You are on page 1of 24

FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI

JABATAN PENGURUSAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KRP6023
ISU-ISU PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK

ISU GURU PERMULAAN DI SEKOLAH


RENDAH

NAMA : MAHANI BINTI ABDUL RAHIM(M20091000240)


AHMAD FARIS BIN JOHAN (M20091000227)
MOHD SIRAJUDDIN BIN ALLI (M20091000217)
RAVINDRAN A/L APPLASAMY (M20091000679)

PROGRAM : PENGURUSAN PENDIDIKAN


TARIKH : 13 OGOS 2010
PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN
Isi Kandungan

Bil. Kandungan Muka Surat

Abstrak iii

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Latar Belakang Isu 2

3.0 Istilah Guru Permulaan 3

4.0 Permasalahan Guru Permulaan


4.1 Cabaran Tanggungjawab Profesional 5
4.2 Cabaran Dari Pelajar 8
4.3 Cabaran Menjalin Rappo 10

5.0 Kesan Cabaran 11

6.0 Apakah Yang Perlu Diketahui Oleh Guru Permulaan 13

7.0 Penutup 17

8.0 Bibliografi 19

ABSTRAK

Tugasan ini bertujuan untuk membincangkan isu guru-guru permulaan atau guru-guru
baru yang mula berkhidmat di sekolah-sekolah. Sejumlah 175,000 pemohon memohon
untuk menjadi guru dan seramai 20,000 guru baru ditempatkan di sekolah-sekolah
diseluruh negara, namun masih ada yang tidak mempunyai sikap dan aptitude yang sesuai

ii
sebagai seorang guru. Isu perbincangan berfokuskan kepada cabaran guru-guru
permulaan di dalam tanggungjawab terhadap profesion di mana kelemahan yang ketara
ialah apabila mereka gagal untuk mengintergrasikan pengetahuan, content kurikulum dan
teknologi pengajaran di dalam proses pengajaran. Guru permulaan juga gagal untuk
menghadapi kerenah pelajar di bilik darjah.Selain itu mereka juga dikatakan gagal untuk
membina rappo yang baik sesama rakan sekerja dan masyarakat sekeliling. Kegagalan ini
memberi kesan kepada peningkatan kes-kes disiplin kepada diri mereka sendiri dan juga
kepada para pelajar. Masyarakat terus memberikan tekanan dan kesemuanya ini memberi
kesan kepada motivasi guru-guru permulaan dan semangat mereka untuk terus
bekerja.Akibatnya guru-guru permulaan merasa trauma di dalam penghidupan mereka
seharian. Jadi pemimpin-pemimpin organisasi perlulah berusaha untuk meningkatkan
kualiti guru permulaan secara signifikan kerana titik permulaan bagi membangun dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia bermula di sini.

iii
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

1.0 Pendahuluan

Setiap tahun lebih daripada 175,000 memohon untuk menjadi guru dan
seramai 20,000 orang guru-guru baru ditempatkan di seluruh negara. Hampir
separuh daripadanya telah mendapat faedah daripada latihan mengajar yang
berkualiti, berkompetensi, berkeyakinan dan membantu dalam pembelajaran anak-
anak didik di sekolah. Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Ke-10, ramai
pemohon yang tidak punyai sikap dan aptitude yang sesuai untuk menjadi guru,
akibatnya masih ada yang kurang bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di
bilik darjah. Pelbagai alasan yang diberikan sebagai menutup kelemahan diri.
Ketidak sediaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan profesion keguruan
menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat terhadap kewibawaan guru dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran . Sungguhpun begitu, latihan
yang diterima ketika menjadi pelatih di Institut perguruan dan universiti juga telah
menyumbang ke arah menghasilkan guru yang berkualiti dan berkesan. Pengkaji
dan penyelidik pendidikan telah menggariskan beberapa elemen yang menjadi
penyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah
kemampuan untuk menggunakan pelbagai alat untuk menilai pelajar belajar dan
apa yang dipelajari oleh pelajar masing-masing. Selain itu guru yang berkesan
menggunakan pelbagai informasi untuk membantu pelajar maju ke hadapan.
Mereka juga dikatakan mampu untuk menyusun dan mempelbagaikan aktiviti,
alatan dan pengajaran mengikut tahap dan kebolehan murid. Di samping itu
mereka ini berkebolehan untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti pengajaran yang
bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kemampuan pelajar. Aktiviti-aktiviti
perbincangan, penyelidikan, penulisan, pembacaan, perbahasan, membina model,
menulis kertas kerja, menghasilkan folio, memerhati, menghasilkan folio,
bersyair, berpantun juga melakukan kerja-kerja amali adalah sebahagian dari
aktiviti yang dilakukan murid kesan dari pengajaran guru berkesan. Mereka
mempunyai ekspetasi yang tinggi bagi mencapai standard yang ditetapkan.
Mereka juga melibatkan perkongsian ibu bapa dan membina jaringan bersama
komuniti setempat untuk menyokong proses pembelajaran anak-anak mereka. Ini
bermakna guru-guru yang berkualiti dan berkompetensi akan terus belajar untuk
melaksanakan tugas-tugas yang kompleks secara profesional.

1
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

2.0 Latar Belakang Isu

Seperti yang dinyatakan produk guru dari institut perguruan dan institusi
pengajian tinggi saban tahun semakin meningkat di pasaran pendidikan. Majoriti mereka
akan berhadapan dengan tuntutan-tuntutan tugas yang mencabar minda dan fizikal. Ada
di antara mereka bersedia dan proaktif untuk menghadapi cabaran dan kekangan dalam
tugasan seharian di sekolah. Namun begitu ada juga yang gagal untuk menghadapi
dengan penuh yakin. Kajian keberkesanan pengajaran dan kualiti guru-guru permulaan di
tahun-tahun awal petempatan mereka di sekolah-sekolah banyak dilakukan.

Dapatan kajian dari Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) Bahasa


Antarabangsa mengenalpasti empat attribut iaitu selaras dengan kriteria penilaian ISO
9001:2000 (BPG, 2007) yang menyumbang kompetensi guru-guru permulaan di dalam
organisasi iaitu kualiti diri guru, pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan
pengurusan sekolah (Lawrence et. al, 2007). Dapatan kajian menunjukkan terdapat
beberapa item di dalam atribut tersebut yang tidak dikuasai oleh guru-guru permulaan dan
ditunjukkan dengan pencapaian min yang terendah iaitu tidak menunjukkan amalan
proaktif dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah (min 3.90) tidak cemerlang dalam
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan (min 3.84),
kurang terserlah dalam pengurusan kokurikulum (min 3.83) dan tidak boleh memeriksa
hasil kerja murid secara berterusan dan mengurus rekod kemajuan murid mengikut masa
yang ditetapkan (4.10).

