You are on page 1of 40

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Pertama sekali ingin kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut
Perguruan Sultan Mizan sehingga Semester 4 ini. Tugasan Matapelajaran Seni Dalam
Pendidikan ini merupakan salah satu tugasan daripada beberapa subjek yang kami
pelajari pada semester ini. Subjek ini mehuraikan banyak perkara tentang unsur-unsur
yang terdapat di dalam seni iaitu muzik, visual dan pergerakan.

Di sini, ingin kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah khasnya EN
WAN YAACOB BIN WAN OMAR dan beberapa pensyarah lain yang sudi berkolaborasi
bersama kami. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan senior kami yang banyak
membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kami melakukan perbincangan bagi
menyiapkan tugasan ini agar hasil yang diperolehi lebih mantap dan berkesan.

Tidak lupa juga pernghargaan buat kedua orang ibubapa kami yang tidak pernah
jemu memberi motivasi dan dorongan yang padu selama kami meneruskan pengajian.
Sememangnya jasa mereka yang sangat besar itu tidak akan kami lupa dan sia-siakan.

Akhir sekali, kami amat berharap agar tugasan yang kami selesaikan ini dapat
memenuhi kehendak soalan dan pensyarah.

Sekian, terima kasih.


PENGENALAN

Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak-
kanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia
sekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang
baru dan unik. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat
tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea berhubungkait di antara satu sama lain.
Mereka boleh mencipta satu pemahaman tantang bagaimana untuk mengintegrasi seni
dengan perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada
muzik, pergerakan dan seni visual.

Secara umumnya, seni dalam pendidikan boleh merangkumi bidang-bidang


seperti muzik, teater, puisi, tarian, seni visual, fotografi dan sebagainya. Matapelajaran
ini menyentuh 3 bidang utama iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam usaha
memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak.

Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahudan
kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi
mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
SOALAN 1:
MENGHURAIKAN KONSEP SENI DALAM
PENDIDIKAN

 KONSEP, MATLAMAT, OBJEKTIF,


 SDP UNTUK SEKOLAH RENDAH
 PERKEMBANGAN TEORI PEMEBALAJARAN
 DAN ISU BERKAITAN
 KEPENTINGAN IMAGINASI, EMOSI,
 EKSPRESI DAN KREATIVITI
 PEMBELAJARAN OPTIMUM,
 BERSEPADU, MENYERONOKKAN
 UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN DALAM PENDIDIKAN
perkembangan kanak-kanak
melalui peningkatan daya
Leonardo da Vinci- Beliau persepsi,estetika dan
adalah seorang seniman, Teori konstruktivisme
kreativitinya. -kanak-kanak membina
jurutera, anatomis dan
saintis. Beliau pengetahuan secara aktif.
menggabungkan bidang- Seni Dalam Pendidikan
bidang ilmu tersebut untuk boleh dijadikan sebagai
membentuk keunggulan wadah untuk membolehkan
diri dalam kehidupannya. murid mengekspresikan
idea secara bebas dan
kreatif.

KONSEP SENI
DALAM
Einstein pula
PENDIDIKAN
mencadangkan agar
bidang sains yang Howard Gardner (1983)
bermatlamatkan untuk Pendekatan yang
memahami deria manusia berintegrasi terhadap
dimantapkan untuk pelbagai jenis kecerdasan
pendidikan kanak-kanak. memudahkan penerimaan
pemikiran murid kepada
yang lebih kreatif.
Hermann (1991) di dalam “Quadrant
Concept” yang mengkaji perkembangan
otak kanan dan kiri menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran
rasional dan intiutif seseorang individu.
KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan telah lama wujud khususnya di negera-negara Barat


namun hanya diaplikasikan di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini. Terdapat
ramai tokoh akademik dan falsafah yang membincangkan hal ini secara tidak langsung
dalam teori atau pendapat mereka. Contohnya, melalui teori konstruktivisme kanak-
kanak membina pengetahuan secara aktif. Matapelajaran SDP juga secara tidak
langsung boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan
idea secara bebas dan dan kreatif. Melalui teori ini juga, konsep SDP dilihat sebagai
salah satu elemen terpenting kerana pengalaman pelajar sangat berguna. Semasa
melaksanakan aktiviti SDP, sememngnya pelajar akan melalui satu pengalaman yang
unik dan menarik dan akan diingat dengan lebih lama.

Bagi Howard Gardner yang popular dengan Teori Kecerdasan Pelbagai, SDP
dilihat sebagai satu kemestian bagi aktiviti pelbelajaran pelajar. Hal ini kerana ketiga-
tiga matapelajaran yang diintegrasikan di dalam SDP mewakili beberapa aspek dalam
teori tersebut. Beliau sangat mementingkan perkembangan yang seimbang dari kanak-
kanak. Oleh hal demikian, teori ini dangat selari dengan konsep SDP yang telah
disusun. Pendekatan Yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Seterusnya adalah konsep yang diutarakan oleh Hermann (1991) di dalam


“Quadrant Concept”. Beliau telah mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri dan
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
Hal ini kerana apabila otak kanan dan kiri berkembang dengan seimbang, maka
pemikiran seseorang individu itu akan menjadi lebih baik dan berkesan.

