You are on page 1of 13

KEKANGAN DAN BATASAN YANG SERING

WUJUD SEMASA MENJALANKAN SESUATU


PROGRAM LATIHAN.
Program Latihan dan Pembangunan

Definisi mudah mengenai pendidikan latihan dan pembangunan adalah seperti

berikut:

• Pendidikan - proses mendapatkan pengetahuan. Contohnya belajar


mengenali apa itu kereta.

• Latihan - proses mendapatkan kemahiran. Contohnya belajar memandu


kereta.

• Pembangunan - proses meningkatkan kemahiran. Contohnya belajar


memandu pelbagai jenis kenderaan dan akhirnya boleh mengajar
memandu.

Secara amnya, pendidikan adalah sinonim dengan pengajaran formal dan

mendapatkan kelulusan tertentu manakala latihan pula sinonim dengan

mendapatkan kemahiran segera melalui latihan jangka pendek. Pembangunan

pula sinonim dengan meningkatkan kemahiran melalui latihan jangka panjang.

Ketiga-tiga keperluan ini adalah saling berkaitan dalam sesuatu program latihan

dan semasa menjalankan sesuatu program latihan.

Sesebuah organisasi terdiri daripada pekerja iaitu manusia dan melalui usaha

mereka organisasi dapat mencapai matlamatnya. Objektif organisasi

merangkumi pelbagai aspek termasuk pengeluaran produk hinggalah kepada

penyediaan perkhidmatan.

Melalui latihan dan pembangunan, seseorang pekerja akan dapat:


• Meningkatkan prestasi dalam pekerjaan dan seterusnya meningkatkan
produktiviti organisasi;

• Menikmati ganjaran dalam bentuk kewangan atau kenaikan pangkat;

• Memiliki kelayakan tambahan atau kelulusan akademik yang lebih tinggi;

• Memperbaiki kualiti pekerjaan dengan mengurangkan pembaziran dan


kesilapan; dan

• Mencapai kepuasan kerja.

Manakala faedah kepada pihak organisasi adalah seperti berikut:-

• Peningkatan dalam prestasi organisasi;

• Pengurangan dalam kos melalui pengurangan kesilapan; dan

• Pemilikan pekerja terlatih dalam berbagai bidang.

Dalam setiap latihan yang dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi pastinya

akan terdapat kekangan dan batasan yang sering wujud semasa pihak

pengurusan menjalankan sesuatu program latihan bagi meningkatkan prestasi

pekerja dan seterusnya dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah

digariskan oleh sesebuah organisasi itu. Kekangan dan batasan ini adalah

bermaksud perkara yang mengganggu atau sebagai penghalang perjalanan

sebelum, semasa ataupun selepas sesuatu latihan yang dijalankan. Bagi

melaksnakan sesuatu program latihan pihak pengurusan perlulah mengenal

pasti kepentingan latihan, keperluan latihan, keperluan perancangan latihan.


PERANCANGAN

Dalam keadaan persekitaran yang sentiasa berubah, kemahiran yang ada

pada masa ini mungkin akan menjadi tidak relevan lagi pada masa akan datang.

Oleh itu perancangan yang rapi terhadap latihan dan pembangunan di sesebuah

organisasi amat perlu diberi perhatian. Dalam merancang latihan dan

pembangunan, empat peringkat berikut boleh dijadikan panduan, iaitu:

• Mengenalpasti keperluan latihan;

• Merancang untuk memenuhi keperluan latihan;

• Melaksanakan perancangan; dan

• Menilai pelaksanaan perancangan.

Mengenalpasti keperluan latihan

Mengenalpasti keperluan latihan di pelbagai peringkat organisasi seperti

bahagian, cawangan atau unit. Ia juga boleh dilakukan mengikut kumpulan

pekerja seperti kumpulan pengurusan dan profesional atau kumpulan sokongan

serta di peringkat individu. Sekiranya pihak organisasi tidak mengenal pasti

keperluan latihan terlebih dahulu, maka latihan yang akan dilaksanakan itu tidak

akan berjalan dengan lancar kerana tidak dapat menyediakan keperluan yang

secukupnya seperti siapa yang akan menghadiri latihan tersebut, peralatan yang

diperlukan semasa latihan, dan lain-lain lagi yang diperlukan dalam latihan itu.
Dua pendekatan boleh dilaksanakan iaitu:

• Di peringkat makro di mana dikenalpasti keperluan latihan bagi

keseluruhan organisasi. Ia akan memakan masa dan kos yang tinggi.