Kelemahan guru-guru permulaan terus dikaji samada di dalam atau di luar negara.
Bagi pihak IPGM sendiri, pelbagai inisiatif telah diambil untuk membuat
penambahbaikan di dalam latihan keguruan. Pelatih dilibatkan dalam orientasi sekolah,
internship, praktikum dan lain-lain sebagai satu pendedahan kepada mereka .
Perbincangan isu, permasalahan dan cadangan penambahbaikan telah menjadi satu misi
utama Bahagian Pendidikan Guru. Baru-baru ini IPGM Kampus Melaka telah
menganjurkan satu seminar berkaitan isu yang sama. Pembentang-pembentang dari
Indonesia, Philipina, Brunei, Singapura dan Thailand telah dijemput bersama untuk

2
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

berkongsi pengalaman tentang isu guru-guru permulaan. Seminar ini membuktikan


bahawa pembuat dasar peka untuk membantu guru-guru permulaan untuk menyesuaikan
diri di sekolah. Masalah guru permulaan telah menjadi masalah bersama terutama bagi
pemimpin organisasi pendidikan untuk membantu kumpulan ini bagi meningkatkan
kualiti diri , pengurusan bilik darjah, pelaksanaan kokurikulum dan sahsiah diri mereka.

3.0 Istilah Guru Permulaan

Guru ditafsirkan sebagai orang yang terlibat dengan pekerjaaan pengajaran ilmu
pengetahuan sama ada di sekolah, kolej, institut, maktab, universiti ataupun di surau,
masjid, pondok atau madrasah (Abdul Halim El-Muhammady, 1991). Atan Long (1984),
menegaskan bahawa tiga elemen utama diperlukan oleh seseorang guru baru iaitu
berilmu, berkemahiran dan personality yang baik. Menurut Zamri (2007), guru permulaan
atau guru novis sebagai guru baru yang berkhidmat antara satu hingga tiga tahun. Guru-
guru keluaran IPG yang mula bertugas untuk enam bulan pertama disebut guru permulaan
(Bahagian Pendidikan Guru, 2007).

Guru permulaan atau guru novis yang baik adalah guru baru yang mempunyai
etika kepimpinan yang berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan,
perlakuan dan personaliti. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran
Malaysia Bil/1987, guru permulaan dipanggil sebagai guru sandaran terlatih (GST) iaitu
nama jawatan yang dipegang oleh seorang guru baru setelah tamat latihan keguruan yang
ditempatkan di sekolah. Dalam tempoh GST, guru permulaan akan menjalani tempoh
percubaan dan belum disahkan jawatan. Setelah ditempatkan di sekolah dalam skim GST,
mereka ditawarkan pula jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS
DG41) iaitu mengisi borang SPP3 dan lulus proses temuduga.

Sistem latihan keguruan di Malaysia adalah di antara yang terbaik di dunia. Walau
bagaimanapun, masih belum terdapat satu garis panduan dan kajian yang menyeluruh
berkaitan masalah dan proses penyesuaian diri guru permulaan di sekolah. Berdasarkan
kepada Konsep Pendidikan Guru Bersepadu (Mohamad Sani, 2002), seseorang guru itu
perlu menjalani latihan keguruannya daripada praperkhidmatan, diikuti dengan program

3
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

induksi untuk bakal guru dan seterusnya mengikuti peningkatan profesionalisme


berterusan sebelum bersara. .Dengan ini, Mohamad Sani (1998) menyenaraikan enam
kreteria yang perlu ada pada seseorang guru permulaan iaitu:
(a) Guru permulaan mesti mempunyai standard tertentu apabila memasuki alam
pekerjaan yang sebenar.
(b) Guru baru perlu menguasai konsep dan ketrampilan dalam mata pelajaran
pengkhususan.
(c) Guru novis juga perlu memahami skop, struktur dan kurikulum keseluruhannya.
(d) Guru di tempat baru perlu cepat menyesuaikan diri dengan bahasa, adat dan
budaya setempat.
(e) Guru mula hendak mengajar perlu menentukan sasaran yang jelas tentang
pembelajaran murid.
(f) Guru yang cukup diberi latihan menyeluruh ini mesti berkeyakinan tinggi dan
berkemampuan mendidik serta mempunyai nilai kepribadian yang unggul.

Apakah permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru permulaan dan


melengkungi guru-guru permulaan di organisasi pendidikan? Apakah yang perlu dikuasai
oleh guru-guru permulaan bagi membantu meningkatkan kualiti supaya mereka
mempunyai keyakinan diri dan mampu mendidik dan memberi sumbangan bermakna
kepada organisasi?

Kesimpulannya, guru permulaan atau guru novis ialah guru-guru sandaran terlatih
yang ditempatkan di sekolah-sekolah selepas menjalani latihan keguruan dalam satu
tempoh jangkamasa tertentu yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru dan
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

4.0 Permasalahan Guru Permulaan

Persoalan yang sering menjadi focus kajian di kalangan pengkaji-pengkaji


pendidikan dan perbincangan-perbincangan professional berkaitan guru permulaan ialah
kekangan-kekangan yang dihadapi oleh mereka di dalam tugas-tugas seharian . Tugasan

4
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

ini membincangkan permasalahan yang melingkungi profesioan keguruaan guru


permulaan. Antaranya ialah :

4.1 Cabaran Tanggungjawab Profesional

Menurut Fuller & Bown (1975) dan Maxie (1989), masalah-masalah yang
dialami oleh seseorang guru dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu tugasan;
kemampuan diri; impak dan berorientasikan kemandirian. Pada peringkat tugasan,
guru memberi tumpuan kepada cara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
serta menguasai kandungan pelajaran termasuk pengurusan bilik darjah, penilaian,
strategi dan kaedah pengajaran.

Pada peringkat kemampuan diri pula, guru membentuk persepsi


peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dan pada peringkat impak, guru
mula memberi fokus kepada kesan pengajarannya kepada para pelajar. Dan pada
peringkat berorientasikan kemandirian, guru lebih fokus kepada pengurusan diri
sendiri berbanding tugas mengajar. Teori ini menkonsepsikan peringkat
perkembangan guru bermula dengan latihan keguruan di maktab, menjadi guru
permulaan dan seterusnya guru lanjutan dan guru pakar.

