You are on page 1of 17

SOALAN TUGASAN

Pendekatan bertema seringkali digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan
budaya dan minat pelajar dan guru. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Anda telah melakukan satu lawatan bersama-sama murid-murid anda.

(a) Berdasarkan lawatan tersebut, jelaskan cara menjalankan pendekatan bertema yang dapat
digunakan dalam proses mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.

(8 markah)

(b) Bincang tentang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi panduan bagi
anda memilih tema tersebut

(10 markah)

(c) Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh dilibatkan
berdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan perlaksanaan tema yang dipilih bagi setiap
mata pelajaran tersebut dalam bentuk PowerPoint bagi menunjukkan penggabungjalinan
tersebut.

(12 markah)

[Jumlah: 30 markah]

1
1.0 PENGENALAN

Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan
pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan
gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat guru dan murid. Tema bukan sahaja
sebagai subjek atau tajuk tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi perspektif atau
pandangan dan seringkali menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan member
peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu.
Tema member tujuan dan makna untuk pembelajaran.

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di sekitar
konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang member peluang kepada guru untuk
menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun
berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan
pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-
bidang kurikulum.

Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema, pelajar diberi


peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang
diterimapakai.

Melalui pendekatan bertema ini terdapat tiga jenis tema yang biasanya digunakan di dalam
sesuatu mata pelajaran untuk menghubungkaitkan dengan mata pelajaran yang lain. Tiga jenis
tema tersebut ialah:

2
JENIS TEMA

Tema Persekitaran Tema Masyarakat Tema Komunikasi

Alam Semulajadi Purba Verbal

Manusia Batu Nonverbal

Teknologi Terkini

Soalan a): Jelaskan cara menjalankan pendekatan bertema yang dapat digunakan dalam
proses mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.

Pendekatan Bertema atau Pendekatan Tematik merupakan salah satu pendekatan yang berkesan
dalam menentukan matlamat dan objektif proses pengajaran dan pembelajaran tercapai.
Pendekatan ini sering dipraktikkan pada peringkat awal atau asas kanak-kanak. Pendekatan
Bertema ini merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai
pembelajaran, serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema.

Murid-murid perlu digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran yang
semulajadi dan bermakna kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara membuat dan
mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu. Guru perlu menyediakan pengalaman yang bererti kepada
murid-murid supaya mereka bukan sahaja ada elemen keseronokan tetapi juga untuk
mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat sendiri.

Pendekatan Bertema memfokuskan suatu tema yang dipilih untuk guru mengajar kemahiran dan
ianya mempunyai perkaitan dengan mata pelajaran lain. Dengan kata lain, pendekatan ini
merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar suatu konsep atau tema.

3
Terdapat berbagai cara untuk menjalankan pendekatan bertema ini. Antaranya ialah:

i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk
memperkenalkan pendekatan bertema.

 K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?

 W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?

 L (learn) ---- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?

ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam
semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama,
moral dan kemahiran hidup.

iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuah
cerita kepada kelas.

iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit – jika
tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian, sebuah kolaj tentang gambar-gambar boleh
dipamerkan di atas papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai
manusia dan mesin.

v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset.

vi) Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik.

4
vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains dan matematik.

viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang.

Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa boleh diajar dengan
menggabungjalinkan muzik, seni visual dan pergerakan bagi membolehkan pengalaman
pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang bermakna.

Tema yang dipilih di sini ialah tema lawatan iaitu seperti membuat lawatan ke Zoo Negara.
Melalui tema lawatan ini, anda boleh memilih konsep atau isu utama yang penting seperti tema
yang bertajuk haiwan liar atau haiwan jinak.

Dalam sukatan yang membawa tajuk ‘Haiwan Liar’ atau ‘Haiwan Jinak’ ini biasanya, ia
menyatakan hasil pembelajaran yang boleh dinilai seperti menyenaraikan 10 nama haiwan liar
yang kamu lihat dan temui di Zoo Negara.

