You are on page 1of 1

REFLEKSI

Bagi tugasan untuk subjek Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 1 (PKP


3107), saya diminta secara berkumpulan untuk menyediakan satu tugasan
penulisan ilmiah tentang kemahiran lisan dan kemahiran membaca yang
merangkumi faktor-faktor dan strategi-strategi yang mempengaruhi kemahiran
mendengar dan bertutur, faktor-faktor dan strategi-strategi yang mempengaruhi
kemahiran membaca selain mengenal pasti kriteria pemilihan dan penggunaan
bahan bantu mengajar.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah memperoleh banyak


pengetahuan dalam aspek lisan khasnya tentang konsep dan kepentingan
kemahiran lisan selain faktor-faktor yang mempunyai pengaruh besar dalam
kemahiran tersebut. Hal ini sangat penting dalam membantu saya dan rakan-
rakan menyediakan diri dengan kefahaman yang cukup untuk membantu murid-
murid yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam menulis di sekolah
kelak.

Selain itu juga, menerusi tugasan yang telah dijalankan ini juga, saya
dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang bagaimana menyediakan
bahan bantu mengajar yang sesuai sekaligus dapat membantu saya dalam
proses meningkatkan tahap pencapaian akademik para pelajar.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kekangan yang saya hadapi


sepanjang menyiapkan tugasan ini seperti, mengalami kekurangan bahan
rujukan tambahan serta mempunyai masalah kekangan waktu. Tetapi demi
menyempurnakan tugasan ini, saya mencuba sedaya-upaya dengan berusaha
keras untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Syukur kepada Allah, berkat
kesabaran yang diberikan kepada saya, akhirnya saya mampu untuk
menyelesaikan tugasan ini.

You might also like