You are on page 1of 64

KEPIMPINAN DAN

MOTIVASI

1
OBJEKTIF
• Memahami definisi kepimpinan, ciri-ciri
pemimpin dan perbandingan pemimpin dan
pengurus
• Mengaplikasi gaya kepimpinan
• Memahami definisi dan teori-teori motivasi
• Mengaplikasi kaedah memotivasikan pekerja

2
Def.
Kepimpinan
Pengenalan Autokratik
Kepimpinan Ciri-Ciri
Pemimpin
Demokratik
Pemimpin Vs.
Laissez Faire
Pengurus
Islamik
Gaya
KEPIMPINAN Kepimpinan
&
MOTIVASI
Def. Motivasi Maslow

Dua Faktor
Teori-Teori Herzberg
Pengenalan Motivasi
Motivasi X dan Y

Kaedah Z
Memotivasi
Pekerja 3
4
A) Definisi Kepimpinan

1. Adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau


kumpulan ke arah mencapai objektif yang telah
ditetapkan.
(Pengenalan kpd perniagaan oleh Zumilah)

2. Merupakan suatu proses di mana pemimpin akan


cuba mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi
melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai
matlamat kerja bagi unit dan organisasi.
• Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut.
Ia mempengaruhi perlakuan pekerja dengan berbagai
cara untuk mencapai matlamat
(Asas pengurusan perniagaan oleh Abu Bakar Hamed 5
et al)
Definisi Kepimpinan (samb…)

3. Sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang


berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela bergiat dan
berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.
– Manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman
dan keyakinan untuk bekerja.
– Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil
memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai
matlamat organisasi
( Asas pgrsn-Jaafar Muhd)

6
Definisi Kepimpinan (samb…)

Tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan:

1) kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain


sama ada pekerja-pekerja bawahan yang
dipertanggungjawabkan atau para pengikut
2) para pemimpin mempunyai autoriti untuk beri arahan
dan memantau aktiviti yang dijalankan oleh anggota
kumpulan
3) berkemampuan menggunakan pelbagai bentuk kuasa
bagi mempengaruhi subordinat melalui pelbagai kaedah

7
B) Ciri-Ciri Pemimpin

Kategori Pemimpin :

8
• Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan
formal dalam organisasi contoh:

Pengurus Jabatan Kewangan merupakan


pemimpin formal

• Disebabkan kedudukannya sebagai seorang


pengurus maka secara tidak langsung beliau
merupakan pemimpin jabatan berkenaan

9
• Pemimpin yang dilantik secara tidak formal oleh
organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan sosial
yang terbentuk dalam organisasi.

• Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal untuk


memperjuangkan kepentingan tertentu mungkin akan
melantik seorang pemimpin.

• Kepimpinan beliau ini tidak disahkan oleh organisasi.

• Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih rendah


atau lebih tinggi atau setara dengan ahli kumpulan lain
10
Ciri-Ciri Pemimpin Efektif

1. Bercita-cita, Keinginan Dan Semangat Untuk Memimpin


2. Jujur Dan Integriti
3. Keyakinan Diri
4. Berpengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Dalam Kerjaya
5. Bertimbangrasa Dan Bertolak Ansur
6. Sedia Menerima Teguran
7. Mengakui Kesilapan Dan Memperbetulkan Kesilapan
8. Tidak Mendahulukan Kepentingan Diri
9. Tidak Memandang Rendah Orang Lain
10. Tekun
11. Sabar

11
C) Perbandingan Pemimpin & Pengurus

STATUS PEMIMPIN PENGURUS


PERKARA

Bersifat Interaksi peribadi Tidak melibatkan


peribadi dgn pekerja untuk interaksi peribadi
tujuan
mempengaruhi
mereka
Kedudukan Tidak semestinya Disebabkan oleh
dalam disebabkan oleh kedudukan dan
organisasi kedudukan dan jawatan formal dalam
jawatan formal organisasi
dalam organisasi

12
Perbandingan Pemimpin & Pengurus (samb…)

STATUS PEMIMPIN PENGURUS


PERKARA
Sikap & Aktif dari aspek •Pasif
Motivasi kemanusiaan •Lebih
disebabkan fungsi mementingkan
mempengaruhi pencapaian matlamat
pengikut (aspek teknikal)
Skop Menangani •Menangani
pendekatan perubahan dgn kerumitan dan
membentuk visi masalah dalam
tertentu organisasi
•Memastikan
organisasi berjalan
pada landasan yang 13

betul
1. Bersifat peribadi

A. Salah satu perbezaan utama bahawa kepimpinan lebih


bercorak peribadi berbanding pengurusan
Disebabkan pemimpin perlu mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain agar mereka melaksanakan
arahan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan

B. Pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi pengurusan


yang bukan bersifat peribadi
contoh: tugas merancang atau membaca laporan tidak
melibatkan interaksi peribadi

14
2. Kedudukan dalam organisasi

A. Menjadi pengurus kerana kedudukannya yang formal


dalam organisasi.
Berjawatan formal menyebabkan pengurus ada
tanggungjawab dan autoriti tertentu di mana pengurus
akan berperanan sebagai seorang pemimpin

Walaupun berkedudukan formal dalam organisasi


sesorang pengurus tidak semestinya ada ciri-ciri
kepimpinan yang baik.
Biasanya pengurus dilantik untuk menjadi pengurus
kerana mempunyai pengetahuan, berkemahiran dan
berkeupayaan mengurus dalam dirinya

15
2. Kedudukan dalam organisasi (samb…)

B. Seorang pemimpin tidak semestinya dilantik secara


formal dan berjawatan formal dlm organisasi.
Contoh kumpulan kerja tidak formal seperti Kesatuan
Sekerja dalaman, seseorang ketua mungkin dilantik
disebabkan oleh ciri kepimpinan yang ada padanya
walaupun bukan seorang pengurus.

Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak ada kedudukan


formal dalam organisasi dilantik disebabkan oleh ciri-ciri
kepimpinan yang ada padanya

16
3. Sikap dan motivasi
• Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi motivasi dan cara
berfikir serta bertindak

A. Biasanya pengurus mempunyai sikap yang bukan bersifat


peribadi, tugas pengurus untuk memastikan matlamat yang
telah ditetapkan tercapai.
Pengurus tidak ambil berat tentang cara yang digunakan
samada betul atau salah untuk mencapai matlamat tersebut.

B. Pemimpin pula bersikap lebih aktif & lebih ambil berat


tentang cara yang digunakan untuk capai matlamat. Pemimpin
ambil berat tentang hal ehwal subordinatnya kerana hendak
mempengaruhi mereka untuk melakasanakan arahannya

17
4. Skop pendekatan

A. Pengurusan perlu untukmengatasi kerumitan dalam


organisasi maka pengurus perlu pastikan operasi
berjalan lancar dalam landasan yang betul.
Ia dilakukan oleh pengurus melalui perancangan formal,
merekabentuk struktur organisasi yang ketat dan
memantau hasil berdasarkan rancangan yang disusun

B. Kepimpinan pula diperlukan untuk menangani


perubahan. Sebab pemimpin perlu menjelaskan arah
tujuan dengan membentuk visi yang sesuai,
menyelaraskan semua usaha subordinat dengan
memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk serta
memberi semangat kepada subordinatnya untuk
menangani semua halangan.

18
4. Skop pendekatan (samb…)

• Kesimpulannya pengurusan menekankan aspek


teknikal dalam pengurusan organisasi manakala
kepimpinan lebih menekankan kepada aspek
kemanusiaan dalam pengurusan organisasi

19
D) Gaya Kepimpinan

DEFINISI - Pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin


untuk mempengaruhi subordinatnya

Pengurus boleh mempengaruhi secara:


1. membuat keputusan untuk subordinat,
2. beri panduan kepada subordinat untuk membuat keputusan atau
3. beri autoriti sepenuhnya kepada subordinat untuk membuat keputusan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah

• Jelas bahawa pengurus atau pemimpin ada pelbagai alternatif untuk


membuat keputusan
• Maka dalam proses kepimpinan pengurus boleh menggunakan berbagai
gaya kepimpinan sesuai dengan keadaan

20
Gaya Kepimpinan

Gaya Gaya
Kepimpinan Kepimpinan
Autokratik Islamik

Gaya Gaya
Kepimpinan Kepimpinan
Demokratik Laissez Faire

21
I. Gaya Kepimpinan Autokratik

• Pengurus memberi arahan kepada pekerja dengan


andaian pekerja akan mematuhi tanpa banyak soal
• Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh
pengurus
• Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang
keputusan
• Pengurus membuat keputusan dan memberitahu
pekerja apa yang harus pekerja lakukan
• Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi
krisis, mempunyai pekerja baru dan pekerja yang
tidak bermotivasi 22
II. Gaya Kepimpinan Demokratik

