You are on page 1of 13

Pendahuluan

Akta kanak-kanak 2001 merupakan akta yang ditubuhkan bagi melindungi hak dan
keselamatan kanak-kanak.   Akta ini mula dikuatkuasa pada 1 Ogos 2002 merupakan suatu akta
yang meminda, menyatukan dan memasukan peruntukan-peruntukan baru daripada 3 akta utama
iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan
Kanak-Kanak 1991. Akta ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kanak-
kanak, menangani masalah remaja yang terlibat dengan jenayah, mengatasi kegiatan maksiat
yang tidak terkawal.  Mengikut Akta ini, kanak-kanak didefinasikan sebagai seorang yang
berumur di bawah 18 tahun. Di samping itu, bagi tafsiran prosiding jenayah kanak-kanak
didefinisikan sebagai sesorang yang berumur 10 hingga 18 tahun. Akta kanak kanak ini terletak
di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 khususnya
perenggan 31(1)(a), sekiranya seseorang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak
itu mendedahkan kanak-kanak tesebut dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-
kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal, perlakuan itu adalah merupakan suatu kesalahan
yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Melalui akta ini kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat
tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu. Akta ini
juga mengakui bahawa seseorang kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal,
mental dan emosinya, memerlukan pelindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas
kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah
membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul. Akta ini turut mengiktiraf bahawa
tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal
keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama,
asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain.
Pengkaji atau penyelidik dalam bidang ini akan menyatakan bahawa penderaan atau
pengabaian kanak-kanak berlaku tanpa mengenal sempadan geografi, agama, bangsa, status
dalam masyarakat ataupun taraf pendidikan. Harus diakui juga bahawa data-data rasmi yang
diberikan oleh pelbagai agensi ada kalanya tidak menggambarkan realiti sebenar jenayah
penderaan atau pengabaian kanak-kanak ini. Ada pihak yang menganggarkan, statistik kes
penderaan atau pengabaian kanak-kanak hanya mewakili 10% daripada kes yang sebenar.

Antara perkara penting yang terkandung dalam akta kanak-kanak ialah, akta ini ada
menyebut tentang tanggungjawab ibubapa atau penjaga terhadap kanak-kanak. Dalam akta ini
ada menyebut ibubapa atau penjaga bertanggungjawab menjaga kanak, memberi tempat
perlindungan, makanan, pakaian dan penjagaan sebaiknya. Jika berlaku penderaan terhadap
kanak-kanak maka ibubapa atau penjaga yang akan dihukum mengikut apa yang termaktub
dalam akta kanak. Sebagai contoh adalah kes Nurin Jazlin bt. Jazimin apabila dia telah dibunuh
dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Walaupun begitu ketua polis Selangor ada
mengatakan bahawa bapa Nurin akan didakwa kerana kecuaian sehingga menyebabkan berlaku
penculikkan ke atas Nurin. Walaupun ramai pihak yang menentang dengan mengatakan rasa
simpati terhadap ibubapa Nurin tetapi itulah perkara yang termaktub dalam akta kanak 2001.
Menurut akta tersebut, ibubapa atau penjaga yang mendera, mengabai, membuang atau
membawa kesan buruk terhadap kanak-kanak dari segi fizikal dan mental, atau melakukan
ganguan seks terhadap kanak-kanak, boleh didakwa dan sekiranya didapati bersalah, pesalah
boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20 000 atau hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun
atau kedua-duanya sekali. Menurut akta ini juga, ibubapa atau penjaga yang gagal memberi
jagaan yang sesuai kepada kanak-kanak pula boleh didakwa dan didenda tidak melebihi RM5000
atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun. Dalam kes ini bapa kepada Nurin Jazlin boleh didakwa
mengikut sebab pengabaian. Walaupun begitu terdapat tentangan yang pelbagai dari ramai pihak
mengatakan rasa simpati kepada bapa Nurin kerana sudahlah kematian anak ditambah pula
dengan didakwa. Kebanyakkan kes sebegini, hukuman tidak dilaksanakan kerana rasa simpati
dari pelbagai pihak.

Mengikut pentafsiran Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat


jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan kerana
mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi. Penderaan fizikal adalah apabila kanak-kanak
didera secara fizikal dan terdapat kecederaan yang keterlaluan yang boleh dilihat pada mana-
mana bahagian tubuh badan kanak-kanak berkenaan akibat penggunaan kekerasan atau agen.