Pengkaji-pengkaji pendidikan telah mengenalpasti masalah-masalah yang


dihadapi oleh guru-guru permulaan selepas mereka mula ditempatkan di sekolah-
sekolah. Masalah utama yang dihadapi ialah mereka tidak mempunyai kemahiran
untuk mengintergrasikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran dan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan ini mengakibatkan mereka
menghadapi masalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Persepsi murid dan
ibu bapa terhadap guru baru ialah mereka tidak pandai mengajar (Aldrich, 1990;
Pushkin, 2001) dalam Siti Zohara Yassin (2005). Mereka juga terikut-ikut dengan
pengalaman sedia ada pada zaman persekolahan (Lacey, 1977; Kennedy, 1991)
juga pengalaman mereka semasa menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi atau
kolej. (Concoran, 1981; Kendall, 2000; Pusbkin, 2001; Marks, 2002).

5
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

Kelemahan yang dibawa semasa menjadi pelatih telah diimplementasikan


dalam tugas-tugas seharian di bilik darjah. Kesan daripada kelemahan ini didapati
guru-guru permulaan tidak tahu merancang persediaan mengajar masing-masing.
Mereka akan berasa terbeban dengan profesion kerana tidak cukup maklumat
berkaitan jenis pelajar dalam kelas mereka, tentang polisi jadual sekolah,
kurikulum yang hendak diajar, buku teks yang digunakan dan lain-lain peraturan
yang perlu dipatuhi. Ada juga guru permulaan ini tidak tahu menaakul isi
kandungan yang terkandung dalam buku teks yang digunakan di dalam bilik
darjah. Hal ini disebabkan mereka oleh masalah yang dihadapi untuk memenuhi
tuntutan kerja, dan tidak mempunyai masa untuk membuat persediaan,
pengurusan masa yang kurang bijak dan sebagainya. Ada juga guru-guru
permulaan ini berasa bimbang tentang bahan yang hendak diajar dan mereka
bentuk pengajaran yang efektif yang dapat mencapai objektif pengajaran secara
spesifik.

Dapatan kajian juga membuktikan bahawa kemampuan guru baru juga


diragui kerana mereka mempunyai pengetahuan dari segi isi kandungan pelajaran
tetapi tidak mengetahui kaedah mengajar yang sesuai dengan pelajarnya.
(Kennedy, 1991; Norani, Wan Hasmah & Chang 1996; Darling-Hammond, Berry,
Haselkom & Fideler, 1999). Selain dari itu, penekanan pengajaran berkaitan
penerapan nilai murni, kemahiran berfikir, mengguna kaedah pengajaran
berpusatkan pelajar, mengajar mata pelajaran yang bukan mata pelajaran
pengkhususan masing-masing dan lain-lain merupakan satu cabaran kepada
mereka. Adalah sukar untuk guru-guru permulaan untuk memenuhi tuntutan-
tuntutan daripada pelajar-pelajar di samping memenuhi keperluan-keperluan dan
tuntutan-tuntutan dari sesebuah kelas secara keseluruhannya.

Para penyelidik pendidikan (Veenman, 1984; Knowles & Cole, 1994;


Calderhead & Shorrock, 1997) ada menyatakan bahawa majoriti guru yang
mengajar pada beberapa tahun permulaan mengalami pelbagai masalah dalam
pengajaran mereka seperti mengurus murid, menjalin hubungan yang baik di
dalam bilik darjah, menguasai isi kandungan pelajaran, merancang aktiviti yang
melibatkan murid dan membantu mereka belajar, memantau pemahaman murid

6
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

dan menjadi sebahagian daripada struktur sosial sekolah. Daripada dapatan kajian
para sarjana, banyak perkara yang menjadi cabaran kepada guru permulaan.
Cabaran-cabaran yang wujud dalam situasi sebenar di sekolah ini memerlukan
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui pengalaman , perkongsian
dan pembacaan luas . Kesemuanya ini membantu mempercepatkan proses
kematangan kepada guru-guru permulaan untuk menghadapi dunia sebenar dalam
profesion keguruan. Mengikut Kajian yang dibuat oleh Simon Veeman (1984),
guru-guru permulaan ini menghadapi zaman peralihan , iaitu dari institusi latihan
perguruan ke sekolah. Mereka menghadapi keadaan ‘dramatik’’ dan ‘trauma’
yang disifatkan sebagai kejutan budaya atau kejutan sebenar. Ini adalah kerana
terdapat jurang yang ketara antara ilmu pengetahuan yang dipelajari ketika
menjadi pelatih dengan dunia sebenar. Terdapat lima jenis kejutan budaya
(Muller-Fohrbroadt, Cloettan dan Dann dalam Veenman, 1984) iaitu persepsi guru
permulaan terhadap masalah yang dihadapi selain dari menghadapi perubahan
tingkah laku, perubahan sikap, perubahan personality dan meninggalkan kerjaya
keguruan. Kejutan sebenar ialah apabila guru-guru permulaan ini
dipertanggungjawabkan ke atas pencapaian pelajar. Harapan sekolah yang
diletakkan kepada semua guru termasuk guru-guru permulaan untuk
meningkatkan kecemerlangan akademik merupakan satu tanggungjawab yang
perlu dipenuhi. (Haller 1967; Kremer-Hayon & Ben-Peretz 1986; Skeats 1991;
Hubemran 1993; Rust 1994; Maynard & Furlong 1995; Urzua 1999; Rust 1999;
Pushkin 2001; Eick 2002; Cawyer et al. 2002; Farrell 2003). Bagi memenuhi
harapan dan cita-cita ini guru-guru permulaan perlu mendapatkan sokongan dari
waris dan komuniti. Mereka perlu mengkaji dan memahami budaya, bahasa, cara
hidup dalam masyarakat di tempat mereka bekerja.

