You are on page 1of 3

SOFTWARE YANG PALING SAYA MAHIR.

Microsoft Office Power Point adalah salah satu perisian yang terdapat program
perisian Microsoft Office. Ia boleh beroperasi dengan menggunakan sistem Microsoft
Windows dan Apple’s Mac OS X. Perisian ini amat mudah untuk dikendalikan dan
mempunyai pelbagai menu untuk pelbagai fungsi. Walaupun ia nampak remeh
namun ia mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Tidak ramai pengguna
komputer yang tahu menggunakannya secara maksimum dan masih ramai lagi yang
tidak tahu setiap fungsi yang ada pada menu di dalam perisian ini.

Perisian yang paling saya mahir ialah Microsoft office power point. Sebagaimana
yang kita telah ketahui bahawa Microsoft power point banyak digunakan untuk
menayangkan maklumat-maklumat tertentu untuk sesi pembentangan atau
penerangan. Ia amat penting dan sangat berguna kepada kita. Penggunaan
Microsoft power point ini amat popular dalam kalangan ahli-ahli perniagaan, para
pelajar, guru-guru dan penceramah. Pada pendapat saya, Microsoft power point ini
adalah antara perisian kegemaran yang paling utama berbanding dengan perisian
lain yang lebih unik. Bagi saya perisian ini amat menarik dan mudah dikendalikan.
Bagi saya ia mudah dan cepat untuk dipelajari. Lebih-lebih lagi ia mudah didapati di
dalam semua jenis sistem operasi komputer. Ia adalah perisian yang wajib ada
dalam sesebuah komputer, tanpanya maka komputer tersebut masih belum layak
digunakan.

Bagi saya perisian ini mudah dikendalikan sebagaimana yang kita sentiasa lihat
bahawa perisian ini mempunyai pelbagai fungsi yang telah tersedia. Kita hanya perlu
mengklik pada mana-mana fungsi yang dipaparkan pada menu fungsi perisian. Jika
microsoft power point edisi terdahulu iaitu microsoft office 2003 memaparkan menu
yang sedikit sukar untuk dicari dan digunakan tapi kini dengan perisian power point
yang terkini iaitu microsoft office power point 2007 ini semua kerja menjadi lebih
mudah dan cepat kerana segala fungsi yang kita kehendaki telah tersedia di
paparkan tanpa perlu mengklik banyak kali. Cuba kita perhatikan, pada bahagian
menu yang pertama dari kiri iaitu ‘home’ telah termuat banyak fungsi yang boleh kita
gunakan dan pelbagaikan. Bagi saya, di bahagian menu ini yang paling seronok
adalah memilih jenis tulisan yang sesuai digunakan dalam slaid persembahan.
Antara jenis tulisan kegemaran saya ialah ‘Arial Destine’, ‘Arial’, dan ‘Comic Sans
MS. Tetapi biasanya dalam penyediaan persembahan slaid kita akan memilih tulisan
yang sesuai dan boleh dibaca oleh semua penonton kita.

Selain daripada itu, kita juga boleh memasukkan pelbagai elemen dalam
persembahan slaid kita. Antaranya ialah gambar, muzik, carta dan berbagai lagi
maklumat yang boleh disokong oleh perisian ini. Semua ini boleh dimasukkan
dengan memilih menu ‘Insert’ yang telah dipaparkan. Apa yang menarik di bahagian
menu ini ialah ‘SmartArt’. Ia adalah menu yang digunakan dalam menghasilkan peta
minda yang cepat dan menarik minat penonton. Kita hanya perlu memilih grafik yang
sesuai dan muat dengan apa yang ingin kita isikan di dalam peta minda tersebut.
Kini, dengan perisian ini segala kerja akan menjadi mudah. Bermacam-macam
perkara dapat kita pelajari daripadanya walhal ia hanyalah dilihat sebagai satu
perisian yang kurang menonjol berbanding perisian lain seperti ‘adobe photoshop’,
mind-jet dan lain-lain lagi.

Di samping itu, saya juga gemar memasukkan unsur muzik ke dalam slaid
persembahan yang saya sediakan dengan menggunakan perisian ini. Bagi
menambahkan lagi tarika pada slaid persembahan kita, kita bolehlah memasukkan
muzik atau lagu yang sesuai dengan tema slaid persembahan kita. Dengan ini dapat
menarik minat penonton dan mengurangkan kebosanan ketika mereka melihat slaid
persembahan kita. Selain daripada muzik, kita boleh juga memasukkan video ke
dalam persembahan kita. Kita boleh memilih video yang sesuai untuk dimasukkan
tapi kita tidak boleh memasukkan terlalu banyak video ke dalam slaid persembahan
kita kerana ia akan menyebabkan persembahan kita mengalami masalah lambat
untuk diproses.
Kesimpulannya, banyak lagi yang saya dapat melalui perisian ini. Kekerapan
menghasilkannya juga telah menjadikan saya lebih mahir menggunakan perisian ini.
Semakin lama perisian ini menjadi semakin canggih namun saya masih mampu
mengendalikannya kerana asas pelajari telah saya kuasai. Apa yang paling penting
ialah kita rajin meneroka dan tidak jemu ketika menyiapkan slaid persembahan
dengan menggunakan perisian ini. Sesungguhnya perisian ini sangat banyak
menolong kita dalam melakukan tugasan persembahan dalam seharian.

You might also like