You are on page 1of 33

Modul 5:

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penerangan ringkas Modul

Modul ini dirancang untuk membantu guru memahami bagaimana murid


mempelajari sains selaras dengan model pembelajaran “contructivism” dan
implikasinya terhadap pengajaran. Pembelajaran sains boleh
dipertingkatkan melalui aktiviti berpusatkan murid yang merangsangkan
penggunaan minda dan mengembangkan kemahiran manipulatif. Oleh
yang demikian, modul ini dirancang dengan menekankan aktiviti “minds-
on” dan “hands-on” untuk membantu guru memahami dengan lebih jelas
kaedah simulasi, projek, perbincangan dan eksperimen. Guru-guru juga
diperkenalkan bagaimana menggunakan teknik menyoal untuk
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains di
bilik darjah.

Objektif

Objektif modul ini adalah untuk

1. membolehkan guru memahami bagaimana murid mempelajari sains


dan implikasinya terhadap pengajaran.
2. meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran
murid menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep
sains, penguasaan kemahiran saintifik dan penerangan sikap dan nilai
murni.
3. meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran sains rendah
seperti simulasi, projek dan eksperimen.
4. menjelaskan pandangan guru tentang kaedah perbincangan dan teknik
menyoal untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran sains.

1
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang


yang akan menyebabkan perubahan tingkah laku atau tindakan. Guru
perlu memahami bagaimana murid belajar sains dengan pelbagai cara,
gaya, tanggapan dan sikap untuk memastikan pengajaran yang berkesan.

Jadual berikut jelas bagaimana murid belajar sains dan implikasinya


terhadap pengajaran.

Bagaimana murid belajar Sains Implikasi terhadap pengajaran

1. Murid belajar sains secara aktif Untuk memastikan pengaliran


dengan membentuk kefahaman input deria yang berterusan, guru
yang bermakna daripada input perlu memberi peluang kepada
deria (hidu, lihat, rasa, murid menggunakan kemahiran
dengan…..). manipulatif dan kemahiran proses
seperti memerhati, menginferens
Kefahaman yang bermakna dan membuat hipotesis. Menurut
berlaku apabila murid dapat Gagne (seorang ahli psikologi
menghubung kaitkan kognitif), proses sains ini adalah
pengetahuan yang sedia ada yang asas kepada pendekatan
tersimpan dalam storan memori pengajaran inkuiri-penemuan.
dengan input deria.
Jika input yang diterima oleh
murid ialah melalui proses
penerangan guru sahaja,
pembelajaran murid tidak berlaku
sepenuhnya.

2
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bagaimana murid belajar Sains Implikasi terhadap pengajaran

2. Murid mempunyai idea dan Guru perlu menjalankan aktiviti


tanggapan yang tersendiri berpusatkan murid secara
berdasarkan kepada pengalaman kumpulan kecil untuk menggalak-
dan kefahaman sendiri. kan perbincangan yang aktif. Guru
Pandangan murid yang telah sedia perlu menggunakan teknik menyoal
terbina dengan kukuh amat sukar yang baik untuk menggalakkan
diubah. Dengan semata-mata perbincangan yang aktif. Guru
memberitahu murid idea yang perlu menggunakan teknik menyoal
sebenar, guru sukar mengubah yang baik untuk menggalakkan
pandangan murid. murid bercakap untuk merangsang
pemikiran yang kreatif dan kritis.
Contoh

Pandangan ahli Sains:

1. Serangga ialah haiwan


2. Kupu-kupu ialah haiwan
3. Haiwan dan binatang adalah
sama.

Pandangan murid:

1. Serangga bukan haiwan.


2. Kupu-kupu bukan haiwan
tetapi ialah serangga.
3. Binatang itu bukan haiwan
Melalui aktiviti berpusatkan murid,
akan membolehkan mereka:

a. melahir dan menjelaskan idea

b. mencabar idea di antara satu

sama lain
c. memantapkan kefahaman

konsep.

“Kupu-kupu ialah serangga,


bukannya haiwan.”

3
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bagaimana murid belajar Sains Implikasi terhadap pengajaran

3. Murid belajar dengan pelbagai Guru perlu mempelbagaikan


cara bergantung kepada strategi pengajaran dan pendekatan
untuk:
keperluan, minat dan gaya.
Jarang terdapat dua orang murid memenuhi pelbagai keperluan
mempunyai pengalaman sedia ada murid di bilik darjah.
dan gaya pembelajaran yang
sama. Menimbulkan minat murid dan
menyeronokkan pembelajaran.
Murid mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan Ciri-ciri pengajaran dan
terhadap persekitarannya kerana pembelajaran yang memenuhi
mereka pelbagai keperluan murid:

• mempunyai persepsi yang ♦ Susunan kelas yang luwes


berbeza, ♦ mempelbagaikan kaedah
• bertindakbalas dengan cara yang pengajaran dan pembelajaran
berbeza,
• memproses pengalaman yang ♦ penilaian sebagai sebahagian
• berlainan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran murid
Contoh gaya pembelajaran: ♦ merancang dan melaksanakan
aktiviti pembelajaran dengan
kreativiti sendiri
♦ pembelajaran dalam kumpulan
kecil
♦ peningkatan kemahiran sosial
♦ pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid
♦ keluwesan guru sebagai
pemudah cara
♦ murid membuat refleksi kendiri
a. Belajar secara individu ♦ murid menilai dan berkongsi
berbanding dengan belajar pengalaman pembelajaran
secara berkumpulan
b. Berfikir secara menumpu
(convergent) berbanding dengan
berfikir secara mencapah
(divergent)

4
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran Menyoal

Kemahiran menyoal boleh menjadi salah satu teknik pengajaran dan


pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk menggalakkan interaksi
antara guru dan murid serta murid dan murid.