Pengurus melibatkan pekerja dalam


proses membuat keputusan tetapi keputusan
muktamad adalah ditangan pengurus

• Melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan


• Darjah penglibatan subordinat dalam membuat keputusan bergantung
kepada situasi masalah yang dihadapi
• Pengurus berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi
• Keputusan lebih berkualiti
• Dapat memajukan bakat dan memperkembangkan kemahiran pekerja
• Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab
terhadap keputusan yang dibuat bersama

23
III. Gaya Kepimpinan Laissez-faire

Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau


pemudahcara kepada pekerja dan pekerja
dibenarkan membuat keputusan.

• Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat untuk


membuat keputusan dan bertindak
• Subordinat menggunakan kemahiran dan pertimbangan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah
• Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan
lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk
mencapai matlamat kerja
• Gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi
tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran
dalam kerjayanya
24
IV. Gaya Kepimpinan Islamik
Gaya kepimpinan berdasarkan Al Quran,
Al Sunnah dan Syura’

• Dalam pengurusan Islam ‘raja’ perlu


mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau ketua

• Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang


berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah

• Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimpin dengan


mematuhi arahan pemimpin

• Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab


pengurusan yg diberi kepadanya oleh negara atau
organisasi sebagai amanah bukan sahaja amanah dari
pekerja atau rakyat juga amanah daripada Allah SWT. 25
IV. Gaya Kepimpinan Islamik (samb…)

• Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima perlu


ditadbir, diputuskan atau dibincangkan menerusi konsep
‘syura’ iaitu permuafakatan di antara Amir dan pekerja
bawahannya serta pengurus-pengurus yang lain

• Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea dan


perancangan diatur dengan teliti bagi mencapai matlamat
organisasi kerana hanya Allah yang mengetahui akhir
setiap pekerjaan

26
27
A) Definisi Motivasi

- Merujuk kepada rangsangan dalaman (proses psikologi)


yang mengarahkan kelakuan manusia untuk mencapai
matlamat
Ferrell, Business: A Changing World, 5th Edition

Dari perspektif Pengurusan:


Satu dorongan dalaman yang wujud dalam diri seseorang
usahawan/pekerja untuk berusaha bersungguh-sungguh
bagi mencapai matlamat organisasi

28
Definisi Motivasi (Samb…)

Dari perspektif psikologi:


• Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan
dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta luaran
individu (perlakuan dan tindakan)
• Ditakrif sebagai proses psikologi yang merangsang dan
mengarahkan tindakan manusia secara berterusan
untuk mencapai matlamat
• Ia melibatkan keperluan yang dirasai dalam kehidupan
seseorang pada sesuatu ketika

29
Definisi Motivasi (Samb…)

• Keperluan ini
Keperluan
mewujudkan
(lapar nasi) rangsangan atau
desakan naluri dari
Rangsangan dalam diri manusia
(untuk makan)
maklumbalas
• Ini menyebabkan
Tindakan
manusia bertindak ke
(mencari nasi) arah matlamat atau
kehendak tersebut
Matlamat/kepuasan
(makan & kenyang)

Proses motivasi 30
B) Teori-Teori Motivasi

Teori Hirarki Teori Z


Keperluan
Maslow

Teori Dua Teori X dan Y


Faktor
Herzberg

31
I. TEORI HIRARKI MASLOW

• Menghuraikan bahawa manusia mempunyai beberapa


tingkat keperluan secara teratur

• Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat keperluan


yang setiap manusia ingin kecapi iaitu keperluan
fisiologi, keselamatan, sosial, esteem dan aktualisasi diri

32
Keperluan Aktualisasi Diri

Keperluan Esteem

Keperluan Sosial

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi

TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW 33


Penyempurnaan-
Diri
Maruah-Diri
Keinginan utk Keinginan utk
Sosial status & memenuhi
kedudukan kehidupan &
Keinginan utk
mencapai
Keselamatan perhubungan &
potensi
penerimaan
Fisiologi Keinginan utk
perlindungan kerja
Keinginan utk
mkn,tempat
tinggal, &
pakaian