Permasalahan yang terpaksa ditangani oleh guru-guru permulaan ini


menyebabkan mereka merasa tertekan. Bagi menyesuaikan diri dan menghadapi
tekanan , guru-guru permulaan mendapati sikap mereka berubah dan ada masanya
mereka merasa menyesal terhadap tindak-tanduk yang mereka tunjukkan (Hoy
1968; Innacone 1965; Jacobs 1968; Lacey 1977; Muuss 1969) . Kesan yang ketara
yang mungkin ditunjukkan bagi mengekpresikan diri mengakibatkan mereka tidak
mampu mengawal emosi kendiri. Keadaan ini diburukkan lagi dengan isu

7
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

kehidupan guru-guru permulaan . Tahap kesihatan yang dialami boleh memberi


persepsi negatif warga sekolah kepada guru-guru permulaan. Guru-guru
permulaan ini dianggap guru yang bersinergi dari segi tenaga muda dan
kesempatan ini digunakan untuk memaksimumkan tenaga guru-guru ini
menggantikan guru yang tidak hadir sekolah. Kesemua ini menambahkan tekanan
terhadap beban tugas. Kesibukan ini tidak memberi ruang untuk mereka berkenal-
kenal mesra dengan rakan kerja yang lain, akibatnya mereka merasa kesunyian
dan suka bersendirian.

4.2 Cabaran Daripada Pelajar

Dapatan kajian juga mendapati memang benar guru-guru novis ini ialah
guru yang tidak mempunyai pengalaman (Huberman, 1993; Puk & Haines, 1999,
Darling-Hammond et. al 1999, Kenda II 2000) kerana mereka baru sahaja
memasuki ke dalam dunia keguruan yang sebenarnya. Banyak cabaran yang perlu
ditangani dalam menjalankan tugas seharian. Rappo yang baik perlu diwujudkan
di antara guru-guru permulaan dengan pelajar. Mereka juga berada dalam keadaan
tertekan kerana terpaksa memainkan dwi peranan; menjadi rakan kepada pelajar
dan pada masa yang sama perlu bertegas dengan mereka. Sebab itulah kita dapat
melihat guru-guru permulaan ini kurang berjaya dalam menangani hal-hal disiplin
pelajar di bilik darjah atau di luar bilik darjah. Malahan mereka juga terpaksa
membuang masa yang banyak untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar atau
mereka gagal untuk mendisiplinkan pelajar. Keadaan ini disebabkan kerana
mereka kurang pengetahuan dan pengalaman di dalam hal pengurusan murid. Ada
juga guru-guru permulaan yang berani mengambil tindakan disiplin dan
menjatuhkan hukuman rotan kepada pelajar. Kebanyakan kes merotan pelajar oleh
guru-guru permulaan ini akhirnya berbalik kepada pihak pengurusan sekolah
untuk selesaikan kerana ianya menimbulkan salah faham dan kemarahan di
kalangan ibu bapa.

Pembelajaran berkesan juga dikaitkan dengan motivasi pelajar. Untuk


meningkatkan motivasi pelajar ianya perlukan kemahiran dan kebijaksanaan
gurunya. Kelemahan guru-guru permulaan ialah tidak bersedia dan tidak mampu

8
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

untuk memotivasikan pelbagai jenis pelajar yang tidak bermotivasi. Kelemahan-


kelemahan ini dibuktikan melalui sikap yang ditunjukkan oleh pelajar seperti
bosan dengan bahan yang disampaikan oleh guru, tidak suka datang ke sekolah,
tidak membuat kerja rumah, tidak menghasilkan kerja yang berkualiti dan lain-
lain yang bersangkutan dengan proses pembelajaran pelajar. Guru-guru permulaan
juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk mencapai matlamat organisasi.
Mereka masih tercari-cari kaedah yang sesuai untuk meningkatkan motivasi
pelajar supaya pelajar akan mengambil berat tentang pencapaian prestasi
akademik mereka. Tindakan yang ditunjukkan oleh pelajar ini melambangkan
kegagalan para guru . Keadaan ini memberi kesan kepada keseluruhan profesion
keguruan.

Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru


permulaan ini menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses pengujian
dan penilaian terhadap hasil kerja pelajar. Ini adalah disebabkan oleh pengetahuan
guru-guru permulaan berkaitan dengan ilmu pengujian dan penilaian adalah
terlalu cetek. Kajian menunjukkan guru-guru permulaan mempunyai keinginan
yang tinggi dalam penilaian pelajar tetapi mereka kurang yakin untuk memberi
markah dan gred yang setimpal dengan hasil kerja pelajar. Mereka terkeliru untuk
meletakkan jumlah markah terutama soalan berbentuk subjektif. Guru-guru
permulaan juga merasa tidak selesa kerana terpaksa menyemak latihan murid yang
banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai dalam sesebuah kelas. Pelajar-
pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan markah yang diberikan oleh guru-
guru permulaan. Pelajar merasa kurang yakin kerana mereka guru baru. Selalunya
guru-guru permulaan lebih suka memberi markah dan gred yang cemerlang
kepada pelajarnya kerana mengharapkan mereka akan disenangi dan popular di
kalangan pelajar.

Selain dari menyemak, menilai, menguji dan mewujudkan hubungan


mesra kepada para pelajar, guru-guru permulaan ini telah dipertanggungjawabkan
untuk mengurus persekitaran fizikal bilik darjah masing-masing. Kajian-kajian
kes yang dijalankan telah memberi banyak maklumat tentang cabaran yang
dihadapi dalam mengurus bilik darjah. Ada sesetengah dari guru permulaan

9
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

bertungkus-lumus menghiaskan dan menguruskan bilik darjah tetapi ada juga


yang langsung tidak diberikan bilik darjah. Tetapi mereka ini diminta bergerak
dari satu kelas ke kelas yang lain. Cabaran-cabaran pengurusan kelas seperti
pengawalan kelas, menetapkan peraturan kelas, masalah pemantauan kesalahan
disiplin pelajar, kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta menjaga kebajikan
pelajar. Semua ini memerlukan pelan tindakan yang sistematik dan strategic ,
apatah lagi bagi sekolah-sekolah yang masuk bertanding dalam pertandingan 3K
(Keselamatan, kebersihan dan keceriaan), sekolah harapan negara, sekolah cluster
dan lain-lain pertandingan. Guru-guru permulaan perlu kuasai ilmu dan kemahiran
di dalam tatahias dalaman kelasnya supaya dirinya memberi sumbangan yang
bermakna kepada organisasi. Dapatan kajian Lourdusamy dan Tan (1992)
merujuk kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru tidak dapat
mengawal masalah yang dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran
mengawal pelajar, masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak
berminat belajar, pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar menyebabkan
guru mengambil pendirian ''tidak peduli.'' Chiam (2004) berpendapat bahawa
terdapat perkaitan antara ketidak berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng
dalam kalangan pelajar.