Penyoalan berupaya mewujudkan iklim interaksi yang lebih merangsangkan


di kalangan murid serta merangsangkan murid untuk terus berminat dalam
pelajaran mereka. Selain daripada itu, penyoalan berupaya mendapatkan
maklumat dengan cara mencungkil pengetahuan murid, menolong
mengulang kaji pelajaran yang lepas dan mengukuhkan pelajaran yang
sedang disampaikan.

Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan


mendapat maklum balas yang logik dan tepat. Tambahan pula penyoalan
dapat membantu menghubungkan di antara guru dengan murid dan
menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi.

Teknik Menyoal

Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini


membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Oleh itu,
adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak
dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-
soalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat
murid juga boleh digunakan. Soalan yang dikemukakan hendaklah:

• jelas dan mengandungi satu idea


• ringkas supaya mudah diingati oleh murid
• menepati masa, diminati, mencabar dan berkaitan dengan pengajaran
• menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
• mengandungi lebih daripada jawapan `ya’

Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan


penyertaan murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap
mungkin. Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan,
perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.

5
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Peringkat Permulaan Pelajaran

Pada peringkat ini soalan digunakan untuk:

• mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid


• mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru
• menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan
dipersembahkan.

Peringkat Perkembangan Pelajaran

Pada peringkat ini soalan digunakan untuk:

• menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang


dibincangkan
• memastikan penyertaan murid yang aktif
• mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.

Peringkat Penutup

Soalan pada peringkat penutup digunakan untuk


• membuat rumusan pelajaran
• menguji kefahaman murid secara menyeluruh.

Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan seperti


yang berikut:

a. guru mengemukakan soalan kepada murid


b. guru memberi masa untuk murid menjawab
c. guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas
d. guru boleh memanggil murid tertentu menjawab
e. guru memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan
seterusnya ajukan jawapan murid tersebut kepada murid lain.

6
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pastikan ramai murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.


Di samping itu soalan elok dikemukakan mengikut turutan yang logik dan
jawapan murid diulangi untuk menunjukkan pentingnya jawapan yang
lebih mendalam dan dapat menjelaskan `mengapa’ dan `bagaimana’. Beri
pertimbangan kepada soalan-soalan `fakta’ dan soalan-soalan yang
memerlukan `pemikiran’.

Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan


soalan mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.

Soalan Menumpu

Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara


bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah
yang hendak diketengahkan.

Contoh:

1. Nyatakan 4 peringkat perkembangan kupu-kupu?


2. Namakan 3 jenis tumbuhan yang dibiakkan daripada keratan batang?
3. Perihalkan 4 peringkat perkembangan rama-rama
4. Terangkan bagaimana ikan dapat bernafas dalam air

Soalan Mencapah
Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan
rasional murid sebelum memberikan jawapan. Ia bertujuan untuk
mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang
ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas.

Contoh:
1. Mengapakah agaknya ramai orang tidak mengendahkan tentang
masalah pencemaran?
2. Ceritakan apa akan berlaku jika planet bumi berputar menghampiri
matahari.
3. Pada pendapat anda, berikan alasan kesan sampingan tentang teknologi
kepada manusia.

7
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tugas Peserta Kursus:


Sediakan 5 soalan menumpu dan 5 soalan mencapah berdasarkan isi
pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4.

SEMAKAN KENDIRI

Sila jawab soalan-soalan berikut sebelum dan selepas anda membaca


rencana tentang Kemahiran Menyoal ini. Tandakan √ pada jawapan
pilihan kamu.

1. Matlamat utama sesi Kemahiran Menyoal ialah untuk melahirkan


murid yang

q berilmu pengetahuan
q mahir dan yakin dalam komunikasi lisan
q pandai bergaul dan berinteraksi

2. Berikut ini ialah tujuan Kemahiran Menyoal diadakan, kecuali

q memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif dalam


pembelajaran
q menyenangkan murid menghafal fakta-fakta yang telah dipelajari
q membolehkan murid berfikir secara kritis

3. Selepas sesi Kemahiran Menyoal, guru perlu menilai aspek-aspek


berikut kecuali:

q adakah sesi menyoal itu mencapai matlamat


q adakah murid yang takut menjawab soalan telah mengubah
sikapnya
q adakah semua murid mengambil bahagian

4. Biasanya, sesi menyoal yang dijalankan dalam kelas adalah

q berpusatkan guru
q berpusatkan murid
q berpusatkan guru dan murid.

8
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EKSPERIMEN
Kaedah eksperimen merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang biasa digunakan dalam pendidikan sains. Istilah eksperimen ini
sering diertikan dengan proses menjalankan kajian atau penyiasatan
tentang suatu fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.

Di antara ciri-ciri utama kaedah eksperimen ialah:

• unsur-unsur inkuiri dan sikap saintifik dalam kaedah ini seperti naluri
ingin tahu, fikiran terbuka, ketabahan dalam mencari jawapan atau
penyelesaian terhadap sesuatu masalah, tidak terburu-buru dalam
membuat keputusan dan sebagainya.

• unsur-unsur pembelajaran melalui pengalaman perlu diberi penekanan.


Ini bermaksud seseorang itu dibimbing untuk menemui atau
memperoleh ilmu pengetahuan, di samping secara sistematik diasuh
untuk menguasai kemahiran seperti kemahiran proses sains, kemahiran
berfikir secara kritis, kreatif dan analitis.

Oleh kerana itu, kaedah eksperimen memberi peluang kepada murid


mengalami satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna sesuai dengan sikap dan minat ingin tahu tentang diri sendiri
dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar mereka.

