Drama ialah karya sastera yang menggabungkan idea atau pemikiran, bahasamelalui dialog serta arahan dan persembahan. Pelbagai unsur seni digabungkan dalamdrama. Skrip drama boleh dibaca dan boleh dipentaskan.
Ciri-ciri drama ialah skrip drama lebih kepada untuk dipentaskan menjadi teater.Selain itu, pemikiran pengarang disampaikan melalui dialog watak-watak. Dalam skrip,ada arahan untuk pelakon, pengarah, kesan bunyi, muzik, alat-alat serta persediaan pentasdan maklumat untuk pembaca. Unsur terpenting dalam drama ialah konflik. Cerita akan berkembang dan pelakon dapat menunjukkan aksi bagi menghidupkan cerita. Gaya bahasa drama pula bergantung kepada jenis drama, latar masa, latar tempat dan latar masyarakat.
Dalam drama terdapat pelbagai istilah yang berkaitan dengannya. Antara istilah-istilah yang digunapakai ialah aksi, babak, adegan, episod, prolog dan epilog. Aksi ialahgaya dan gerak geri atau gerak lakon pelakon dalam drama atau teater. Dalam skripdrama, aksi ini turut dinyatakan oleh pengarang.
…
RIPIN menumbuk dan menyepak guni pasir yang tergantung. RIPIN berdiri di tengah gelanggang. Mata dipejamkan rapat. Nafas ditarik dari rongga hidung dan dilepaskan dari mulut beberapa kali….
( hal. 188 )
Babak pula ialah peristiwa yang berlaku dalam latar masa dan yang sama dalamdrama. Babak akan bertukar kepada babak lain apabila pertukaran masa dan tempat.Dalam drama Gelanggang Tuk Wali, pengarang telah menetapkan lima babak kesemuanya. Babak pertama berlaku pada suatu pagi di rumah Pendekar Tuk Wali.Manakal dalam babak kedua pula berlaku pada suatu petang tetapi tempatnya masih
2
Kalsom Binti Azid, 2010:7
3
Kalsom Binti Azid, 2010:7
4
Kalsom Binti Azid, 2010:13
2