You are on page 1of 26

ISU PSIKOMETRIK INVENTORI SIKAP

TERHADAP KEGIATAN FIZIKAL DAN SUKAN


DI KALANGAN PELAJAR

Prof Madya Iran Herman


Jabatan Psikologi dan Kaunseling UUM
Prof Madya Dr. Salmah Ayob
Kolej Kejuruteraan Utara Malaysia KUKUM

Kertas seminar untuk dibentangkan dalam


Seminar Serantau Psikologi dan Masyarakat 2006
Pada 21 – 22 Disember 2006, Kuala Lumpur
Pengenalan

Program Pendidikan jasmani dan Sains Sukan


menyumbang kepada keseluruhan program
Pendidikan Negara.
Pendidikan ini perlu bukan sahaja untuk matlamat
program pendidikan negara tetapi untuk kecergasan
fizikal, mental dan akhirnya membina gaya hidup
sihat masyarakat.
Program ini juga memberi cabaran kepada golongan
belia untuk memikirkan aktiviti fizikal, sukan dan
riadah supaya menjadi amalan kehidupan sihat
mereka.
Pengenalan

Kajian dijalankan dengan biayai IRPA untuk mengenal


pasti penentu dimensi atau domain sikap terhadap
aktiviti fizikal dan sukan di kalangan pelajar yang
mengikuti program Sains Sukan di Sekolah
Menengah.
Salah satu matlamat kajian ialah untuk mempastikan
kebolehpercayaan dan kesahan inventori sikap yang
digunakan.
Objektif Kertas

1. Menentukan domain sikap terhadap aktiviti fizikal


dan sukan di kalangan pelajar sekolah dan
mennentukan susunan domain penentu sikap
mereka.
2. Mengenal pasti domain sikap pelajar mengikut
jantina dan sekolah.
3. Membentangkan maklumat psikometrik inventori
dari aspek kebolehpercayaan ketekalan dalaman
dan kesahan melalui analisis faktor.
DOMAIN PENENTU SIKAP TERHADAP AKTIVITI
FIZIKAL DAN SUKAN YANG DIUKUR OLEH
INVENTORI

Nombor Dimensi
1 Sosial
2 Kesihatan dan Kecergasan
3 Aesthetic
4 Vertigo
5 Catharsis
6 Ascertic
DEFINISI EMPAT DOMAIN SIKAP TERHADAP
AKTIVITI FIZIKAL DAN SUKAN

Vertigo Aktiviti untuk mencari keseronokan dan


kepuasan, namun berisiko dan berunsur
cemas
Aesthetic Aktiviti yang bercirikan kecantikan dan
seni

Catharsis Aktiviti yang boleh membebaskan


kebosanan, kegagalan, kekecewaan
dan,tekanan
Ascertic Aktiviti yang menjurus untuk kejayaan
TABURAN RESPONDEN
 Pelajar sekolah menengah seluruh negara
dipilih secara purposive mengikut zon

1200 1162

1000

800 571
465 526
600 443

400

200

0
Utara Tengah Selatan Timur Sabah/Sarawak
TABURAN PELAJAR MENGIKUT
SEKOLAH

Jenis Sekolah Bilangan Peratus


Sekolah Menengah Sukan 259 8.2
Sekolah Menengah Biasa 2908 91.8
Jumlah 3167 100.0
INVENTORI SIKAP TERHADAP
AKTIVITI FIZIKAL DAN LATIHAN
JASMANI
 Inventori ini adalah suatu alat ukuran piawai
terjemahan daripada The Physical Activity Attitude
Scale oleh Kenyon.
 Mengandungi 2 sub scala;
1. untuk lelaki mengandungi 59 item,
2. untuk perempuan mengandungi 54 item.
 Skala jawapan 7 poin darjah persetujuan.
 Digunakan dalam banyak settings rentas budaya
seluruh dunia terutamanya di Canada, Australia,
England dan Amerika Syarikat.
 Kebolehpercayaan dan kesahannya terserlah.
DOMAIN DOMAIN KESIHATAN DOMAIN
SOSIAL dan VERTIGO
KECERGASAN (mendapat kepuasan)

DOMAIN AKTIVITI
FIZIKAL DAN SUKAN

DOMAIN AESTHETIK DOMAIN CATHARSIS DOMAIN ASCETIC


(seni) (mengurangkan (pertandingan dan
tekanan) kemenangan)
SOROTAN MENGENAI
KEBOLEHPERCAYAAN INVENTORI
 Menunjukkan kebolehpercayaan ketekalan
dalamannya yang tinggi yang dikira dengan
formula Hoyt (Johnson & Nelson 1986).
 Pekali alfa daripada 0,70 hingga 0.87
(Kenyon, 1968; Morrow dan rakan-rakan,
1995).
 Stabiliti inventori diuji melalui metod test-
retest semua enam domain dengan pekali
korelasi antara 0.78 hingga 0.91 (Morrow
dan rakan-rakan, 1995).
SOROTAN MENGENAI KESAHAN
INVENTORI
 Didakwa mampu mengukur enam dimensi sikap
terhadap aktiviti fizikal, sukan dan latihan jasmani.
 Kesahan kandungannya ditentukan melalui
persetujuan pakar (Kenyon, 1968).
 Analisis faktor digunakan untuk mempastikan
kewujudan enam domain dan dimensi - akhirnya
disahkan oleh pakar.
 Terbukti dibanyak tempat apabila digunakan kepada
pelajar sdekolah di Amerika Syarikat dan England
(Pooley, 1971), Canada dan Australia.
SOROTAN MENGENAI KESAHAN
INVENTORI
 Menunjukkan kesahan diskriminan apabila skor sikap
pelajar tahun pertama lelaki berbeza secara
signifikan dengan skor pelajar wanita di England
dan USA (Pooley, 1971).
 Terdapat perbezaan signifikan skor sikap di
kalangan juara atlet 10 sukan yang berbeza
(Alderman, 1971).
 Terdapat perbezaan signifikan skor sikap di
kalangan pelajar delikuen dan pelajar normal
(Straub & Felpck,1974).
SOROTAN MENGENAI KESAHAN
INVENTORI