Tokoh lain pula mengatakan konsep SDP sebagai gabungan dari pelbagai
kecerdasan. Beliau adalah Einstein yang mencadangkan agar bidang sains yang
bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-
kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,
kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal,
praktik dan estetika, holistic dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.

Bagi Leonardi da Vinci seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis pula,
beliau menggabungkan pelbagai bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan
diri dalam hidupnya. Akhirnya beliau berhasil apabila namanya kini masih dikenali oleh
ramai orang atas pelbagai sumbangan yang telah diberikan dahulu.

Secara ringkasnya, konsep seni dalam pendidikan ini ingin menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih seronok tanpa sebarang
tekanan. SDP juga secara tidak langsung sebagai satu usaha bagi mengenali diri
sendiri dan meningkatkan keupayaan intrapersonal. Pemikiran yang kreatif dijana oleh
SDP mampu menghasilkan perkembangan intelek bagi menyelesaikan sebarang
masalah. SDP membantu guru dan pelajar memotivasikan diri supaya menjadi lebih
kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang berketrampilan dan professional.
untuk membentuk
keperibadian generasi
Malaysia yang celik
budaya, mempunyai
nilai-nilai estetika yang
tinggi, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan
inventif.

meningkatkan rasa
melengkapkan kesyukuran terhadap
pembinaan otak kanan Tuhan, menghargai
dan otak kiri. Bertitik keindahan alam
tolak daripada MATLAMAT SENI persekitaran, keindahan
pengintergrasian inilah DALAM seni dan warisan bangsa
perkembangan PENDIDIKAN serta dapat
menyeluruh dari segi menyumbang ke arah
jasmani, emosi, rohani pembangunan
dan intelek akan diri,keluarga,
berlaku. masyarakat dan negara
MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menyediakan guru
permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan
pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain.

Antara matlamat SDP ini adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai
nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Unsur-unsur ini secara tidak langsung
diselitkan di dalam matapelajaran yang diajar. Hal ini penting bagi menanam sikap cintakan negara di kalangan generasi
akan datang. Budaya merupakan khazanah negara yang tidak ternilai harganya dan harus dijaga.

Matlamat seterusnya adalah bagi meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. Selain itu juga, SDP
bermatlamat untuk menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat dan negara.

Matlamat yang terakhir adalah untuk melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada
pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Perkembangan yang seimbang mampu menjana produktiviti negara dalam pelbagai bidang baik politik, ekonomi
mahupun sosial.
mempupuk budaya
mengintegrasi
membina jati diri ke pengamatan,
dengan mata menghargai
arah pembentukan persepsi dan
muridan lain melalui keindahan ciptaan
negara bangsa ekspresi dalam
aktiviti yang Tuhan
proses penghasilan
diadaptasi dan
diubahsuai selaras
dengan hasrat
kurikulum menggunakan
kebangsaan. pelbagai
kemahiran, media,
teknik dan
menyedari dan teknologi untuk
menghargai mengekspresikan
suasana seni dalam hasilan kerja
persekitaran dan OBJEKTIF SENI
kaitannya dengan DALAM
keselesaan hidup PENDIDIKAN meningkatkan
pengetahuan, daya
kreativiti, inovasi
serta kemahiran
sebagai tunjang dalam bidang seni
dalam kerjaya visual, seni muzik
keguruan dan seni
pergerakan

menghargai mendapat nilai membuat diskripsi,


sumbangan dan tambah dalam analisis, interpretasi
pengaruh tokoh- disiplin sains, dan penilaian
tokoh seni teknologi dan mata terhadap karya seni
muridan lain yang dibuat
OBJEKTIF SENI DALAM PENDIDIKAN

Objektif adalah sesuatu tujuan yang hendak dicapai dalam sesuatu tugas. Dalam
subjek SDP juga terdapat objektif yang telah disusun antaranya adalah SDP mempupuk
budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Selain itu, SDP
bertujuan menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Hal ini kerana SDP merangkumi
pelbagai aspek dan melibatkan banyak bidang. Oleh itu, secara tidak langsung pelajar
akan dibawa menerokai pengalaman yang luas dan menghargai keindahan ciptaan
Tuhan.

SDP juga bertujuan memahirkan seseorang guru khasnya menggunakan


pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja.
Penggunaan kemahiran, media, teknik dan teknologi haruslah sesuai dengan topik
yang hendak diajar supaya pembelajaran menjadi seronok, berkesan dan tidak
membosankan pelajar. Pelajar juga dilatih supaya menggunakan kemahiran yang betul
bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Tambahan pula konsep SDP mampu meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,


inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Bukan itu sahaja malahan meningkatkan keupayaan membuat diskripsi, analisis,
interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat. Melalui konsep ini juga,
pelajar akan mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan
lain.

