggi dan
menyatakan julat IPU pada hari tersebut berdasarkan kepada bacaan sub
indeks bahan pencemar yang tertinggi tadi.

 Menyatakan
Menyatakan kesan-kesan yang relevan yang boleh berlaku berdasarkan
kepada julat IPU

b) Piawaian Alam Sekitar Untuk Air

Kualiti air dikira dari segi ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi air. Ia paling kerap
digunakan dengan satu set rujukan piawaian. Piawaian paling biasa digunakan bagi
menilai kualiti air adalah dengan menilai kualiti air minuman, air sungai atau tasik
dan juga efuluen yang dikeluarkan oleh kilang-kilang atau industri. Contoh ciri-ciri
yang diambil kira adalah seperti berikut:

Fizikal
 pH
 suhu
 turbidity
 jumlah pepejal terampai

Kimia
 Konduktiviti
 DO
 COD
 BOD

Biologi

9
 Mikroorganisma

i. Piawaian Air Minuman

Jadual di bawah menunjukkan satu standard bagi menilai kualiti air


minuman. Kualiti air minuman adalah paling penting untuk kesihatan kita.

10
COMPONENT RESULTS *WHO SPECIFICATIONS

pH Value 7.0 6.5-8.5

Colour (Hazen
<5.0 15
Unit)

Turbidity (NTU) 0.5 5

Dissolved Solids 6 1000 mg/l

Suspended
ND - mg/l
Solids

Nitrate Nitrogen
0.7 10 mg/l
(as N)

Nitrite Nitrogen
0.003 -mg/l
(as N)

Hardness (as
1 500 mg/l
CaCO3)

Alkalinity (as
5 -mg/l
CaCO3)

Chloride (as Cl) 1.78 250 mg/l

Sulphate (as
ND 400 mg/l
SO4)

Oil & Grease ND 0.30 mg/l

Detergent ND 1.0 mg/l

Phenol ND 0.002 mg/l

Arsenic (as As) ND 0.05 mg/l

Cadmium (as
ND 0.005 mg/l
Cd)

Calcium (as Ca) 0.37 200 mg/l

Chromium (as
ND 0.05 mg/l
Cr)

Iron (as Fe) ND 0.30 mg/l

Copper (as Cu) ND 1.0 mg/l

Lead (as Pb) ND 0.05 mg/l

Magnesium (as
0.02 150 mg/l
Mg) 11

Manganese (as
ND 0.1 mg/l
Mn)
ii. Piawaian Air Sungai dan Tasik

Indeks kualiti air digunakan untuk menilai status kualiti air sungai.
WQI menjadi dasar untuk taksiran keadaan persekitaran bagi satu laluan air.
Jadual di bawah menunjukkan piawaian bagi air sungai dan tasik.

12
Classes
Parameters (Units) 
l  llA  llB  lll lV  V 

Ammonical Nitrogen  mg/l  0.1 0.3  0.3  0.9 2.7  > 2 

BOD  mg/l  1 3  3  6 12  > 12

COD  mg/l  10 25  25  50 100  > 100

DO  mg/l  7  5 - 7  5 - 7  3-5 < 3  < 1 

6.5 -
pH  -  6.5-8.5 6 - 9  5-9 5 - 9 
9.5  

Colour  TCU  15 150  150    

Electrical
mmhos/cm  1000 1000    - 6000  -
Conductivity 

Floatables  -  N N  N  - -  -

Odour  -  N N  N  - -  -

o
Salinity  /oo  0.5 1  -  - -  -

Taste  -  N N  N  - -  -

Total Dissolved
mg/l  500 1000  -  - -  -
Solids 

Total Suspended
mg/l  25 50  50  150 300  > 300
Solids 

Normal Normal
o
Temperature  C  - - -  -
+2  +2

Turbidity  NTU  5 50  50  - -  -

5000 5000
Faecal Caliform*  counts/100ml  10 100  400  -
(2000)@  (2000)

Total Coliform  counts/100ml  100 5000  50000  50000 50000  >50000


13
iii. Piawaian Bagi Efluen

Bagi menentukan piawaian bagi efuluen yang dikeluarkan disebabkan


oleh sebarang pembuangan dari proses rawatan kumbahan atau efluen
daripada mana-mana industri, piawaian efluen disediakan seperti dijadual
yang disertakan di bawah.

14
Classes
Parameters Units 
A  B 

o
Temperature  C  40 40 

pH Value  - 6.0 - 9.0 5.5 - 9.0 

BOD5 at 20oC  mg/l  20 50 

COD  mg/l  50 100 

Suspended Solids  mg/l  50 100 

Mercury  mg/l  0.005 0.05 

Cadium  mg/l  0.01 .02 

Chromium, Hexalent  mg/l  0.05 0.05 

Arsenic  mg/l  0.05 0.10 

Cynide  mg/l  0.05 0.10 

Lead  mg/l  0.10 0.5 

Chromium, Trivalent  mg/l  0.20 1.0 

Copper  mg/l  0.20 1.0 

Mangenese  mg/l  0.20 1.0 

Nickel mg/l  0.20 1.0

Tin mg/l  0.20 1.0

Zinc mg/l  1.0 1.0

Boron mg/l  1.0 4.0

Iron (Fe) mg/l  1.0 5.0

Phenol mg/l  0.001 1.0

15
Free Chlorine mg/l  1.0 0.5

Sulphide mg/l  0.50 0.05


3.2 Kesimpulan

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit
sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar
di negara kita tidak dijaga dengan baik. Alam sekitar yang sedang mengalami
kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak
kira hidupan di darat ataupun di air.

Perundangan yang berkaitan alam sekitar memainkan peranan penting dalam


mengawal perilaku atau aktiviti manusia yang akan menyebabkan alam sekitar semakin
terancam. Di Malaysia Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diguna pakai bagi mengawal
dan mencegah pencemaran yang berlaku di Malaysia. Suatu perundangan akan
mengaitkan tentang sekatan-sekatan, larangan-larangan, dan denda-denda. Begitu
juga dengan perundangan mengenai alam sekitar, di mana ia mengandungi sekatan-
sekatan bagi memelihara alam sekitar.

Piawaian alam sekitar sama ada kualiti air, udara, bunyi atau apa-apa yang
berkaitan dengan alam sekitar merupakan satu petunjuk kepada masyarakat mengenai
tahap pencemaran bagi setiap komponen dalam persekitaran ini. Piawaian alam sekitar
ini menggunakan petunjuk yang jelas supaya semua golongan masyarakat memahami
petunjuk tersebut. Setiap piawaian ini perlulah dipatuhi supaya alam sekitar dan
ekosistem di dalamnya dapat dipelihara dan dilindungi. Kesimpulannya setiap aktiviti-
aktiviti yang dilakukan perlulah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan supaya
kepentingan bagi semua pihak sentiasa terjamin.

16
Rujukan :

1. Perundangan Alam Sekitar

 http://www.sabah.org.my/bi/consumer/hak_manusia2.asp

 http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=362

 http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2009/KAS2/mohdhishamuddin
aa050074d09ttp.pdf

 http://www.doe.gov.my/ms/node/4404

2. Penetapan piawaian alam sekitar untuk air dan udara

 Nota Kawalan Pencemaran Udara

 http://www.who.int/water_sanitation_health/dwq/en/

17

You might also like