Bagi melaksanakan kaedah eksperimen, beberapa pertimbangan perlu


diambil kira bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar di
samping mencapai matlamat dan objektif pengajaran. Perancangan awal
perlu dilakukan dengan memikirkan persoalan seperti berikut:

• Apakah objektif khusus yang hendak dicapai?


• Apakah persoalan/masalah yang hendak dikaji?
• Apakah soalan-soalan yang perlu disediakan untuk membimbing pelajar
membuat hipotesis?
• Apakah konsep dan prinsip sains yang hendak disampaikan?
• Apakah kemahiran proses sains yang hendak diberi keutamaan?
• Apakah bahan dan alat radas yang perlu disediakan?
• Bagaimanakah eksperimen akan dijalankan? (Secara
individu/berpasangan/berkumpulan?)
• Apakah prosedur eksperimen tersebut?
• Bagaimanakah hasil eksperimen direkodkan?
• Bagaimanakah hasil eksperimen hendak dibincangkan?
• Apakah soalan-soalan yang perlu disediakan untuk sesi perbincangan?
• Apakah kesimpulan eksperimen ini?

9
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah-Langkah Menjalankan Kaedah Eksperimen

Langkah 1 : Mengenal pasti Masalah

Guru mengemukakan beberapa soalan untuk menarik perhatian


murid tentang apa yang hendak dikaji. Bimbingan dan galakan
memainkan peranan penting untuk mendorong murid berfikir secara
kritis dan kreatif terhadap masalah.

Langkah 2 : Merancang Prosedur

Murid diminta membuat hipotesis (telahan/jangkaan) tentang


masalah tersebut. Guru mengingatkan murid bahawa hipotesis yang
hendak diuji itu memerlukan murid memerhati dengan teliti,
memahami perlunya ada pembolehubah yang dikawal.

Langkah 3 : Merancang Prosedur

Eksperimen hendaklah dirancang dengan rapi untuk membolehkan


murid menyiasat dengan lebih lanjut tentang hipotesis yang telah
dibentuk. Alat/Radas dan bahan yang mencukupi hendaklah
disediakan terlebih awal. Kesesuaian dan keberkesanan teknik
eksperimen yang dibentuk hendaklah dipertimbangkan.

Langkah 4 : Menjalankan Eksperimen

Eksperimen yang hendak dijalankan ini sebaik-baiknya dicuba


terdahulu oleh guru pada masa yang lain. Masa yang mencukupi
diberikan kepada murid untuk menguasai kemahiran proses sains
dan kemahiran manipulatif. Seberapa boleh biarkan murid
menjalankan eksperimen dengan usaha sendiri.

Langkah 5 : Merekod Data

Hasil daripada pemerhatian, murid mengumpul data yang diperolehi


daripada eksperimen. Data ini dipersembahkan dalam bentuk yang
mudah difahami seperti jadual atau graf.

10
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah 6 : Mentafsir Data

Pentafsiran data hendaklah dilakukan berdasarkan hasil eksperimen.


Guru membimbing murid-murid menganalisis data pemerhatian.

Langkah 7 : Perbincangan Kelas

Dapatan setiap kumpulan dibentangkan dan dibincangkan. Murid


melapor hasil kerja di hadapan kelas. Aktiviti ini dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi. Murid mempamerkan hasil kerja di sudut
sains untuk dikongsi bersama.

Langkah 8 : Membuat Kesimpulan

Guru membimbing murid membuat rumusan eksperimen. Pada


peringkat ini, murid dapat menentukan sama ada hipotesis yang
dibuat betul atau salah.

Contoh Kaedah Eksperimen

Bidang Kajian : Menyiasat Alam Kehidupan


Objektif Umum : Memahami bahawa manusia, haiwan dan
tumbuhan menjalani beberapa proses untuk
hidup.

Objektif Khusus : Memerihalkan pelbagai cara tumbuhan bergerak


balas terhadap rangsangan.

Tujuan Eksperimen : Mengkaji cara tumbuhan bergerak balas


terhadap cahaya

Bahan dan Radas : 1. Anak pokok keembung (tinggi 10cm)


2. Air
3. Tanah
4. Mangkuk
5. Kotak berlubang

Langkah-Langkah

Langkah 1 : Mengenal pasti masalah

Guru menerangkan persoalan yang hendak disiasat


Contoh:
Bagaimanakah tumbuhan bergerak balas untuk mendapatkan cahaya?

11
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah 2 : Membuat Hipotesis

Guru mengemukakan soalan untuk membimbing murid membuat


hipotesis. Di antara pernyataan hipotesis untuk membimbing murid
membuat hipotesis.

1. Tumbuhan tidak bergerak balas terhadap sumber cahaya


2. Tumbuhan akan condong ke arah sumber cahaya
3. Tumbuhan akan condong ke arah yang bertentangan kepada sumber
cahaya.

Langkah 3 : Merancang Prosedur


Guru mengedarkan kertas arahan eksperimen atau kad tugasan kepada
murid. Contoh arahan eksperimen adalah seperti berikut:

1. Masukkan tanah yang sama banyak dan sama jenis ke dalam dua
buah mangkuk yang sama besar.
2. Labelkan A dan B pada mangkuk-mangkuk itu.
3. Siram air dari sumber yang sama ke dalam kedua-dua mangkuk dua
kali sehari. Pastikan kuantiti air yang digunakan sama banyak.
4. Masukkan pokok di dalam mangkuk A ke dalam sebuah kotak
berlubang. Pastikan pokok di dalam kedua-dua mangkuk
bersebelahan dan diletakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
5. Selepas sehari, angkat kotak yang menutup pokok di pasu A.
6. Perhatikan pergerakan batang dan daun kedua-dua pokok tersebut.
7. Rekodkan pemerhatian anda.