4.3 Cabaran Menjalin Rappo

Ada beberapa cara bagaimana hubungan dengan ibu bapa mencabar


kredibiliti guru-guru permulaan. Guru-guru permulaan merasa kecewa bila
berurusan dengan ibu bapa kerana ciri-ciri yang wujud di kalangan ibu bapa
seperti pemabuk, pembengis, kes-kes penceraian. Biasanya guru-guru permulaan
ini mempunyai persepsi tersendiri dalam menilai kewibawaan ibu bapa. Biasanya
ibu bapa kurang menunjukkan hormat kepada guru-guru permulaan. Ibu bapa juga
kurang memberi bantuan dan sokongan kepada guru-guru permulaan untuk
meningkatkan pencapaian anak-anak mereka dalam akademik. Sesetengahnya
tidak bersetuju dengan gaya pengajaran guru-guru permulaan, tidak bersetuju
dengan markah dan gred yang diberikan kepada anak-anak mereka. Ini
mengakibatkan guru-guru permulaan merasa kecewa untuk meminta sokongan
dan bantuan dari ibu bapa yang terlibat untuk menyokong dan membantu mereka

10
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Keadaan ini menimbulkan konflik dalam sesi


perbincangan antara para ibu bapa dengan pihak sekolah termasuk juga guru-guru
permulaan.

Selain dari itu guru-guru permulaan ini juga menghadapi masalah untuk
membina rappo dengan guru-guru yang menjadi rakan sekerja mereka. Bebanan
kerja dan lambakan tugas-tugas perkeranian menjadikan mereka begitu asyik dan
mempunyai masa yang sedikit untuk berinteraksi dengan rakan sekerja. Ada juga
guru-guru permulaan yang enggan bergaul dan mempunyai sikap negative di bilik
guru. Guru-guru permulaan jarang berkongsi masalah dengan rakan sekerja dan
memerlukan masa yang lama untuk berkenal-mesra. Mereka menjadi penakut
untuk berkongsi idea dan ilmu-ilmu terkini dalam teknologi kerana bimbang idea
mereka tidak diterima oleh rakan-rakan sekerja.

Guru-guru permulaan seringkali dicabar melalui hubungan dengan guru


besar atau lain-lain pentadbir. Tugasan yang diberikan kepada guru-guru
permulaan ini kadang-kalanya agak kabur, dan mereka pula lebih bersikap ‘pak
turut’ . Idea di antara pihak pengurusan dan guru-guru permulaan ini kadang-
kalanya berbeza. Contohnya seperti dalam prosedur penggredan, mengajar atau
mendisiplinkan pelajar. Guru-guru permulaan ini bekerja keras apabila pihak
pengurusan cuba meningkatkan standard akademik, mengarah menjalankan
penyelidikan tindakan, atau berusaha untuk mendapatkan sesuatu pengiktirafan
seperti penganugerahan sekolah harapan, asrama terbilang dan lain-lain
penganugerahan di peringkat jabatan dan kebangsaan.

5.0 Kesan Cabaran

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru permulaan ini memberi kesan


kepada pembangunan kerjaya mereka. Permasalahan yang mengongkongi kehidupan
guru-guru permulaan ini telah mengubah sikap dan persepsi mereka . Sikap dan persepsi
yang tidak konstruktif ini membawa kepada perubahan tingkah laku guru-guru permulaan
ini kepada tidak bermotivasi dan kurang komitmen terhadap kerja mereka. Lama-
kelamaan jika tidak diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan, ianya menjadikan

11
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

mereka sebagai guru yang tidak berkesan, cepat ‘burn-out’ bila mereka tidak diberi
ganjaran, pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya. Mereka yang tidak percaya
kepada pendekatan, tidak akan menggunakan sebarang pendekatan dalam pengajaran
mereka.

Para pengkaji masih belum berjaya untuk mengenal pasti guru-guru permulaan
yang manakah yang menghadapi cabaran. Mengikut kajian didapati tidak ada perbezaan
antara guru-guru permulaan mengikut jantina (Grantham 1961; Koonts 1963; Rappa
1986; Sandidge 1989; Stone 1963). Bagaimana prestasi guru permulaan semasa mereka
mengikuti latihan pra-perkhidmatan atau praktikum tidak akan menyebabkan mereka
bermasalah pada tahun pertama mereka berkhidmat sebagai guru permulaan (Brock
1988; Droplin & Taylor 1963; Rapp 1986). Walau bagaimanapun ada kajian
membuktikan guru-guru permulaan yang berkhidmat di sekolah-sekolah di bandar lebih
mempunyai masalah daripada mereka yang bertugas di sekolah di pinggir atau luar
bandar (Dropkin & Taylor 1963; Kennedy, Cruishank & Myers 1976; Rapp 1986;
Sandidge 1989). Lebih tua pelajar yang diajar, lebih banyak cabaran yang dihadapi oleh
guru-guru permulaan (Rapp 1986; Sandidge 1989; Stegall 1966; Stone 1963; Thomas &
Kelly 1994).

Isu guru-guru permulaan juga telah dikaji oleh para sarjana pendidikan di negara
kita. Sepanjang tahun 2006, seramai 910 orang guru-guru permulaan dari 12 IPGM
menjadi responden kajian. Mereka ini ditempatkan di serata negeri dan hasil kajian , para
penyelidik pendidikan telah menyenaraikan 10 masalah yang sering dihadapi oleh guru-
guru ini (Mohamad Sani, 2007) iaitu:
(a) Masalah mendapatkan maklumat tentang sukatan pelajaran
(b) Masalah kekurangan sumber/ resos
(c) Masalah persediaan mengajar
(d) Masalah pengajaran di kelas/ makmal
(e) Masalah pengurusan dan pengawalan kelas
(f) Masalah hubungan interpersonal
(g) Masalah pengujian dan penilaian
(h) Masalah polisi sekolah, pentadbiran dan perkhidmatan
(i) Masalah pengurusan kokurikulum

12
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

(j) Dan lain-lain masalah

Rumusan dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru permulaan ini kurang


yakin dan masih keliru dengan pengurusan utama dalam core business profesion
keguruan. Kekeliruan ini menjadi persoalan kepada pembuat dasar bahagian pendidikan
guru, di manakah silapnya kurikulum yang digubal dan latihan praktikum yang dilalui
oleh pelatih-pelatih ini semasa di peringkat latihan? Mengapakah wujudnya kekeliruan
ini? Jika melihatkan kepada sesi pemilihan guru, kita dapat menjangkakan bahawa produk
guru-guru baru hebat dari segala segi. Bagi menjelaskan punca kekalutan ini kita berbalik
kepada teori dan model yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji bidang pendidikan.
Kerangka konseptual ini boleh memberi sebahagian daripada jawapan kepada kekeliruan
yang dihadapi oleh guru-guru permulaan.

