Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pembentukan hutan hujan tropika

pembentukan hutan hujan tropika

Ratings: (0)|Views: 349 |Likes:
Published by haikal

More info:

Published by: haikal on Sep 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/24/2013

pdf

text

original

 
Di dalam sains ada menunjukan bahawa lapisan kerak bumi adalah kawasan yangsentiasa bergolak. Proses pergolakan ini member kesan terhadap susun atur dan struktur batuan.Geseran, himpitan, dan lipatan yang menghasilkan tekanan dan suhu yang tinggi dalam kerak  bumi. Tekanan dan suhu yang tinggi menolak keluar batuan, bahan pepejal, cecair dan gas ke permukaan bumi melalui letupan gunung berapi. Bahan cecair yang membeku dan debu akanmembentuk tanahMenurut Zuess dan Taylor, pada mulanya di Bumi terdapat dua superkontinen di keduakutubnya yang merupakan pecahan dari benua Pangaea. Dua superkontinen itu dinamakanLaurasia dan Gondwana. Kedua-dua benua itu berpecah secara perlahan menjadi benua yang adasekarang.Menurut teori Laurasa-Gonwana, semua benua yang ada sekarang sebenarnya pernah bersatu sekitar 225 juta tahun yang lalu iaitu Priode Trias Akhir. Daratan yang luas yangdipanggil Pangaea . Superkontinen Pangaea ini mulai terpecah pada Priode Trias yang akhirnyamenghasilkan dua superkontinen yang lebih kecil iaitu Laurasia dan Gondwana. Laurasia bergerak kearah Utara dan menjadi benua-benua Eurasia, Amerika Utara dan Asia manakalaGonwana ke Selatan dan terbelah menjadi Benua-benua Afrika, Antartika, Australia, AmerikaSelatan, dan sub-benua India. Selain itu, putaran bumi juga membekalkan tenaga tekanan yangcukup untuk memisah dan menghanyutkan benua-benua tersebut selain daripada tenagaendogenik yang ada di dalam lapisan kerak bumi itu sendiri.Wegener telah menyatakan terdapat dua arah utama pergerakan/hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh luasa-kuasa tektonik yang ada di dalam bumi dan juga pergerakan dari kutub akibat tekanan keatas benua yang seolah-olah terapung di atas lautanmagma yang panas. Justuru itu, daya mampatan dan daya regangan inilah yang membantu pergerakan benua-benua ini. Suhu yang panas di dalam mantel bumi menyebabkan batuanmenjadi cair dan separa cair yang menggerakkan lapisan kerak bumi.Pemisahan juga terjadi di antara Amerika Selatan dengan Afrika yang akhirnyamembentuk benua Antartika. Pada waktu yang sama terdapat banyak kawasan paya. Mungkin pada waktu yang sama tumbuhan akuatik pun mula muncul, terutama di kawasan paya tersebut.
 
Kewujudan tumbuhan palma dan tumbuhan angiosperma telah direkodkan pada waktu yangsama.Akhirnya, kira-kira 230 juta tahun yang lalu, pada zaman yang disebut `periode Perm`,terjadi perubahan iklim. Iklimnya menjadi lebih panas dan lebih lembab. Tumbuhlah hutan-hutan besar di bahagian timur. Ketika pohon-pohon dan tumbuh-tumbuhan mati, sisanya terkumpul dilaut kebenuaan yang dangkal tersebut.Kalau dilihat jenis tumbuhan yang terdapat sekarang terutama sekali tumbuhan yangtumbuh di bumi Malaysia, bukan sahaja terdapat bermacam-macam bentuk morfologi danstruktur pokoknya, namun terdapat juga pelbagai bunga yang cantik. Ini termasuk tumbuhanakuatik seperti teratai
(Nympheae pubescens)
dan telipok 
(Nelumbo nucifera).
Tumbuhan-tumbuhan ini mudah dikaji terutama sekali yang masih hidup dan berbunga. Biasanya kitar hiduptumbuhan ini daripada biji benih boleh diikuti sehingga mencapai tahap dewasa oleh keranakeadaannya masih utuh.Menurut kajian, tumbuhan daratan bermula apabila adanya organism pertama yangmeninggalkan air dan menuju ke daratan melalui kala geologi. Tumbuhan berbunga atauAngiosperma yang termasuk monokot dan dikot merupakan jenis tumbuhan yang dominan hanya pada masa sekarang. Berdasarkan rekod geologi, kewujudan tumbuhan-tumbuhan ini dianggap bermula pada 125 juta tahun yang lalu.Dua kelompok yang mula-mulanya sama boleh menjadi amat berlainan jika hidup dalam persekitaran yang berbeza. Apabila sesuatu spesies terpecah kepada dua kawasan geografi, maka bermulanya proses yang mana setiap kelompok menyesuaikan diri dengan persekitaran masing-masing, lama-kelamaan individu dari satu kelompok tidak boleh membiak bersama kelompok yang satu lagi. Daripada satu spesies, berveolusilah dua spesies yang elok.Tahap yang paling penting di dalam evolusi ialah bagaimana tumbuhan dari laut bolehmenyesuaikan diri terhadap keadaan lingkungan daratan. Daripada tumbuhan yang hanyamenghasilkan spora kepada tumbuhan yang menghasilkan biji benih dan daripada kumpulanGymnosperma kepada kumpulan Angiosperma merupakan suatu proses yang kompleks. Didaratan tumbuhan memerlukan tisu penyambung seperti xilem dan floem. Di samping itu,
 
