You are on page 1of 3

1.

Menyelam sambil minum air


Maksud: Melakukan dua pekerjaan dalam satu masa.
Ayat Contoh: Semasa memeriksa buku latihan pelajar-pelajarnya, Cikgu Ahmad
menonton televisyen. Perbuatannya itu dikatakan menyelam sambil minum air.
2. Bagai bulan dipagar bintang
Maksud : Kecantikan gadis yang tiada tandingannya.
Ayat Contoh: Kecantikan Rosnah bagai bulan dipagar bintang tambahan pula apabila
dia memakai baju kurung.
3. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud : Perselisihan faham sesama keluarga akhirnya berbaik kembali.
Ayat Contoh: Saya tidak menyangka akan berbaik dengan ayah semula. Benarlah kata
pepatah carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
4. Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Ayat Contoh: Perasaan Chong bagai kaca terhempas ke batu setelah mengetahui dia
telah dikhianati oleh rakannya.
5. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Ayat Contoh: Untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang dari segi akademik
mahupun personaliti, ibu bapa haruslah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. Bersatu teguh, bercerai roboh
Maksud : Jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat, tetapi jika kita berpecah-
belah kita akan menjadi lemah.
Ayat Contoh: Datuk Onn Jaafar telah berjaya menyatupadukan orang Melayu pada
tahun 1946 bagi menggagalkan rancangan Inggeris menjajah Tanah Melayu melalui
rancangan Malayan Union. Beliau percaya dengan kata-kata hikmat bersatu teguh,
bercerai roboh.
7. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Ayat Contoh: Persahabatan antara pelajar kelas 3 Amanah amat erat kerana mereka
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
8. Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Ayat Contoh: Pantai Teluk Cempedak hanya indah khabar daripada rupa padahal
pantai tersebut serba kurang dengan infrakstruktur dan penuh dengan sampah-sarap.
9. Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya
setelah mendapat kesenangan.
Ayat Contoh: Jutawan itu bagai kacang lupakan kulit kerana tiada seorang pun
menyangka bahawa dia meninggalkan ibunya yang uzur hidup bersendirian di
kampung halaman.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Ayat Contoh:
11. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Ayat Contoh:
12. Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Ayat Contoh:
13. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya.
Maksud: Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Ayat Contoh:
14. Bagai pinang dibelah dua
Maksud: Pasangan suami isteri yang sama cantik dan sama padan.
Ayat Contoh: Henry dan isterinya memang secocok bagai pinang dibelah dua dan
15. Seperti sampah hanyut
Maksud: Dipandang hina dan tidak dipedulikan oleh masyarakat.
Ayat Contoh: Penagih dadah itu seperti sampah hanyut dan tidak dihiraukan oleh
sesiapa pun.
16. Ikut hati mati, ikut rasa binasa
Maksud: Orang yang mengikut hawa nafsu akan musnah akhirnya.
Ayat Contoh: Ibu manasihati abang supaya jangan mengikut kata hati semasa
memandu di jalan raya, kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa
17. Ada udang di sebalik batu
Maksud: Ada sesuatu benda yang terselindung disebalik perbuatan seseorang.
Ayat Contoh: Zarul berbuat baik kepada Encik Samsul kerana ada udang di sebalik
batu, kerana dia hendak memikat anaknya.
18. Air dicincang tidak akan putus
Maksud: Pergaduhan antara ahli keluarga akhirnya akan berbaik-baik semula.
Ayat Contoh: Permusuhan antara kedua-dua adik-beradik itu akhirnya dapat
didamaikan. Keadaan ini dikatakan air dicincang tidak akan putus.
19. Sarang tebuan jangan dijolok
Maksud: Bahaya jangan dicari.
Ayat Contoh: Pihak polis menasihati anak-anak muda terutamanya anak-anak gadis
supaya menjaga diri mereka apabila melalui kawasan sunyi. Mereka seboleh-
bolehnya perlu mengelakkan kawasan tersebut kerana sarang tebuan jangan dijolok.
20.  Ilmu pelita hati
Maksud: Ilmu itu sebagai panduan pada kehidupan manusia.
Ayat Contoh: Manusia berlumba-lumba mencari ilmu kerana ilmu pelita hati.

You might also like