Hiraki Keperluan Maslow


34
i. Keperluan Fisiologi

• Berhubung keperluan asas manusia untuk terus hidup

• Merupakan keperluan terbawah sekali yang harus dipenuhi oleh


semua manusia seperti keperluan makanan, pakaian, tempat
tinggal dan sebagainya

• Bagi memenuhi keperluan ini manusia harus berusaha atau


bekerja untuk mendapat keuntungan, upah dan gaji

35
ii. Keperluan Keselamatan
• Untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara-perkara yang boleh mencederakan atau
menjejaskan masa depannya

• Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan setelah keperluan fisiologi telah dipenuhi

• Pekerja akan merasa selamat untuk bekerja sekiranya mereka tahu bahawa mereka tidak
akan kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja

• Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yg bersih dan kondusif, skim
pencen, insurans dan sebagainya bagi menjamin keselamatan dan masa depan pekerja
mereka

36
iii. Keperluan Sosial

• Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat


terhadap individu
• Ia tercetus apabila keperluan fisiologi dan keselamatan
sudah dipenuhi
• Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri
• Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk
berinteraksi
• Di dalam organisasi para pekerja akan dikelompokkan
dalam satu kumpulan kerja dan mereka akan berinteraksi
dan bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat
organisasi

37
iv. Keperluan Esteem

• Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah dipenuhi

• Keperluan ini agak sukar dipenuhi

• Ia berhubung dgn penghargaan diri, penghormatan, status dan sebagainya

• Dalam organisasi keperluan ini boleh dicapai sekiranya pekerja dapat


menunjukkan prestasi yang baik dan diberi kenaikan pangkat, gaji yang tinggi,
penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang melibatkan kenaikan status
pekerja tersebut

38
v. Keperluan Aktualisasi Diri
• Keperluan terakhir yang akan dipenuhi

• Merupakan pencapaian terakhir yang diinginkan oleh seseorang


manusia

• Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat dan potensi yang


ada padanya untuk mencapai apa yg dihajatinya

• Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang mencabar, berorientasikan


pencapaian, kreativiti dan bercita-cita tinggi

39
v. Keperluan Aktualisasi Diri (samb…)

Teori Maslow menyatakan bahawa motivasi manusia


bermula dgn keperluan asas & keperluan keselamatan
dlm kerjayanya. Setelah seseorg mencapai satu tahap
barulah ia meningkat & berikhtiar utk mencapai tahap
yg lebih tinggi.

40
HI !!
NAMA SAYA ABRAHAM
MASLOW

41
II. TEORI MOTIVASI HERZBERG

• Frederick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan


mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model
Penjagaan – Motivasi (Motivation - Maintenance Model)

• Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat pekerja iaitu:

1. Faktor-faktor hygiene/penjagaan
2. Faktor-faktor motivasi/dorongan

42
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas Kepuasan
Kerja

Kepuasan Kerja Faktor Dorongan

Neutral

Ketidakpuasan Faktor Hygiene


Kerja

Rendah Tinggi

(Sumber : Landy & Trumbo, 1976 :87)


43
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas Kepuasan Kerja

Rendah Tinggi

Tidak puas hati Puas hati

Faktor Motivasi
Pencapaian Pengiktirafan
Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu sendiri
Peluang berkembang Tanggungjawab

Rendah Tinggi

Ketidakpuasan hati Tiada ketidakpuasan hati

Faktor Hygiene
Kualiti Penyeliaan Polisi Syarikat
Gaji Keadaan fizikal tempat kerja
Hubungan antara pekerja Keselamatan di tempat kerja
44
Sumber: David Holt, Management: Principal and Practice
i. Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)

• Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan (hygiene factors)

• Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang daripada


berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-faktor tersebut
wujud dalam organisasi

• Walau bagaimanapun faktor-faktor ini tidak dapat memotivasikan


pekerja atau memberi kepuasan kepada mereka

• Faktor hygiene/penjagaan terdiri daripada kualiti penyeliaan, polisi


syarikat, gaji, keadaan fizikal tempat kerja, hubungan antara pekerja
keselamatan di tempat kerja

• Faktor hygiene jika diberi perhatian akan mengurangkan/mentiadakan


ketidakpuasan hati dan jika tidak diberi perhatian, akan meningkatkan
ketidakpuasan hati 45
i. Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors) (samb)