Melalui kaedah tema lawatan ini, banyak aktiviti yang boleh dijalankan iaitu antaranya bersoal
jawab dengan murid-murid tentang haiwan-haiwan yang ditemui di Zoo Negara. Aktiviti lain
yang boleh dijalankan ialah asingkan nama-nama haiwan mengikut kumpulan liar dan jinak,
senaraikan seberapa banyak nama haiwan yang ditemui mengikut jenis seperti jenis burung,
ayam, harimau, kucing, beruang, buaya, zirafah, dan lain-lain lagi.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat membantu pelajar berfikir melalui penerangan dan
penjelasan sebelum melakukan lawatan sama ada di dalam kelas atau sebelum bertolak ke Zoo
Negara. Anda boleh memberikan borang soal selidik kepada pelajar sebelum lawatan yang
mengandungi bahagian-bahagian seperti haiwan jinak, haiwan liar, jenis-jenis burung, jenis-jenis
ayam, jenis-jenis harimau, kucing dan sebagainya seperti yang telah diterangkan dan dijelaskan
sebelum melakukan lawatan.

5
Di samping itu juga, tema lawatan ini akan menguji kemampuan pelajar untuk membuat
perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin yang lain dengan apa yang mereka perolehi
melalui lawatan yang dijalankan itu. Jadi, pelajar-pelajar akan cuba sedaya upaya mereka untuk
membuat perkaitan antara pelajaran-pelajaran yang mereka pelajari di sekolah dengan lawatan
tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, tema lawatan yang dipilih ini sudah tentu dapat menarik minat pelajar
dan sesuai terutamanya kepada pelajar sekolah rendah yang umumnya kekurangan pengetahuan
tentang haiwan terutamanya kepada pelajar luar Bandar yang jarang mendapat peluang untuk
melihat sendiri haiwan-haiwan dan alam persekitaran hijau di hadapan mata mereka. Ini jelas
menunjukkan, tema lawatan ini bersesuaian kepada pelajar yang sememangnya kehausan dan
kekuarangan ilmu pengetahuan mengenai lawatan.

Bahan-bahan sumber untuk menerangkan unit ini boleh diperolehi melalui buku-buku yang
disediakan dan juga jika seseorang guru itu mahir menggunakan ICT bolehlah melayari laman
web yang berkaitan untuk mencari maklumat mengenai tema lawatan ini.

Soalan b): Bincang tajuk-tajuk tema dan soalan-soalan yang boleh menjadi panduan bagi
anda memilih tema tersebut.

Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit.
Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud
dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba
terokainya.

Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih tema:

 Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih?

 Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan?

 Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?

 Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?

6
 Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin yang
lain?

 Adakah tema yanag dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?

 Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?

Mata pelajaran yang dipilih untuk dijalankan dalam pengajaran yang menggunakan Pendekatan
Bertema ialah Bahasa Melayu Tahun Satu. Pengajaran yang dijalankan adalah bertemakan
PERSEKITARAN – Alam Semulajadi dan bertajuk ‘BUAH-BUAHAN TEMPATAN’.

Terdapat enam perkara penting mengapa tema ini dipilih iaitu:

i) Boleh merentas semua mata pelajaran.

Tema yang dipilih boleh digunakan atau diaplikasikan ke dalam semua mata pelajaran
seperti Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Muzik dan Seni Visual. Tema BUAH-
BUAHAN boleh digunakan di dalam mata pelajaran lain melalui aktiviti mengira
(Matematik), nyanyian lagu buah-buahan (Muzik), melukis dan mewarna (Seni Visual)

ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar.

Tema yang dipilih iaitu BUAH-BUAHAN mempunyai kaitan langsung dengan


pengalaman dan kehidupan harian murid-murid. Maksudnya, murid-murid telah
mempunyai pengetahuan dan pengalaman sedia ada tentang tema BUAH-BUAHAN
yang akan diperkenalkan. Ini akan memudahkan guru untuk berkomunikasi dan
berbincang mengenai tajuk pelajaran.

7
iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa.