Rajah 1 : Eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya terhadap gerak balas


tumbuhan.

12
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah 4 : Menjalankan Eksperimen


Murid-murid menjalankan eksperimen.

Langkah 5 : Merekod Data


Guru meminta murid merekod hasil eksperimen. Contohnya, guru
meminta murid melukis keadaan batang dan daun kedua-dua pokok
setelah kotak berlubang di mangkuk A diangkat.

Langkah 6 : Mentafsir Data

Guru mengadakan sesi soal jawab bagi membimbing murid menganalisis


lukisan.

Contoh tafsiran data.


Tumbuhan yang diletakkan di dalam kotak condong ke arah lubang
atau
Didapati, tumbuhan yang di dalam kotak condong ke arah cahaya.

Langkah 7 : Perbincangan kelas


Guru meminta wakil daripada beberapa kumpulan membentangkan hasil
eksperimen masing-masing. Semua hasil eksperimen dibincangkan.

Langkah 8 : Membuat Kesimpulan

Guru membimbing murid membuat rumusan eksperimen.


Contoh kesimpulan
Tumbuhan akan condong ke arah sumber cahaya.

13
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TUGASAN

Kumpulan anda dikehendaki menjalankan suatu penyiasatan


menggunakan kaedah eksperimen yang bertujuan untuk mengkaji daya
tarikan magnet pelbagai bentuk.

Buat penyiasatan ini berdasarkan kepada maklumat yang terdapat di dalam


Kad Tugasan seperti di bawah:-

KAD TUGASAN

Objektif : Mengkaji daya tarikan magnet pelbagai bentuk.

Bahan : Magnet batang, magnet silinder, magnet cincin, magnet


berbentuk U, magnet berbentuk ladam, pembaris, klip
kertas, benang.

Arahan : q Anda diberi 5 batang magnet pelbagai bentuk.


Jalankan suatu penyiasatan untuk mengkaji daya
tarikan magnet manakah paling kuat.
q Catatkan hipotesis pada KAD HIPOTESIS
q Rancang prosedur untuk menjalankankan
eksperimen ini.
q Rekodkan data anda dan bina sebuah histogram.
q Lengkapkan Jadual Semakan Kendiri untuk
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran
kaedah eksperimen.

KAD HIPOTESIS

Tujuan Eksperimen: Mengkaji daya tarikan magnet pelbagai bentuk

Hipotesis kumpulan ini ialah:

………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………….

14
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEMAKAN KENDIRI

Merancang Kaedah Eksperimen

Tujuan Eksperimen:
Arahan: Lengkapkan jadual di bawah

Langkah Eksperimen Soalan Kepada Kemahiran Sikap dan Nilai


Murid Proses Sains

1. Mengenal Pasti
Masalah

Guru berbincang
dengan murid tentang
persoalan yang hendak
dikaji.

2. Membuat Hipotesis

Guru mengemukakan
soalan untuk
membimbing murid
membuat hipotesis

3. Merancang
Prosedur

Guru menyediakan
arahan eksperimen.

Guru berbincang
tentang arahan
tersebut.

4. Menjalankan
Eksperimen

Murid menjalankan
eksperimen

15
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah Eksperimen Soalan Kepada Kemahiran Sikap dan Nilai


Murid Proses Sains

5. Merekod Data

Murid mengumpul data


yang diperoleh daripada
eksperimen.

6. Mentafsir Data

Guru berbincang
dengan murid untuk
menganalisis data.

7. Perbincangan Kelas

Murid membentangkan
hasil eksperimen.

Guru berbincang
dengan murid untuk
merumus hasil
eksperimen.

8. Membuat
Kesimpulan

Guru Membimbing
murid membuat
kesimpulan.

16
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERBINCANGAN

Sesi Perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid
untuk mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran.
Sesi perbincangan yang dirancang dengan rapi akan mengembangkan
pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan murid. Aktiviti seperti ini
akan menghasilkan murid yang mahir berkomunikasi dan yakin dalam
menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain.

Perbincangan juga menolong murid memahami sesuatu perkara dengan


lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh mana kefahaman mereka.
Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir tentang
topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya.

Perbincangan adalah sangat baik bagi menolong murid memahami konsep


dan idea yang sukar. Selain daripada itu sesi ini juga menolong murid
membentuk pendapat dan sikap mereka mengenai sesuatu isu seperti
“Patutkah kita menebang hutan secara berleluasa di negara kita?” dan
sebagainya.

Perbincangan yang baik membolehkan peserta memperoleh beberapa


faedah seperti kemahiran komunikasi lisan, kemahiran mendengar,
kemahiran berfikir secara kritikal, teknik penyelesaian masalah, kemahiran
sosial dan kefahaman tentang konsep sains dengan lebih kukuh.

Perbincangan dalam Kumpulan

Pada keseluruhan sesi perbincangan boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a. Perbincangan dalam kumpulan besar: Dalam perbincangan begini


semua murid dalam satu kelas mengambil bahagian. Biasanya dalam
sesi seperti ini guru bertindak sebagai pengerusi perbincangan.
Bahan-bahan yang dibincangkan oleh murid dicungkil oleh guru
melalui soalan-soalan mencapah yang diajukan kepada kelas. Perlu
diingatkan bahawa sesi perbincangan tidak bererti sesi soal jawab.

b. Perbincangan dalam kumpulan kecil: Dalam perbincangan begini


kelas dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Setiap
kumpulan diketuai oleh seorang pengerusi. Guru pula bertindak
sebagai fasilitator, bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang
lain sambil bertanyakan soalan-soalan yang bertujuan untuk
memastikan perbincangan menuju ke arah yang ditetapkan.

