You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

SEMINAR PENJAGAAN ALAM SEKITAR SEMPENA KEMPEN KAMI PRIHATIN

GURU PELATIH SEMESTER 1 HINGGA 7

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KUALA LUMPUR

Tarikh :18 September 2010– 19 September 2010

Hari : Sabtu - Ahad

Tempat :Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur.

Anjuran : Jawatankuasa Pewakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal


Pelajar, IPG Kampus Pendidikan Teknik.
1.0 Visi

Guru pencinta alam sekitar

2.0 Misi

Menerapkan nilai-nilai murni tentang penjagaan alam sekitar dalam kalangan guru
pelatih.

3.0 Rasional

Sebagai bakal guru, guru pelatih perlu memupuk sifat cinta akan alam sekitar kerana
mereka akan menjadi contoh kepada murid-murid di masa akan datang. Guru
merupakan rol model kepada murid-murid. Oleh yang demikian, guru perlu mengorak
langkah dan mempraktikan nilai-nilai murni untuk menjaga alam sekitar. Jika guru
sekadar berkata-kata tanpa melakukan sesuatu untuk menjaga alam sekitar,
bagaimana para murid akan mencontohi guru tersebut.

Selain itu, rakyat Malaysia pada masa kini seolah-olah sudah tidak peduli
tentang kebersihan dan kepentingan alam sekitar. Sampah dibuang di merata-rata
tempat. Penebangan hutan berlaku dengan berleluasa. Sehubungan itu, demi menjaga
kebersihan alam sekitar dan menjaga sumber alam semula jadi, seluruh rakyat perlu
mempunyai sifat sayang terhadap alam sekitar. Perkara sebegini perlu dipupuk didalam
diri individu sejak kanak-kanak lagi. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam
memupuk sifat sayang ini ke dalam diri mereka. Seminar ini diadakan agar para guru
pelatih mempunyai sifat cinta akan alam sekitar dan mampu memelihara dan menjaga
kebersihan alam sekitar serta mampu mendidik anak-anak murid mereka kelak tentang
kepentingan alam sekitar.
4.0 Objektif dan matlamat

Setelah seminar ini berakhir, diharap guru pelatih dapat;

4.1 Memupuk sifat cinta terhadap alam sekitar.


4.2 Mempunyai pemikiran ‘alam sekitar perlu dijaga bersama’.
4.3 Memahami dengan lebih baik tentang kepentingan alam sekitar.
4.4 Menyemai sifat kerjasama dalam memelihara dan membersihkan alam sekitar.
4.5 Menerap nilai-nilai murni dan mampu untuk menyampai dan mempraktikan
kepada anak murid.
4.6 Mengikis pemikiran ‘malu untuk menjaga alam sekitar’

5.0 Bilangan Peseta

Semua guru pelatih IPGM Kampus Pendidikan Teknik dari semester 1 PPISMP hingga
7 PISMP wajib melibatkan diri dalam kem ini.

Semester 1PPISMP : 168 orang

Semester 3 PPISMP : 193 orang

Semester 2PISMP : 155 orang

Semester 4 PISMP : 140 orang

Semester 6 PISMP : 147 orang

Semester 7 PISMP : 125 orang


6.0 Perasmi

Cik Hjh. Rosenah bt. Mohamed Noor (Timbalan Pengarah IPGM Kampus Pendidikan
Teknik)

7.0 Senarai Penceramah

1) Prof. Madya Dr. Abdul Shukor Juraimi, Ketua Jabatan Sains Tanaman Universiti
Putra Malaysia.
2) Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Mior Ahmad, Ketua Jabatan Perlindungan
Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia.

8.0 Senarai program yang dirangka

8.1 Tayangan Video Kemusnahan Alam Sekitar ini akan ditayangkan pada 18
September 2010 pada pukul 9.15 pagi. Video ini diterbitkan sendiri oleh
Jawatankuasa Pewakilan Pelajar khas untuk Seminar Penjagaan Alam Sekitar
ini. Sebab utama tayangan video ini diadakan adalah untuk memberi
kesedaran kepada guru-guru pelatih tentang betapa kritikalnya kemusnahan
alam sekitar yang telah berlaku di Malaysia dan juga negara-negara lain di
seluruh dunia. Antara kandungan video ini ialah kemusnahan hutan,
pencemaran sungai dan kesan terhadap ekosistem bumi.