Di samping itu juga, dengan mempelajari SDP ini, guru dan pelajar akan
menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni seperti Leonardo da Vinci.
Pengaruh beliau sememangnya sangat besar dalam bidang seni khususnya. SDP juga
secara tidak langsung adalah sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan. Tidak dinafikan
setiap matapelajaran memerlukan seni sama ada visual, muzik mahupun pergerakan
bagi menggerakkan pelajar secara aktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Jika tidak, sudah semestinya pelajar akan bosan dan menjadi pasif.

Selain itu, SDP memberi kesedaran dan mengajar seseirang itu menghargai
suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. Seni
sememangnya mempunyai perkaitan dengan kehidupan manusia secara langsung.
Sekiranya, individu gagal menguasai sedikit ilmu dalam mana-mana bidang seni, maka
tidak mustahil mereka akan menghadapi masalah dalam kehidupan. SDP juga
berperanan membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Kaitannya adalah
dengan kebudayaan dan warisan seni yang menjadi asset kepada negara.

Kesimpulannya, Secara keseluruhannya, pengajaran yang berkonsepkan seni


dalam pendidikan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri dengan
cara memberikan peluang kepada pelajar membuat kajian, catatan, pemerhatian,
penerokaan dan sebagainya. Semua ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti
dan imaginasi, di samping dapat merangsang deria pelajar untuk memahami
pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan kondusif.
Melalui aktiviti seni visual, Integrasi ketiga-tiga bidang ini
muzik, dan pergerakan dengan matapelajaran lain
mendorong kanak-kanak dapat membantu dalam
melibatkan diri dalam mengimbangkan
pembelajaran secara aktif dan perkembangan otak kiri dan
menyeronokkan otak kanan

Aktiviti seni visual, muzik, dan


pergerakan memudahkan
Aktiviti Seni visual, muzik, dan proses menghubungkaitkan
pergerakan mendorong kanak- semua benda alam. dengan
kanak menggunakan imaginasi, demikian, aktiviti seni visual,
ekspresi, inkuiri, dan muzik dan pergerakan
kecerdasan pelbagai SENI DALAM membantu mengaktifkan
PENDIDIKAN pembelajaran dan pemindahan
pembelajaran.
UNTUK
SEKOLAH
RENDAH
SENI DALAM PENDIDIKAN UNTUK SEKOLAH
RENDAH

Menurut Russell (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses


pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran
memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama.
Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya,
menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk ‘Bunga. Semasa kanak-kanak
menyanyikan lagu, para pelajar boleh bergerak seperti bunga yang sedang kembang
mengikut irama. Selain itu, aktiviti seni yang lain boleh diterapkan adalah dengan
meminta pelajar melukis gambar bunga.

Aktiviti-aktiviti seni yang diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran


seharian boleh memberikan kefahaman yang lebih cepat kepada pelajar tentang tajuk
tersebut. Selain itu juga, aktiviti sedemikian mampu menjadikan pengajaran lebih
berkesan dan maklumat tersebut tinggal di dalam ingatan pelajar dengan lebih lama.
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk
mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan
kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Aktiviti Seni visual, muzik, dan pergerakan mendorong kanak-kanak


menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana,
pada tahap ini pelajar mempunyai banyak tenaga, jadi aktiviti pergerakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran boleh menjadi salah satu medium mereka
menyalurkan tenaga berlebihan itu. Dengan aktiviti seni juga, pelajar akan menjadi lebih
seronok dan tidak tertekan. Mereka boleh bergerak mengikut kehendak mereka dan
marasai pelbagai pengalaman baru. Di sini juga, pelajar dapat meningkatkan kemahiran
interpersonal semasa menjalankan aktiviti.
Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan matapelajaran lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Menurut kajian Edward
Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991), otak mempunyai pelbagai
fungsi tertentu dan memerlukan penyuburan bagi membentuk insane sempurna. Hal ini
kerana setiap insan yang dilahirkan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan
otak yang perlu dipupuk dan dipotensi mengikut tumbesarannya.

Peranan otak kanan (hoka) adalah rasional, analitikal, berurutan, verbal,


mengkategori, menerangkan sebab, membuat ramalan dan membanding beza.
Peranan otak kiri (hoki) pula ialah berfikir secara menyeluruh, intuitif dan mendalam,
non-verbal, menjana idea baru, imaginatif, pertimbangan nilai dan pertimbangan moral.
Setiap insan yang dilahirkan wajar diberikan pendidikan secara menyeluruh dan
menerapkan nilai-nilai murni yang secara menyeluruh dan menerapkan nilai-nilai murni
yang secukupnya bagi mengelakkan daripada berlakunya gejala negatif.

Aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan memudahkan proses


menghubungkaitkan semua benda alam. dengan demikian, aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.
Hal ini kerana, dengan melihat grafik pelajar akan lebih mudah faham dan guru tidak
perlu menggunakan ayat yang terlalu panjang bagi menerangkan sesuatu konsep.
TEORI PEMBELAJARAN

(a) Teori Konstruktivisme

 Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat
berinteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil.
 Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme :
1. menggalakkan murid bertanya dengan guru.
2. menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting
dengan hasil pembelajaran.
3. menyokong pembelajaran secara koperatif
4. menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
5. memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia
sebenar.
6. mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar
7. mengambil kira kepercayaan dan sikap murid.
Teori Konstruktivisme

Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme pula menekankan bahawa manusia


memperolehi pengetahuan hasil dari usaha-usaha mentalnya. Konstruktivisme
melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar
menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain.
Pendekatan ini menumpukan kepada bagaimana untuk belajar, menjana dan menguji
pengetahuan yang diperolehi. Menurut Brunner (1974), semasa pelajar belajar, dia
perlu membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan benda-
benda yang beraneka jenis dan rupa yang terdapat di persekitaran. Melalui
pembentukan konsep-konsep ini, pelajar menyusun maklumat yang telah dikumpul ke
dalam unit-unit yang bermakna. Dengan proses ini, pelajar akan memahami
persekitarannya dan konsep tersebut terus berkembang sejajar dengan kedewasaan
seseorang. Konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar mencipta dan
mengembangkan idea.

Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa


mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat
menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti. Sebagai contohnya,
dalam pelajaran teori seni bagi tajuk teori warna, daripada kemahiran asas teori warna
ini pelajar dapat mengembangkan idea mereka kepada penghasilan warna-warna baru
untuk diaplikasikan di dalam karya visual mereka. Pelajar juga boleh diperkenalkan
pasangan warna yang bertindak positif dan pasangan warna yang bertindak negatif,
dan juga pasangan warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra,
sejuk, panas dan sebagainya. Melalui pembelajaran konstruktif, pelajar akan
memperolehi maklumat, membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan
membezakan warna-warna yang beraneka jenis yang terdapat di persekitaran mereka.

Sebagai contohnya, kombinasi warna hijau (latar) dan putih (tulisan) sesuai
untuk papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan biru tidak sesuai untuk papan
tanda kerana ia bertindak negatif. Daripada pemahaman dan konsep asas ini pelajar
dapat menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut
kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan seperti suasana sejuk, panas,
sedih, harmoni, ceria dan sebagainya.

Dalam abad ke-21 ini teori konstruktivisme dikatakan semakin popular. Teori ini
berperspektifkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira bagaimana seseorang
individu membina atau membentuk apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka
Konsep utama konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh pelajar dan bukan hanya
disebarkan oleh orang perseorangan. Konstruktivis percaya bahawa seseorang itu
adalah aktif dan membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan
keinginan hendak tahu berdasarkan pengalamannya. Dalam persekitaran ini guru
memainkan peranan sebagai pemudahcara. Pelajar digalakkan untuk menyoal antara
satu sama lain dan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing dalam
menyelesaikan masalah yang diberi. Pandangan konstruktivis ini sesuai dengan
pengajaran berasaskan laman web.

Sebagai contoh, guru boleh mencadangkan aktiviti berkumpulan, dan setiap


kumpulan diberi tugasan berdasarkan topik-topik tertentu. Pelajar dikehendaki mencari
maklumat dan bahan-bahan dari laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian
mereka sendiri. Antara pendekatan kontruktivis dalam pembelajaran ialah teori
pengajaran inkuiri oleh Collins dan Stevens (1983) dan pembelajaran secara
penerokaan (discovery) seperti model kitar pembelajaran (learning cycle) oleh Lawson
(1995). Pendekatan yang dicadangkan oleh kelompok kontruktivis ini adalah berpusat
kepada pelajar di mana pembelajaran berlaku hasil usaha atau melalui pengalaman
pelajar sendiri. Konstruktivis percaya bahawa pendekatan pembelajaran secara aktif,
spontan dan arahan kendiri adalah perlu (Lawson, 1995). Oleh kerana nilai seni
sentiasa hidup dan perlu dijiwai, maka pengajaran Pendidikan Seni Visual sewajarnya
adalah sentiasa aktif, kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan konstruktif. Maka kedua-
dua pendekatan yang dicadangkan oleh Collins dan Stevens (1983) dan Lawson (1995)
adalah sesuai digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual.
(b) Teori Kecerdasan Pelbagai

 Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.


 Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan
Kebolehan untuk membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.

Jenis-jenis kecerdasan :

Verbal-linguistic : Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu


cerpen atau hasilan kesusasteraan.

Logik-Matematik : Murid menjalankan eksperimen sains yang


keputusannya di luar jangkaan murid.

Kinestetik : Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian


atau drama.
Muzik : Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok
dan emar didengar.

Interpersonal : Murid mengintegrasikan motif watak seseorang dalam cerita


atau drama.

Naturalis : Murid mencari cara menggunakan bahan alam semulajadi


sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner


(1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing,
preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai
lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga
mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua
ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak
mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa
mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan
oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut
menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut
perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang
berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak
sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.

Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan


perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan
atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka
kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang
lain. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang
menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks
yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan,
menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan
cekap.
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat
persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan
corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk
gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan
menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara
objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang
mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh


badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi
pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan
dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang
individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara
pergerakan fizikal dengan mental. Kecerdasan muzik pada seseorang
membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di
persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta
dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.

Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai


tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi
keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju
kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh
berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun
tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan. Kecerdasan interpersonal membolehkan
seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini
dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara
praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada
orang lain.