Faktor Penjagaan
Dasar dan Pentadbiran Keselamatan Pekerja
Organisasi Hubungan Interpersonal
Penyeliaan Status
Gaji Keadaan Tempat Kerja
Kehidupan Peribadi

46
ii. Faktor-faktor Motivasi/Dorongan

• Faktor-faktor berkaitan dengan pekerjaan yang


dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat
memotivasikan pekerja

• Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan


timbulnya rasa ketidakpuasan kerja

Faktor Motivasi/Dorongan
Pencapaian Pengiktirafan
Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu sendiri
Peluang untuk berkembang Tanggungjawab
47
Antara faktor-faktor motivasi adalah:

• Pencapaian;
yakni peluang-peluang mencapai sesuatu matlamat kerja
yang mencabar

• Penghargaan;
yakni penghargaan terhadap sumbangan dan usaha

• Tanggungjawab;
yakni diberi tanggungjawab dan tugas kerja yang baru

48
Kemajuan;
Iaitu peluang untuk memajukan diri dan status kerja
berdasarkan prestasi kerja

Kerja itu sendiri;


Iaitu berhubung dengan kerja yang dapat memberi
kepuasan, penonjolan diri dan mencabar

Kesimpulannya:

• Kehadiran faktor motivasi menyebabkan seseorang


merasai kepuasan kerja, dan ketidakhadirannya tdk
semestinya membawa ketidakpuasan kerja.

• Kehadiran faktor hygiene mengurangkan


ketidakpuasan kerja, dan ketidakhadirannya menyebabkan
ketidakkpuasan kerja. 49
III. TEORI X & TEORI Y

• Douglas McGregor seorang ahli psikologi membuat


andaian berhubung dgn gelagat pekerja yang
boleh dijadikan panduan pengurus dan pemimpin

• Pengurus perlu guna cara yang berbeza untuk


memberi motivasi pada pekerja yang berbeza dari
segi nilai, kepercayaan, sikap, kebolehan dan
beberapa ciri lain yang mempengaruhi gelagat
mereka

50
i. Andaian tentang pekerja dalam Teori X

• Kebanyakan pekerja tidak suka bekerja dan seboleh mungkin


cuba elak diri dari buat kerja

• Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk


mencapai matlamat organisasi

• Kebanyakan pekerja malas, mengelak dari tanggungjawab,


tiada cita-cita dan lebih menekankan keselamatan diri

• Kebanyakan pekerja cuba elak diri dari memimpin

• Pekerja hanya akan melakukan kerja yang baik jika ada


insentif kewangan

51
ii. Andaian pekerja di bawah Teori Y:
• Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja

• Pekerja boleh kawal diri sendiri, lebih suka memberi panduan diri,
berinovasi dan kreatif

• Pekerja suka ambil tanggungjawab dan suka memimpin

• Pekerja mempunyai komitmen pd matlamat organisasi dan berkeinginan


melakukan kerja dengan baik bukan semat-mata memerlukan insentif
kewangan

• Motivasi dan potensi pekerja sememangnya sudah sedia wujud dalam


diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu menggilapkan potensi-
potensi tersebut
52
IV. TEORI Z – oleh Ouchi

• Teori yang menggunakan ciri-ciri kejayaan pengurus


Jepun dan Amerika Syarikat
• Adalah gabungan daripada ciri-ciri pengurusan Jepun
(Timur) dan A.S.(Barat). Ciri-cirinya:
a. Melibatkan semua kakitangan dalam proses membuat
keputusan untuk mencapai kepuasan
b. Pekerjaan adalah untuk seumur hidup bagi mencapai
kepuasan
c. Tanggungjawab peribadi
d. Peluang gunakan kemahiran
e. Berhati-hati dlm penilaian dan kenaikan pangkat utk
membina keyakinan
53
TEORI Z (Samb…)

• Ada kaitan rapat Teori Z danTHM


• Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan dan
penglibatan semua pihak dalam pengurusan organisasi tidak
tertakluk kepada pengurus sahaja
• Maka pekerja terlibat dalam penentuan matlamat,
pembuatan keputusan, penyelesaian masalah, melakar dan
melaksanakan peluang
• Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat
meningkatkan motivasi mereka
• Semua pekerja dipastikan terlibat dalam pengurusan
organisasi walaupun pekerja tidak suka melakukan perkara-
perkara di luar bidang mereka
54
A) C) Kaedah Memotivasikan Pekerja

Perluasan Kerja
Penetapan Matlamat (Job Enlargement)