Namun hasilnya adalah untuk jangka panjang; dan

• Di peringkat mikro di mana dikenalpasti keperluan latihan bagi bahagian

atau unit kecil. Ia tidak memerlukan masa dan kos yang tinggi tetapi

kesannya adalah sekadar untuk jangka pendek.

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengenalpasti keperluan latihan dalam

sesebuah organisasi adalah seperti berikut:

• Laporan penilaian prestasi tahunan;

• Temuduga;

• Soalselidik;
• Pemerhatian;

• Kajian semula organisasi; dan

• Analisa pekerjaan.

Merancang untuk memenuhi keperluan latihan

Keperluan latihan yang telah dikenalpasti di dalam sesebuah organisasi

itu boleh dijadikan asas untuk merancang latihan. Keperluan latihan perlu

dibandingkan dengan kemahiran yang sedia ada dalam organisasi bagi

menentukan jurangnya. Jurang inilah yang perlu dipenuhi melalui pelaksanaan

program latihan.
Program latihan boleh dilaksanakan secara dalaman atau pun luaran dengan

melibatkan institusi latihan yang ada. Semua perancangan latihan seeloknya

didokumenkan supaya:

• Pelaksanaan yang dilakukan kelak akan mengikut perancangan yang


ditetapkan;

• Mudah mendapat komitmen dari semua pihak;

• Mudah untuk melaksanakannya seperti dari segi penyediaan masa dan


kos; dan

• Dapat memastikan latihan memenuhi objektif yang ditetapkan.

Melaksanakan perancangan

Perancangan latihan yang telah ditetapkan bolehlah dilaksanakan sama ada

secara dalaman, iaitu oleh organisasi itu sendiri, atau dijalankan secara luaran

oleh institusi latihan.Antara cara-cara memberi latihan yang boleh dilaksanakan

adalah seperti berikut:

• Syarahan, ceramah atau kuliah;

• Memainkan peranan (role play);

• Kajian kes;

• Perbincangan kumpulan;

• Permainan pengurusan (management games);

• Arahan kerja;

• Pusingan kerja; dan

• Latihan di tempat kerja.


Menilai pelaksanaan perancangan

Apabila perancangan latihan telah dilaksanakan, penilaian perlu dilakukan

bagi mengetahui keberkesanan program latihan dan pembangunan yang telah

dijalankan. Antara cara penilaian yang boleh dilakukan ialah:

• Temuduga sebelum dan selepas latihan;

• Soalselidik sebelum dan selepas latihan;

• Pemerhatian;

• Penilaian semasa latihan dijalankan;

• Ujian/peperiksaan;

• Menilai hasil kerja selepas latihan;

• Penilaian prestasi;

• Kesan ketara dalam organisasi seperti pengurangan kos.

PROGRAM LATIHAN

Program latihan adalah satu program yang dibentuk untuk melatih individu

atau satu kumpulan manusia bagi mencapai satu-satu objektif atau tahap yang

diinginkan oleh individu yang lain dalam sesebuah organisasi atau dalam satu

kumpulan. Program latihan tidak terhad kepada manusia sahaja, tetapi terdapat

juga program latihan yang direka bagi melatih haiwan.


Melalui program latihan objektif yang diingini akan dikenal pasti dan

dicapai mengikut kehendak yang telah ditetapkan. Terdapat pelbagai contoh

jenis program latihan yang boleh dijalankan seperti,pertama pembangunan

refleks, dimana latihan ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran individu

dalam sesuatu kerja. Jenis latihan ini lebih kepada kemahiran individu tersebut.

Kedua latihan memori, latihan ini pula lebih kepada kognitif atau pemahaman

individu itu, latihan jenis ini kurang menggunakan tenaga tetapi lebih kepada

bentuk pemikiran.

Yang ketiga ialah latihan prosedur, latihan ini turut melibatkan

penggunaan skill atau kemahiran individu dalam membentuk atau membuat

sesuatu kerja mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Dan yang terakhir skali

ialah latihan pengubahan sikap, latihan ini adalah satu bentuk latihan yang

istimewa kerana ia melibatkan sikap dan juga perilaku individu yang sukar di uba

atau dibentuk.

Bagi program latihan dalam organisasi pula terdapat beberapa jenis

program latihan yang boleh dijalankan bagi kegunaan organisasi tersebut.

