You are on page 1of 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KUALA LUMPUR

NAMA PELAJAR :PATRICK ALING ANAK SIMON JULY

ANGKA GILIRAN : PPISMP 20100103

NO. KAD PENGENALAN : 920305-13-6809

KUMPULAN(KELAS) : PPISMP AMBILAN JUN 2010(PPISMP 1B)

MATAPELAJARAN & KOD : BAHASA MELAYU(FONETIK DAN FONOLOGI)

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : PN. ZAWIAH SHUKOR

TARIKH SERAHAN : 28 SEPTEMBER 2010


SENARAI KANDUNGAN Muka surat
TAJUK
PENGHARGAAN

PENGENALAN
KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI
FONEM-FONEM BAHASA MELAYU

Vokal
Artikulasi fonem-fonem vokal

Alat-alat artikulasi

Daerah alat artikulasi


CARTA FONEM BAHASA MELAYU

Carta penghasilan vokal


Carta penghasilan konsonan

KESIMPULAN
REFLEKSI

BIBLIOGARAFI
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini memanjatkan setinggi-


tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana akhirnya Berjaya juga saya menyiapkan
tugasan ini. Sesungguhnya, banyak yang saya tempuhi dalam menyiapkan tugasan
ini. Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
subjek fonetik dan fonologi ini iaitu Pn Zawiah Abdul Shukor kerana telah banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun beliau sibuk tetapi beliau
tetap memberikan tunjuk ajar yang diperlukan untuk tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang banyka memberikan dorongan
kepada saya. Walaupun mereka berada jauh di Sarawak, tetapi mereka amat
membantu saya sehingga siapnya tugasan ini. Saya sayang keluarga saya.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada rakan-rakan saya
yang banyak membantu saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini iaitu rakan bilik
saya Abdul Wail, kak Syazwanie, rakan-rakan sekelas saya, Alvin, Nick, Setia,
Anderson dan banyak lagi yang tidak dapat dinyatakan disini. Tanpa kalian, tidak
mungkin akan siapnya tugasan ini. Terima kasih saya ucapkan.

Akhir sekali, semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
sehigga terlaksananya tugasan ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Tuhan
yang dapat membalas jasa-jasa kalian. Sekian terima kasih.
PENGENALAN

Dalam bab ini ,kita akan memfokuskan kepada tajuk utama kita iaitu kajian tentang
fonetik dan fonologi.disamping itu,dalam bab ini juga kita akan mengkaji penghasilan
bunyi vokal,letupan,geseran,letusan,sisipan,getaran,dan juga sengauan.Selain
itu,kita juga akan mengetahui maksud fonetik dan fonologi.Melalui definisi tersebut
kita akan mengetahui ataupun memahami dengan lebih mendalam lagi tentang
fonetik dan fonologi

Secara umumnya fonetik bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang-
lambang kepada buyi tersebut.Menurut Arbak Othman(1983),fonetik ialah kajian
tentang bunyi-bunyi ujar.

Sebagai ilmu,fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan


memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu serta
pengucapannya.Manakala sebagai kemahiran,fonetik memakai data dekskriptif
dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan
pengucapan bagi bunyi-bunyi ujar tersebut.

Selain itu,fonetik juga dapat diertikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan dalam atau melaui mulut manusia baik bunyi bahasa,bukan bunyi
bahasa,mahupun bunyi marginal dan memberikan simbol fonetik untuk masing-
masing bunyi,yakni menurut Drs.Lufti Abas(1985)

Bagi fonologi pula,fonologi bermaksud bidang yang mengkaji sistem bunyi yang
bermakna yang diucapkan oleh manusia.Bunyi yang bermakna ialah bunyi yang
difahami oleh kedua-dua orang yang menuturkannya.Dengan itu,bunyi yang
bermakna dikenali sebagai bunyi bahasa.Kesimpulannya,bidang fonologi
menerangkan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk
menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.
KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI

Terdapat dua definisi konsep yang akan dibincangkan iaitu definisi teoritikal dan

definisi operasional.

Definisi Teoritikal

Fonologi

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem
bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas
daripada pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of the
systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual
language has variously been called phonology”. Manakala menurut Dalbor, salah
seorang ahli linguistik Barat pula, “ phonology is the study of the function and
patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi
dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah
bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia,
yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.

Fonetik

Bagi fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian adalah kajian
tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan kebenaran-
kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif
dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan
pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi
manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan
simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli
linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) “the study of the sounds human
beings employ when speaking a language is phonetics”. Penyataan yang
dinyatakan.
DAERAH ALAT-ALAT ARTIKULASI

Alat artikulasi merupakan alat yang terlibat dalam pengeluaran bunyi-bunyi


bahasa.Alat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu artikulator dan daerah
artikulasi.Daerah artikulasi termasuk gigi atas,lelangit keras dan lelangit
lembut.Artikulator pula merupakan bahagian yang boleh di gerak-gerakkan seperti
bibir,lidah dan gigi bawah.