Kekerasan ini dilakukan dengan sengaja terhadap tubuh badan kanak-kanak dengan
adanya bukti laserasi, kontusi, calar, parut, patah atau kecederaan tulang, seliuh, pendarahan,
pecah viskus, luka bakar (burn), melecur, kehilangan rambut atau gigi. Penderaan seksual pula
berlaku apabila kanak-kanak didera secara seksual dan juga terlibat sama ada mengambil
bahagian atau sebagai pemerhati dalam mana-mana aktiviti yang bersifat seks dengan tujuan
pornografi, bahan lucah atau sumbang, rakaman filem, pita video atau persembahan yang
mempunyai tujuan eksploitasi seks oleh mana-mana pihak bagi memuaskan nafsu seks orang itu
atau orang lain. Penderaan kerana diabaikan penjagaan didefinisikan secara rumusan daripada
Akta Kanak-kanak sebagai kegagalan ibu bapa untuk memenuhi keperluan asas anak seperti
pemberian makanan, pakaian, kediaman, rawatan perubatan, tidak memberi penyeliaan atau
pengawalan anak daripada terlibatnya dengan kumpulan jahat atau bahaya moral dan tidak
melindungi mereka daripada bahaya sehingga kanak-kanak terpaksa menjaga diri sendiri dan
menjadi pengemis.
Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat gangguan yang kerterlaluan atau boleh dilihat
pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental
atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri, tingkah laku agresif atau
kerencatan perkembangan. Definisi penderaan emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaan ini
tidak seperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan di mana pihak pekerja
perubatan, perundangan, kepolisan, sosial dan masyarakat umum boleh mengenali masalah ini
dengan mudah. Semua jenis penderaan, tidak kira secara fizikal, seksual atau pengabaian
penjagaan, tidak dapat dipisahkan daripada aspek penderaan terhadap emosi. Sebenarnya
penderaan emosi primer juga berlaku secara bersendirian. Penderaan emosi berlaku dalam apa
jua jenis penderaan. Apabila penderaan emosi berlaku bersamasama dengan penderaan lain,
kesan penderaan terhadap emosi sebenarnya adalah jauh lebih serius, mendalam dan
berpanjangan berbanding dengan kesan akibat penderaan fizikal terhadap tubuh badan.
Kebanyakan doktor yang merawat tidak mengenali aspek penderaan emosi ini dan hanya
menekankan rawatan terhadap kecederaan fizikal yang memang jelas kelihatan. Keadaan yang
serupa juga berlaku pada kanak-kanak dan remaja yang didera secara seksual dan diabai
penjagaan mereka.
Dalam maksud pengabaian ini juga, kanak-kanak juga tidak dibenarkan untuk mengemis.
Dalam akta kanak-kanak menjelaskan maksud mengemis ini termasuklah mengemis, menerima
sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau
menawarkan apa-apa jua untuk jualan; atau menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-
undang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang
memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu. Mengikut akta kanak-kanak ini pula
mengatakan mana-mana orang yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-kanak
atau, sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, membenarkan
kanak-kanak itu berada di mana-mana jalan, premis atau tempat melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Terdapat satu kes tentang pengabaian ini iaitu sewaktu berlakunya kayuhan basikal anjuran
Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang mana pihak polis mengatakan penyertaan golongan
bawah umur dalam kempen ini adalah menyalahi akta kanak-kanak. Walaubagaimanapun,
menurut bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan perkara ini
tidak menyalahi akta kanak-kanak. Ambiga mengatakan penderaan dalam maksud akta kanak-
kanak lebih menjurus kepada penderaan fizikal dan seksual terhadap kanak seperti yang telah
dinyatakan sebelum ini, tetapi pihak polis melalui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman, Datuk Mohd. Bakri  memberi beberapa contoh tentang perkara yang menyalahi akta
kanak-kanak iaitu seperti tidak menyediakan pakaian dan tempat berteduh yang sempurna,
membiarkan aktiviti mengemis, penjajaan haram dan pembabitan kanak-kanak dalam aktiviti
tidak sah sehingga menjejaskan kesihatan dan kebajikan terhadap kanak-kanak.