Tema BUAH-BUAHAN adalah bersesuaian dengan situasi atau keadaan persekitaran


murid-murid yang kebanyakannya mempunyai pengalaman makan buah-buahan
tempatan seperti durian, rambutan, manggis, langsat dan sebagainya. Dari segi masa dan
peristiwa, didapati tema BUAH-BUAHAN adalah praktikal digunakan berasaskan
kepada kempen makan buah-buahan tempatan dan penerapan nilai-nilai murni. Secara
tidak langsung, ini dapat memudahkan murid-murid membuat perkaitan antara perkara
yang diajar dengan situasi sebenar.

iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Tema BUAH-BUAHAN yang dipilih adalah merupakan satu bidang atau skop yang luas
dan difahami umum. Jadi, kemudahan untuk penyediaan dan perolehan bahan dan
sumber untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah mudah dan
banyak pilihan. Media pengajaran berbentuk audio visual dan sumber-sumber teknologi
maklumat dan komunikasi boleh didapati dengan mudah dan cepat.

v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih.

Tema BUAH-BUAHAN yang dipilih adalah merupakan salah satu tema yang disukai
oleh guru disebabkan beberapa factor seperti mudah difahami, berkaitan dengan
pengalaman sedia ada murid, banyak sumber bantu mengajar, dan berkaitan dengan mata

8
pelajaran lain. Oleh itu, guru berminat, bermotivasi, dan berkeyakinan untuk
menyampaikan tema BUAH-BUAHAN di dalam pengajaran dan pembelajaran.

vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Tema ini mempunyai pemeringkatan dari segi aras kesukaran iaitu daripada yang mudah
kepada yang lebih mencabar. Aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran adalah
berperingkat iaitu dimulai dengan penerangan guru, perbincangan dan seterusnya
penerokaan atau pembelajaran akses kendiri.

9
CONTOH PENDEKATAN BERTEMA

Perkembangan Perkembangan

Agama Islam/ Bahasa Melayu

Moral - lisan, warna, saiz

-kesyukuran

Perkembangan Penggunaan

Kerohanian Bahasa Inggeris

Dan Moral - perbualan

- Menjaga

Kebersihan

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Perkembangan Perkembangan

Estetika dan Kognitif

Daya Kreatif - bentuk, warna,

-melukis saiz

10
-menyanyi

Perkembangan Perkembangan

Fizikal Sosioemosi

-pergerakan -nyanyian

Soalan c): Berikan pandangan anda mengenai jumlah mata pelajaran yang boleh
dilibatkan berdasarkan tema yang anda pilih. Huraikan
perlaksanaan tema yang dipilih bagi setiap mata pelajaran tersebut
dalam bentuk PowerPoint bagi menunjukkan penggabungjalinan
tersebut.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh digunakan
untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan murid. Tajuk
‘PERSEKITARAN’ boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti muzik, seni visual dan
pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, tema berkaitan dengan persekitaran juga boleh
digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan
menggunakan mata pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.

Berikut adalah contoh-contoh mata pelajaran yang boleh diintegrasikan dengan aktiviti-
aktiviti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.

 Bahasa Melayu

Tema: Persekitaran

11
Tajuk: Haiwan Ternakan

Murid diperkenalkan tentang jenis-jenis haiwan yang terdapat di hutan mahupun di


persekitaran kehidupan murid melalui gambar, rakaman video, penerangan dan
sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan
haiwan diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi.

Pergerakan : a) Cara haiwan-haiwan berjalan atau bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain.

b) Haiwan yang dipilih seperti kucing hendak menerkam mangsa.

Muzik : a) Bunyi kuat – harimau mengaum

b) Bunyi lembut – kucing bermanja-manja dengan tuannya

Seni Visual: a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti suka atau sediah
dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

 Pendidikan Seni Visual

Tema : Persekitaran (Menggambar – Bidang A)

Tajuk : Taman Bunga

Murid-murid diperkenalkan dengan jenis-jenis bunga-bungaan yang perlu ada dan


sesuai di tanam di taman bunga melalui gambar, penerangan dan contoh-contoh
maujud yang ada di persekitaran sekolah.

Pergerakan : a) Cara bunga-bunga bergerak ketika ditiup angin.

12
b) Memungut bunga-bunga yang gugur pada aras yang berbeza: tinggi,
rendah, berterbangan.