Pertama kita lihat program latihan orientasi pekerja, program latihan ini dibentuk

bagi pekerja baru untuk lebih mengenali dan juga memahami organisasi

tersebut. Tujuan program latihan ini adalah untuk memperkenalkan pekerja baru

kepada syarikat, memberikan semangat atau keyakinan kepada pekerja baru

yang baru sahaja memulakan kerja, memberikan penerimaan pekerja baru

terhadap organisasi dan juga mempertingkatkan komitmen pekerja setelah muila


bekerja kelak. Dengan program latihan seperti ini, pelbagai masalah yang

dihadapi oleh pekerja baru dapat diatasi dengan cepat dan mudah. Dan ini

mempermudahkan lagi proses bekerja pekerja tersebut.

Yang kedua ialah program latihan induksi pekerja, jenis program latihan ini

juga melibatkan pekerja baru yang masih tidak mempunyai pengalam mengenai

organisasi atau tugasan individu tersebut. Biasanya program latihan ini

dijalankan oleh pihak pengurusan sumber manusia atau ketua jabatan bagi

melatih pekerja baru untuk lebih bersedia dalam tugasan mereka. Yang ketiga

ialah program latihan semasa keja atau on the job training. Jenis program latihan

ini melibatkan pekerja baru dan juga lama bagi memantapkan lagi kualiti kerja

mereka. Latihan ini dijalankan semasa mereka bekerja, dimana sambil mereka

melakukan kerja mereka akan dilatih melakukan kerja dengan lebih baik dan

berkualiti.

Manakala jenis program latihan yang keempat pula ialah program latihan

luar pejabat. Jenis latihan ini dijalankan diluar dari organisasi atau pejabat dan

juga tidak melibatkan masa kerja mereka. Program latihan ini tidak mengangu

waktu kerja seperti program latihan semasa kerja kerana ia dijalankan diluar

waktu kerja dan juga luar dari kawasan kerja. Ia memberikan gambaran atau

contoh bagi suasana kerja yang sebenar yang perlu dipraktikan oleh pekerja itu

sendiri. Jenis program latihan ini mempunyai pelbagai cara dan bentuk yang

boleh dijalankan mengikut kesesuain tempat, masa dan juga individu tersebut.
Faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya kekangan dan juga batasan
dalam program latihan

Faktor kewangan dan sumber

Dalam menjalankan sesuatu program latihan, sumber kewangan dan juga

sumber-sumber lain adalah penting dalam kejayaan sesebuah program latihan

tersebut. Dari segi sumber lain sebagai contoh ialah tempat untuk menjalankan

program latihan, dimana jika tempat yang disediakan tidak sesuai dan selesa ia

dapat menjejaskan hasil program tersebut. Sumber lain ialah tenaga pengajar,

dimana tenaga pengajar yang betul-betul pakar adalah diperlukan untuk

menentukan para pelatih mendapat ilmu dan pengalaman yang mencukupi.

Dalam ssuatu program latihan ia memerlukan sumber kewangan yang banyak

dan kos untuk menjalankan sesuatu latihan adalah tinggi.

Oleh itu bagi organisasi yang kecil dan tidak mempunyai sumber

kewangan yang mencukupi tidak dapat menjalankan program latihan yang

mentap dan mengikut keperluan latihan tersebut. Oleh kerana itu kebanyakan

organisasi akan melakukan kajian dan penelitian yang lebih terperinci sebelum

menjalankan sesebuah program latihan, ini untuk memastikan latihan tersebut

betul-betul diperlukan dan memberikan pulangan kepada organisasi mereka.

Faktor masa yang terhad

Masa memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah program

latihan. Bukan semua individu mempunyai masa dan kelapangan bagi

menghadiri program latihan. Dalam faktor ini bagi sesetengah pihak berfikiran
dimana program latihan adalah membuang masa. Masa perlulah cukup bagi

menjalankan program latihan dan juga tidak bertindih dengan kerja peserta.

Bayak telah terjadi dimana peserta terpaksa meninggalkan program latihan

kerana perlu melakukan kerja yang lebih penting.

Dari segi lain program latihan memerlukan masa yang cukup bagi peserta

mendapatkan input yang mencukupi dan jika sesuatu program latihan itu

dijalankan dalam masa yang singkat peserta hanya mendapat sedikit dari

sasaran yang telah ditetapkan. Selain itu sesuatu program yang dijalankan juga

memerlukan penilaian untuk memastikan kejayaan latihan tersebut, ini juga

mengambil masa yang lama untuk membuat analisa bagi latihan tersebut.