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora,


fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar
mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap
alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Kesimpulannya, individu yang berbeza mempunyai kecerdasan yang berbeza namun,
kecerdasan itu mempunyai satu unsur yang sama iaitu seni.
(c) Teori Pembelajaran Sosial

 Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran menusia berlaku


dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.
a) Peniruan secara langsung

Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar
atau kepada model baru yang ditirunya.

(b) Peniruan melalui sekatlakuan dan kesekatlakuan

Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai
pada situasi lain.

(c) Peniruan elistasi

Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini
menerima sebahagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori belajar perilaku , tetapi
memberi lebih banyak penekanan pada efek-efek dan isyarat-isyarat pada perilaku, dan
pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial kita kaan
menggunakan penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan-penjelasan kognitif
internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain

Menurut Bandura, “sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan


secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain”. Secara ringkasnya, teori
pembelajaran sosial adalah pemodelan (modelling) dan permodelan ini merupakan
salah satu langkah paling penting dalam pembelajaran terpadu. Menurut teori ini juga,
peniruan terbahagi kepada 3 iaitu peniruan secara langsung, peniruan melalui
sekatlakuan dan taksekatlakuan dan peniruan elistasi.

Peniruan secara langsung boleh diaplikasikan dengan mengambil bahan


maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model
baru yang ditirunya. Peniruan melalui sekatlakuan dan kesekatlakuan pula dengan
menyekat tingkah laku yang tidak sesuai dengan sesuatu situasi. Peniruan elistasi
boleh berlaku apabila murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina
kewibawaan diri.
KEPENTINGAN IMAGINASI, EMOSI, EKSPRESI DAN
KREATIVITI

KEPENTINGAN IMAGINASI

 Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.


 Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
 Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

KEPENTINGAN EMOSI

 Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan
geli.
 Emosi akan mempengaruhi ingatan.

KEPENTINGAN EKSPRESI

 Aktiviti seni dalam pendidikan memberi peluang untuk murid membina


kayakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan
nilai estetik.

KEPENTINGAN KREATIVITI

 Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.


 Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yan diambil.
 Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
Proses imaginasi melibatkan perasaan daaman kanak-kanak, imaginasi dan
kreativiti. Faktor imaginasi kanak-kanak adalah dengan pengalaman kanak-kanak
melalui interaksi dan tindakan yang diambil. Selain itu imaginasi juga melibatkan
kebolehan kanak-kanak meluahkan perasannya secara lahiriah. Menurut Russel (1968)
Kanak-kanak perlu dibentuk melalui kemahiran memerhati, kesdaran dan arif terhadap
pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Untuk mencipta sesuatu yang baru,
kanak-kanak perlu bergantung kepada pengalaman dan kreativiti mereka dalam
memanipulasikan alatan dan bahan yang digunakan.

Emosi adalah perasaan jiwa yang kuat. Contohnya seperti sedih, gembira, takut
dan sebagainya. Emosi yang dipengaruhi ingatan tergolong dalam 2 jenis iaitu seronok
dan tenang dan jenis kedua alah kurang seronok dan cemas. Menurut Mohmood Nazar
Mohamad, emosi melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Tokoh lain,
Steq berpendapat jika seseorang itu mempunyai tahap IQ yang tinggi, serta ditambah
pula dengan tahap EQ yang tinggi juga, maka dia akan lebih mampu menguasai
keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah baru.

Inteligence Quotient adalah keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti


membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Emosi dikatakan sihat
apabila seseorang guru itu mampu bersikap penyayang dan ceria. Tahap EQ guru
secara tidak langsung juga membina perkembangan EQ murid. Emosi yang sihat juga
dikatakan apabila hubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku dan seseorang
itu menjadi lebih fokus, tekal dan boleh menangani kekecewaan dan sabar.

Pelbagai cara boleh digunakan bagi mengintegrasikan emosi dalam bilik darjah
seperti, setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid. Selain itu
guru perlu bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi antara guru dan
murid. Pengintegrasian secara menyeluruh juga perlu dalam setiap organisasi
pengurusan dan menguasai ke kemahiran EQ. Guru menggunakan unsur puisi,
kecindan dan lagu-lagi berkaitan perasaan.
Eksperesi pula melibatkan pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran
seseorang individu. Bentuk-bentuk ekspresi ialah bentuk imaginasi, penglibatan diri,
emosi, ruang, muzik dan kinestetik. Ekspresi memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan keyakinan diri dan menajamkan keupayaan mempamerkan ekspresi.
Ekpresi juga mampu meningkatkan kreativiti murid di samping meningkatkan nilai
estetik dalam diri murid dan membantu pelajar meluahkan emosi dan perasaan secara
bukan lisan.

Proses kreativiti pula melibatkan perasaan dan mempunyai kaitan dengan


imaginasi kanak-kanak. Kreativiti memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada
usaha pembelajaran. Selain itu, ia juga memberi bimbingan wajar dengan membetulkan
kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran. Tambahan pula melalui proses ini,
kreativiti mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa
menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya emningkatkan perasaan penghargaan
kendiri dan keyakinan.