Muzik : a) Bunyi yang merdu – pokok-pokok bunga menyanyi kerana gembira

b) Bunyi yang mendayu-dayu – bunga-bunga berguguran

Seni Visual : a) Mewarnakan gambar taman bunga dengan iringan muzik sama ada
muzik sedih atau gembira.

 Pendidikan Muzik

Tema : Persekitaran

Tajuk : Dayung Sampan

Guru memperkenalkan dan menunjukkan kepada murid-murid senikata lagu


‘DAYUNG SAMPAN’. Bersoaljawab berkaitan dengan lagu tersebut.
Menunjukkan kepada murid cara-cara mendayung sampan, mengawal sampan dan
memberhentikan sampan.

Pergerakan : a) Cara mendayung sampan

b) Cara menangkap ikan

Muzik : a) Bunyi yang menderu – air laut terkena dayung

b) Bunyi air berkocak

Seni Visual: a) Melukis dan mewarna gambar orang sedang mendayung sampan.

13
 Matematik

Tema : Persekitaran

Tajuk : Nombor

Memperkenalkan kepada pelajar nombor-nombor perdana yang perlu dipelajari


menggunakan kad nombor dan kad gambar. Bersoaljawab tentang nombor yang
ditunjukkan.

Pergerakan : a) Menunjukkan bentuk-bentuk nombor menggunakan tangan


dan jari.

Muzik : a) Urutan bunyi berkaitan nombor.

Seni Visual: a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti suka atau sedih
dengan menggunakan berus dengan warna yang berbeza-beza.

 Sains

Tema : Persekitaran

14
Tajuk : Spring

Guru menunjukkan kepada pelajar jenis-jenis spring melalui spring sebenar.


Bersoaljawab tentang spring dan ciri-ciri spring.

Pergerakan: a) Melompat seperti spring

b) Membuat pergerakan menekan spring, memutar spring dan


membengkokkan dan meregangkan spring.

Muzik : a) Bunyi yang kuat – spring bengkok

b) Bunyi yang lembut – spring ditekan

Seni Visual: a) Menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang
berbeza-beza.

 Kemahiran Hidup

Tema : Persekitaran

Tajuk : Keselamatan Di Dalam Bengkel

Guru menerangkan kepada murid tentang langkah-langkah keselamatan di dalam


bengkel melalui carta langkah-langkah keselamatan. Bersoaljawab tentang langkah-
langkah keselamatan di dalam bengkel.

15
Pergerakan: a) Membuat lakonan tentang langkah keselamatan sewaktu membawa
barang yang tajam.

b) Cara meletakkan alatan di tempat yang betul di dalam bengkel.

Muzik : a) Bunyi yang kuat – alatan tangan jatuh ke lantai dan patah.

b) Bunyi yang lembut – memungut alatan yang jatuh dengan berhati-hati

Seni Visual: a) Melukis dan mewarna alatan tangan dan membina carta keselamatan.

KESIMPULAN

Sebagai rumusan, dapatlah dikatakan bahawa mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan member
peluang kepada kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang
melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga
membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang
melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.

Pada nasa yang sama, ia menekankan penghubungkaitan Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
dengan mata pelajaran lain untuk merangsang pembelajaran serta membantu pemindahan
pembelajaran. Selain daripada itu, mata pelajaran ini member pendedahan tentang
pengintegrasian aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam mata pelajaran yang lain
dengan pendekatan bertema.

16
BIBLIOGRAFI

Azah Aziz. (1991). Di Taman Seni. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

C.H.Lee. (2004). Pendidikan Muzik KBSR. Seberang Prai: Rhythm Distributor Sdn. Bhd.

Dr. Rossini Abu. (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Open
Universiti Malaysia.

Faridah Jaafar. (1995). Bunyi dan Muzik. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Sdn. Bhd.

Hamidah Abdul Hamid. (1995). Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Jamel Ismail & Zulkifli Yaakob. (2007). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Zabri Zakaria. (2005). Variasi Seni Dan Muzik. Petaling Jaya: Sejati Books Sdn. Bhd.

17

You might also like