17
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Organisasi perbincangan Kumpulan

q Kumpulan ‘Buzz’

Perkataan ‘buzz’ menggambarkan bunyi lebah atau kumbang dalam


sesuatu taman bunga. Pelajar-pelajar satu kelas dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil. Semua kumpulan akan membincangkan satu
masalah yang sama tetapi dari aspek-aspek yang berlainan. Contohnya
tajuk perbincangan ialah, “Bagaimanakah kita akan dapat
menyelesaikan masalah kekurangan makanan?” Kumpulan yang
berlainan akan membincangkan alternatif yang berbeza seperti:
menteknologikan sektor pertanian, mengawal kadar pertumbuhan
penduduk, memajukan industri pengeluaran makanan dan membuka
tanah-tanah baru dengan menebang hutan-hutan. Kumpulan yang
berbeza akan mencapai kesimpulan yang berlainan. Setiap kumpulan
akan menghasilkan kesimpulan masing-masing. Selepas itu wakil setiap
kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka.

q Balang Ikan (fish bowl)

Balang ikan menggambarkan penonton menonton telatah sekumpulan


ikan yang berada dalam sebuah balang. Satu kumpulan kecil
membincangkan satu masalah antara mereka manakala pelajar lain
bertindak sebagai pemerhati. Selepas itu para pemerhati akan memberi
komen dan pendapat mereka pula.

q Sumbangsaran atau Percambahan Fikiran

Satu kumpulan ditugaskan untuk menyelesaikan satu masalah. Setiap


ahli akan mengemukakan idea masing-masing tanpa dikomen atau
dibahaskan. Ini menggalakkan respons yang cepat dan penyertaan yang
aktif. Semua idea dicatatkan di atas papan tulis. Selepas itu barulah
dibincangkan satu persatu untuk mencari jalan penyelesaian.

q Konsensus

Ahli-ahli satu kumpulan cuba mencapai persetujuan bersama dalam


mencapai satu keputusan. Perbincangan dijalankan sehinggalah setiap
ahli menyatakan persetujuannya dengan keputusan yang diambil.

18
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perbincangan Terbuka dan Perbincangan Terbimbing

Perbincangan yang dijalankan mungkin mengenai sesuatu persoalan yang


terbuka di mana peserta bebas mengutarakan idea dan pendapat masing-
masing tentang sesuatu topik. Teknik sumbangsaran adalah merupakan
perbincangan terbuka di mana peserta meneroka idea-idea untuk
menyelesaikan masalah atau isu secara bebas. Contohnya, perbincangan
terbuka dijalankan untuk merancang sesuatu projek.

Sesuatu perbincangan itu mungkin juga dijalankan dengan tujuan untuk


menumpukan perhatian peserta kepada satu kesimpulan yang telah
ditetapkan. Sesi perbincangan dari awal hingga akhir dirancang dengan
rapi oleh guru atau pengerusi kumpulan melalui soalan-soalan atau
celahan supaya mencapai ke satu persetujuan. Jenis ini dinamakan
perbincangan terbimbing.

Panduan Pengendalian Sesi Perbincangan

Wujudkan iklim perbincangan yang sesuai.

Sesuatu iklim perbincangan yang baik dapat diwujudkan dengan


memastikan perkara berikut:

• hormat-menghormati di kalangan ahli


• menghargai pendapat orang lain
• mengelakkan apa juga bentuk gangguan dan sindiran
• pengerusi kumpulan tidak memaksa ahli menerima cadangan atau
pendapatnya
• setiap ahli kumpulan mengambil bahagian

Sediakan Bahan Perbincangan

Dalam menggunakan perbincangan sebagai kaedah pengajaran dan


pembelajaran, sesi perbincangan yang dijalankan mestilah berkaitan
dengan tajuk dalam kurikulum sains rendah. Bahan perbincangan boleh
diperolehi daripada sumber-sumber berikut:

• rencana sains yang menarik daripada akhbar


• rakaman rancangan radio dan TV mengenai sains
• gambar, carta, slaid dan transparensi
• isu menarik yang diutarakan oleh guru atau murid sendiri.

19
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penilaian Perbincangan

Selepas setiap aktiviti perbincangan guru hendaklah membuat penelitian ke


atas perkara-perkara berikut:

• Adakah perbincangan itu mencapai matlamat?


• Pada aspek manakah ia tidak mencapai matlamatnya?
• Adakah perbincangan itu telah menyeleweng daripada tajuk?
• Adakah semua murid mengambil bahagian?
• Adakah perbincangan itu dimonopoli oleh seseorang?
• Adakah topik itu menarik?
• Apakah kesimpulan yang telah diperolehi?

Contoh Tajuk yang Sesuai untuk Perbincangan dalam


Kurikulum Sains Sekolah Rendah (Tahun 4)

Perbincangan Seluruh Kelas

Tajuk:

Menyiasat Bumi dan Alam Semesta (m.s. 27, objektif khusus 5.3)

Objektif:

Murid dapat menggambarkan bagaimanakah keadaannya bersiar-siar di


permukaan bulan.

Pokok Perbincangan:

Kamu tahu bahawa tiada udara untuk pernafasan di permukaan bulan dan
kekuatan tarikan gravitinya juga tidak kuat. Bincangkan pengalaman-
pengalaman baru yang akan kamu alami jika kamu pergi melancong ke
bulan.

20
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perbincangan Kumpulan Kecil

a. Teknik Kumpulan Buzz

Tajuk:

Menyiasat Dunia Teknologi (m.s. 30, objektif khusus 2.2)

Objektif:

Murid dapat menceritakan sejarah perkembangan teknologi dalam bidang


pengangkutan, komunikasi, pertanian dan pembinaan.