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK


k
e
i
n
g
i
n
a
n

u
n
t
u
k

d
i
t
e
rk
ie
mi
an
g
oi k e i n g i nkae ni n ug ni nt ua kn pu en nt uc ka pb ae i ragne rk ar ek a t i f
k e in g in a n u n t u k m e n e r o k a
k e i n g li n a n k e t a n g k a s ak ne ifni zg i iknaal nd au nn t su ek bbaeg r as ia si nu gm b e r d a y a p e n a r i k
ea
hn

ku
un
mt
pu
uk
l
ab
ne
r
sj
ea
by
aa
y
ad
a
dn
a
nd
i
si
ek
bt
ai
gr
aa
if

a
h
l
i

d
a
l
a
m

m
a
s
y
a
r
a
k
a
t

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK


Kanak-kanak yang normal biasanya mempunyai keinginan dan keperluan-
keperluan yang perlu diambil berat oleh ibu bapa dan guru. Antara keperluan dan
keinginan itu ialah, keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil peluang
untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Kedua ialah
keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sahaja sekadar ingin berjaya
tetapi mereka menginginkan kejayaan itu dihargai oleh orang di sekeliling mereka.
Kanak-kanak juga mempunyai keinginan unutk diterima oleh kumpulan sebaya dan
sebagai ahli dalam masyarakat. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga
menginginkan diri mereka diterima, disanjung,dihargai dan dihormati oleh orang lain.

Seterusnya ialah keinginan mereka untuk bersaing. Pada zaman kanak-


kanak, mereka suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal
setara dengan rakan-rakan sebaya. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan
ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Ini kerana mereka gemar
kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk
menyesuaikan dirinya di dalam masyarakat. Selain daripada itu, kanak-kanak juga
mempunyai keinginan untuk meneroka. Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu
kegiatan luar biasa tetapi menyeronokkan.

Mereka juga mempunyai keinginan untuk pencapaian kreatif iaitu kanak-kanak


sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Selain itu mereka juga
masih mempunyai keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Sebagai
contoh kanak-kanak gemarkan aktiviti yang member peluang untuk meluahkan idea
mengenai diri dan persekitaran mereka. Keperluan dan keinginan yang terakhir ialah
mereka mempunyai keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan
dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempalajari perkara baru. Justeru itu,
mereka dapat meneroka menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi dengan
persekitaran.
Pembelajaran Yang Optimum, Bersepadu dan
Menyeronokkan

Pembelajaran Optimum ini ialah suatu sistem pembelajaran berasaskan


penggabungan rangsangan dengan proses untuk menghasilkan sistem pembelajaran
yang pantas dan berkesan. Melalui sistem ini keupayaan untuk menerima pengetahuan
akan menjadi lebih terbuka dan menyeronokkan. Sistem ini sama sekali tidaklah
bertentangan dengan teori-teori yang ada untuk mewujudkan suatu sistem yang
optimum dalam pembelajaran. Banyak kajian terkini telah menunjukkan iaitu
kebanyakan pembelajaran yang produktif dan optimum boleh berlaku bila fungsi otak
kiri dan otak kanan dipertingkatkan secara keseluruhan dan berbagai-bagai gelombang
otak turut dipujuk. Kajian-kajian juga telah menunjukkan bahawa kemampuan individu
untuk belajar boleh dipertingkatkan ke tahap cemerlang jika keseluruhan otaknya
digerak dan dikejutkan supaya bekerjasama secara harmoni. Semua bakat dan potensi
itu boleh diperkembangkan melalui kesepaduan gerak kerja otak dan minda yang
menyeluruh,

Pembelajaran adalah merupakan sebagai suatu kemahiran. Kemahiran ini boleh


dilatih sama juga seperti kemahiran berenang, menembak, melukis atau berfikir.
Sehubungan dengan ini pelajar juga mestilah jelas tentang misi dan visinya supaya
boleh merancangkan program-program pembelajaran dengan cara yang lebih
sistematik untuk tindakan dari masa ke semasa. Pelajar mestilah bersikap positif dan
yakin tentang fakta dan potensi diri dan otaknya. Dengan mengetahui potensi diri dan
otak, para murid akan merasakan aktiviti belajar itu adalah senang dan
menyeronokkan, daya ingatan meningkat, stres dan emosi akan dapat dikawal dan
seterusnya kemahiran berfikir akan menjadi lebih kreatif.
Selain daripada itu, teknik dan strategi yang guru gunakan juga mempengaruhi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan sedikit
strategi pengajaran berpusatkan guru dan memperbanyakkan strategi pengajaran
berpusatkan murid, bahan dan aktiviti. Pembelajaran secara bersepadu ini dapat
menambah minat murid untuk belajar kerana proses pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokkan. Guru juga boleh menyelitkan strategi lain seperti bercerita,
perbincangan dan permainan.