 Terdapat perbezaan signifikan skor sikap antara


kumpulan eksperimen iaitu atlet trek di balapan dan
pelajar kumpulan kawalan yang tidak menyertai
sukan (Eastgate, 1975).
 Perbezaan signifikan dalam doman kesihatan dan
kecergasan antara atlet dan bukan atlet
(Safrit,1981)
 Terdapat hubungan signifikan antara skor sikap
dengan tret personaliti (O’Brien,1996) – kesahan
gagasan.
DAPATAN KAJIAN
Kedudukan Domain Sikap
Terhadap Aktiviti Fizikal dan Sukan

4.71 4.74 4.73


4.61

4.36

4.19

Cathasis - Sosial Kesihatan Ascetic-- Vertigo- Aesthetic-seni


tekanan kejayaan risiko,kepuasan
Penentu Sikap

 Domain pertama sosial – Penglibatan


terhadap aktiviti sukan bermotifkan sosial,
boleh berinteraksi dengan orang lain dan
mengekalkan hubungan.
 Domain terakhir aesthetics – Penglibatan
sukan kurang mementingkan aktiviti untuk
keindahan dan bersifat seni.
 Penglibatan untuk tujuan pertandingan pada
tangga kelima.
DomainSikap Mengikut Jantina
– Berbeza secara signifikan kecuali
domain kesihatan dan aesthetic

4.81
4.75 4.74
4.68 4.71 4.66 4.68
4.57

4.44

4.27
4.2
4.17

Sosial Kesihatan Vertigo Aesthetics Catharsis Ascetic

Perempuan Lelaki
Min Domain Sikap Terhadap Aktiviti dan
Latihan Fizikal Mengikut Jantina

Domain Lelaki Perempuan Statistik


t
Sosial 4.68 4.81 5.05*
Kesihatan 4.71 4.75 1.76
Catharsis- 4.68 4.74 2.46*
tangani tekanan
Vertigo-berisiko 4.66 4.57 3.46*
tapi puas
Ascetic-kejayaan 4.44 4.27 8.63*
Aesthetic-seni 4.17 4.20 1.26
Min Domain Sikap Mengikut Kategori Sekolah
Domain Sekolah Kedudukan Sekolah Menengah Kedudukan
Sukan Biasa
Sosial 4.60 4 4.75 1
Kesihatan 4.72 2 4.72 2
Catharsis- 4.82 1 4.70 3
tangani tekanan
Vertigo-berisiko 4.69 3 4.61 4
tapi puas

Ascetic- 4.58 5 4.34 5


kejayaan

Aesthetic-seni 4.45 6 4.16 6


Kebolehpercayaan Ketekalan
Dalaman
Alfa (α)
Domain
Lelaki Perempuan Keseluruhan
Sosial 0.47 0.53 0.50
Kesihatan 0.44 0.52 0.54
Vertigo-berisiko tapi puas 0.48 0.45 0.53
Aesthetic – seni 0.53 0.46 0.49
Catharsis – tangani tekanan 0.49 0.54 0.51
Ascetic - kejayaan 0.78 0.18 0.89
Keseluruhan 0.78 0.79 0.78
KESAHAN GAGASAN MELALUI
ANALISIS FAKTOR
 Analisis faktor teknik komponen utama dan metod
putaran varimax digunakan. Dengan mengambil nilai
eigen 1.0 ke atas, terhasil 12 faktor; sedangkan
inventori ini didakwa mengukur 6 domain.
 Sumbangan varians yang dihasilkan tidaklah begitu
memberangsangkan iaitu sebanyak 43.23 peratus.
 Apabila analisis memaksa kepada 6 faktor
sumbangan variansnya turun kepada 30.97 peratus
sahaja dan nilai eigennya juga turun daripada 1.31
hingga 6.71.
 Item-itemnya didapati tidak seragam dan serasi
dengan domain asal yang ditunjukkan dalam manual.
KESIMPULAN

 Semua domain penentu sikap terhadap aktiviti


fizikal dan sukan terbukti penting dan perlu
diamalkan untuk membentuk generasi yang
mengamalkan gaya hidup sihat.
 Persekitaran sekolah asrama penuh sains sukan
dapat membezakan domain sikap terhadap aktiviti
sukan.
 Terdapat perbezaan domain mengikut gender. Ada
aktiviti yang hanya sesuai untuk kumpulan gender
tertentu.
KESIMPULAN

 Inventori ini terbukti menghasilkan


kebolehpercayaan yang memuaskan dalam
domain sikap terhadap aktiviti fizikal dan
sukan di kalangan pelajar lelaki dan
perempuan.
 Inventori ini mampu menunjukkan kesahan
gagasan dari perspektif diskriminan.
KESIMPULAN
 Melalui analisis faktor item-item yang didakwa
mengukur domain-domain tertentu seperti yang
terdapat bagi populasi barat, tetapi tidak
begitu serasi bagi responden kajian ini. Ini
terbukti apabila terhasil lebih daripada enam
domain secara putaran statistik.
 Penelitian psikometrik inventori ini terutamanya
dari aspek kesahan perlu dibuat dengan lebih
lanjut jika inventori ini mahu diguunakan untuk
sesuatu keputusan dasar.

You might also like