Pokok Perbincangan:

(Kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan)

Tajuk Utama:

Sejarah Perkembangan Teknologi

Tajuk Kumpulan 1:

Semenjak terciptanya roda, teknologi dalam bidang pengangkutan telah


berkembang dengan pesatnya di negara kita. Bincangkan sejarah
perkembangannya daripada zaman kereta lembu hingga sekarang.

Tajuk Kumpulan 2:

Teknologi pertanian telah berkembang dengan pesatnya di negara kita.


Bincangkan sejarah perkembangannya semenjak penggunaan kerbau
untuk membajak tanah.

Tajuk Kumpulan 3:

Bincangkan perkembangan teknologi komunikasi semenjak Marconi


mencipta radio.

Tajuk Kumpulan 4:

Pada zaman dahulu bahan-bahan binaan rumah dan jambatan terhad


kepada batang kelapa dan pohon-pohon kayu. Bincangkan perkembangan
dalam teknologi pembinaan di dunia hari ini.

21
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

b. Teknik Balang Ikan

Tajuk:

Menyiasat Bumi dan Alam semesta (m.s. 27, Objektif Khusus 4.1)

Objektif:

Murid dapat menceritakan bagaimanakah keadaan dunia ini jika tiada


cahaya matahari.

Pokok Perbincangan:

Sekumpulan murid seramai 4 orang menggambar kisahkan keadaan


sekeliling apabila matahari berhenti memancarkan cahayanya.

c. Teknik Sumbangsaran

Tajuk:

Menyiasat Bumi dan Alam Semesta (m.s. 27, Objektif Khusus 4.1)

Objektif:

Murid dapat merancang untuk menjalankan sesuatu projek.

Pokok Perbincangan:

Merancang untuk menjalankan projek membiakkan sesuatu projek.

d. Konsensus

Tajuk:

Menyiasat Dunia Teknologi (m.s. 29, Objektif Khusus 1.1)

Objektif:

Murid dapat mengemukakan alasan tentang kepentingan teknologi untuk


mengatasi kelemahan manusia menyetujui pentingnya teknologi untuk
mengatasi kelemahan manusia..

22
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pokok Perbincangan:

Kumpulan membincangkan tentang seberapa banyak had keupayaan


manusia yang dapat diatasi dengan terciptanya alat-alat teknologi.
Akhirnya mereka dapat membuat keputusan bahawa teknologi amat
penting dalam meningkatkan kualiti hidup manusia.

SEMAKAN KENDIRI

Tandakan √ dalam kotak yang disediakan bagi jawapan yang anda fikirkan
betul.

1. Matlamat utama sesi perbincangan ialah untuk melahirkan murid


yang

q berilmu pengetahuan
q mahir dan yakin dalam komunikasi lisan
q pandai bergaul dan berinteraksi

2. Berikut ini ialah tujuan perbincangan diadakan, kecuali

q memberi peluang murid melibatkan diri secara aktif dalam


pembelajaran
q menyenangkan murid menghafal fakta-fakta yang telah dipelajari
q membolehkan murid berfikir secara kritikal

3. Melalui perbincangan guru boleh mengenal aspek-aspek berikut


mengenai murid, kecuali

q sejauh mana kejujuran seseorang itu


q sejauh mana kefahaman murid tentang sesuatu topik
q sejauh mana kesediaan murid itu bekerja dan belajar dalam
kumpulan

4. Peserta sesuatu sesi perbincangan perlulah mempunyai sikap


berikut, kecuali

q wajib mengambil bahagian dan memberikan pendapat apabila


gilirannya tiba
q bersikap terbuka dan bersedia menerima pendapat orang lain
q apabila mendapatkan pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk
sebelum perbincangan diadakan.

23
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5. Para peserta menaburkan berbagai-bagai cadangan untuk


menyelesaikan satu masalah. Semua idea ini dicatit tanpa komen
atau perbincangan lebih dahulu. Jenis perbincangan ini adalah

q kaedah ‘fish bowl’


q kaedah sumbangsaran atau brainstorming
q kaedah ‘Buzz’

6. Selepas sesi perbincangan, guru perlu menilai aspek-aspek berikut


kecuali

q adakah perbincangan itu mencapai matlamat


q adakah peserta yang bersikap negatif telah mengubah sikapnya
q adakah semua murid mengambil bahagian

SIMULASI

Simulasi adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kerap


digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia
diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan
menyelesaikan satu-mastu masalah yang benar-benar wujud dalam
keadaan yang terkawal. Kaedah simulasi berupaya atau mampu
membangkitkan suasana belajar yang menggalak dan menyeronokkan.
Kaedah ini juga berkesan untuk digunakan dalam pengajaran domain
terutamanya dalam pengajaran nilai dan sikap. Pengalaman dan amalan
seseorang akan digunakan secara menyeluruh apabila kaedah ini
digunakan.

Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan
penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu
peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah
ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus
dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip atau pun
untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan
untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Model boleh digunakan utuk
mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi
tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yagn dipelajari.

Langkah-langkah kaedah simulasi adalah seperti berikut:

1. Guru perlu menjelaskan objektif sebelum kaedah ini dimulakan.


2. Guru perlu merancang dan mewujudkan situasi yang hendak
dilakonkan untuk menjalankan simulasi.
3. Guru tidak harus mementingkan bakat tetapi keutamaan diberi
kepada murid dengan situasi baru.
4. Guru perlu mengadakan perbincangan untuk merumuskan isi
pelajaran.

