You are on page 1of 1

Jenis pencemaran

Terdapat empat jenis pencemaran yang utama di Malaysia iaitu pencemaran air,
udara, darat dan bunyi seperti yang berikut:

 Pencemaran Darat
Aktiviti manusia menyebabkan berlakunya pelbagai jenis pencemaran alam.
Sistem pembuangan sampah yang tidak terurus menjadi punca utama
pencemaran darat.  
 Pencemaran Udara
Asap yang dikeluarkan oleh kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka
mencemarkan udara. Udara menjadi tercemar apabila kandungan gas yang
berbahaya seperti karbon monosikda, karbon dioksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida, nitrogen oksida dan ampaian lain memenuhi ruang udara.
 Pencemaran Air
Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sampah sarap dan sisa toksid
dari kawasan perindustrian dan kawasan perumahan ke dalam sungai dan
laut. Tumpahan minyak, pembuangan sisa bahan kimia dari kilang, najis
ternakan dan racun serangga juga menyebabkan pencemaran ini berlaku. 
 Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang, kenderaan-kenderaan,
alatan eletronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari kilang
yang terlalu bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak
tenteram dan selesa. 

You might also like