You are on page 1of 6

2023/01 - Kesusasteraan Melayu (Oktober/November 2005)

Bahagian A

Bunga Rampai Melayu Kuno

1. “Siapakah tuan hamba ini dan dari mana tuan hamba ini, dan anak jin atau anak
perikah tuan hamba ini? Kerana berapa lama sudah kami di sini, tidak kami
melihat seorang pun manusia datang ke mari, baharulah pada hari ini kami
melihat tuan hamba ke mari ini.”

(muka surat 133)

a) Siapakah penutur kata-kata penutur di atas dan kepada siapakah ditujukan


serta di manakah peristiwa itu terjadi?
b) Siapakah ‘tuan hamba’ tersebut dan nyatakan asal usul mereka?
c) Nyatakan peristiwa penting yang berlaku daripada kedatangan ‘tuan hamba’
itu.
d) Terangkan alat-alat kebesaran yang terdapat pada ‘tuan hamba’ itu.
e) Ceritakan secara ringkas peristiwa-peristiwa yang terjadi selepas itu.

(20 markah)

2. Cerita-cerita bercorak jenaka adalah satu daripada sastera rakyat yang popular
dan digemari oleh masyarakat tradisi dalam kesusasteraan Melayu Klasik.
Berdasarkan kenyataan ini;

a) Jelaskan lima daripada cerita-cerita jenaka tersebut.


b) Berikan unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni yang terkandung di dalam
tiga daripada cerita jenaka dengan memberi contoh wataknya sekali.

(20 markah)

3. Plot cerita Hikayat Si Miskin dikatakan sebahagian besarnya terdapat unsur-unsur


pengaruh Hindu. Huraikan kenyataan di atas dengan memberikan contoh-contoh.

(20 markah)

Hikayat Awang Kamaruddin

4. “Dui kamu yang di dalam, kalau ibumu benar keturunan baik-baik, kalau kamu
benar asal pancir dari ayahku, kalau kamu benar tapaan ayahku sedari lahir,
dalam Pinang Si Gangga Wari di tepi laut; jangantah sopan, jangantah malu,
kalau kamu benar maka jangantah lagi lalai jangantah lagi leka, bongkastah
kamu, jangkanya sudah sehari ini.”

(muka surat 51)

a) Siapakah yang bertutur dalam petikan di atas? Kepada siapakah kata-kata itu
ditujukannya?
b) Bagaimanakah ‘penutur’ itu boleh samapi ke tempat ‘kamu’. Jelaskan.
c) Berjayakah ‘penutur’ melaksanakan maksudnya di atas? Nyatakan cara dan
kesudahannya.
d) Apakah yang berlaku kepada ‘Si penutur’ setelah selesai melaksanakan
tugasnya?

(20 markah)

5. Hikayat Awang Kamaruddin memaparkan unsur nilai-nilai murni menerusi watak-


wataknya. Huraikan kenyataan ini dengan memberikan contoh-contoh.

(20 markah)

6. Bincangkan :

a) Klimaks Hikayat Awang Kamaruddin. Berikan contoh dan alasan kamu.


b) Unsur-unsur pengaruh di dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Berikan contoh
sebagai sokongan jawapan kamu.

(20 markah)

Bahagian B

Novel Pengabdian

7. “Apakah kau mahu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang tidak diredai
Allah? Orang-orang yang dimurkai Allah? Na’uzubillah!”

“Seberat-berat masalah di dunia ini masih boleh diselesaikan. Tidak ada masalah
yang tidak dapat diatasi. Dan mengatasinya bukan dengan membunuh diri. Tapi
dengan perasaan insaf dan ingatkan Tuhan. Bertaubatlah! Sesungguhnya Allah itu
Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hamba-Nya.”

(muka surat 52)

a) Siapakah yang berkata itu dan siapakah pula ‘kau’ yang dimaksudkan?
b) Mengapakah penutur berkata demikian dan bagaimanakah pula ia boleh bersua
dengan ‘kau’?
c) Apakah yang berlaku kepada ‘kau’ selepas konteks di atas?
d) Huraikan perwatakan ‘kau’?

(20 markah)

8. Novel Pengabdian karya Norsiah Haji Abd. Gapar dikatakan bertema nasionalisme
dan kemanusiaan. Bincangkan kenyataan ini.

(20 markah)

9. Bincangkan unsur-unsur pengajaran yang dikemukakan pengarang di dalam novel


Pengabdian. Berikan contoh-contoh sokongan jawapan.

