You are on page 1of 1

Faktor-faktor kejatuhan sesebuah Tamadun

Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh secara
mendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Menurut beliau, sesebuah tamadun dapat
disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan
tua.

Beliau turut membahagikan kadar tempoh sesebuah peradaban kepada empat generasi iaitu:
a. Generasi pengamal
b. Generasi pengikut
c. Generasi pemelihara tradisi
d. Generasi pemusnah tradisi

1. Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah factor kemerosotan
sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalan
rasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.

2. Perpecahan di kalangan masyarakat


Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun. Contohnya
pertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan Bani
Umaiyah merosot.

3. Ketidakadilan
Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan
miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani terdapat golongan
hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan
berharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan.

4. Ketidakstabilan politik
Perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.

5. Bencana alam atau malapetaka


Menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir, wabak penyakit dan
sebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang mengakibat kematian penduduk dan
pemerintahnya iaitu Pericles.

6. Penerimaan perubahan
sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan tamadun. Sikap
seperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya membawa
kepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya kerajaan Turki
Uthmaniyyah.

You might also like