You are on page 1of 4

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Rasional:

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh


amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid
untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

Apa itu pengamatan:


1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pemgamatan ini
berkait rapat dengan pemikiran kita.

2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari.


Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu,
tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka
dalam pembelajaran.

3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui


pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu


proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan
pengalaman-pengalaman lalu.

5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and


Remediation” beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran
terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah


mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu
pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

Objektif Ujian Pengamatan:


Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;

1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz,


warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.

2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek
objek yang lain.

3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,


nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke
bawah dan dari bawah ke atas.

5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Komponen Ujian Pengamatan:


1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak,
warna, nombor, huruf dan sebagainya,

4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk,
corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

5- Koordinasi Motor –mata –tangan.


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan
dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

6- Pertalian jarak (Spatial Relationship)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta
antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

7- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti
mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

8- Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti
bersiri.

9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

10- Menyalin ( Visual Copying)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Panduan melaksanakan ujian pengamatan:


1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana
yang terkandung dalam komponen pengamatan.
2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

You might also like