(20 markah)

Antologi Cerpen Meniti Waktu

10. “Ah! Itu karut saja. Kausajalah yang pakai gelang akar itu. Kalau malang hendak
menjemput kita, di mana pun boleh berlaku. Di laut, di darat, di rumah, di
sungai, di mana saja. Tetapi kalau kita berikhtiar dengan cara yang lebih
munasabah sudah pasti kita akan terelak dari bahaya. Soalnya kita yang mesti
berhati-hati sepanjang masa.”

(muka surat 61)

a) Siapakah yang berkata ‘Ah! Itu karut saja’? Siapa pula ‘kau’ yang
dimaksudkan dan daripada cerpen manakah konteks ini diambil?
b) Apakah yang dimaksudkan ‘gelang’ oleh si penutur dan apakah tujuannya
dipakai?
c) Di manakah perbualan ini berlaku dan apakah rancangan mereka
sebenarnya?
d) Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas konteks di atas.
e) Jelaskan unsur-unsur pengajaran daripada cerpen ini.

(20 markah)

11. Cerpen ‘Tanah’ karya Alimin Haji Abd. Hamid, mengisahkan sikap sebilangan
masyarakat desa orang-orang Melayu berhubung dengan tanah. Jelaskan sikap
masyarakat yang digambarkan pengarang dalam cerpen ini dengan memberikan
contoh-contoh sokongan.

(20 markah)

12. Bincangkan persoalan-persoalan yang disampaikan oleh pengarang di dalam


cerpen ‘Yaysan Tercicir’.

(20 markah)
Bahagian C

Antologi Sajak Cermin Diri

13. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.

Engkau Bagai dalam Sangkar

Kamar itu
Bukan kamar yang engkau impikan
Pintunya pagar diri
Ada penjaga setia
Bentengnya batu kelikir keras
Sukar untukmu melepas

Angin panas memasuki pintu kamarmu


Menghantar ganjaran duniawi
Hambarlah kaurasakan kehidupan ini
Engkau yang memilih jalan itu
Jalan yang keras
Ranjau runcing pucuk api merah
Engkau rakus menujah jalan itu
Tali fikirmu pun berlalu

Kini
Engkau bagai dalam sangkar
Kokokmu tidak kedengaran lagi
Suara lantangmu menghilang
Engkau tinggal menantikan cuma
Hari-hari pembalasan yang pasti

A. Rahim Hamid
Perpindahan Rataie
Temburong
17 Januri 1992 (muka surat 4)

a) Huraikan maksud keseluruhan rangkap sajak di atas?


b) Apakah perutusan-perutusan yang disampaikan penyair di dalam sajak di
atas.
c) Terangkan corak dan nada sajak di atas.

(20 markah)
14. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.

Kasih Ibu

Memang telah lama kufikir


Untuk berbakti
Pada ibu dan siapa nanti
Alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
Antara hidup dan mati.

Sejak kecil pun aku diajari


Tentang anak-anak yang salat
Balasannya adalah syurga
Bersama ibu yang tercinta
Dan para syuhada.

Tapi bila aku telah dewasa


Ibu sudah tidak mau bercerita
Dan aku jadi lupa
Tentang hukuman anak derhaka.

Lalu sekarang semuanya bagai membebani


Jauh-jauh dinihari air mata membasahi
Dan titis-titisnya merespi nadi sendiri
Justeru kerananya bagai menuntuti
Sebuah ungkapan yang tak bererti lagi.

Abdullah Idris
Bengkurong Brunei
Julai 1992 (muka surat 12)

a) Prosakan keseluruhan rangkap sajak di atas dengan tidak mengubah


maksud asalnya.
b) Apakah bentuk dan tema sajak di atas?

(20 markah)

15. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.

Ayah

Setelah kau hidup tujuh puluh tiga tahun


Bersama hidayat dan cinta Tuhan
Akhirnya kau pun kembali ke tempat asal
Bagai nakhoda dengan kapal
Meninggalkan pelabuhan sementara
Menuju ke dunia kekal.

Kami pun rela melepaskan kau pergi


Keluarga yang kau tinggalkan
Tanpa kesal atau marahkan kuasa Tuhan
Kami mengetahui nasibmu telah dulu ditentukan.

Aku puteramu
Telah kaudidik
Mengenal kesukaran dan ketakwaan
Kaulembutkan hatiku dalam kedegilan
Kaukeraskan hatiku dalam kelemahan.

A.S. Isma.
1984 (muka surat 7)

a) Jelaskan persoalan-persoalan yang dikemukakan penyair dalam sajak di


atas.
b) Apakah tema sajak ini?
c) Terangkan aliran sajak tersebut.

(20 markah)

You might also like