Professional Documents
Culture Documents
0 PENGENALAN
Anatomi berasal daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome”
bermaksud memotong.
Anatomi ialah bidang ilmu yang berkaitan dengan binaan tubuh badan,
bahagian-bahagian tubuh badan, susun atur organ-organ serta kaitannya diantara satu
sama lain. Pemahaman mengenai anatomi tubuh badan manusia dapat membantu
jurulatih dalam usaha untuk memanipulasikan sistem dalam tubuh badan manusia untuk
pencapaian yang maksimum.
Tujuan dan objektif pembelajaran bidang anatomi ini adalah jurulatih dapat
mengenal sistem rangka ( tulang dan sendi ) serta sistem otot. Selain itu, ini juga
penting agar jurulatih dapat mengetahui mengenai sendi, ligamen, tendon dan kartilej
serta membolehkan jurulatih memahami peranan tulang dan otot dalam sukan.
1
2.0 DALAM SISTEM OTOT, NAMAKAN OTOT AGONIST, SYNERGIST DAN
ANTAGONIST SEMASA PERLAKUAN ‘EXTENSION OF FOREARM’
Biseps brakii
(antagonist)
Triseps brakii
(agonist)
Brakioradialis
(synergist)
2
2.1 Penerangan Ringkas Interaksi Otot-Otot Dalam Pergerakan Rangka
3
3.0 DALAM SISTEM RANGKA, LUKISKAN DAN NAMAKAN TULANG-TULANG YANG
TERDAPAT PADA BAHAGIAN “WRIST AND HAND” PADA PANDANGAN
ANTERIOR
4
Pergelangan tangan dan jari-jari dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Carpal,
Metacarpal dan Phalanges. Bilangan sendi yang banyak dipergelangan tangan
membolehkan pergerakan bebas di kebanyakan arah. Yang paling proksimal
ialah sendi pergelangan tangan atau sendi radiocarpal. Lanjutan daripada sendi
ini ialah 2 barisan tulang karpal, setiap barisan mengandungi 4 tulang.
5
4.0 DALAM SISTEM SARAF LUKIS DAN LABELKAN BAHAGIAN YANG BETUL BAGI
SATU NEURON.
6
4.1 Penerangan Ringkas
Sistem Saraf pada Manusia merupakan salah satu sistem koordinasi yang
bertugas menyampaikan rangsangan dari reseptor untuk dikesan dan diberikan
tindak balas oleh tubuh.
Untuk mengesan rangsangan, ada tiga komponen yang harus dimiliki
oleh sistem saraf, iaitu Reseptor. Ia adalah alat penerima rangsangan atau
impuls. Pada tubuh kita yang bertindak sebagai reseptor adalah organ deria.
Penghantar impuls dilakukan oleh saraf itu sendiri. Saraf tersusun dari berkas
serabut penghubung (akson). Pada serabut penghubung terdapat sel-sel khusus
yang memanjang dan meluas. Sel saraf disebut neuron. Efektor adalah bahagian
yang menerima rangsangan yang dihantar oleh penghantar impuls. Efektor yang
paling penting pada manusia adalah otot dan kelenjar.
Sel Saraf (Neuron). Sistem saraf terdiri atas sel-sel saraf yang disebut
neuron. Neuron bergabung membentuk suatu jaringan untuk menghantar impuls
(rangsangan). Satu sel saraf tersusun dari badan sel, dendrit, dan akson.
Badan sel saraf merupakan bahagian yang paling besar dari sel saraf.
Badan sel berfungsi untuk menerima rangsangan dari dendrit dan
meneruskannya ke akson. Pada badan sel saraf terdapat inti sel, sitoplasma,
mitokondria, sentrosom, badan golgi, lisosom, dan badan nisel. Badan nisel
merupakan kumpulan retikulum endoplasma tempat transportasi sintesis protein.