24
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH PERMAINAN

Tajuk:

Permainan Mengelas Tumbuhan (Rujuk Kurikulum Sains Muka Surat 27)

Objektif:

Mengukuhkan kefahaman murid tentang pengelasan haiwan

Alatan:

1. Kad gambar tumbuhan berukuran 8 cm persegi


2. 40 keping gambar haiwan pelbagai jenis
3. 1 keping kad meletak gambar atau carta seperti contoh di bawah

CARTA PENGELASAN

Haiwan

Berbulu Berkepak Bercangkerang Bersisik

Cara:

1. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2, 3 atau 4 orang.


2. Setiap pemain diberi 5 kad gambar. Pemain tidak dibenarkan
menunjukkan gambar yang didapatinya kepada peman lain.
3. 40 keping kad gambar yang tidak diberi kepada pemain diletak di
tengah-tengah pemain. Kad gambar berkenaan disusun supaya
gambarnya tidak dapat dilihat oleh pemain.
4. Pemain akan menjalankan undian untuk menentukan giliran
bermain.
5. Pemain yang menang undi akan memulakan permainan. Beliau akan
meletakkan sekeping gambar pada carta yang telah disediakan.

25
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6. Setelah meletakkan sekeping kad gambar pada carta, pemain


berkenaan akan mengambil satu kad yang telah diletak di tengah-
tengah pemain.

7. Permainan ini diteruskan sehingga semua pemain selesai meletakkan


kad gambar pada carta.

8. Guru akan menyemak sama ada gambar yang telah diletak pada
carta itu betul.

9. Bagi setiap gambar yang telah diletakkan di tempat yang betul


pemain akan diberi 1 markah. Pemain yang mendapat markah paling
banyak diisytiharkan sebagai pemenang.

Tugasan peserta kursus:

1. Anda dikehendaki mengubahsuai permainan “Mengelas Tumbuhan”


untuk pengenalan, atau perkembangan atau penutup pelajaran dan
pembelajaran.

2. Bagaimanakah tumbuhan di kebun sekolah boleh dikelaskan


berdasarkan ciri lain?

CONTOH MAIN PERANAN

Tajuk:

Angkasawan menjelajah ke bulan

Objektif:

Mengukuhkan kefahaman murid tentang bulan dan bumi dari segi bentuk,
saiz, tarikan graviti dan keadaan di permukaan bulan.

Alatan:

1. Pakaian orang naik ke bulan


2. Kapal angkasa (rekaan)
3. Alatan-alatan rekaan yang digunakan di pusat kawalan di bumi
seperti televisyen, komputer, telefon.
4. Alatan-alatan rekaan yang digunakan oleh angkasawan.
5. Bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, keratan akhbar, video
dan risalah.

26
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Peranan:

Guru memilih atau menentukan watak-watak pelakon seperti yang berikut:

1. Angkasawan
2. Pengarah dan pegawai pusat kawalan di bumi
3. Suara latar
4. Pencatat dan pelapor
5. Pemerhati

Tugasan:

1. Dengan bimbingan guru murid mencari maklumat tentang


penjelajahan angkasawan ke bulan.
2. Murid mengadakan perbincangan tentang perjalanan ke bulan,
semasa berada di bulan dan semasa perjalanan balik ke planet bumi.
3. Dengan bimbingan guru murid membuat dialog menjelajah ke bulan.
4. Murid menyediakan senario dan peralatan yang diperlukan untuk
pelancongan ke bulan.
5. Dengan bimbingan guru, murid berlatih lakonjan angkasawan naik
ke bulan.
6. Murid melakon simulasi angkasawan naik ke bulan.
7. Pencatat melaporkan hasil perbualan antara angkasawan dengan
pegawai-pegawai pusat kawalan.
8. Murid berbincang secara kelas tentang hasil simulasi.
9. Guru bimbing murid membuat rumusan.
10. Murid pamerkan hasil tugasan di sudut sains.

Kad Tugasan

Kumpulan A (Angkasawan)

• Kumpulan anda dikehendaki mencari maklumat tentang angkasawan


menjelajah ke bulan.

• Bincangkan perkara tersebut dalam kumpulan anda.

• Tuliskan dialog mengenai angkasawan menjelajah ke bulan.

• Kumpulan anda diminta melakonkan tentang angkasawan menjelajah


ke bulan.

27
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kad Tugasan

Kumpulan B (Pengarah dan pegawai pusat kawalan di bumi)

• Kumpulan anda dikehendaki mencari maklumat mengenai tugas-


tugas pengarah dan pegawai pusat kawalan.

• Bincangkan perkara tersebut dalam kumpulan anda dan agihkan


tugasan.

• Tuliskan dialog mengenai tugas-tugas pengarah dan pegawai pusat


kawalan di bumi.

• Kumpulan anda diminta melakonkan tentang tugas-tugas tersebut.

Kad Tugasan

Kumpulan C (Suara Latar)

• Kumpulan anda diminta mencari maklumat mengenai suara latar


bunyi kapal angkasa yang akan menjelajah ke bulan.

• Bincangkan perkara tersebut dalam kumpulan anda.

• Kumpulan anda diminta melakonkan peranan tersebut.

Kad Tugasan

Kumpulan D (Pencatat dan pelapor)

• Kumpulan anda dikehendaki mencatatkan segala perbualan antara


angkasawan dengan pegawai-pegawai di pusat kawalan bumi.
CONTOH MAIN PERANAN
• Laporkan kepada kelas.
Tajuk:
Pergerakan haiwan

Objektif:

28
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH MAIN PERANAN

Tajuk:
Pergerakan haiwan

Objektif:
Memperihalkan pelbagai cara haiwan bergerak. (Rujuk Kurikulum Sains
Muka Surat 20)

Peranan:
Guru meminta murid memilih watak-watak pelakon seperti berikut: itik,
katak, helang, ular, kuda, siput babi, kura-kura dan monyet, pepatung,
penyu, arnab, ikan.