Dalam kes yang lain ialah dimana tentang perkara kanak-kanak dibawa menyertai
perhimpunan haram iatiu penyertaan dalam Gerakan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam
Negeri melibatkan kanak-kanak. Hal ini menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak ditahan
kerana menyertai perhimpunan itu. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat amat memandang serius mengenai perkara ini. Kementerian mengatakan Tindakan
yang dibuat oleh pihak penganjur adalah amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang
yang termaktub di dalam Akta Kanak-Kanak Tahun 2001. Akta Kanak-Kanak tidak
membenarkan sebarang eksploitasi di buat oleh mana-mana pihak ke atas kanak-kanak.
Penggunaan kanak-kanak dalam apa jua bentuk perhimpunan yang tidak sah boleh menyebabkan
kanak-kanak tersebut didedahkan kepada bahaya. seramai 44 kanak-kanak yang telah ditahan,
kesemuanya telah dilepaskan kepada keluarga masing-masing. menurut Akta Kanak-Kanak
2001khususnya perenggan 31(1)(a), sekiranya seseorang yang mempunyai pemeliharaan
seseorang kanak-kanak itu mendedahkan kanak-kanak tesebut dengan cara yang mungkin akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal, perlakuan itu adalah
merupakan suatu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Oleh yang demikian, kanak-kanak yang dilibatkan itu adalah boleh ditakrif sebagai
seorang kanak-kanak yang memerlukan ‘pemeliharaan dan perlindungan’ sebagaimana yang
dimaksudkan di bawah perenggan 17(1)(i), Akta Kanak-Kanak 2001. Atas sebab itu, seseorang
Pelindung boleh mengambil kanak-kanak tersebut ke dalam jagaan sementara seperti yang
diperuntukkan dibawah seksyen 18, Akta Kanak-Kanak 2001. Pengambilan kanak-kanak
tersebut dibawah peruntukkan seksyen 17 adalah dibuat atas dasar keselamatan dan kepentingan
kanak-kanak tersebut dan tindakan ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang.
Jelaslah bahawa tangungjawab ibubapa atau penjaga merupakan suatu perkara yang penting
seperti terkandung dalam akta kanak-kanak. Tangungjawab ibubapa penjaga haruslah diberi
perhatian agar kes berkaiatan eksploitasi kanak-kanak dapat dikurangkan.

Perkara kedua pula ialah tangungjawab untuk memaklumkan kepada pihak berkaitan
tentang berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Tugas untuk melaporkan kes penderaan
dan pengabaian kanak-kanak merupakan antara mekanisme pencegahan peringkat awal yang
telah diperkenalkan sejak tahun 1960’an. Keperluan ini bermula apabila sekumpulan doktor yang
menjalankan kajian terhadap kes-kes yang melibatkan kanak-kanak merasa ragu dengan alasan-
alasan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak apabila anak mereka dimasukkan
ke hospital kerana mengalami kecederaan dan ada kalanya sehingga membawa kepada kematian.
Di samping itu, terdapat juga doktor pada masa tersebut yang seolah-olah tidak percaya bahawa
kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan diakibatkan oleh perbuatan sengaja ibu,
bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut. Tugas untuk melaporkan kes penderaan dan pengabaian
kanak-kanak telah diperkenalkan di Malaysia menerusi seksyen 19 Akta Perlindungan Kanak-
Kanak 1991 (Akta 468). Berdasarkan kepada seksyen 19 Akta 468 ini, pegawai perubatan telah
diwajibkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mempunyai alasan yang
munasabah bahawa kanak-kanak yang mereka rawat merupakan mangsa penderaan atau
pengabaian. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, maka mereka boleh didenda tidak
melebihi RM 1,000.00. Apabila Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) berkuat kuasa pada 1 Ogos
2002, tugas untuk melaporkan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak ini juga telah
dipanjangkan kepada ahli keluarga mangsa dan pengasuh. Hukuman bagi kegagalan untuk
melaporkan kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak ini telah dinaikkan kepada denda tidak
melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Dalam akta kanak menjelaskan lebih lanjut tentang pihak yang harus melaporkan jika
mengesyaki berlakunya penderaan. Jika seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak yang
sedang diperiksanya atau dirawatnya telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat
teraniaya, terabai, terbuang atau didedahkan, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan
serta-merta memberitahu seorang Pelindung. Mana-mana pegawai perubatan atau pengamal
perubatan berdaftar yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Jika pengamal perubatan berdaftar yang disebut dalam
subseksyen (1) ialah seorang pegawai perubatan, maka dia boleh mengambil kanak-kanak yang
disebut dalam subseksyen itu ke dalam jagaan sementara sehingga jagaan sementara kanak-