8.2 Ceramah Kepentingan Alam Sekitar oleh Prof. Madya Dr. Abdul Shukor
Juraimi ini diadakan pada 18 September 2010 pada pukul 11.00 pagi
bertempat di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan Teknik. Tujuan utama
ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada guru-guru
pelatih mengenai kepentingan alam sekitar dan kesan kemusnahan alam
sekitar kepada hidupan di bumi.
8.3 Bengkel Pemupukan Nilai-nilai Murni yang akan dikendalikan sendiri oleh Prof.
Madya Dr. Abdul Shukor Juraimi ini akan diadakan pada 18 September 2010
pada pukul 3.30 petang bertempat di Dataran Muafakat IPG Kampus
Pendidikan Teknik. Bengkel Pemupukan Nilai-nilai Murni ini merangkumi aktiviti
seperti menjawab soalan-soalan mengenai bagaimana masyarakat dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka bagi menjaga alam sekitar. Selain
itu, para guru pelatih juga dikehendaki membentuk kumpulan masing-masing
dan membincangkan mengenai kepentingan alam sekitar dan nilai-nilai murni
yang perlu dipupuk dalam diri guru-guru pelatih bagi menghargai alam sekitar
ini. Dalam perbincangan ini juga, setiap kumpulan dikehendaki memberikan
satu cara untuk menyampaikan ilmu mengenai alam sekitar ini kepada murid-
murid di sekolah kelak.

8.4 Ceramah Pemuliharaan dan Penjagaan Alam Sekitar ini akan disampaikan
oleh Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Mior Ahmad pada 19 September 2010
pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Besar IPG Kampus Pendidikan
Teknik. Motif utama ceramah ini diadakan ialah untuk memberitahu tentang
langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia dalam
pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar. Selain itu, dalam ceramah ini juga
akan deberitahu cara-cara untuk memelihara dan menjaga alam sekitar oleh
individu.

8.5 Bengkel Kesedaran Diri Terhadap Alam Sekitar akan dikendalikan sendiri oleh
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Mior Ahmad. Bengkel ini akan diadakan pada 19
September 2010 pada pukul 11.00 pagi bertempat di Dataran Muafakat IPG
Kampus Pendidikan Teknik. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk
melihat input yang telah diperoleh oleh guru-guru pelatih sepanjang seminar
ini diadakan. Aktiviti yang terdapat dalam bengkel ini ialah para guru pelatih
perlu menyatakan kesan kemusnahan alam sekitar kepada hidupan,
menyatakan kepentingan alam sekitar kepada manusia dan hidupan yang lain
serta menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani
masalah kemusnahan alam sekitar ini. Aktiviti ini akan diadakan secara
berkumpulan.

8.6 Gotong-royong Sayangi Alam Sekitar akan diadakan pada 19 September 2010
pada pukul 3.00 petang bertempat di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Semua
guru pelatih termasuk pensyarah dan staf di institut ini akan membersihkan
seluruh kawasan institut. Mereka akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk
membersihkan kawasan institut seperti di kawasan surau, kolej kediaman,
bangunan-bangunan pendidikan dan astaka. Tujuan utama gotong-royong ini
diadakan adalah untuk membersihkan kawasan institut disamping meluahkan
rasa cinta akan alam sekitar. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan pensyarah dan guru pelatih.
9.0 Aturcara Program

Sabtu (18 September 2010)

8.00 pagi :Ucapan Perasmian Kem Penjagaan Alam Sekitar oleh Cik Hjh. Rosenah
bt. Mohamed Noor (Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik).

9.15 pagi : Tayangan Video Kemusnahan Alam Sekitar

10.15 pagi : Sarapan pagi/ Rehat

11.00 pagi : Ceramah Kepentingan Alam Sekitar oleh Prof. Madya Dr. Abdul Shukor
Juraimi, Ketua Jabatan Sains Tanaman Universiti Putra Malaysia

2.00 petang : Makan / Rehat / Solat

3.30 petang : Bengkel Pemupukan Nilai-nilai Murni oleh Prof. Madya Dr. Abdul Shukor
Juraimi

Ahad (19 September 2010)

8.00 pagi : Ceramah Pemuliharaan dan Penjagaan Alam Sekitar oleh Prof. Madya
Dr. Zainal Abidin Mior Ahmad, Ketua Jabatan Perlindungan Tumbuhan,
Universiti Putra Malaysia

10.30 pagi : Sarapan pagi / Rehat

11.00 pagi : Bengkel Kesedaran Diri Terhadap Alam Sekitar oleh Prof. Madya Dr.
Zainal Abidin Mior Ahmad

2.00 petang : Makan / Rehat / Solat

3.00 petang : Gotong-royong Sayangi Alam Sekitar

5.30 petang : Rehat / Solat / Pengurusan diri

9.00 malam : Majlis Penutup Kem Penjagaan Alam Sekitar, Majlis Penyampaian

Cendera Hati dan Hadiah (kepada penceramah dan guru pelatih).


