Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab - Maryam Jameelah

Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab - Maryam Jameelah

Ratings: (0)|Views: 53|Likes:
Published by Raj Rah
Education
Education

More info:

Published by: Raj Rah on Sep 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/14/2010

pdf

text

original

 
Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab
- 1 -
Suka Duka Gerakan
Islam
Dunia Arab
Maryam Jameelah
 
Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab
- 2 -
PENDAHULUAN
Oleh kerana Islam sepanjang sejarahnya berkisar sekitar dunia Arab,maka keagungan Islam dan kekuatannya kerap dilihat dari perkembangan dikalangan umat Arab. Malah tumpuan tamaddun Barat sendiri, dalam usahamengembangkan pengaruhnya di kalangan masyarakat Islam diberikan kearahmelumpuhkan masyarakat Islam Arab.Dua abad terakhir menjelang abad moden menguasai dunia, kuasa-kuasaEropah yang dipelopori oleh British dan Perancis mendatangi dunia Arab yangketika itu di bawah naungan politik empayar Othmaniah Turki.
 
Empayar Othmaniah diakui sebagai benteng Islam yang terkuat dan ia menjadihalangan kepada kemaraan pengaruh Kristian dan tamaddun barat yangdiasaskan dari kebudayaan Eropah. Dunia Islam tidak dapat dipecahkan dengankekuatan dan keunggulan Turki.
 
Bagaimanapun kuasa-kuasa penjajahan barat yang sudahpun bertapak dikawasan lain seperti di India, Asia Tenggara, Afrika Tengah dan Afrika Selatan,Kepulauan Carribean dan Amerika mulai memberikan sumbangan bagimelumpuhkan Turki. Cara yang mudah ialah memecahkan perpaduan dikalangan umat Islam dan tumpuannya ialah mendampingi setiap kelompokdalam masyarakat Arab.Dalam abad-abad terakhir itu Turki sendiri mulai menyimpang dari caraIslam yang syumul. Pemimpin-pemimpin Turki mulai bimbang kemungkinankuasa Islam itu berpindah dari tangan orang Turki ke tangan umat Islam lainnyaseperti Arab misalnya. Oleh itu semangat ukhuwwah itu mulai longgar.
 
Dalam suasana seperti ini ejen-ejen penjajahan British, Perancis, Itali danlain-lain dapat menyusup mendekati orang-orang Arab. Melalui kegiatandagang pengaruhnya bertapak lalu diikuti dengan campur tangan politik danakhirnya mendedahkan dunia Arab dalam suasana serangan pengaruh barat danKristian.
 
Dunia Arab sendiri, sekalipun masih dalam pengaruh Islam, tetapi mulaidilumpuhkan oleh kejahilan penganut-penganutnya. Di samping ramainya umatIslam yang buta huruf dan setengahnya tidak dapat menunaikan ibadat denganperaturan yang ditentukan, di kalangan yang berilmu pula ramai yang kakuakibat terikat dengan ajaran Sufi dan tarekat.
 
 
Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab
- 3 -
Dua faktor yang menyelubungi masyarakat Islam baik di Sudan, Mesir,Libya, Maghribi, Semenanjung Arab dan lain-lain menyebabkan masyarakatIslam gagal menjadi satu tenaga penggerak dan pelindung umat.
 
Kejahilan umat itu sendiri menyebabkan mereka tidak dapat doronganuntuk membuat kemajuan, dan mereka tidak dapat melihat Islam sebagaisumber yang boleh memberi kekuatan dan kemajuan. Ketiadaan ilmu itu sendiri
 
menyebabkan mereka hilang tujuan hidup dan dengan demikian mereka mudahmenjadi buih yang dihanyutkan oleh arus yang melanda.
 
Dalam keadaan seperti ini, disamping mereka tidak dapatmengembangkan Islam, mereka juga boleh menjadi anasir yang digunakanuntuk memukul Islam. Lord Cromer yang memimpin British di kurun ke 19mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk campur tangan dalam urusanpolitik Mesir dan Sudan. Mereka berjaya mendapat kerjasama dari golonganbangsawan tempatan untuk menumpulkan Islam.
 
Sebelum politik rantau itu dapat dikuasai Perdana Menteri British,Gladstone menyarankan bahawa kuasa Barat tidak mungkin dapat menentangIslam kerana mereka berpegang teguh kepada ajarannya. Justeru itu pernahbeliau memberitahu Parlimen British, untuk menakluki hati dan politik orangIslam "hendaklah mereka dipisahkan dari buku ini". "Buku ini" yangdimaksudkan oleh Gladstone itu ialah Al Qur'an.
 
Sesungguhnya keterangan itu adalah benar.Sudan adalah
 
contoh terbaik betapa pengaruh asing sukar diterimadisebabkan kuatnya pengaruh Imam Muhamad Ahmad al-Mahdi yangmengasaskan Gerakan Al Mahdi di hujung abad ke 19 hingga awal kurun ke 20ini. Pengaruhnya berjaya menanamkan semangat Jihad di kalangan pengikutIslam hingga ia dikira sebagai satu ancaman kepada pengaruh asing dan kuasaasing. Malah golongan bangsawan Arab lainnya merasa terancam ataskegiatannya.
 
Disamping kempen kesedaran yang ditanamkannya, gerakan itumementingkan pengisian ilmu. Dari semasa ke semasa, pengajaran Islam secaradinamik dikembangkan kepada masyarakatnya. Perkembangan yang samadilancarkan oleh mujahid lain seperti Ass Sanusi di Libya hingga ke Maghribi,dan Gerakan Wahabi di Semenanjung Arab. Masing-masing memberikantumpuan dengan mengadakan sekolah yang dapat menanamkan aqidahIslamiah kepada orang ramai.
 
Dalam semua perkembangan semacam terdapat satu persamaan baik dimana-mana juga roh Islam itu bertiup. Samada yang dianjurkan oleh Al Mahdidi Sudan, Ass-Sanusi di Utara Afrika, Gerakan Wahabi di Semenanjung Arab,Ikhwanul Muslimin di Mesir kemudiannya dan angkatan Sheikh Uthman danFodio di Nigeria, Jihad menjadi pendorong utama. Tetapi Jihad itu sendiri hanyadihayati sesudah orang-orang Islam dapat meningkatkan aqidahnya.
 

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Raj Rah liked this
Raj Rah liked this
Raj Rah liked this
Raj Rah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->