kanak itu diambil alih oleh seorang Pelindung atau pegawai polis. Bagi anggota keluarga pula,
Jika mana-mana anggota keluarga seseorang kanak-kanak mempercayai atas alasan-alasan yang
munasabah bahawa kanakkanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat
teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan
serta-merta memberitahu seorang Pelindung. Mana-mana anggota keluarga yang tidak mematuhi
subseksyen iaitu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dilepaskan dengan bon
atas syarat-syarat yang hendaklah ditentukan oleh Mahkamah. Mana-mana anggota keluarga
yang tidak mematuhi mana-mana syarat bon yang diperuntukkan dalam subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Jika seseorang
pengasuh kanak-kanak mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang
kanak-kanak telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang
atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu
seorang Pelindung. Mana-mana pengasuh kanak-kanak yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Perkara seterusnya ialah mahakamah bagi kanak-kanak. Mahkamah yang ditubuhkan


mengikut Akta ini dan bersidang bagi maksud mendengar, memutuskan atau membereskan apa-
apa pertuduhan terhadap seseorang kanak-kanak; atau menjalankan apa-apa bidang kuasa lain
yang diberikan atau yang akan diberikan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak oleh atau di
bawah akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain. Mahkamah Bagi Kanak-
Kanak hendaklah terdiri daripada seorang Majistret yang, pada menjalankan fungsi-fungsinya
sebagai suatu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak kecuali apabila membuat sesuatu perintah di bawah
subseksyen 39(4), 42(4), 84(3) atau 86(1), mengikut kehendak keadaan, hendaklah dibantu oleh
dua orang penasihat yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada suatu panel orang yang
bermastautin di Negeri itu. Seorang daripada dua orang penasihat yang disebut dalam
subseksyen (2) hendaklah seorang wanita. Antara fungsi penasihat ialah, memaklumkan dan
menasihati Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengenai apa-apa pertimbangan yang menyentuh
perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah atau pelakuan lain yang berkaitan
terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapan Mahkamah itu; dan jika perlu, untuk
menasihati ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan-kesalahan
yang boleh dihukum dengan hukuman mati. Mahkamah bagi kanak-kanak ini sememangnya
berbeza dengan mahkamah lain di Malaysia. Mahkamah kanak-kanak juga dikatagorikan di
bawah mahkamah khas. Tempat persidangan bagi mahkamah kanak-kanak adalah berlainan
dengan mahkamah lain. Ini bagi melingdungi kanak-kanak terbabit mendapat liputan. Mahkamah
akan dikendalikan secara tertutup dengan kehadiran Majistret, penasihat, kanak-kanak,
keluarganya, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Pegawai Pendakwa, peguam jika ada, saksi-saksi
dan mana-mana pihak yang dibenarkan. Laporan dan penyiaran media tentang pendedahan
identiti kanak-kanak adalah dilarang sama sekali kecuali di atas permintaan Pegawai Pelindung
dari Jabatan Kebajikan Masyarakat menurut seksyen 15(3) akta berkenaan. Mana-mana
pelanggaran tentang seksyen ini jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi
RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Apa-apa perintah yang dibuat oleh mahkamah ini tidak akan dicatitkan sebagai rekod jenayah.
Menurut seksyen 95 akta ini, di atas apa-apa kekhilafan atau terkilannya pihak-pihak yang
terlibat dengan perintah dari mahkamah ini boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Ada dua kes mahkamah di mana kanak-kanak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Kes
yang pertama berlaku kira-kira empat dekad lalu di Pulau Pinang. Kanak-kanak ini bersama
orang dewasa terlibat dalam satu kes pembunuhan. Oleh kerana ini kes bunuh kanak-kanak ini
dihadapkan di Mahkamah Tinggi, kerana ia tidak boleh didakwa di Mahkamah Juvana (pada
waktu itu). Kes ini dibicarakan dan kana-kanak ini didapati bersalah. Kesnya dibawa sehingga ke
Majlis Privy, di England. Satu lagi kes ialah yang berlaku di Melaka. Seorang kanak-kanak
berumur 17 tahun telah menjatuhkan hukuman kerana membunuh rakan sekolahnya. Beliau
mengaku bersalah. Pelajar ini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh
membawa hukuman mati Pendakwaan di bawah seksyen ini adalah di luar bidang kuasa
Mahkamah bagi Kanak-kanak. Oleh kerana kanak-kanak ini di bawah umur 18 tahun, dia ditahan
selama mana dikehendaki oleh Yang DiPertua negeri Melaka (at the pleasure of the Yang
Dipertua Negeri Melaka). Ini sememangnya bertepatan dengan akta kanak dimana semua
keslahan boleh dibicarakan di mahkamah kanak-kanak kecuali yang melibatkan hukuman mati.