Iklim bilik darjah termasuklah kelas yang kondusif, ceria dan bersih selain
daripada suasana yang menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk belajar. Guru
juga boleh menyelitkan unsur-unsur jenaka atau kecindan bagi mewujudkan suasana
yang menyeronokkan di dalam kelas. Selain itu, aktiviti seperti permainan dan kuiz juga
boleh diperbanyakkan untuk menambah minat murid.

Unsur-Unsur Kebudayaan Dalam Pendidikan

Unsur-unsur kebudayaan dalam pendidikan wujud dalam pelbagai bentuk di


dalam pelbagai subjek. Sebagai contoh, unsur seni. Seni wujud dalam pelbagai bentuk,
antaranya ialah seni pergerakan, seni muzik dan seni visual.

Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana
ciri-ciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari
segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kita sentiasa bertembung dengan
barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan dan
sebagainya. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahagian daripada kurikulum di sekolah
dan institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar
yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi
Malaysia (STPM).

Unsur-unsur yang mewujudkan seni ialah garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang
dan warna. Unsur kebudayaan yang terdapat melalui seni visual ialah seni khat dalam
kebudayaan islam, ukiran yang ada pada rumah-rumah tradisional dan beberapa seni di
dalam bentuk visual yang lain. Selin daripada itu, rekabentuk sesebuah rumah
melambangkan identiti tertentu seperti rekabentuk Rumah Minangkabau yang
berbentuk seperti tanduk kerbau yang terdapt di Negeri Sembilan.

Di sekolah, seni visual wujud apabila guru menayangkan video, memaparkan


gambar atau meminta murid melukis. Seni visual termasuklah objek yang maujud
ataupun dalam bentuk lukisan. Objek di dalam lukisan juga boleh wujud dalam
beberapa keadaan iaitu 2 dimensi dan 3 dimensi.

Selain itu, seni muzik juga adalah salah satu unsur kebudayaan yang wujud
dalam pendidikan. Seni muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula
jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan
mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan
sesuatu budaya tertentu.

Di Malaysia, beberapa buah negeri sangat popular dengan seni muzik. Seperti
contoh, negeri Johor sangat popular dengan seni muzik Ghazal. Selain itu, seni tarian
zapin yang terkenal di Johor juga menggunakan seni muzik mengiringi tarian zapin
tersebut. Selain daripada negeri Johor, beberapa buah negeri lain juga mempunyai
identiti seni muzik tersendiri seperti Hadrah dan Dikir Barat.

Di sekolah, guru boleh menyelitkan unsur-unsur seni muzik apabila guru


meminta murid menyanyikan lagu sebagai salah satu strategi untuk menarik minat
murid untuk belajar. Guru juga boleh menayangkan video yang berkenaan berserta
audio yang membentuk pembelajaran bersepadu dalam bilik darjah.

Seni pergerakan merupakan proses yang memandu pelajar untuk memperolehi


kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi
dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan
sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.
Unsur kebudayaan yang terdapat dalam seni pergerakan ialah seni tari, seni
mempertahankan diri, dan permainan tradisional. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
mengetahui kebudayaan yang terdapat di Negara kita. Sebagai contoh, walaupun kita
berada di negeri yang terletak di semenanjung Malaysia, kita perlu mengetahui
kewujudan budaya di negeri Sbah dan Sarawak. Di sana sangat terkenal dengan seni
tari yang menjadi amalan masyarakat di sana. Mereka menyambut sesuatu perayaan
dengan tarian tradisional. Hari Gawai, musim menuai, menyambut kelahiran, dan
pelbagai lagi majlis di sana diraikan dengan tarian.

Di sekolah, guru boleh meminta murid melakukan pergerakan bagi


memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kanak-kanak. Guru boleh
meminta murid melakonkan watak haiwan atau objek yang terdapat di sekeliling kita.
Sebagai contoh, murid diminta melakonkan watak daun yang ditiup angin, haiwan yang
berlari dan sebagainya. Daripada watak-watak tersebut, murid dapat menghayati alam
sekeliling dan menerapkan rasa bersyukur
SENI DALAM PENDIDIKAN UNSUR BUDAYA

Vokal [endoi, nazam,


marhaban]

lagu yang digabungkan dengan


Seni suara muzik [dikir, hadrah, ghazal,
dikir barat, beruan]

muzik tradisi warisan istana


[tinggi, rendah, rakyat, lain-lain]

tari [tarian asli, asyik kekasih,


ayam didik, balai, canggung, siti
Unsur-unsur
wan bulan, cinta sayang, dabus,
Kebudayaan
gambus, indi, joget, kuda
kepang, mak inang, zapin]
Seni gerak

drama [main puteri, mak yong,


menora, wayang kulit]

ukir, tangan, tembikar,


Seni rupa anyaman, tekatan, tenunan,
batik, tembaga, bina
SENI DAN PERKEMBANGAN JERISE KANAK-KANAK
DMENGIKUT TAHAP.
Jasm an
sm ian
Es testi ti
k Em o
Em sio

So siao l o o
R a n
h i
In tel ek
In tel ek

Jasmani
Perkembangan jasmani Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat
pesat semasa bayi. Perubahan berlaku dari segi rupa atau wajad dan fizikal. Contohnya
bayi yang baru lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur
satu tahun, kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan
berlaku kepada bentuk fizikal atau jasmani kanak-kanak.