Kad Tugasan:
• Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan
• Murid berbincang tentang pergerakan haiwan dalam kumpulan
• Murid melakonkan pergerakan haiwan yang tersebut di atas
• Dengan bimbingan guru, murid berbincang secara kelas tentang
simulasi. Kad Tugasan

Kumpulan 1

Arahan:
Kumpulan anda dikehendaki berbincang mengenai pergerakan haiwan-
haiwan berikut:

1. Anda dan rakan-rakan dikehendaki berlatih melakukan pergerakan


haiwan-haiwan tersebut.

2. Kumpulan pergerakan haiwan-haiwan tersebut di hadapan kelas.

Kumpulan 2

Arahan:
Kumpulan anda dikehendaki berbincang mengenai pergerakan haiwan-
haiwan berikut:

1. Anda dan rakan-rakan dikehendaki berlatih melakukan pergerakan


haiwan-haiwan tersebut.

2. Kumpulan anda diminta melakonkan pergerakan haiwan-haiwan


tersebut di hadapan kelas.

29
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kumpulan 3

Arahan:

1. Kumpulan anda dikehendaki berbincang mengenai pergerakan


haiwan-haiwan.

2. Anda dan rakan-rakan dikehendaki berlatih melakukan pergerakan


haiwan-haiwan tersebut.

3. Kumpulan anda diminta melakonkan pergerakan haiwan-haiwan


tersebut di hadapan kelas.

Tugasan peserta kursus

Tulis satu simulasi main peranan berdasarkan isi pelajaran yang terdapat
dalam kurikulum sains tahun 4.

30
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEMAKAN KENDIRI

Sila jawab soalan-soalan berikut sebelum dan selepas anda membaca atau
berkursus tentang simulasi dalam mata pelajaran sains.

Tandakan √ pada jawapan pilihan anda..

1. Matlamat utama sesi simulasi ialah untuk melahirkan murid yang

q mahir dan yakin berlakon


q pandai bergaul dan berinteraksi
q dapat banyak ilmu pengetahuan.

2. Simulasi adalah satu daripada aktiviti pembelajaran yang berteraskan

q inkuiri
q pendedahan
q lakonan

3. Berikut ini ialah tujuan simulasi diadakan, kecuali

q memberi peluang murid melibatkan diri secara aktif dalam


pembelajaran
q menyenangkan murid menghafal fakta yang telah dipelajari
q membolehkan murid berfikir secara kritikal

4. Selepas sesi simulasi, guru perlu menilai aspek-aspek berikut kecuali

q semua murid dapat mengambil bahagian


q simulasi itu telah mencapai matlamat
q murid lebih faham tentang isi pelajaran

5. Simulasi sangat berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran sains


untuk:

q semua topik sains


q beberapa topik saja
q topik yang sukar diajar

31
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penasihat Penggubalan PuLSaR

Dr. Hanafi bin Mohamed Kamal


Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tn. Hj. Yusof bin Ngah (dari 16 FEBRUARI 1994)


Tn. Hj. Sa’ari Hasan (sehingga 15 FEBRUARI 1994)
Timbalan Pengarah 1
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Datin Hjh. Aidah Abdul Ghani


Timbalan Pengarah II
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Perancang Projek PuLSaR

Hj. Shamsuddin Ahmad


Ketua Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Ahmad Hozi H.A. Rahman


Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Azian T. S. Abdullah
Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Rosli bin Suleiman


Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Abd. Wahab b. Ibrahim


Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Rohaida bt. Mohd Saat


Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

Ng Soo Boon
Penolong Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum

32
Modul 5:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Panel Penggubal
Pukal Latihan Sains Rendah (PuLSaR)

Ahmad Hozi H. A. Rahman Hj. Sulaiman b. Hj. Habib


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Azian b. T.S. Abdullah Yahaya b. Moktaram


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Johor

Rosli b. Suleiman Zakaria b. Awang


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Terengganu

Abd. Wahad b. Ibrahim Hj. Abd. Ghani b. Mat


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Kelantan

Ng Soo Boon Amin b. Senin


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sabah

Rohaida bt. Mohd Saat Kushan Keridau


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sabah

Rohana bt. Mahmood Johara bt. Zen


Pusat Perkembangan Kurikulum Jabatan Pendidikan Sarawak

Abdul Zubir b. Abdul Ghani Kamarudin Yunus


Pusat Perkembangan Kurikulum Pusat Sumber Pendidikan Negeri,
Kelantan

Hjh. Aminah b. Abdul Rahim Nasrudin b. Talib


Jemaah Nazir Sekolah , W. Persekutuan Pusat Pendidikan Negeri, Kelantan

Noor Shah b. Hj. Saad Mohd Safian Hj. Yunos


Bahagian Pendidikan Guru SRK Tengku Makmood Iskandar (2)
Pontian

Tan Ying Kee Narajan a/l M. Kandasamy


Bahagian Pendidikan Guru SRK King Edward VII (1), Taiping

Lee Bao Ling Hj. Ismail b. Othman


Bahagian Sekolah Institut Perguruan Darulaman, Kedah

Abdul Ghani b. Abdullah Dr. Aminah bt. Ayob


Bahagian Sekolah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

Abdul Aziz b. Abdullah Dr. Siow Heng Loke


Jabatan Pendidikan Perlis Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Chai Hock Beng Seth b. Sulaiman


Jabatan Pendidikan Kedah Fakulti Pendidikan, UTM

Khalid b. Ahmad Said bin Manap


Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SEAMEO-RECSAM, P. Pinang

Zahidi b. Yusuf
Jabatan Pendidikan Perak

33

You might also like