1
KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA DARI SEGIPERSEPSI ISLAM DAN PELBAGAI AGAMA1.0
Al-Quran Sebagai Sumber Utama Perundangan Islam
Dari segi definisi perundangan Islam Al-Quran merupakan sumber utama dalam perundangan Islam. Ia merupakan kalamullah yang berupa mukjizat yang diturunkan oleh Allahs.w.t kepada penutup nabi dan rasulullah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w melalui perantara malaikat Jibril a.s yang tertulis pada masahif. Ia diriwayatkan kepada manusia secaramutawattir, membacanya adalah satu ibadahIa dimulai dengan surah Al- Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas. Firman Allahs.w.t menyatakan :
³Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlahkamu kepada Rasulullah dan kepada ³Ulil-Amri´ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangankamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, makahendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya ± jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagikamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
( Surah An Nisa¶ ayat: 59)
1.1
Sifat-Sifat Al- Quran Sebagai Sumber Perundangan Islam
Antara sifat-sifat Al Quran yang digunakan sebagai sumber perundangan Islam iaituSyumuliyyah, tidak membebankan dan kurang tanggungan kewajipan yang menjadi asas perundangan Islam. Sifat utama Al-Quran ialah Syumuliyyah iaitu segala perkara-perkara yangterdapat dalam Al-Quran menyeluruh dan terperinci tentang segala kehidupan manusia dimuka bumi ini.