6.0 Apakah Yang Perlu Diketahui Oleh Guru-guru Permulaan

Bagi menjawab persoalan ini bukannya satu perkara yang mudah. Sesetengah
guru-guru permulaan menjadi guru berkesan dan berkarismatik. Ada yang menjadi burn-
out, emosional dan yang lain lebih pendiam. Sesetengahnya kelihatan lebih serius dan ada
yang senang dipupuk. Bagi menguasai kandungan pengajaran, guru-guru permulaan
berfokus kepada tiga bidang utama (Mohamad Sani, 2007) yang perlu dikuasai iaitu :
(a) Ilmu untuk pelajar dan perkembangan mereka dalam konteks social yang terdiri
dari elemen (1.1) pembelajaran (1.2) perkembangan manusia (1.3) bahasa.
(b) Ilmu tentang subjek dan matlamat kurikulum yang terdiri dari (2.1) matlamat
pendidikan dan tujuan untuk ketrampilan, isi kandungan dan bidang
(c) Ilmu tentang pengajaran yang mengandungi (3.1) kandungan termasuk pedagogi
kandungan (3.2) mengajar pelbagai pelajar (3.3) pengujian dan penilaian (3.4)
pengurusan kelas

Ilmu tentang pelajar dan perkembangan mereka yang menjelaskan perkara pokok
dan perlu dikuasai oleh guru-guru permulaan ialah memahami bagaimana kanak-kanak
belajar. Memahami bagaimana kanak-kanak belajar merupakan peranan utama guru

13
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

permulaan untuk menyatukan komponen pelajar dan proses pembelajaran pelajar,


kognitif, metacognitif dan meningkatkan motivasi pelajar bagi mencapai matlamat
pengajarandan pembelajaran. Manakala perkembangan manusia lebih kepada tugas guru-
guru permulaan memahami pelajar, mengkaji bagimana mereka berkembang dan
bagaimana mereka belajar. Kedalaman pengetahuan tentang perkara-perkara di luar
kurikulum ini sangat berguna untuk mereka mengurus bilik darjah dengan efektif,
memilih tugas-tugas yang sesuai, memberi bimbingan kepada proses pembelajaran dan
melestarikan tahap motivasi pelajar untuk belajar. Ilmu Bahasa pula memberi pendedahan
dan pengalaman guru-guru permulaan untuk mengambil kira latar belakang bahasa
pelajar mereka secara dekat. Semua matapelajaran yang diajar dan aktiviti yang
dijalankan menggunakan bahasa. Guru hendaklah bijak menggunakan bahasa untuk
menarik minat pelajar , menyampaikan informasi, menekankan kandungan penting dalam
pelajaran yang diajar, mencetuskan perbincangan, memuji dan memberikan penghargaan,
meminta jawapan yang baik, menerangkan sesuatu dan kadang-kala memarahi pelajar.

Ilmu tentang kandungan matapelajaran dan matlamat kurikulum di mana meminta


guru-guru permulaan mengetahui dan memahami kandungan isi matapelajaran yang
hendak disampaikan, memahami kurikulum dan menyusun objektif pengajaran.
Kelemahan guru-guru ialah menyusun dan membina satu kurikulum yang koheren dan
bersesuaian dengan keperluan pelajar. Kelemahan ini berpunca kerana guru sendiri salah
konsep atau kurang jelas pengertian ‘kurikulum’ sebenarnya. Ilmu tentang proses
pengajaran yang memberi focus kepada persediaan guru dalam kemahiran mengajar.
Terdapat empat elemen yang mendokongi bidang ilmu ini iaitu
(a) Pembinaan ilmu kandungan pedagogi spesifik kepada sesuatu mata pelajaran
(b) Ilmu tentang bagaimana hendak mengajar pelajar yang pelbagai
(c) Ilmu tentang pengujian dan penilaian
(d) Pemahaman tentang bagaimana hendak mengurus aktiviti bilik darjah supaya
pelajar dapat menjalankan tugas secara bertujuan dan produktif.

Dapatan kerangka konseptual pengajaran dan pembelajaran bagi diadaptasikan


oleh guru-guru permulaan ini juga mempunyai unsur-unsur persamaan dalam kajian yang
dibuat oleh Shulman (1986) dan rakannya dalam projek The Knowledge Growth in
Teaching. Kajian ini dijalankan untuk melihat faktor yang menyumbang kepada

14
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

kemerosotan dan kelemahan pengetahuan pengajaran guru-guru permulaan. Kajian yang


dijalankan menunjukkan bahawa 90-95% guru-guru perlu menguasai sama ada
pengetahuan mata pelajaran atau mempunyai asas pengetahuan am dalam subjek yang
diajar. Pedagogical Technology Content Knowledge (PTCK) adalah kerangka konsep
daripada dapatan kajian yang dibuat olehnya dan hasil kajiannya merumuskan bahawa
guru baru perlu mengintergrasikan antara unsur pengetahuan kandungan matapelajaran ,
pengetahuan pedagogi, pengetahuan kurikulum dan pengetahuan teknologi sebagai alat
untuk menyampaikan pengajaran. Menurut Knudsen (1937), proses pengajaran yang
berkesan mengintegrasikan kemampuan guru, pemilihan bahan dan kesanggupan untuk
berani mencuba dan membuat inovasi. Walau bagaimanapun, bagi guru-guru permulaan
yang tidak bersedia untuk memenuhi prasyarat di atas bagi melaksanakan kurikulum di
bilik darjah, secara tidak langsung telah mengundang masalah ke arah pembangunan
pengetahuan murid. (Palmer, 1991).