10.0 Senarai Nama Jawatankuasa Induk (Jawatankuasa Pewakilan Pelajar)

Penaung : Tn. Hj. Roslan b. Aziz

(Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik)

Penasihat : Tn. Hj. Muaaz b. Mohamad

( Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

Yang Dipertua : Mohd Shazni b. Dasiman

(6PISMP RBT1)

Naib YDP1 : Razlina bt. Mohamed

(4PISMP MATEMATIK1)

Naib YDP2 : Muhammad Azwan b. Bassarudin

(3PPISMP TESL 1)

Setiausaha : Mohamad Amirul Asraf bin Ahmad

(3PPISMP SAINS)

Bendahari : Muhamad Faiz b. Khir

(2PISMP RBT 2)

EXCO Tugas Khas : a) Muhammad Izuan b. Ismail

(3PPISMP TESL 1)

b) Muhammad Farhan b. Mohd Yusoff

(2PISMP RBT2)

EXCO Multimedia : Nuraidil b. Mirhain

(2PISMP MATEMATIK 1)

EXCO Makanan : a) Ayub b. Abdul Halim

(4PISMP RBT 1)

b) Shafiq Aizatullah b. Shaharuddin

(4PISMP SAINS 2)
11.0 Sumber Kewangan

11.1 Anggaran Sumber Kewangan Program

a) Guru pelatih 928 orang X RM10.00 = RM9280

b) Sumbangan Institut = RM2500

c) Jumlah = RM11780

11.2 Anggaran Perbelanjaan Program

a) Makan pagi 928 orang X RM3.00 X 2 hari = RM5568

b) Makan petang 928 orang X RM3.00 X 2 hari = RM5568

c) Cenderahati 2 orang X RM 100.00 = RM200

d) Hadiah 6 kumpulan X RM 10.00 = RM60

e) Lain-lain
perbelanjaan = RM384

Jumlah = RM11780
Peruntukan yang diperoleh untuk program ini adalah sebanyak RM11780 iaitu
RM9280 daripada 928 orang guru pelatih dan sebanyak RM2500 daripada sumbangan
ikhlas institut. Bagi perbelanjaan program ini, sebanyak RM11136 diperlukan untuk
makan pagi dan makan petang untuk 928 orang guru pelatih. RM200 diperlukan untuk
cenderahati kepada dua orang penceramah dan sebanyak RM60 diperlukan untuk
hadiah bagi kumpulan yang terpilih dalam Bengkel Pemupukan Nilai-nilai Murni dan
Bengkel Kesedaran Diri Terhadap Alam Sekitar. Lain-lain perbelanjaan yang terdapat
dalam program ini adalah sebanyak RM384.

12.0 Penutup

Seminar ini banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada guru-guru pelatih malah
juga kepada negara walaupun secara tidak langsung. Guru-guru pelatih yang mengikuti
seminar ini akan mempunyai sifat cinta akan alam sekitar dan dapat memahami dengan
lebih baik tentang kepentingan alam sekitar. Selain itu, para guru pelatih juga dapat
memupuk sifat kerjasama dalam memelihara dan membersihkan alam sekitar serta
mampu menyampaikan ilmu tentang alam sekitar kepada anak-anak murid mereka
kelak. Perkara ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang menghargai alam
sekitar di masa akan datang. Oleh yang demikian, kami sangat berbesar hati sekiranya
pihak tuan bersetuju untuk meluluskan kertas kerja ini.
Disediakan Oleh:

………………………………………………….

(MOHAMAD AMIRUL ASRAF BIN AHMAD)

Setiausaha,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP),

IPG Kampus Pendidikan Teknik,

Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

…………………………………………….

( TUAN HAJI MUAAZ BIN MOHAMAD)

Ketua Jabatan,

Hal Ehwal Pelajar,

IPG Kampus Pendidikan Teknik,

Kuala Lumpur.
Disahkan oleh,

………………………………………

(TUAN HAJI ROSLAN BIN AZIZ )

Pengarah,

IPG Kampus Pendidikan Teknik,

Kuala Lumpur.

You might also like