You are on page 1of 5

Forum 2: Bincangkan kepentingan pemilihan media di dalam sesebuah rancangan mengajar.

Media dalam pengajaran sesebuah subjek mempunyai kelebihan untuk dimanfaatkan. Media
Internet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media
elektronik yang digunakan dalam pengajaran di dalam kelas. Dengan melalui pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan melalui media ini yang mempunyai teks, grafik, animasi,
simulasi, audio dan video pengajaran dapat disampaikan dengan tepat. Hal ini kerana media
dapat memberi sumber ilmu pada para pelajar untuk memahami dengan baik. Sukar untuk guru
menerangkan sesuatau perkara jika tiada contoh atau rujukan. Dengan penggunaan media para
pelajar dapat memahami dengan jelas.

Selain itu media dijuga digunakan untuk pedekatan yang berkesan dalam menarikan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Para pelajar amat tertarik jika guru menggunakan media dalam
pengajaran kerana mampu menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu perkara. Dari
keseluruhan itu proses pembelajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar.

Maklumat yang diterima oleh para pelajar cukup tepat dan jelas dengan penggunaan media. Para
pelajar mudah ingat dan fahami jika di aplikasi dengan penggunaan media. Guru mampu
membantu para pelajarnya mencari bahan dan maklumat secara berfokus dan terbimbing.
Dimana guru dan pelajar bersama-sama mengumpul maklumat secara fokus.

Malah penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid mencuba
atau melaksana eksperimen yang sukar, atau bahaya untuk dilaksana dengan dengan
menggunakan media.

Selain itu penggunaan masa dapat dijimatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kerana
media mampu membantu guru dan pelajar untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan
dalam masa yang singkat tetapi mudah difahami.
Forum 4: Bincangkan isu literasi komputer dalam kalangan guru di sekolah-sekolah di Malaysia.

perkembangan teknologi pada masa sekarang telah memajukan sistem pendidikan menjadi
semakin mencabar. perkembangan sistem ini harus diikuti oleh para pendidik iaitu komputer atau
sebagainya dalam pengajaran meraka.

para guru sekarang di Malaysia kurang peka dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan di
sekolah. hal ini kerana mereka menganggap bahawa penggunaan tekonolgi dalam pengajaran
kurang efisen. guru-guru sering dibebani dengan kerja-kerja disekolah, aktiviti dan juga krusus
yang diadakan menyebabkan mereka ini kurang memberikan penekaan pada penggunaan
tekonologi.

selain itu mereka sering ketinggalan jauh dalam penggunaan teknologi hasilnya para pelajar tidak
didedahkan dengan tekolongi atau ict oleh para guru mereka. hal ini disebabkan kerana guru-
guru tidak mempunyai asas pengetahuan yang cukup dan kemahiran yang mantap untuk
mengendalikan teknologi dalam pendidikan. ada yang mempunyai kemahiran dan juga asas
tetapi mereka tidak menekankan dalam pengajaran setiap masa. hanya diperlukan baru mereka
ini menggunakan tekonologi.

mereka ini 'sering terlupa' dengan penggunaan tekologi dalam pendidikan mereka. penggunaan
tekologi dalam pengajaran sebenarnya memudahkan mereka untuk mengajar. hal ini kerana
memudahkan dan menjimatkan masa untuk para guru mengajar. para guru lebih kepada
penggunaan alat bantu mengajar (abm) yang lama atau ada yang tidak menggunakan bagi
memastikan pengajaran dapat disampaikan.

dalam sistem pengajaran kini guru-guru sebenarnya menjadi jambatan dalam menghubungkan
tekonolgi pada para pelajar khususnya disekolah pendalaman dan juga kampung. hal ini kerana
pelajar-pelajar tidak tahu dan memahami teknologi dalam penggunaan pada masa hadapan. guru-
guru sering menganggapkan bahawa meraka sudah mengetahui dan meraka akan mempelajari
pada satu masa kelak.
Forum 5: Betulkah guru kurang membaca? Bincangkan.

Guru-guru adalah tempat dimana ilmu pengetahuan disebarkan dan diperolehi oleh pelajar. Ilmu
yang ada oleh seorang guru perluhlah ditambah supaya ilmu pengetahuan sering dengan
perkembangan zaman sekarang. Akan tetapi adalah malang bagi seorang guru tidak membaca ini
kerana meraka adalah tempat rujukan bukan sahaja pelajar tetapi juga masyarakat setempat
kerana mereka memandangkan guru seorang yang berilmu dan berpengetahuan meluas dalam
semua perkara.Hal ini akan menjadi satu isu jika ramai golongan pendidik tergolong dalam
kumpulan kurang membaca. 

         Hal ini disebabkan oleh diri guru terbabit. Perkara ini bermula dalam diri guru terbabit
dalam memperkembangkan ilmu dan juga pengetahuan meraka bukan sahaja subjek yang diajar
tetapi meliputi semua perkara. Jika mereka ini kurang membaca maka ilmu yang hendak
disampaikan kepada pelajar tidak keseluruhan dapat difahami oleh pelajar. Guru perlulah
mengerakan diri meraka untuk mendekati dengan bahan-bahan bacaan untuk memudahkan
mereka dalam berinterkasi. Bahan bacaan yang digunakan oleh guru terbabit boleh digunakan
dalam menyebarkan ilmu bukan sahaja subjek yang diajar oleh guru kepada pelajar tetapi lebih
dari itu. Para pelajar sekarang memerlukan sumber rujukan yang dapat mereka jugakan pada satu
masa nanti. Segala rujukan akan bermula pada guru bukan pada ibi bapa kerana ibu bapa
mengharapkan guru untuk membantu anak-anaknya berjaya.

