Falsafah Pendidikan Guru. (FPG)
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yangdinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamatdan pendidikan guru:
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negaraserta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembanganindividu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Matlamat Pendidikan Guru
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikanguru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalantingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupayamencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abadke-21.
Model Konseptual Pendidikan Guru
Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar FalsafahPendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawahtiga dimensi utama, iaitu:
1.
Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakankepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.2.Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan.3.Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmuserta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumitiga aspek asas, iaitu :1.Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalamkehidupan.2.Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajarandengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.3.Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yangdirancangkan.