You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Anatomi berasal daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome”
bermaksud memotong.

Anatomi ialah bidang ilmu yang berkaitan dengan binaan tubuh badan,
bahagian-bahagian tubuh badan, susun atur organ-organ serta kaitannya diantara satu
sama lain. Pemahaman mengenai anatomi tubuh badan manusia dapat membantu
jurulatih dalam usaha untuk memanipulasikan sistem dalam tubuh badan manusia untuk
pencapaian yang maksimum.

Kajian anatomi terdiri daripada beberapa bahagian iaitu, Anatomi makroskop


atau anatomi kasar (gross). Kajian dengan mata kasar tentang struktur tubuh dan
hubungannya antara bahagian-bahagiannya.

Anatomi mikroskop atau histologi – Kajian tentang tisu tubuh menggunakan


microskop. Neuroanatomi – Kajian tentang sistem saraf. Anatomi perkembangan –
Kajian tentang proses perkembangan manusia seperti perkembangan embrio dan fetus
yang juga dikenali sebagai embriologi atau perkembangan pranatal/ postnatal. Anatomi
perbandingan – Kajian anatomi dengan membandingkan anatomi haiwan yang berbeza
atau antara anatomi haiwan dengan manusia.

Tujuan dan objektif pembelajaran bidang anatomi ini adalah jurulatih dapat
mengenal sistem rangka ( tulang dan sendi ) serta sistem otot. Selain itu, ini juga
penting agar jurulatih dapat mengetahui mengenai sendi, ligamen, tendon dan kartilej
serta membolehkan jurulatih memahami peranan tulang dan otot dalam sukan.

1
2.0 DALAM SISTEM OTOT, NAMAKAN OTOT AGONIST, SYNERGIST DAN
ANTAGONIST SEMASA PERLAKUAN ‘EXTENSION OF FOREARM’

Biseps brakii

(antagonist)

Triseps brakii

(agonist)

Brakioradialis

(synergist)

2
2.1 Penerangan Ringkas Interaksi Otot-Otot Dalam Pergerakan Rangka

Saling tindakan otot-otot bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling


bertindak atau bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akan
bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan Agonis. Otot-otot penggerak
utama (prime movers). Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan
pergerakan khusus. Tindakan Agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan
khusus. Sebagai contoh, biseps brakii dan brakialis.

Manakala Antagonis pula menghasilkan pergerakan yang berlawanan


dengan otot penggerak utama. Apabila Agonis menguncup, Antagonis akan
mengendur atau relaks. Ianya juga akan mengawal kelajuan pergerakan dan
melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh Agonis. Misalnya, triseps brakii.

Sinergis pula adalah otot-otot yang membantu otot-otot penggerak


utama. Sinergis menambah daya pada pelekatan otot. Sinergis juga
menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat. Contohnya, Otot-otot
brakioradialis, biseps brakii dan brakialis yang bertindak sebagai sinergis untuk
membengkok sendi siku.

3
3.0 DALAM SISTEM RANGKA, LUKISKAN DAN NAMAKAN TULANG-TULANG YANG
TERDAPAT PADA BAHAGIAN “WRIST AND HAND” PADA PANDANGAN
ANTERIOR

3.1 Penerangan Ringkas

4
Pergelangan tangan dan jari-jari dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Carpal,
Metacarpal dan Phalanges. Bilangan sendi yang banyak dipergelangan tangan
membolehkan pergerakan bebas di kebanyakan arah. Yang paling proksimal
ialah sendi pergelangan tangan atau sendi radiocarpal. Lanjutan daripada sendi
ini ialah 2 barisan tulang karpal, setiap barisan mengandungi 4 tulang.

Karpal. Terdapat 8 ketul tulang karpal yang disebut juga pergelangan


tangan. Hanya satu tulang saja dapat dibuktikan dari luar iaitu tulang Pisiform
yang menonjol. Ligamen meliputi tulang-tulang Karpal ini dengan rapat dan
kukuh di dalam dua barisan , empat tulang tiap satu. Barisan proksimal (disebut
dari jari kelingking ke ibu jari) Pesiform, Triquetrum, Lunate, Scaphoid. Barisan
distalnya ialah, Hamate, Capitates, Trapezoid, Trapezium.
Persendian antara Karpal dan Radius membenarkan pergerakan
pergelangan tangan dan lengan. Sendi-sendi Karpal termasuk artikulasi-
artikulasi di antara tulang setiap barisan ini dan juga di antara kedua-dua barisan
tulang ini.