          Guru-guru lebih dilihat kepada perkara yang memodenkan diri meraka iaitu penggunaan
tekologi. Hal ini kerana penggunaan tekonologi dalam kehidupan guru semakin sebati. Akan
tetapi penggunaan buku atau bahan bacaan tidak dipandang oleh guru kerana mereka
menganggap kesukaran untuk mencari bahan dan sukar untuk meminjamkan bahan itu.
Berbanding dengan penggunaan teknologi para guru memudahkan kerja meraka untuk mencari
di halaman sesawang untuk mendapatkan bahan yang tidak sempurna isi bahannya. Buku adalah
satu bahan yang sempurna berbanding dengan bahan yang telah ada di internet yang tidak
sempurna rujukan dan isinya. Perkara inilah menyebabkan meraka tidak mengambil berat
tentang bahan bacaan yang mempunyai isi yang penting. Jika mereka menggunakan bahan dari
internet maka secara tidak langsung akan berlaku pergantungan terhadap sumber internet.
          Selain itu sikap guru juga menyebabkan guru kurang membaca iaitu malas dan selagi tidak
digerakan maka guru tidak akan membaca. Ini penyebab guru-guru sekarang kurang membaca
kerana malas terhadap bahan bacaan tetapi lebih gemar mengetahui bacaan yang tidak
berunsurkan ilmiah. Bahan bacaan sering kali anggap oleh guru mempunyai buku yang tebal,
terlalu lama untuk membaca dan tidak mempunyai masa untuk membaca menyebabkan meraka
ini kurang minat untuk membaca. Perkara ini yang membantutkan guru-guru untuk membaca
dan menyebabkan meraka ini sering melupakan untuk membaca buku. Perkara ini perlulah
diubah supaya masa hadapan guru dan pelajar terjamin. Bahan yang berunsurkan ilmiah dapat
membantu guru dalam proses pengajaran tetapi dapat membentuk pelajar dalam jati diri meraka.

         Tiada kesedaran guru untuk membaca adalah satu punca kurangnya minat. Para guru lebih
cenderung untuk mendapat satu bahan dengan cepat tetapi tidak bermutu berlainan dengan bahan
yang sukar untuk mendapat tetapi bermutu untuk kegunaan pelajar. Kesedaran ini perluhlah guru
tahu kerana melalui bacaan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan guru di samping menjana
ilmu pengetahuan yang berterusan. Bacaan yang diamalkan oleh guru dapat dipratikkan kepada
para pelajarnya secara tidak langsung dapat menanam minat membaca. Malah melalui bahan
bacaan tersebut guru-guru dapat menjana satu sumber ilmu yang baru dari masa ke semasa
berbanding dengan guru yang kurang membaca. Segala proses ilmu dapat dipertingkatkan
dengan bacaan.

          Selain itu kekurangan masa untuk membaca menjadi satu penyebab guru kurang membaca.
Dalam proses pembacaan haruslah berterusan bagi memastikan satu proses pembacaan berjalan
lancar. Bagi bakal guru dan guru meraka ini mempunyai masalah dalam perancangan masa untuk
membaca. Meraka ini sering kali terlibat dengan akitiviti atau krusus yang membebani unutk
membaca. Hal ini yang menjadi satu proses pembacaan tersekat dan secara tidak langsung
menyebabkan guru-guru kurangnya membaca. Perancangan ini perlulah berterusan bagi
memastikan bacaan sentiasa berjalan untuk ilmu yang berterusan.

          Malah kurangnya menyebabkan satu kegagalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi pelajar yang mempunyai masalah menulis, membaca dan mengira. Pelajar terbabit perlu
diajar oleh seorang guru yang rajin dalam bacaan kerana dapat membentuk pelajar terbabit untuk
berjaya. Ini kerana para pelajar akan terdorong jika bersama gurunya menbaca. Dalam
pembacaan sesebuah bahan bacaan dapat membentuk  dan mengubahmasalah pelajar 3M. Guru
yang mempunyai minat membaca memudahkan penyampaian ilmu berbanding meraka yang
tidak membaca. Kesukaran guru yang kurang membaca dalam membentuk pelajar 3M ini tidak
akan selesai. Kurang membaca menyebabkan guru sukar membentuk pelajar berkenaan dalam
proses pengajaran. Pelajar yang bermasalah 3M ini memerlukan bantuan yang memudahkan
meraka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dan cara yang mudah melalui
bacaan.

          Semangat yang suka pada bacaan haruslah ada pada guru-guru sekarang untuk menjana
satu proses pengajaran ilmu yang berterusan. Bacaan yang dibaca haruslah sesuai dengan arus
perdana kerana segala ilmu pengetahuan sentiasa berkembang oleh demikian pemilihan buku
haruslah bersesuaian dengan masa kini.

You might also like