Suasana latihan

Merujuk kepada tanggapan seseorang individu yang menghadiri latihan itu

suasana persekitaran latihan yang berbeza dengan persekitaran kerja yang

sebenar akan menjadikan pelatih yg menghadiri latihan itu akan berasa tidak

selesa dan menjadikan mereka susah untuk menyesuaikan diri dengan

persekitaran latihan. Dalam melaksanakan sesuatu latihan pihak pengurusan

juga perlu menitik beratkan suasana latihan agar proses pembelajaran yang

dalam diaplikasikan dengan lancar di organisasi.

Sokongan Pengurusan dan Rakan Sekerja

Sokongan pihak pengurusan terhadap program latihan adalah amat

penting kerana pihak pengurusan perlu tahu betapa pentingnya latihan ini
terhadap pembangunan kerjaya bagi pekerja dan seterusnya mencapai matlamat

organisasi. Pihak pengurusn perlu menberi penekanan dan sokongan tentang

kepentingan menghadiri program latihan kepada pekerja bagi menjalani program

latihan yang di rancang di organisasi itu sendiri ataupun di pusat-pusat latihan

yang terdapat di Malaysia ini.

Penekanan juga harus diberikan kepada kandungan latihan kerana

peyediaan kandungan latihan perlu selaran dengan kerja yang dilakukan oleh

pelatih. Apabila sokongan daripada pihak pengurusan itu tinggi maka semakin

banyak proses pemindahan dapat dilakukan oleh pelatih itu dan

mengaplikasikannya di ogranisasi dimana pelatih itu bekerja.

Pada tahap permulaannya pelatih perlu di dedahkan dengan tahap asas

iaitu membenarkan pelatih menghadiri latihan dan seterusnya mengaplikasikan

latihan yang dipelajari semasa menjalani latihan ke tempat kerja. Manakala

peringakat seterusnya adalah tahap tertinggi dimana membenarkan pekerja

tersebut menyertai program latihan sebagai tenaga pengajar. Perkara ini akan

dapat membantu organisasi apabila mengambilan pekerja baru dilakukan.

Pelatih yang menghadiri latihan tersebut akan dapat menjadi mentor kepada

pekerja baru tersebut dalam melakukan kerjanya.

Pihak pengurusan juga perlu mengiktirafkan kemahiran dan pengetahuan

yang dimiliki oleh pelatih itu semasa menjalini latihan dan bukannya

mengabaikan keblehan dan kemahiran yang dipelajari oleh pelatih itu dan

menganggapnya sebagai sia-sia. Pelatih itu juga dapat berkongsi pengetahuan,


kemahiran dan pengalaman yang dipelajarinya semasa menjalani latihan

tersebut kepada rakan sekerja yang lain dan seterusnya dapat bersama-sama

memajukan lagi organisasi.

Seterunya adalah sokongan rakan sekerja, pada kebiasaanya apabila

seseorang pekerja itu terpilih bagi menghadiri sesuatu program latihan, pastinya

akan timbul perasaan ketidakpuasan hati dikalangan rakan sekerja. Perkara

yang seharusnya dilakukan adalah rakan sekerja perlu memberi sokongan

kepada pekerja itu bagi manjalani latihan dan seterusnya mengakui kemahiran

dan pengetahuan yang diperolehi pekerja tersebut semasa menghadiri latihan

itu.

Faktor-faktor lain

Selain dari faktor-faktor utama di atas, terdapat juga faktor lain seperti

penjadualan program tersebut, objektif atau matlamat latihan yang tidak

terperinci dan juga kawalan semasa latihan tersebut. Dari segi penjadualan,

program perlulah selaras dan mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan

jika tidak masa mungkin tidak cukup atau terlebih masa. Selain itu masa peserta

juga perlu selaras dengan masa program tersebut, jika tidak kemungkinan

peserta tidak dapat menghadiri program tersebut.

Sebelum sesuatu program latihan dijalankan, peserta perlu diberikan

penerangan yang terperinci mengenai objektif dan juga tujuan latihan tersebut.

Jika tidak peserta akan hilang arah dan mereka akan tidak dapat memberikan

perhatian yang secukupnya dalam program tersebut. Kawalan perlulah


secukupnya untuk memastikan keselamatan peserta dan juga tiada peserta akan

lalai dalam perkara lain, kawalan disini bermaksud kawalan keselamatan dan

juga kawalan terhadap peserta itu sendiri supaya dapat memberikan sepenuh

penumpuan terhadap program latihan tersebut.

You might also like