Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
36Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
notateorikseling

notateorikseling

Ratings:

4.82

(11)
|Views: 2,808 |Likes:
Published by nurkasihsirna

More info:

Published by: nurkasihsirna on Jul 04, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/16/2013

pdf

text

original

 
TEORI PSIKOANALISIS: BAHAGIAN 1
copyright © othmanmohamed 1997 (Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)
TEORI PSIKOANALISIS
Perkaitan Subjek:Modul ini mendedahkan pelajar kepada bidang teoriPsikoanalisis. Tumpuan adalah diberi kepada latarbelakang teori; falsafah dan konsep penting teoripsikoanalisis; rasional perubahan personaliti; proseskaunseling psikoanalisis.Tajuk Pembelajaran:Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang asas teori psikoanalisis:1. Pengenalan kepada teori psikoanalisis2. Ciri utama dalam teori psikoanalisis3. Perkembangan personaliti4. Tahap kesedaran5. Personaliti manusia mengikut psikoanalisis6. Kaunseling mengikut pendekatan psikoanalisis7. Matlamat kaunselingKaedah Belajar:Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota.Teks Wajib:Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi danPengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:Penerbit Universiti Putra Malaysia.Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa.(1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur:Longman.
TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA TEORI PSIKOANALISIS
Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Beliau berasal dari Moravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan nama Slovakia. Beliau bermula sebagai seorang doktorperubatan dan sebagai penyelidik menumpukan penyelidikannya kepada kecelaruan saraf. Bidang ini tidak begitumaju dalam abad yang ke 18, dimana ramai semasa itu yang menggunakan hipnosis sebagai satu kaedahbagi menyelesaikan penyakit mental. Freud bagaimana pun dipengaruhi oleh kerja-kerja kaedah yang dijalankan olehseorang doktor di Vienna, Austria yang bernama Joseph Breur. Breur telah menggunakan suatu teknik bagimengubati pesakit-pesakitnya, ia-itu menumpukan kepada perbualan tentang simtom-simtom dan didapatiberkesan. Pengaruh ini melibatkan Freud mendalami kajiannya secara persendirian dan hingga diterbitkan bukunya yang pertama 'The Interpretation of Dreams' (1900) dan seterusnya kajian tentang analysis swadiri.Psikoanalisis bolehlah diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuanberkaitan dengan masalah emosinya. Sekiranya kita mengikuti fahaman tradisi, psikoanalisis lebih dianggap sesuaimerawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Kemungkinan agak kurangsesuai untuk membantu mengatasi kesulitan yang dialami seharian.Kata Kunci:Sigmund Freudpsikoanalisis
 
TOPIK 2: CIRI UTAMA DALAM TEORI PSIKOANALISIS
Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yangsemulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yangmerosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya.Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal.Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification).Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asasnaluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalamandalam masyarakat. Dalam ertikata yang luas termasuklah juga kekeluargaan. Dengan demikian, maka diadakan ciri-ciri sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang bolehmerosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila kesedaran ini berlaku, maka individudianggapkan bilazim.Kata Kunci:pembawaan manusia naluri kehaiwanan nafsu swadiri
TOPIK 3: PERKEMBANGAN PERSONALITI
Tenaga psike. Kefahaman tentang psikoanalisis memerlukan penilitian aspek tenaga psike yang meliputi konsep (1)Penentuan Psike dan (2) Tahap Bawah Sedar.Penentuan Psike. Konsep ini bermaksud bahawa semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab yang tertentu. Pada lazimnya berkait rapat antara hubungan sesama insan. Dalam ertikata lain, ada perkaitanantara tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau gerakkan emosi yang serta merta.Fahaman tenaga psike di dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO. Konseplibido in lebih menyerupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan). Dalampengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertunpu hanyakepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk segala aspek kepuasan swadiri. Desakan yang kedua dalam tenagapsike adalah desakan aggresi atau THANATOS (kehendak mati).Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuanpsike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal tadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawaarah kepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia. Dalamkaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah bagi memberi fokus kepada konflik yangbelum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil.Dalam fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang dansejarah pengalaman kliennya.Kata Kunci:Penentuan psike libido eros thanatosSOALAN UJI SENDIRI:1. Hurai maksud tenaga dalam fahaman psikoanalisis.
TOPIK 4: TAHAP KESEDARAN
Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis, selain dari Penentuan Psike. Dalam pemikiran manusia, keadaansedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakanbahawa ada tiga tahap kesedaran:(1) SEDAR (Concious)(2) PRASEDAR (Preconcious)(3) BAWAH SEDAR (Unconcious)Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Tahap sedar tergolongsegala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi, suka, menulis tugasan,berlari, makan, minum dan sebagainya.
 
Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang bolehdipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguh pun pada asalnyaperasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagaian dari tahap sedar tadi. Contoh, Pada masa tertentu, kita akanrasa lapar--boleh dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk makan. Contoh yang lain,panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya. Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorangmengikut pengalaman masing-masing.Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedarinilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yangsemulajadi seperti tenaga psike.Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secaraswadiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuandaripada kaunselor.Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaanini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau iamempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi;fantasi atau khayalan seseorang individu. Kesemua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat didalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnyadi antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat dicerap.Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahapkesedaran kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepada pemikiranbawah sedarnya yang telah disekat dari kenyataan secara mekanisma bela diri REPRESSI. Secara repressi, individuitu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai' tetapi kaunselor jugadikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama sama bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapatdibereskan.Caranya: (1) Pendedahan (2) Meneroka (3) PentafsiranSelain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar, kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepadakaedah penerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akan membantu kliennyadengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya. Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebabasas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri klien. Klien akan sedayaupaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan.Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraiankomunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis.Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahapbawah sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa. Apa yang telahdiperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah pendekatan psikoanalisis. Konsep yang kaitannya dengantahap kesedaran itu sangat rapat.Kata Kunci:Sedar prasedar bawahsedar
TOPIK 5: PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS
Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan kesannya terhadap perkembangan personaliti,psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur:(1) ID(2) EGO(3) SUPER EGO

Activity (36)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Siti Zulaiha liked this
pure_pearl06 liked this
mariabao liked this
mariabao liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->