You are on page 1of 2

Sinopsis

Kassim tidak dapat melelapkan mata kerana kakinya sakit disengat oleh ikan tuka-tuka. Dia juga
sempat berfikir siapa akan menghalau pipit-pipit di sawah sewaktu dia sakit. Anak-anaknya lima orang;
Aziz, Bedah, Ainon, Aishah dan Isham-lah yang diharapkan kerana Melor istrinya sedang sarat
mengandung anak keenam. Sewaktu memukat ikan kembura di Pantai Berakas bersama Udin, ia telah
disengat ikan tuka-tuka. Sebelum turun ke laut, Udin memberi nasihat supaya memakai gelang kaki dari
akar supan-supan. Tetapi kassim tidak percaya akan petua itu. Akibatnya dia disengat sewaktu mengurak
pukat di dalam air separas perutnya. Udin menolong mengeluarkan darah dari kaki dengan menyiah lalu
menghisap bisanya. Kassim pun pengsan. Beberapa pelaut menolong mengusung Kassim menuju
kerumahnya. Melor terjaga di tengah malam. Ia dapati Kassim masih duduk mengusap-usap kakinya yang
bengkak itu. Melor menyindir suaminya. Sindiran isterinya makin menambah bisa kakinya. Walaupun
Kassim anak kampung tulen tetapi ia tidak percaya pada petua atau pantang larang. Kassim menjawab
sindiran isterinya bahawa kalau ia pakai kasut itu tentu tak disengat oleh ikan Tuka-Tuka. Melor kesian
melihat suaminya sedang kesakitan, lalu ia menolong mengusap-usap kaki yang bengkak itu.

Peristiwa Penting

1. Kassim tidak dapat tidur kerana bisa kakinya sakit disengat oleh ikan tuka-tuka.
2. Kassim menyesal kerana tidak mengikut kata Udin memakai lilitan akar supan-supan di kakinya.
3. Kassim tidak percaya dengan petua yang dikatakan oleh Udin.
4. Kassim dan Udin memukat di Pantai Berakas semasa laut teduh di bulan April.
5. Udin mengingatkan Kassim bahawa akar supan-supan merupakan tangkal azimat yang perlu
dipakai ketika berada di laut untuk mengelak terkena bahaya.
6. Kassim menjerit kesakitan dan kakinya mengalir darah panas berbisa kerana disengat oleh ikan
tuka-tuka.
7. Udin menolong mengeluarkan darah dari kaki dengan menyiah lalu menghisap bisanya.
8. Kassim mengakui kesalahnya kerana tidak mendengar nasihat kawannya.

Tema dan Persoalan

Tema cerpen Bisa dapatlah adalah tentang pantang-larang atau petua sewaktu memukat. Ini dapat
dilihat bahawa petua yang sudah menjadi amalan Udin sejak 30 tahun tidak diikuti oleh kassim kerana ia
tidak percaya akan perkara itu. Akibatnya ia menjadi mangsa sengatan iakn tuka-tuka.

Watak dan perwatakan

1. Kassim
 Suami kepada Melor dan ayah kepada aziz, bedah, ainon, aishah dan isham
 Bekerja sebagai petani dan sambilan sebagai nelayan
 Anak kampong tulen
 Berpendidikan sekolah dewasa
 Tidak percaya kepada petua atau pantang larang ataupun hal-hal yang karut
 Tak mahu mengalah dalam hal prinsip
 Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga
 Ada rasa simpati pada melor dan anak-anaknya semasa masih kecil
 Tabah dalam menghadapi kesakitan yang dideritanya.
2. Udin
 Seorang pelaut sambilan
 Berpengalaman ke laut hampir 30 tahun
 Kawan kassim memukat kembura
 Percaya kepada petua atau pantang larang
 Bertanggungjawab pada kawan ketika menerima musibah
 Berpendirian tegas danmempunyai sifat marah ketika pendapatnya tidak diendahkan
orang
 Mempunyai perasaan simpati ketika orang menerima kesusahan
 Setia kepada kawan dan mudah memberi nasihat yang baik
3. Melor
 Isteri kepada kassim dan ibu kepada aziz, bedah, ainon, aishah dan isham
 Sedang sarat mengandung anak keenam
 Bertanggungjawab pada keluarga
 Mempunyai rasa simpati dan seorang yang pandai menyindir
 Percaya kepada petua atau pantang larang dan selalu memberi nasihat kepada suamina
4. Watak sampingan
 Anak-anak kassim yang lima orang
 Pelaut-pelat lain
 Dolah penyu

Latar

Tempat : Di rumah kassim, pantai Berakas.

Masa : waktu petang, Tengah Malam.

Masyarakat : Masyarakat yang prihatin (Pelaut-pelaut membantu Udin


membawa kasim kerumahnya)

Perutusan

1. Mempercayai pantang-larang dan petua semasa berada di laut.


2. Bahaya ada di mana-mana.
3. Sifat tolong-menolong di kalangan masyarakat Melayu perlu dijadikan amalan.
4. Jangan bersifat dengil dengan nasihat orang.
5. Rasa prihatin perlu ada dalam setiap diri individu.

You might also like