Mahkamah kanak-kanak dahulunya dikenali sebagai mahkamah juvenile diwujudkan di bawah
Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90).Berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia (1949), Sabah
(1972) dan Sarawak (1986). Dikenali sebagai Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-
kanak 2001 (Akta 611). Seperti dalam Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21) “kanak-kanak”
merujuk kepada mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun. Juvana beerti seseorang yang
telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 28
Kanun Keseksaan dan di bawah umur 18 tahun. Seksyen 82 Kanun Keseksaan: Perbuatan kanak-
kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun. Mahkamah ini membicarakan kes-kes
melibatkan kanak-kanak berumur 10 – 18 tahun, di mana kanak-kanak merujuk kepada mereka
yang berumur di bawah 14 tahun dan orang muda kepada mereka yang berumur 14 – 18 tahun,
kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia(SUHAKAM), menyarankan kerajaan supaya mewujudkan mahkamah khas kanak-
kanak di premis berbeza daripada mahkamah biasa di bawah jagaan Majistret terlatih khususnya
aspek perundangan hak kanak-kanak dan berpengetahuan mengenai piawaian antarabangsa
keadilan juvana. Kerajaan disyorkan membina pusat tahanan khusus untuk menahan pesalah
juvana yang dilengkapi kemudahan bersesuaian dengan umur dan pembesaran mereka. Ini
kerana menurut SUHAKAM lagi ini adalah bagi meningkatkan lagi keadilan terhadap juvenile.
Perkara seterusnya ialah pemerdagangan dan pemelarian kanak-kanak. Perdagangan
kanak-kanak merupakan isu yang serius di Malaysia. Malaysia juga pernah dituduh sebagai
Negara yang mendagangan kanak-kanak terbesar oleh United Kingdom. Presiden Parti Keadilan
Rakyat YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga ahli parlimen Permatang Pauh
mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat sesuatu bagi
menangani masalah tersebut. Dalam soalan lisannya di Parlimen, Wan Azizah mempersoalkan
keprihatinan kementerian tersebut terhadap gejala perdagangan (trafficking) wanita dan kanak-
kanak yang kian meningkat dari tahun ke tahun. Ketiadaan akta telah menafikan wanita-wanita
serta kanak-kanak yang dipergunakan dalam pelacuran secara paksa, dari dibela dan dilindungi.
Rasa prihatin saja tidak memadai dalam menangani permasalahan perdagangan wanita dan
kanak-kanak ini, ia memerlukan tindakan yang segera dan penguatkuasaan undang-undang.