Pengkayaan Kerja
Pengurusan Bermatlamat (Job Enrichment)
(MBO)

Rekabentuk/Pusingan Kerja Kualiti Suasana Kerja


(Job Rotation)

Pengupayaan
(Empowerment) Ganjaran
55
I. Penetapan Matlamat
• Proses menetapkan tahap prestasi tertentu
untuk dicapai dalam suatu tempoh masa
yang ditetapkan
• Ciri-ciri objkektif yang baik seperti; spesifik
dan jelas, mencabar tetapi tidak terlalu sukar
• Jelas dan mudah difahami
• Objektif organisasi disampaikan samada
dalam bentuk ayat atau mekanisme yang
jelas kepada pekerja
Contoh:untung yang hendak dicapai pada
tahun 2002 ialah RM 1juta
• Mencabar dan tidak terlalu mudah dan
terlalu sukar
• Ganjaran dan hukuman yang setimpal
• Beri maklumat prestasi kerja dari masa ke 56

semasa
II. Pengurusan Bermatlamat (MBO)

• Pengurusan dan subordinat bergabung tenaga dalam


membentuk dan merangka objektif

• Motivasi dan prestasi kerja akan meningkat sekiranya


pekerja terlibat dalam penyediaan objektif

• Terdapat prosedur (langkah-langkah tertentu) dalam


melaksanakan Pengurusan Bermatlamat (MBO)

• Penilaian prestasi dari masa ke semasa

• Pemberian ganjaran jika pekerja mencapai prestasi yang


dikehendaki
57
58
III. Rekabentuk Kerja/Pusingan Kerja
(Job Rotation)
• Teknik ini membolehkan pekerja
digerakkan secara sistematik dalam
organisasi.

• Dapat beri peluang kepada pekerja


mencuba pelbagai kerja yang boleh
meningkatkan kemahiran mereka

• Dapat mengelakkan kebosanan


dalam melakukan
pekerjaan/suasana yang sama
setiap hari.

59
IV. Perluasan Kerja (Job Enlargement)

• Kombinasi tugas-tugas yang telah digabungkan


untuk dilakukan oleh pekerja dalam memberi
kepelbagaian kerja dan cabaran terhadap mereka.
• Pekerja akan bertanggungjawab mengawal dua
atau tiga tugas dalam satu masa.
• Sesuai digunakan jika pekerja merungut bahawa
kerja yang dilakukan sebelum ini terlalu mudah
dan mempunyai skop kerja yang kecil.

60
v. Peningkatan / pengkayaan kerja

• Menyediakan pekerja dengan kerja yang lebih bermakna dan


kebertanggungjawaban yang lebih

• Memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada pekerja untuk


menjalankan perancangan tugas mereka dan mengawalnya hingga
selesai.

61
VI. Kualiti Suasana Kerja

• Program untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi


(pengurusan kerja, pekerja dan keadaan kerja yang baik)

• Pengalaman kerja seronok => prestasi cemerlang.

• Kaedah ini dibentuk supaya pekerja merasa seronok dengan


diri, kerja dan organisasi.

• Antara kaedahnya ialah dengan pampasan yang sesuai,


persekitaran kerja yang selamat, peluang meningkatkan
diri,program pembangunan dan kelonggaran jadual kerja

62
VII. Pengupayaan (Empowerment)

• Pekerja berkuasa/diberi kuasa terhadap proses kerja (eg.kawal


belanjawan kewangan, beri cadangan, buat jadual kerja etc.)

• Kaedah ini dapat mengukur/mengawal prestasi kerja pekerja

• Mereka diberi tugas penting untuk diri sendiri dan orang lain dan
mereka percaya bahawa mereka mampu menjalankan tugas dengan
jayanya

63
VIII. Ganjaran

• Suatu balasan kepada usaha-usaha dan kerja yang dilakukan


oleh pekerja.

• Melibatkan ganjaran kepada pekerja samada :


– Bentuk Wang – Meliputi gaji, upah dan bonus
– Bentuk Bukan Wang – Meliputi penghargaan atau
kepercayaan dari pihak majikan

• Objektif utama adalah untuk memotivasikan pekerja dan


menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih tekun dan
bersemangat.

• Nilai ganjaran adalah berdasarkan tanggungjawab yang dipikul


dan kedudukan yang disandang oleh pekerja

64

You might also like