tumbuhan memerlukan akar untuk menyerap air dan nutrien dari tanah, batang untuk membawaair dan nutrien ke bahagian tertentu, dan juga daun untuk membuat makanan. Terdapatnya pertukaran beberapa spesies tumbuhan fosil daripada satu spesies kepada spesies yang lainmelalui waktu kala geologi yang panjang, menunjukkan bukti bahawa proses evolusi sedang berlaku.Kewujudan tumbuhan daratan pertama pada kala Silurian, kira-kira 436 hingga 408 jutatahun yang lalu, iaitu sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Cooksonia telah dikesan.Tumbuhan ini membentuk zon berhampiran kawasan air, jadi tidak jauh dari keadaan tempatasalnya. Cooksonia walaupun berbentuk seperti lumut tetapi mempunyai sistem vaskular, bercabang dan terdapat sporangium pada bahagian hujung batangnya. Asal usul tumbuhan tinggi banyak dikaitkan dengan Cooksonia.Pada zaman Devonian, kira-kira 408 hingga 360 juta tahun yang lalu, keadaan iklimdunia panas dan lembap. Jenis tumbuhan yang merupakan tumbuhan kosmopolitan telah tersebar luas di daratan. Jenis Psilophyta tersebar dengan meluas, sehingga masa ini terdapat dua genusyang masih hidup, iaitu
 P 
 silotum
dan
Tmeripteris
. Pada zaman Carboniferous kira-kira 360hingga 286 juta tahun yang lalu, tumbuhan
clubmoss
yang besar telah tumbuh dengan suburnyadi kawasan paya. Ia telah menjadi bahan bakar seperti arang batu yang tersimpan di dalam bumidi bahagian utara Hemisfera hingga sekarang. Ini merupakan bahan tumbuhan yangdilonggokkan berjuta-juta tahun yang lalu.Di antara zaman Carboniferous-Permian, iklim bertukar menjadi sejuk sehinggamembentuk zaman ais. Selepas zaman ais, permulaan zaman Permian pun berlaku kira-kira 286sehingga 245 juta tahun lalu. Pada zaman ini, dunia bertambah panas sehingga aras laut naik dan banyak bahagian muka bumi telah dibanjiri. Di sini, proses evolusi yang cepat telah berlakusehinggakan tumbuhan seperti tumbuhan Glossopterid sangat kaya, disebabkan oleh keadaaniklim yang sesuai untuk tumbuhan jenis ini. Selain itu, jenis paku pakis yang besar, Ginkgophyta,Cycadophyta dan Conifer mula muncul. Diandaikan tumbuhan berbunga berasal dariGlossopterid. Sistem akar kelihatan seperti turus vertebrat dan dikenali sebagai vertebraria.Struktur ini diperlukan untuk penyesuaian tisu-tisu tumbuhan yang mula terdedah pada udara dan

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Azlin Adli liked this
nurainasyakirin liked this
Sha Iyka added this note
OK
Cyaap Demok liked this
Shinichi Kudo liked this
Hanna Kham liked this
Aida Nuraisyah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->