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10 Hadapan lidah 20. Tenggorok
.
B U N Y
LETUSAN SISIPAN ,GETARAN, DAN SENGAUAN

Fungsi Alat Pertuturan

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat
deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah
dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal
hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan
boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi
Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya
tidaklah seaktif lidah. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah
yang menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada
udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang kembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung
lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga
tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan
udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan
tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.
Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

BUNYI LETUPAN, GESERAN, LETUSAN, SISIPAN, GETARAN, SENGAUAN,


DAN SEPARUH VOKAL.

KONSONAN LETUPAN.

Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]

Dua bibir dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga
tekak.Udara daripada paru-paru dikeluarkan melalui rongga mulut dan tersekat
dibahagian belakang rapatan dua bibir tersebut.Sekatan udara dilepaskan,dengan
serta-merta pita suara bergetar.Sebagai contoh:

Awalan Pertengahan Akhiran

[batu] [lumba] [ kelab]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir


bersuara [b]
Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ]

Dua bibir dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan rapat kebelakang rongga
tekak.Udara dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan tersekat dibelakang
rapatan dua bibir tersebut.Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta tanpa
menggetarkan pita suara.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[palu] [sampah] [malap]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir


tidak bersuara [p ]
Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]

Hujung lidah dirapatkan,mencapai gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan sehingga


rapat ke belakang rongga tekak.Manakala udara dari paru-paru disalurkan melaui
rongga mulut dan dibiarkan dibahagian belakang pertemuan diantara hujung lidah
dan gigi-gusi tersebut.Sekatan udara itu dilepaskan serta-merta sambil
menggetarkan pita suara.Sebagai contoh:

Awalan Pertengahan Akhiran

[datuk] [duduk] [salad]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi


bersuara [ d ]
Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ]

Hujung lidah dirapatkan,mencapai gigi gusi,lelangit lembut dinaikkan dan rapat ke


bahagian belakang rongga tekak.Manakala udara dai paru-paru melalui rongga
mulut dan dibiarkan dibahagian belakang pertemuan diantara hujung lidah dengan
gigi-gusi itu. Udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita
suara.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[tebu] [satu] [pelat]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan gigi-gusi tidak


bersuara [ t ]
Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]

Lelangit lembut dinaik rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Kemudian,bahagian


belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara dari paru-paru tersekat
pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut.Apabila
udara dilepaskan serta-merta,lalu pita suara pun bergetar.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[gajah] [megah] [jag]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit


lembut bersuara [ g]
Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]

Lelangit lembut dinaikkan rapat kebahagian belakang rongga


tekak.Kemudian,bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara
dari paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan pada lelangit
lembut tersebut.Udara dilepaskan serta-merta dan pita suara tidak bergetar.Sebagai
contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[kalau] [bekal] [elak]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit


lembut tidak bersuara [k]
KONSONAN LETUSAN.

Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras,lelangit lembut dinaikkan rapat ke
bahagian belakang rongga tekak.Kemudian,udara dari paru-paru melalui rongga
mulut dan dibiarkan tersekat dibelakang pertemuan antara depan lidah dan lelangit
keras tersebut.Sekatan udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta serta
menggetarkan pita suara tersebut.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[jambu] [laju] [kolej]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit


keras bersuara [ j ]
Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras.Lelangit lembut dinaikkan rapat
kebahagian belakang rongga tekak.Kemudian udara dari paru-paru melalui bahagian
rongga mulut dan dibiarkan tersekat dibahagian pertemuan dianatara depan lidah
dan lelangit keras tersebut.Sekatan udara itu dilepaskan serta-merta tanpa
menggetarkan pita suara.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[čuba] [beča] [mač]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit


keras tidak bersuara[č]
Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]

Bahagian hujung lidah dinaikkan ke bahagian gigi-gusi dan lelangit lembut dinaik
rapat ke bahagian belakang rongga tekak .Kemudian udara yang keluar dari paru-
paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi.Pita suara
bergetar serta-merta.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[rotan] [kerap] [pakar]

KONSONAN GETARAN.

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi


bersuara[ r ]
KONSONAN SENGAUAN.

Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas.Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak
dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Kemudian udara yang
dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita
suara digetarkan.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[mantan] [semak] [selam]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan dua bibir


bersuara [ m ]
Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]

Bahagian hujung lidah di rapatkan ke bahagian gigi-gusi.Kemudian lelangit lembut


berada dalam keadaan biasa dan tidak dinaik rapat ke bahagian belakang rongga
tekak.Udara yang keluar dari paru-paru disalurkan melalui rongga hidung sambil pita
suara bergetar.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[naga] [enam] [ikan]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi


bersuara [n]
Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n]

Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras.Kemudian,lelangit lembut dalam


keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Udara
yang keluar dari paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara
digetarkan.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan

[nasi] [guna]

Gambar rajah diatas menunujukkan penghasilan konsonan sengauan lelangit


keras bersuara[n]
Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]

Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut.Kemudian,lelangit lembut


berada keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga
tekak.Udara yang keluar dari paru-paru disalurkan terus ke rongga hidung sambil
pita suara digetarkan.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[ŋilu] [baŋsal] [senaŋ]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan lelangit


lembut bersuara [ŋ]
KONSONAN GESERAN.

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi


bersuara [ð ]

Konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [ š ]

Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antara lelangit keras dengan gusi untuk
membuat sempitan.Kemudian lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang
rongga tekak.Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut kemudian
dibiarkan bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita
suara.Sebagai contoh:

Awalan Pertengahan Akhiran

[šyirik] [mušykil] [Quraišy]


SEPARUH VOKAL.

Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]

Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit


lembut.Kemudian,lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga
tekak.Pita suara bergetar sambil bergerak pantas ke kedudukan untuk
mengeluarkan vokal tengah.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[wakil] [tawakal] [takraw]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua


bibir bersuara [ w ]
Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]

Bahagian depan lidah diangkat tinggi ke arah lelangit keras sambil bibir
dihamparkan.Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga
tekak.Kemudian pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan
untuk mengeluarkan vokal tengah.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan

[yuran] [bayu]

Gambar rajah diatas menunujukkan penghasilan konsonan separuh vokal


lelangit keras bersuara [ y ]
KONSONAN SISIPAN.

Konsonan sisipan gigi-gusi bersuara [ l ]

Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi.Kemudian lelangit lembut


dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Udara yang keluar dari paru-
paru disalurkan melalui rongga mulut,tetapi hanya dapat dikeluarkan melalui tepian
lidah seta pita suara digetarkan.Sebagai contoh:

Awalan pertengahan Akhiran

[lapar] [balik] [cekal]

Gambar rajah diatas menunjukkan penghasilan konsonan sisipan gigi-gusi


bersuara [ l ]
BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan,1980.Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia,Petaling


Jaya:Fajar

Bakti.

Asmah Hj. Omar,1993.Susur Galur Bahasa Melayu,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa


dan

Pustaka.

Bahasa Melayu,Dilayari pada 5 september 2010 di URL http://penerbit USM:Bahasa

Melayu

Indirawati zahid & Mardian Shah Omar.(2006).Fonetik dan Fonologi Kuala


Lumpur.PTS

Professional publishing sdn.bhd

Kerja kursus Bahasa Melayu,Dilayari pada 5september 2010 di URL

http://www.scribid.com./kerja kursus Bahasa Melayu kontekstual ppismp


semester 2

Kerja kursus Bahasa Melayu,Dilayari pada 11september 2010 di URL

http://www.scribd.com/doc/7729996/FONOLOGI-BAHASA-MELAYU

Nik Safiah Karim,1996.Tatabahasa Dewan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan


Pustaka.
Refleksi

Syukur kepada Tuhan kerana terlaksana juga tugasan ini setelah sekian lama
membuat dan menempuhi pelbagai dugaan dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Dalam tempoh melaksanakan tugasan ini, banyak info-info yang saya perolehi
tentang apa itu fonetik dan fonologi. Sebelum ini, saya langsung tidak pernah
mendengar, apa itu fonetik dan apa itu fonologi.

Setelah belajar, mengikuti kuliah demi kuliah seterusnya diberikan tugasan ini,
barulah saya mengerti apa itu fonetik dan fonologi. Melalui tugasan ini, saya dapat
mempelajari apa itu vokal dan konsonan serta cara pengeluaran bunyi-bunyinya.
Pengetahuan ini amatlah penting kepada kami semua kerana kami mengambil major
BM dan amat perlu untuk kami memahami apa itu fonetik dan fonologi serta apa-apa
yang berkaitan dengan subjek tersebut.

Seterusnya, melalui tugasan ini juga, saya dapat mengenali apa iti alat-alat
atrikulasi serta daerah-daerah alat- alat atrikulasi tersebut. Sebelum ini, sikit pun
saya tidak tahu tentang apa itu alat- alat atrikulasi serta daerahnya. Syukur kerana
melalui tugasan ini, saya dan tahu sedikit sebanyak tentang semua itu.

Akhir sekali, saya dapati, banyak yang saya dapat melaui tugasan ini. Secara
jujurnya, saya rasa berat hati apabila diberikan tugasan ini. Tetapi, hasilnya, saya
amat berpuas hati dan rasa gembira kerana diberikan tugasan ini. Sekian terima
kasih

You might also like