Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Komuniti Buku dalam Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan oleh Encik Shaharom TM Sulaiman

Peranan Komuniti Buku dalam Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan oleh Encik Shaharom TM Sulaiman

Ratings: (0)|Views: 218|Likes:
Published by ITNM
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 pada 21 September 2010 di Wisma ITNM anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Komuniti Buku Online.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 pada 21 September 2010 di Wisma ITNM anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Komuniti Buku Online.

More info:

Published by: ITNM on Sep 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2013

pdf

text

original

 
 
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 1
PERANAN KOMUNITI BUKU DALAM MEMPERKASA BUDAYA MEMBACAKARYA TERJEMAHANOleh Shaharom TM Sulaiman
1
dan Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim
2
1
Ketua Satu Komuniti Bukuonline / Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat,Universiti Teknologi MARA
2
Setiausaha Agung Komuniti Bukuonline / Pensyarah Kulliyyah Senibina danRekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pengenalan
 Sebuah peradaban ilmu tidak mungkin berkembang tanpa transformasi besar-besaran dalam aktiviti terjemahan dan pemantapan budaya membaca dalamsesuatu masyarakat. Upaya penterjemahan mencerminkan kekuatan sesebuahtradisi intelektual yang berkembang subur dan terbuka. Pemantapan budayamembaca pula memperkukuhkan kelangsungan tradisi proses pemindahan ilmuyang memperkayakan sesebuah peradaban bangsa. Para pencinta bukusebagai pewaris pencinta ilmu akan sentiasa membuka dirinya kepadakepelbagaian tradisi ilmu melalui pembacaan karya-karya terjemahan.
Senario Budaya Membaca di Malaysia
 Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 telahmendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah bukusetahun. Kajian juga telah mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuktujuan pembelajaran dan hanya sedikit untuk bacaan senggang.Namun begitu, senario ini telah banyak berubah. Satu kajian terkini, ProfilMembaca Rakyat Malaysia 2005 telah mendapati rakyat Malaysia yang berumur10 tahun ke atas membaca secara puratanya sebanyak 8 hingga 12 buah bukusetahun. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dan adalah satu maklumbalas yang memberangsangkan hasil daripada aktiviti bersepadu yang telahdijalankan oleh semua pihak.
 
 
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 2
Komuniti Buku: Penggerak Budaya Membaca dan Peradaban Ilmu
 Sebuah peradaban cemerlang tidak mungkin wujud dan bertahan lama tanpasebuah peradaban buku yang mewarnainya. Dan sebuah peradaban buku tidakmungkin terbina tanpa tradisi ‘budaya ilmu’ yang merangkumi tradisiperpustakaan, kesarjanaan, pendokumentasian, ‘tulis-menulis’, dan komunitibuku. Dan tradisi tersebutlah sepanjang sejarah yang menghidupkan rohperadaban cemerlang Islam, Parsi, China bahkan Eropah. Dari situberkembanglah ilmu pengetahuan dan ketika ilmu bermanfaat dan dimanfaatkandemi kemajuan manusia, maka di sanalah sebuah peradaban dibentuk.Sebuah peradaban buku tentunya dihuni atau diisi oleh manusia yangberadab dan berbudaya. Dan ini hanya terjadi apabila sebuah masyarakatmenyanjung tinggi budaya ilmu dan budaya membaca.Kita terlupa bahawa budaya ilmu dan membaca akan melahirkanmasyarakat berperadaban tinggi yakni masyarakat yang berakal budi dan celikbudaya.“Membaca buku terbaik ibarat sebuah dialog atau percakapan denganminda terbaik sepanjang sejarah”, kata Rene Descrates, seorang filsuf klasikBarat tersohor. Memang dengan membaca buku-buku terbaik, kita bukan sajadibawa ke dalam sejarah masa lalu, malah akan mampu menjangkau peradabanmasa akan datang!Inilah kuasa buku dalam melahirkan masyarakat berperadaban. Benarlahapa yang dikatakan oleh Anne Quilden, “Books are the planes, and the trains,and the road. They are destinations, and the journey. They are home.”Menggerakkan peradaban buku dalam sesuatu bangsa tentu sekalimemerlukan pencinta buku dan komuniti buku yang benar-benar mencintai danmenjiwai buku. Mereka bukan terikat dengan kepentingan industri, perniagaanatau kepentingan-kepentingan lain tetapi kerana kecintaan luar biasa dankomitmen mereka kepada budaya buku sekali gus mengangkat tinggi budayailmu.
 
 
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 3
Kini di Malaysia sudah terdapat beberapa gerakan atau komuniti buku;termasuklah Goodreads Malaysia, Komuniti Bukuonline dan yang terkiniBaca@LRT.Senario ini telah dapat mengubah sedikit-sebanyak persepsi dan budayamasyarakat Malaysia terhadap buku dan budaya membaca.
Pengalaman Komuniti Bukuonline
Bukuonline.org adalah merupakan salah-satu komuniti buku yang terdapat diMalaysia. Selain daripada bukuonline, terdapat beberapa e-komuniti buku yanglain, termasuklah:1. Bookcafe (http://groups.yahoo.com/group/bookcafe/ ) ditubuhkan pada 14April 1999.2. Malaysian Bookcrossers (http://groups.yahoo.com/group/Malaysian-Bookcrossers/ ) ditubuhkan pada 19 Disember 2003.3. Kelab Buku Geng Jurnal, ditubuhkan pada 2003.4. Goodreads Malaysia.5. Baca@LRT.Idea PenubuhanKomuniti ini ditubuhkan secara ringkasnya adalah untuk mewujudkan gelombangmembaca di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan remaja.Sebelum ia ditubuhkan sebagai bukuonline.net, ia telah ditubuhkan sebagaibukuonline.org dan bukuonline.com (ditubuhkan pada 2003).ObjektifObjektif-objektif penubuhan Komuniti Bukuonline ini adalah:1. Sebagai sebuah forum untuk pencinta buku untuk berdiskusi tentang hal-halbuku dan dunia perbukuan.2. Untuk mengembangkan budaya biblioholisme (kecanduan terhadap buku dansegala hal yang berkaitan dengan dunia perbukuan).

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Norazliza Puteh liked this
Siti Nor Azizah liked this
saniSC01 liked this
saniSC01 liked this
Faez Muhd Noor liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->