Membincangkan tentang keperluan guru dalam pengajaran dan murid dalam


pembelajaran, guru-guru permulaan perlu juga merujuki dapatan teori psikologi Gestalt.
Mengikut teori ini, pelajar dianggap sebagai keseluruhan organic dan guru hendaklah
memainkan peranan untuk berusaha menawan hati pelajar supaya mereka berminat dan
pengalaman belajar ini memberi makna dan bertujuan (Benjafield, 1996). Memahami
teori psikologi Gestalt membantu guru untuk membina keyakinan diri dalam membina
rappo di antara mereka dengan pelajar-pelajar di bilik darjah. Pelajar adalah nadi kepada
kekuatan core business. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat asas kepada
kekuatan pengajaran guru-guru permulaan. Guru-guru permulaan perlu diingatkan juga
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bukan menyampaikan content ilmu secara
satu persatu, tetapi ianya adalah satu proses pembangunan kognitif, kompleks,
berkembang, bersinergi dan menghubungkan antara pelajar dan persekitaran.
Kesemuanya ini membantu ke arah perkembangan keintelektualan pelajar .Guru-guru
permulaan seharusnya mempunyai keupayaan untuk mentranformasikan kurikulum ke
arah peningkatan dan pembangunan kendiri pelajar-pelajarnya.

Banyak perkara yang perlu diketahui dan dipelajari oleh guru-guru permulaan
sebelum diberi tanggungjawab terhadap sesebuah kelas. Tanggungjawab yang harus
dipikul antaranya ialah mereka perlu tahu secara mendalam mata pelajaran yang diajar

15
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

dan tahu hendak mengajar kepada para pelajar. Mereka seharusnya mengetahui dan
memahami bagaimana pelajar belajar dan berkembang. Mempunyai kepekaan yang tinggi
dalam memantau dan menilai pelajar. Kesensitiviti ini membantu mereka dalam
mendapatkan maklumbalas yang tepat tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang
dihadapinya setiap hari. Berkemampuan untuk memahami diri sendiri , memahami bahasa
dan budaya persekitaran dan mengadaptasikan diri dengan persekitaran membantu guru-
guru permulaan untuk membina identiti diri. Yang pentingnya mereka tahu dan arif untuk
menyusun kurikulum dan aktiviti pembelajaran yang dapat menghubungkan pengetahuan
mereka berkaitan pelajar dan kemahuan pelajar untuk belajar. Selain itu guru-guru
permulaan hendaklah juga berkebolehan untuk mengajar isi kandungan pengajaran dan
kurikulum secara spesifik dan dengan menggunakan kaedah serta cara yang dapat
membantu pelajar memahami konsep-konsep tertentu . Kesepaduan pedagogi dan isi
kandungan ilmu ini bertujuan untuk mengelakkan kesalahan konsep di kalangan
pelajar.Ini adalah satu cara untuk menghindarkan dari guru permulaan tersalah sasar
dalam menyampaikan kurikulum kepada pelajar. Selain itu juga, guru permulaan
hendaklah sentiasa peka terhadap respons yang diberikan oleh pelajar ketika di dalam
bilik darjah, cara-cara pelajar bertingkah laku sama ada di dalam sekolah atau di luar
kawasan sekolah. Keperluan lain ialah berkemampuan untuk membina intervensi,
mengesan perubahan dan menyusun semula strategi pengajaran bersesuaian dengan
perkembangan sistem pendidikan dan pergerakan perubahan di sekeliling.

Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang


bermakna kepada pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina rappo yang baik
bersama pelajar dalam bilik darjah membantu guru-guru permulaan menjadi pemangkin
kepada kecemerlangan dalam karier mereka. Hubungan yang baik bersama pelajar di
bilik darjah menjadi titik permulaan kepada hubungan guru permulaan dengan ibu bapa
dan masyarakat setempat. Pelajar-pelajar akan menjadi duta kecil dalam menyebarluaskan
cerita-cerita kehebatan guru-guru permulaan kepada masyarakat dan komuniti setempat.
Berita yang baik berkaitan kualiti pengajaran dan personality guru permulaan menjadi
satu tarikan kepada masyarakat setempat untuk ke arah pengwujudan jaringan yang
mantap melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Guru-guru permulaan tidak boleh
mencipta kejayaan dalam profesion jika keadaan sebaliknya berlaku.

16
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru permulaan


memerlukan bimbingan yang berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani, 2002). Bagi
membina keyakinan diri dan peningkatkan profesionalisma diri dan kerjaya, tugas
membimbing ini perlulah dimulakan di dalam organisasi di mana guru-guru permulaan
ini bertugas. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hanya 30% sahaja daripada
kalangan pentadbir yang mengambil berat terhadap perkembangan profesionalisma guru-
guru permulaan (Mohammed Sani, 2002) dan 95% guru-guru siswazah yang ditempatkan
di sekolah-sekolah rendah di bawah program KPLI tidak berpeluang mengikuti kursus-
kursus dalam perkhidmatan bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka masing-masing.
(Mohammad Sani, 2005). Pendek kata , dalam memartabatkan profesion keguruan, semua
pihak perlu digemblengkan tenaga dan sama-sama menunjukkan minat yang tinggi dalam
membantu guru-guru permulaan meningkatkan kualiti diri dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru permulaan perlu mengubah sikap dan sentiasa
berusaha dan menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan
berketrampilan memerlukan usaha-usaha yang berlipat ganda yang datang dari diri guru
itu sendiri, di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran

7.0 Penutup

Isu guru-guru permulaan merupakan scenario dalam dunia pendidikan negara dan
sepatutnya perkara ini tidak akan menjadi isu dalam sistem dunia keguruan jika
dibandingkan dengan sistem pemilihan guru yang dibuat oleh pihak Bahagian Pendidikan
Guru. Tapisan-tapisan yang dijalankan semasa sesi temuduga menggambarkan betapa
hebatnya mereka yang terpilih dalam latihan keguruan. Dengan kursus dan latihan yang
diberikan di institusi perguruan dan universiti sepatutnya melahirkan guru-guru
permulaan yang perkasa dari segala segi.

Dapatan kajian, teori dan kerangka konseptual dalam ilmu pendidikan dapat
menjelaskan fenomena kekeliruan yang wujud di kalangan guru-guru permulaan pada era
awal mereka ditempatkan di sekolah. Kekeliruan ini berpunca dari kelemahan
pemahaman guru-guru permulaan untuk memahami , mengadaptasikan antara kandungan
pedagogi, ilmu pengetahuan dan teknologi pengajaran ketika menyampaikan kurikulum

17
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

kepada pelajar-pelajar. Mereka gagal untuk mengisolatedkan ketiga-tiga elemen dalam


kerangka konseptual pendidikan guru. Kegagalan ini memberi kesan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran guru-guru permulaan di bilik-bilik darjah. Kecelaruan dan
kekeliruan dalam mengendalikan kurikulum kepada pelajar mengakibatkan guru-guru
permulaan menjadi satu bebanan kepada organisasi . Kritikan dari komuniti, ibu bapa dan
pelajar berkaitan penyampaian kandungan ilmu pengetahuan mengakibatkan keseluruhan
profesioan menerima musibahnya. Ini adalah kerana profesion keguruan itu sendiri
melibatkan peningkatan intelek, moral dan tingahlaku.