Dendrit adalah serabut sel saraf pendek dan bercabang- cabang. Dendrit
merupakan perluasan dari badan sel. Dendrit berfungsi untuk menerima dan
mengantarkan rangsangan ke badan sel.
Akson disebut neurit. Neurit adalah serabut sel saraf panjang yang
merupakan perjuluran sitoplasma badan sel. Di dalam neurit terdapat benang-
benang halus yang disebut neurofibril. Neurofibril dibungkus oleh beberapa lapis
selaput mielin yang banyak mengandung zat lemak dan berfungsi untuk
mempercepatkan penerimaan rangsangan. Selaput mielin tersebut dibungkus
oleh sel- sel sachwann yang akan membentuk suatu jaringan yang dapat
menyediakan makanan untuk neurit dan membantu pembentukan neurit. Lapisan
mielin sebelah luar disebut neurilemma yang melindungi akson dari kerosakan.
7
5.0 DALAM SISTEM INTEGUMENTARI, LUKIS DAN WARNA KERATAN RENTAS BAGI
SISTEM TERSEBUT.
8
Kulit manusia terdiri atas epidermis dan dermis. Kulit berfungsi sebagai alat
ekskresi kerana adanya kelenjar keringat (kelenjar sudorifera) yang terletak di
lapisan dermis.
Pada suhu lingkungan tinggi (panas), kelenjar keringat menjadi aktif dan
pembuluh kapilari di kulit melebar. Melebarnya pembuluh kapilari akan
memudahkan proses pembuangan air dan sisa metabolisme. Aktifnya kelenjar
keringat mengakibatkan keluarnya keringat ke permukaan kulit dengan cara
penguapan. Penguapan mengakibatkan suhu di permukaan kulit turun sehingga
kita tidak merasakan panas lagi. Sebaliknya, saat suhu lingkungan rendah,
kelenjar keringat tidak aktif dan pembuluh kapilari di kulit menyempit. Pada
keadaan ini darah tidak membuang sisa metabolisme dan air, akibatnya
penguapan sangat berkurang, sehingga suhu tubuh tetap dan tubuh tidak
mengalami kesejukkan. Pengeluaran keringat dikawal oleh Hipotamulus.
6.0 LUKIS DAN WARNAKAN ‘MUSCLES OF THE ANTERIOR RIGHT HIP AND TIGH’
9
7.0 REFLEKSI
10
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan rahmat-Nya, saya telah
berjaya menyiapkan tugasan kursus PJM 3106, Anatomi dan Fisiologi bagi
Semester 3, 2010. Ucapan terima kasih kepada keluarga yang memberi
dorongan dan perangsang serta rakan sekelas yang sudi berkongsi ilmu dan
info-info terkini berkaitan tugasan serta semangat kerjasama yang dicurahkan.
Tidak mungkin dilupakan, ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing,
Encik Razak Bin Sulong yang sememangnya sentiasa bersemangat dalam
menyampaikan ilmu di samping memberikan panduan pelaksanaan kerja kursus
ini.
Bagi menyiapkan tugasan ini, saya berasa amat beruntung kerana tidak
menghadapi masalah yang terlalu sukar untuk diselesaikan. Saya berasa
bernasib baik dengan kehadiran pensyarah pembimbing yang sentiasa
memberikan masa dan ruang bagi kami menyiapkan tugasan ini sebaiknya.
Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami telah berbincang secara berkumpulan
tentang kehendak sebenar tugasan. Segala ilmu pengetahuan dan input berguna
dikongsikan bersama bagi memudahkan tugas kami dalam melaksanakan
tugasan ini.
11
Secara kesimpulannya, melalui tugasan ini, saya dapat memahami
beberapa topik penting yang mungkin akan ditanya dalam peperiksaan. Dalam
melakukan tugasan ini, saya juga mendapat banyak input berguna dari
pembacaan yang meluas melalui internet. Tugasan ini banyak membantu saya
memahami beberapa konsep mudah dalam Anatomi dan Fisiologi.
12