Begitu juga dengan ketiadaan tempat perlindungan bagi wanita-wanita dan kanak-kanak yang
telah diselamatkan dari pelacuran, mengancam fizikal dan jiwa mangsa oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab. Namun begitu menurut KPWKM, terdapat beberapa akta yang memberi
perhatian kepada aspek perdagangan dan penyeludupan wanita dan kanak-kanak seperti Akta
Kanak-kanak 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Imeigresen 1959 pindaan 1963. Akta Kanak-
kanak misalnya telah menetapkan bahawa seseorang yang menjual, melanggan, membeli
memiliki dan membawa masuk dan keluar negara seseorang kanak-kanak yang berumur 18 tahun
ke bawah dengan niat untuk diambil bekerja atau maksud pelacuran sama ada di dalam atau luar
negara adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM50 ribu dan di penjara
tidak lebih 15 tahun atau kedua-duanya sekali. Malah mereka yang menjadi ibu atau bapa ayam
(pimps) dengan melacurkan kanak-kanak boleh dihukum sebatan mandatori tidak lebih daripada
enam sebatan. Akta tersebut juga memperuntukkan bahawa mereka yang terlibat dalam apa-apa
transaksi kanak-kanak boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak
melebihi RM10 ribu atau kedua-duanya. Menurut akta kanak lagi, mana pihak yang turut sama
dalam menyorok, membuat transaksi pemindahan kanak-kanak untuk tujuan tidak baik,
menyorok atau memiliki tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Peruntukkan utama lain ialah hukuman bagi kanak-kanak. Hukuman bagi kanak-kanak
haruslah mengikut apa yang telah termaktub dalam akta kanak-kanak. Jika seseorang kanak-
kanak ditangkap dengan atau tanpa waran, kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam tidak termasuk masa yang
perlu bagi perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Tetapi
majistret boleh memanjangkan tempoh tahanan atas sebab pertuduhan itu ialah pertuduhan
membunuh atau jenayah besar yang lain perlu demi kepentingan kanak-kanak yang ditangkap itu
dia diasingkan daripada bergaul dengan mana-mana orang yang tidak diingini atau Mahkamah
Bagi Karrak-Kanak itu ada sebab untuk mempercayai bahawa pelepasan kanak-kanak itu akan
mengecewakan matlamat keadilan. Jika bukan sebab di atas maka perlulah melepaskan kanak-
kanak itu dengan suatu bon, yang disempurnakan oleh ibu, atau bapa atau penjaganya atau orang
lain yang bertanggungjawab dengan atau tanpa penjamin, bagi suatu jumlah yang pada pendapat
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu akan memastikan kehadiran kanak-kanak itu di mahkamah
pada waktu yang ditetapkan. Menurut akta ini lagi, jika kanak-kanak itu ditahan mak hendaklah
diberitahu kepada pegawai akhlak, ibubapa atau penjaga kepada kanak-kanak itu sebab dia
ditahan. Jika kanak-kanak itu dipertuduh atas apa-apa kesalahan, menyebabkan dihantar kepada
pegawai akhlak itu suatu salinan pertuduhan dan maklumat lain yang perlu bagi membolehkan
pegawai akhlak itu mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk menyediakan atau
mendapatkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu laporan akhlak.
Mengenai kehadiran dalam prosiding mahkamah, hanya individu tertentu sahaja yang
boleh masuk ke dalam mahkamah sewaktu perbicaraan berlangsung. Ibu bapa atau penjaga
haruslah hadir ke mahkamah. Tetapi jika mahkamah mendapati terdapat sebab yang munasabah
untuk menghalang ibubapa atau penjaga daripada mengikuti perbicaraan maka bolehlah
menghalang daripada mengikuti perbicaraan. Tetapi apabila ibu atau bapa kanak-kanak itu
dikehendaki dating dan tidak berbuat demikian maka ibubapa atau penjaga kanak-kanak terbabit
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun. Mahkamah haruslah menggunakan bahasa yang mudah untuk menerangkan kepada
kanak-kanak supaya apa yang dikatakan sewaktu perbicaraan dapat difahami oleh kanak-kanak
tersebut. Selepas semua fakta dibacakan haruslah ditanyakan kepada kanak-kanak itu sama ada
dia mengakui apa yang diterangkan itu benar. Sewaktu akhir perbicaraan jika mahkamah berpuas
hati bahawa suatu kesalahan telah dibuktikan maka hendaklah mahkamah menjatuhkan hukuman
terhadap pesalah sama ada memberikan amaran kepada dan melepaskan kanak-kanak itu,
melepaskan kanak-kanak itu apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik dan
untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Mahkamah, memerintahkan supaya kanak-
kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan
sesuai selama apa-apa tempoh yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah, dan dengan apa-apa
syarat yang dikenakan oleh Mahkamah memerintahkan supaya kanak-kanak itu membayar
denda, pampasan atau kos membuat suatu perintah percubaan di bawah seksyen 98,
memerintahkan supaya kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry
Gurney memerintahkan supaya kanak-kanak itu, jika seorang lelaki, disebat tidak melebihi
sepuluh sebatan. Perkara sabitan atau hukuman tidak digunakan dalam mahkamah kanak-kanak.
Bagi tujuan sebatan terdapat peruntukan yang perlu dipatuhi bagi memastikan hukuman dapat
dijalankan dengan baik. Banyak pihak mempertikai mengenai hukuman berkaitan penahanan di
rumah akhlak atau apa yang seerti denganya kerana cara itu sudah tidak berkesan lagi pada
zaman ini.

You might also like