 Semakin kanak-kanak meningkat usianya, pergerakan koordinasi otot


kasar dan perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut
usianya.
 Kanak-kanak pada peringkat 6-12 tahun merupakan kanak-kanak yang
aktif. Pada tahap ini, mereka perlu diberi peluang bersuara dan bergerak
untuk gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan
pergerakan sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan.
Setiap gerak kerja yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak
kerja yang senang dan ringan misalnya pendidikan seni visual
 Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah mempunyai otot-otot yang
belum matang. Untuk itu latihan pergerakan dan seni visual yang kerap
akan dapat mematangkan ototnya. Contohnya, memegang pensil dengan
baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih
tubi yang kerap.
 Kebanyakan perkembangan motor di bahagian tangan lebih penting dan
ketara daripada perkembangan di bahagian kaki. Penggunaan tangan
hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Emosi
Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap
sesuatu keadaan atau benda. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan
perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami
seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan.
Hasilnya, tindak balas berlaku. Tindak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam
badan dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu. Pada
peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding
dengan keaadan semasa diperingkat prasekolah. Jika dahulu pengawalan emosinya
lemah, kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat
semakin matang pengawalan emosinya.
Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang
lain. Melalui seni juga, dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan.
Terutamanya ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil, lukisan yang
dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Begitu juga dalam
permainan muzik, cara kanak-kanak itu bermain alat muzik dapat dipantau. Jika kuat
pukulan alat muzik, terdapat gangguan emosi dalam dirinya. Untuk peringkat ini, guru
perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini dengan yang
tidak diingini.

Rohani
Melalui seni dalam pendidikan, aktiviti kerohaniaan dapat dibentuk iaitu dengan
menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral seperti
memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan-amalan kerohanian dan
moral. Antaranya ialah;

 Banyakkan memuji kanak-kanak, bukannya mengutuk dan hormati


mereka.
 Pengucapan “terima kasih”,”budak baik hendaklah disampaikan seberapa
kerap yang boleh.
 Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji.

Intelek
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah menguasai konsep pengekalan tentang
paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehkan mereka
menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan pelbagai cara mengikut
kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula membolehkan
mereka memahami konsep pembalikan.
Pada peringkat ini juga, mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca.
Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal.
Pembelajaran melalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu, situasi yang dibina
dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajari antara
satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri.
Pada peringkat 11-12 tahun, berlaku perubahan daripada pengolahan secara
konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini, kanak-kanak masih
terikat dengan pengolahan sebenarnya. Wujudnya suasana yang boleh menimbulkan
pertanyaan murid dan memberi peluang kepada mereka menerangkan pemikiran
mereka.

Sosial
Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk
sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan, ibu bapa
akan dapat menilai setakat mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak mengembang.
Oleh itu, peranan guru juga sangat penting membantu kanak-kanak untuk menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan
diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Berdasarkan Teori Pembelajaran Social oleh Albert Bandura, beliau


menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi
dengan berdasarkan kepada ;

a) melihat
b) meniru
c) memerhati tingkah laku orang lain
Peniruan berlaku dalam tiga bentuk, iaitu;

 Peniruan secara langsung.


Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek
ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya

 Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.


Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi
tidak sesuai pada situasi yang lain

 Peniruan elistasi.
Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri.
Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup
kehidupannya.
Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?

 Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu


 Memori yang berkekalan dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang
menggembirakan atau peristiwa sedih.
 Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai.

Estetik
Latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari
konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat. Apabila diterapkan ke dalam
minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat di amalkan dalam diri mereka.

REFLEKSI
ALHAMDULILLAH saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan
kurnianya saya berjaya menyiapkan tugasan subjek Seni Dalam Pendidikan ini. Namun
saya berasa kurang berpuas hati dengan hasil kerja ini kerana sangat kesuntukan masa
ditambah pula dengan program Bina Insan Guru yang perlu dilaksanakan terlebih
dahulu.

Namun secara positifnya, saya masih dapat menyelesaikan tugasan ini


sekiranya saya mampu mengurus masa dengan bijak. Walaupun agak tertekan namun
saya hadapinya dengan tenang dan sabar. Melalui tugasan kali ini saya dapat belajar
bagaimana cara menjadikan kelas yang saya ajar ceria dan seronok. Sebagai bakal
guru, saya perlu bersedia untuk menyusun pembelajaran secara unik dan berkesan
tanpa menimbulkan kebosanan kepada pelajar. Selain itu saya juga dapat mengaitkan
topik pembelajaran dengan unsur seni seperti visual, irama dan pergerakan.

Saya berharap agar kerja kursus saya kali diterima dan memenuhi kriteria
pemarkahan.

Sekian, terima kasih.

BORANG KOLABORASI
NAMA : MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD KHAIR
UNIT : 4PISMP SAINS 2
NAMA PENSYARAH : EN WAN YAACOB BIN WAN OMAR

TARIKH TAJUK PERBINCANGAN TANDA TANGAN


LAMPIRAN

You might also like