…Pantun dalam bahasa Sunda ialah toen, tuntun puladalam bahasa Pampanga dan bahasa Jawa. Tonton dalam bahasa Tagalog, atuntun, matuntun dalam bahasa Jawa dan pantun dalam bahasa Toba…
Istilah gurindam pula ada yang mengatakan berasal daripada bahasa Sanskrit danmasuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa Tamil, tetapi pengisiannya tidak menurut puisiSanskrit atau Tamil. Ia merupakan pinjaman daripada segi istilah sahaja. Penggunaanistilah gurindam dalam cerita rakyat Melayu tidak merujuk kepada sesuatu bentuk puisikhusus. Ia memberi erti sebagai puisi secara umum.
Istilah puisi bebas diguna secara jelas menggantikan istilah bahasa berirama bagi jenis puisi yang tergolong di bawah bentuk puisi bebas, kerana istilah bahasa berirama boleh digolongkan dengan segala jenis puisi di bawahnya. Penggunaan istilah puisi bebasmembuktikan bahawa perkembangan puisi Melayu moden yang dianggap bebas itusebenarnya bukan bebas daripada pengaruh Barat sepenuhnya, melainkan lanjutandaripada tradisi puisi bebas yang sedia ada dalam perpuisian Melayu tradisional.
Sebahagian besar puisi Melayu adalah berbentuk bebas. Di bawah kategori puisi bebas ini terdapat seloka, teromba, talibun, mantera dan peribahasa berangkap. Walaupun berlainan jenis terdapat beberapa ciri-ciri persamaan daripada segi bentuknya. Kesemua puisi ini tidak terikat dengan rangkap yang tetap, tidak ditentukan daripada segi jumlah baris, perkataan dan suku kata dalam setiap baris, namun wujud dalamnya unsur-unsur aliterasi, asonansi dan rentak serta iramanya yang indah lagi menarik sebagai puisi.Kehadiran puisi-puisi Melayu tradisional ini bukan sahaja menunjukkan
rakamankelembutan berkomunikasi, hubungan sesama jiran tetangga, kemanisan mendidik anak
3
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxv
4
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxv
5
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxiii
6
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2000:xxvi
7
Abdul Halim Ali, 2006:1