Mengapa berkahwin? Mengapa perlu menjadi suami isteri? Kalau kita minta jawapan kepada kebanyakkan orang Jawapannya hampir sama sahaja Jawapannya itu ialah untuk hendak menunaikan Tuntutan naluri semulajadi Atau hendak menunaikan tuntutan biologi Kalau tidak, sepi atau tidak bahagia dalam hidup ini Atau tidak ada hiburan. Kalau jawapan ini jadi pegangan ramai orang Maka tujuan berkahwin itu sudah terlalu sempit Dan bernilai murahan Tujuan itu secara tidak disedari Manusia telah menjatuhkan taraf dirinya kepada haiwan Kerana haiwan berkahwin kerana tujuan ini juga Sama-sama tidak ada cita-cita masa depan Dan lebih global Kalau itulah tujuan berkahwin itu Sekiranya tujuan itu terbantut Ertinya maksud perkahwinan itu ternafi atau batal Apabila ternafi atau terbatal Hilanglah bahagia, tidak ada hiburan Seperti sakit, keuzuran tuntutan batin Yang tidak diduga, setelah tua Orang mukmin sejati, Yang takut dan cintakan Tuhan Faham maksud perkahwinan Berpandangan jauh, berjiwa besar, bersifat global Tujuan perkahwinan lebih jauh Daripada yang dinyatakan Inginkan mengikut sunnah Nabi Menghiburkan Rasul Ingin mendapat zuriat yang banyak, bertaqwa pula Dapat menyambung perjuangan ibu ayahnya Agar Islam terus bersambung Ibu dan ayah dapat pahala Hasil perjuangan anak-anaknya Selain itu, suami isteri ada kawan untuk berbincang Tentang Tuhan, Islam, perjuangan Islam Tentang nasib umat Islam Berbincang tentang ilmu, nasib agama, bangsa dan negara Orang yg menghayati apa yg telah disebut tadi Ia adalah satu hiburan, kebahagiaan dan kepuasan Tuntutan naluri atau tuntutan biologi itu Sudah maklum terjadi sendiri bila ransangan terjadi Tapi bukan matlamat utama di dalam perkahwinan Matlamat utama lebih besar dan lebih jauh dari itu Seperti yang dinyatakan Orang yang berkahwin Yang mempunyai cita-cita yang besar Terlalu banyak hiburan sebagai suami isteri Memperkatakan Tuhan, perjuangan, nasib umat Islam Itu kebahagiaan dan kepuasan Bahkan satu keindahan Kalau naluri kurang dapat ditunaikan Banyak lagi hiburan yang lain Seperti yang telah disebutkan Jika kebahagiaan rumahtangga Terletak pada tuntutan naluri sahaja Itu orang tidak ada cita-cita besar Orang yang tidak berpandangan jauh daripada perkahwinan Oleh itu tidak timbul cakar harimau, bukan itu matlamat Cakar harimau tak payah diajar-ajarkan Itu sangat memalukan Oleh itu jangan dibesar-besarkan Bukan itu matlamat perkahwinan Mengajar suami isteri semata-mata tuntutan naluri, macamana, bagaimana Ini mengajar orang Islam bercita-cita murahan Padahal cita-cita pekahwinan dalam Islam, Cita-cita yang mahal, Cta-cita yang murni, Cita-cita Islam, cita-cita yang cemerlang Cita-cita Islam dan umat Islam masa depan Orang yang bertaqwa itulah hiburan, Itulah kepuasan, itulah kebahagiaan Itulah cita-cita umat Islam yang silam Di dalam perkahwinan Mari kita anjakkan paradigma kita Tentang memahami perkahwinan. -Semoga para pembaca dpt berfikir dan mengambil manfaat....