•
Kabinet menganggap pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalambahasa Inggeris sebagai satu kepentingan utama negara dan mengarahkanKementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasarini, menurut Menteri Pendidikan. Bagi memantapkan dan membolehkanpengajaran ini dapat dibuat dengan lebih berkesan, pihak kementerianmenyediakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologikomunikasi maklumat (ICT) seperti komputer bimbit, projektor LCD, skrin danbahan interaktif kepada sekolah.
•
Menteri Pendidikan berkata, bekalan elektrik akan dibekalkan secepat mungkinkepada sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyai kemudahan berkenaan,selain dibekalkan dengan bahan rujukan bercorak sains. Beliau berkata, pihakkementerian sedang menyediakan buku teks dalam bahasa Inggeris untukkemudahan pelaksanaan dasar ini. Dalam merangka strategi ini jawatankuasapelaksanaan telah mengambil kira ulasan, pandangan dan teguran pelbagaipihak termasuk pendidik, ahli akademik, guru-guru, majlis guru besar danpengetua, kesatuan guru dan orang ramai.
•
Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah
untukmenyediakan generasi muda kini bagi menghadapi saingan global
denganpenuh keyakinan. Kerajaan menggariskan bahawa matlamat utama pelaksanaanpengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,adalah untuk
membolehkan pelajar mendalami dan memahami dua bidangilmu itu secara lebih berkesan
, sekali gus
dimanfaatkan untuk pembangunanserta kemajuan negara
.
•
Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, berkata pengetahuan dalam duabidang penting itu sentiasa berkembang pantas berikutan hasil penyelidikanpesat dan kebanyakan ilmu terbabit disebar menggunakan bahasa Inggerissebagai bahasa global. Justeru, pelaksanaan baru dalam sistem pendidikannegara itu, akan menjadikan rakyat Malaysia berupaya menangani cabaranserta persaingan global dengan penuh yakin, berilmu pengetahuan dan memilikikemahiran.
•
Beliau berkata, satu lagi matlamat penggunaan bahasa Inggeris sebagaibahasa penghantar pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah ialah untuk
membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggerisberbanding hanya mempelajarinya melalui subjek itu sendiri
. Apabila suatubahasa berkenaan digunakan secara meluas dalam komunikasi harian, tahappenguasaan serta kefasihan bahasa itu akan meningkat. Oleh itu, dalam bidangpendidikan, cara terbaik untuk mempelajari bahasa terbabit ialah denganmenggunakannya sebagai alat pembelajaran. Fokus kementerian ialahmenyiapkan pelajar memasuki pasaran kerjaya dan memastikan mereka tidak`tertewas’ kepada pihak yang menguasai bahasa berkenaan dengan lebih baik.
•
Menurut Tan Sri Musa, dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), permintaan untuk pekerja berilmu pengetahuan adalah besar.