Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
15Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kitar semula

kitar semula

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 8,500|Likes:
Published by Scooby Scrapy

More info:

Published by: Scooby Scrapy on Sep 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

09/09/2013

pdf

text

original

 
 
Kitar Semula
Kita harus mempraktikkan amalan 3R, iaitu kurangkan penggunaan, guna semula, dan kitar semula (Reduce, Reuse and Recycle). Kitar semula bermaksud rnengumpulkan danmemproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semulatermasuklah kertas, plastik, besi, aluminium, dan getah. Barang seperti botol kaca bolehdigunakan semula setelah melalui proses pembersihan.
Pendidikan Alam Sekitar 
Bagi menjamin usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan denganlebih berkesan dalam jangka panjang, masyarakat perlu dipupuk kesedaran dan dididik untuk  bersama-sama bertanggungjawab terhadap kesempunaan alam sekitar. Oleh itu, ProgramPendidikan Alam Sekitar (PPAS) diperkenalkan mulai tahun 1980-an.Di sekolah, pendidikan alam sekitar diterapkan dalam mata pelajaran yang sedia ada sepertiKajian Tempatan, Geografi, dan Sains atau boleh diajarkan merentas kurikulum. Dalam usahaini, murid-murid akan didedahkan kepentingan alam sekitar dan cara-cara penjagaan alamsekitar. Dengan adanya usaha ini, diharapkan murid-murid akan mempunyai perasaan dansemangat sayang akan alam sekitar dan cinta akan keindahan alam sekitar.Selain itu, pihak sekolah juga harus menubuhkan Kelab Alam Sekitar atau Persatuan PencintaAlam untuk membolehkan murid-murid menyertai pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar seperti kempen kitar semula dan tidak membakar sampah secaraterbuka.
Program µ Kitar Semula µ adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supayamencintai alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria.
 Maksud kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah seperti tinaluminium, botol plastik, botol kaca dan kertas. Program alam sekitar atau kitar semula amat baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar. Oleh itu, langkah-langkahyang sesuai perlu di lakukan bagi menjayakan program tersebut. 
 
Sebenarnya, program sebegini dapat dijalankan dengan memberikan kesedaran kepadamasyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan.Contohnya kertas, dalam kehidupan seharian manusia menggunakan hampir berpuluh-puluh juta million helai kertas untuk kegunaan pejabat, sekolah dan rumah pangsa. Serasa tidak lengkap hidup sehelai kertas meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas. Bayangkan jika barpuluh-puluh juta million helai kertas di kitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini menjimatkan kos penebangan pokok- pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi. Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tong-tong kitar semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan sekolah-sekolah dan bandar serta dikampung. Tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buanganseperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja pihak kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar semula mengajar dan mendidik anak-anak supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya pembungansampah yang berleluasa. Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi bertujuan bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang berkaitan.Pusat-pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masing-masing. Selainitu, dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik minat masyarakatuntuk menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian insentif atau hadiah kepada sesiapayang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan menggalakkan orangramai untuk menghantar bahan buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar memberikan wang sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung yang sudahdibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi. Di samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan elektronik masihdan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan faedahkitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau RadioTelevisyen Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Komputer juga boleh digunakan bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau µhomepage¶ berkenaanalam sekitar dan proses kitar semula. Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat danorang ramai menghabiskan masa dengan komputer, jadi dengan animasi, fakta dan maklumattentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik minat orang ramai untuk menyertai program kitar semula ini.Selain itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini.Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang membuangsampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan longkang patutdikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. ini kerana mereka bukansahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana pembiakan lalat, lipas dantikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas jika mereka tidak berubah sikap.Justeru itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama untuk menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia. 
 
Kitar semula
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah,gelintar   Simbol kitar semula
Kitar semula
ialah proses mengolah semula bahan buanganuntuk menghasilkan baranganyang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahanmentah baru, menggurangkan penggunaantenaga, mengurangkan pencemaranudara (dari  pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluarangasrumah hijauberbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
[1][2]
Kitar semula adalahkomponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi"Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jeniskaca,kertas,logam, plastik ,tekstil, dan elektronik . Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable ± seperti sampah makanan atau lebihan taman ± biasanya tidak dianggap kitar semula.
[2]
Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak  pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding denganmenghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucap terima kasih kepada Tuan Haji A.Bakar bin A.Rahim, PengetuaMRSM Gemencheh, Negeri Sembilan kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada kamisepanjang menjalankan tugasan ini.Ribuan terima kasih kepada guru sejarah Cik Sharwanie yang telah banyak mencurahilmu serta membimbing untuk menyiapkan tugasan ini.Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Nor Asmah BtHashim yang banyak membantu saya dan ayah saya Encik Saiful Anuar Bin Sabarudin yangsentiasa mendorong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Activity (15)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
jeyemthiram liked this
Shella Raj liked this
Kim Ra liked this
Nurul Arifah liked this
Kavi Kavita added this note|
very good information
nurafzi liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->