Metakarpal. Terdiri daripada 5 ketul tulang yang membentuk tapak


tangan.Dimana ibu jari membuat pergerakan sendi yang bebas sekali dengan
tulang-tulang karpal. Strukturnya berbentuk memanjang dan kecil dan dua
pangkal hujungnya lebih besar daripada bahagian tengah untuk membentuk
permukaan artikulasi.

Phalanges atau tulang-tulang jari. Terdiri dari 14 ketul tulang-tulang jari


yang berbentuk panjang. Mengandungi bahagian-bahagian seperti tulang-tulang
di Karpal.

5
4.0 DALAM SISTEM SARAF LUKIS DAN LABELKAN BAHAGIAN YANG BETUL BAGI
SATU NEURON.

6
4.1 Penerangan Ringkas

Sistem Saraf pada Manusia merupakan salah satu sistem koordinasi yang
bertugas menyampaikan rangsangan dari reseptor untuk dikesan dan diberikan
tindak balas oleh tubuh.
Untuk mengesan rangsangan, ada tiga komponen yang harus dimiliki
oleh sistem saraf, iaitu Reseptor. Ia adalah alat penerima rangsangan atau
impuls. Pada tubuh kita yang bertindak sebagai reseptor adalah organ deria.
Penghantar impuls dilakukan oleh saraf itu sendiri. Saraf tersusun dari berkas
serabut penghubung (akson). Pada serabut penghubung terdapat sel-sel khusus
yang memanjang dan meluas. Sel saraf disebut neuron. Efektor adalah bahagian
yang menerima rangsangan yang dihantar oleh penghantar impuls. Efektor yang
paling penting pada manusia adalah otot dan kelenjar.
Sel Saraf (Neuron). Sistem saraf terdiri atas sel-sel saraf yang disebut
neuron. Neuron bergabung membentuk suatu jaringan untuk menghantar impuls
(rangsangan). Satu sel saraf tersusun dari badan sel, dendrit, dan akson.
Badan sel saraf merupakan bahagian yang paling besar dari sel saraf.
Badan sel berfungsi untuk menerima rangsangan dari dendrit dan
meneruskannya ke akson. Pada badan sel saraf terdapat inti sel, sitoplasma,
mitokondria, sentrosom, badan golgi, lisosom, dan badan nisel. Badan nisel
merupakan kumpulan retikulum endoplasma tempat transportasi sintesis protein.
Dendrit adalah serabut sel saraf pendek dan bercabang- cabang. Dendrit
merupakan perluasan dari badan sel. Dendrit berfungsi untuk menerima dan
mengantarkan rangsangan ke badan sel.
Akson disebut neurit. Neurit adalah serabut sel saraf panjang yang
merupakan perjuluran sitoplasma badan sel. Di dalam neurit terdapat benang-
benang halus yang disebut neurofibril. Neurofibril dibungkus oleh beberapa lapis
selaput mielin yang banyak mengandung zat lemak dan berfungsi untuk
mempercepatkan penerimaan rangsangan. Selaput mielin tersebut dibungkus
oleh sel- sel sachwann yang akan membentuk suatu jaringan yang dapat
menyediakan makanan untuk neurit dan membantu pembentukan neurit. Lapisan
mielin sebelah luar disebut neurilemma yang melindungi akson dari kerosakan.

7
5.0 DALAM SISTEM INTEGUMENTARI, LUKIS DAN WARNA KERATAN RENTAS BAGI
SISTEM TERSEBUT.

5.1 Penerangan Ringkas Sistem Integumentari

8
Kulit manusia terdiri atas epidermis dan dermis. Kulit berfungsi sebagai alat
ekskresi kerana adanya kelenjar keringat (kelenjar sudorifera) yang terletak di
lapisan dermis.

Epidermis tersusun di atas lapisan tanduk (lapisan korneum) dan lapisan


Malpighi. Lapisan korneum merupakan lapisan kulit mati, yang dapat
mengelupas dan digantikan oleh sel-sel baru. Lapisan Malpighi terdiri atas
lapisan spinosum dan lapisan germinativum. Lapisan spinosum berfungsi
menahan geseran dari luar. Lapisan germinativum mengandungi sel-sel yang
aktif membelah diri, mengantikan lapisan sel-sel pada lapisan korneum. Lapisan
Malpighi mengandung pigmen melanin yang memberi warna pada kulit.