Proses pembelajaran guru-guru baru tidak semestinya berhenti selepas


penganugerahan sijil, diploma atau ijazah pendidikan. Ini bermakna bahawa program
pendidikan guru pra-perkhidmatan tidak mungkin merupakan persediaan yang serba
lengkap untuk diberkalkan kepada guru-guru dengan ilmu , ketrampilan dan sikap . Ianya
perlu ditambah dengan dengan program perkembangan guru yang berterusan dan program
latihan delam perkhidmatan untuk semua guru khasnya guru-guru permulaan. Mereka
perlu belajar mengikut buku panduan kurikulum, buku teks , buku rujukan untuk
menggubal soalan ujian, mematuhi sistem penggredan dan mengikuti skedul sekolah.
Pelan intergrasi peningkatan pembangunan kerjaya guru-guru permulaan hendaklah
dikaji, disusun dan dipraktikkan di peringkat organisasi demi mencapai objektif
organisasi secara amnya dan merealisasikan harapan dan aspirarasi negara khususnya.
Pelan yang disusun atur secara sistematik dan berterusan ini dapat membina
pembangunan kerjaya guru-guru permulaan yang mana akhirnya dapat menjadikan
mereka sebagai ‘master teacher’, ‘expert teacher’, ‘competent teacher’ dan ‘effective
teacher’.

18
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

BIBLIOGRAFI

Anthony, D.S. (1988). Starting to teach. Surniving dan succeeding in the classroom.
London: Hogan Page Ltd.

Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Februari. MS ISO 9001:2000. No. Keluaran 4 [CD].
Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Benjafield, J. G. .(1996). The developmental point of view: A history of psychology.


Needham Heights, MA: Simon & Schuster.

Berliner, D.C. (1988). In Pursuit of Expert Pedagogue. Educational Researcher, 15:513

Bey, T.M & C. T. Holmes, (1990). Mentoring : Developong successful new teachers.
Reston, Virginia: Association of Teacher Educators.

Bolam, R. (1995). The induction of newly aualified teachers in school : Where next?
British Journal of In-Service Education 21:35

Bullogh & Rober, V. (1988). First year teacher : A case study. New York: Teacher
College Press

Calderhead, J. dan Shorrock, S. B. (1997). Understanding teacher education: Case


studies in the professional development of beginning teachers. London: The
Falmer Press

Chiam Heng Keng. (2004). Clear link between teachers and truancy. The Star, 7
November, ms. 8.

Christopher, D. (1999). Developing teachers : The challenges of lifelong learning. United


Kingdom : Falmer Press

Darling, H. L . (1989). Teacher professionalsm and accountability. The Education Digest.


September

Della, F. (1995). Quality Mentoring for Student teacher: A Principled approach to


practice. London: David Fulton Publisher

Fuller, F.F., & Bown, O. (1975). Becoming a teacher. In K. Ryan (Ed.), Teacher
Education. The seventy-fourty yearbook of the National Society for the Education.
Chicago: The University of Chicago Press

Heck, R. H & L. P. Wolcott. (1977). Beginning teachers: A statewide study of factors


explaining successful completion of the probationary period. Educational Policy.
11 (1) : 111-133

Hoy, W.K. (1968). The influence of experience on the beginning teacher. The School
Review. 76:312-321

19
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

Knudsen, C. W. (1937). What do educators mean by “integration”? Harvard Educational


Review, 7(1), 15-26.

Knowles, G. dan Cole, A. L. (1994) .Through preservice teachers’ eyes: Exploring field
experiences through narrative and inquiry. New York: Merrill.

Lawrence Aloysius Aeria, Joseph Gomez A/L Gomez,Chong Poh Wan &Geam Yong
Soon. (2007). Kualiti Guru Permulaan KPLI Keluaran IPBA dalam Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Bahasa-Bahasa
Antarabangsa Kuala Lumpur

Lourdusamy, A. dan Tan, S. K. (1992). Malaysia. Dalam H. B. Leavitt (ed). Issues and
problems in teacher education: An international handbook. New York:
Greenwood Press, 179–191.

Maxie, A.P. (1989). Student teachers’ concerns and the student teaching experience: Does
experience make a difference? Paper presented at The Annual Meeting of the
American Educational Research Association, San Francisco, CA.

Mohammed Sani Ibrahim. (2002). Pemupukan nilai guru cemerlang . Bangi: Fakulti
Pendidikan, UKM

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Strategi Menginstitusikan Program Mentoran Kea rah
Perkembangan Kerjaya Guru-guru Novis di Malaysia dalam Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 14, Institut Aminuddin Baki

Norasmah Othman, Zamri Mahamod & Mohammed Sani Ibrahim. (2006). Kesediaan
profesionalisma guru novis: Cadangan modul latihan. IPTA, BPG & JPPG 2006.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Palmer, J. N. (1991). Planning wheels turn curriculum around. Education Leadership,


49(20), 57-60.

Ryan, K. (1986). The induction needs of beginning teachers. Chicago: University of


Chicago Press.

Seminar Serantau Pendidikan Guru-Guru Permulaan : Memperkasakan Guru Permulaan


Abad ke 21. IPGM Kampus Melaka. www.ippm.edu.my/ portal/ indez. Php?
option=com_docman...75

Veenman, S. (1984). Perceived problems of beginning teachers. Review of Educational


Research, 54(2), 143–178.

Siti Zohara Yassin, (2005). Proses sosialisasi Organisasi Guru Sandaran Terlatih (GSTT)
Dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Di
Sarawak. Tesis Ph. D . Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Zamri Mahamod, Mohammed Sani Ibrahim & Norasmah Othman. (2007).  Guru novis

20
KRP6023 – Isu-isu Pendidikan Sekolah Rendah

yang berkesan.  Dlm. Zamri Mahamod, Norasmah Othman & Mohammed Sani Ibrahim.
(Pnyt.). Profesionalisme guru novis: Model latihan, 85-102.  Bangi: Penerbitan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

21

You might also like