Dermis. Lapisan ini mengandung pembuluh darah, akar rambut, hujung


saraf, kelenjar keringat, dan kelenjar minyak. Kelenjar keringat menghasilkan
keringat. Banyaknya keringat yang dikeluarkan dapat mencapai 2.000 ml setiap
hai, tergantung pada keperluan tubuh dan kawalan suhu. Keringat mengandungi
air, garam, dan urea. Fungsi lain sebagai alat ekskresi adalah sebagai organ
penerima rangsangan, pelindung terhadap kerusakan fizikal atau luaran,
penyinaran, dan tanda awal penyakit serta pengawalan suhu tubuh.

Pada suhu lingkungan tinggi (panas), kelenjar keringat menjadi aktif dan
pembuluh kapilari di kulit melebar. Melebarnya pembuluh kapilari akan
memudahkan proses pembuangan air dan sisa metabolisme. Aktifnya kelenjar
keringat mengakibatkan keluarnya keringat ke permukaan kulit dengan cara
penguapan. Penguapan mengakibatkan suhu di permukaan kulit turun sehingga
kita tidak merasakan panas lagi. Sebaliknya, saat suhu lingkungan rendah,
kelenjar keringat tidak aktif dan pembuluh kapilari di kulit menyempit. Pada
keadaan ini darah tidak membuang sisa metabolisme dan air, akibatnya
penguapan sangat berkurang, sehingga suhu tubuh tetap dan tubuh tidak
mengalami kesejukkan. Pengeluaran keringat dikawal oleh Hipotamulus.

6.0 LUKIS DAN WARNAKAN ‘MUSCLES OF THE ANTERIOR RIGHT HIP AND TIGH’

9
7.0 REFLEKSI

10
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan rahmat-Nya, saya telah
berjaya menyiapkan tugasan kursus PJM 3106, Anatomi dan Fisiologi bagi
Semester 3, 2010. Ucapan terima kasih kepada keluarga yang memberi
dorongan dan perangsang serta rakan sekelas yang sudi berkongsi ilmu dan
info-info terkini berkaitan tugasan serta semangat kerjasama yang dicurahkan.
Tidak mungkin dilupakan, ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing,
Encik Razak Bin Sulong yang sememangnya sentiasa bersemangat dalam
menyampaikan ilmu di samping memberikan panduan pelaksanaan kerja kursus
ini.

Bagi menyiapkan tugasan ini, saya berasa amat beruntung kerana tidak
menghadapi masalah yang terlalu sukar untuk diselesaikan. Saya berasa
bernasib baik dengan kehadiran pensyarah pembimbing yang sentiasa
memberikan masa dan ruang bagi kami menyiapkan tugasan ini sebaiknya.
Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami telah berbincang secara berkumpulan
tentang kehendak sebenar tugasan. Segala ilmu pengetahuan dan input berguna
dikongsikan bersama bagi memudahkan tugas kami dalam melaksanakan
tugasan ini.

Namun, terdapat beberapa kesulitan sebelum tugasan ini berjaya


disiapkan. Antaranya adalah, pengetahuan sedia ada saya berkaitan kursus
Anatomi dan Fisiologi ini adalah cetek. Walaupun saya merupakan bekas pelajar
aliran Sains Tulen semasa di sekolah menengah dahulu, namun isi
pembelajaran yang berbeza berbanding semasa di sekolah dahulu, merumitkan
proses untuk memahami isinya. Selain itu, saya juga tidak memahami beberapa
proses atau situasi yang memerlukan daya kefahaman dan imaginatif yang
tinggi. secara jujurnya, terlalu banyak perkara yang saya masih belum kuasai.

Cara mengatasi masalah-masalah yang timbul adalah, saya


membanyakkan bacaan dari buku-buku rujukan dan sumber internet. Saya juga
ada merujuk kepada rakan karib yang kini sedang dalam latihan untuk menjadi
doktor. Beliau banyak membantu saya untuk memahami sesuatu perkara yang
menjadi kekeliruan dalam minda ini.

11
Secara kesimpulannya, melalui tugasan ini, saya dapat memahami
beberapa topik penting yang mungkin akan ditanya dalam peperiksaan. Dalam
melakukan tugasan ini, saya juga mendapat banyak input berguna dari
pembacaan yang meluas melalui internet. Tugasan ini banyak membantu saya
memahami beberapa konsep mudah dalam Anatomi dan Fisiologi.

Akhir kata, sekian, terima kasih.

12

You might also like