You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT
Prakata
1
1.0 Pendahuluan 2
1.1 Pengenalan 2-3
1.2 Definisi Konsep 3-4

2.0 Analisis Teks Kajian 5

2.1 Latar Belakang Teks 5-7


2.2 Komsas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 8 - 11
2.3 Sistem Bahasa dalam teks 11 - 12
2.4 Seni Bahasa Dalam Bahasa 12 - 13
3.0 Analisis Kertas Kajian Komsas 14
3.1 Pendahuluan 14
3.2 Latar Belakang Kajian 14
3.3 Dapatan Kajian 15 – 17
3.4 Kesimpulan 18
3.5 Cadangan 18 - 19
Rujukan 20
Lampiran 1 ( Teks pantun empat Kerat ) 21
Lampiran 2 ( Kertas Kajian Komsas ) 22

Prakata

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapatlah saya


menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W, rasul sekalian alam. Setinggi penghargaan diucapkan
dan jutaan terima kasih kepada pensyarah permbimbing En. Ab Rahim bin Md Yasin

Rosidah Darus/691022105854 1
yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan
ini. Jasamu amat saya hargai. Semoga Allah jua membalas budi baikmu tuan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuanngan yang
sentiasa memberi dorongan dan semangat sepanjang menyempurnakan tugasan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung membantu menjayakan tugasan ini.

Buat keluarga tercinta terutamanya suami tersayang A.S Fathunnur bin Mohd Aris ,
putera – puteri yang dikasihi, Muhammad ‘Ammar, Nur ‘Adilah, Nur ‘Adriana, Nur
‘Ailin Natasha, dan Nur ‘Asriena Nabihah yang sentiasa menjadi perangsang semangat
dan memberi kekuatan untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kasih kalian
sentiasa mekar dalam ingatan.

Harum mewangi si bunga tanjung,


Hidup subur menghiasi laman
Budi mu tuan akan ku kenang
Ilmu di titip sepanjang zaman

Burung ketitir membuat sarang


Sarang di buat dirumah tamu
Hamba ini seorang pedagang
Dagang untuk mencari ilmu

1.0 Pendahuluan

Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu ( KOMSAS ) sebagai komponen wajib


dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah telah dilaksanakan secara
berperingkat mulai Mac 2000 bagi tingkatan satu dan empat, tahun 2001 untuk tingkatan
dua dan lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga. Ini bukanlah merupakan sesuatu yang

Rosidah Darus/691022105854 2
baru, malah merupakan lanjutan daripada unsur sastera dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1984.
Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.4/99 bertarikh 24 Februari 1999 mencadangkan supaya
Komponen Kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Tingkatan 1 – 5. Gesaan ini telah diterima oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dengan
mencadangkan supaya Kesusasteraan Melayu diperkenalkan sebagai satu komponen
wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah. Cadangan ini diluluskan
di dalam mesyuarat jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.2/99 pada 11 Jun 1999.
Komponen Sastera (Komsas) dimasukkan dalam pengajaran bahasa bagi mencapai
matlamat pembinaan insan yang positif terhadap ilmu dalam kehidupan.

Sebelum Komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan
sastera dalam pendidikan bahasa. Namun, keberkesanannya dalam aspek penghayatan
nilai tidak membanggakan. Hal ini demikian kerana pengajaran dan pembelajaran
menjurus kepada aspek input bahasa semata-semata. Aspek nilai estetik, keindahan
bahasa, dan sosio budaya yang tergarap dalam karya yang digunakan itu tidak diberikan
tumpuan. Sebaliknya, melalui Komsas, aspek-aspek tersebut diberikan penekanan di
samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa.

1.1 Pengenalan

 Dasar Pendidikan Kebangsaan di negara kita menitikberatkan perpaduan nasional


memandangkan Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum. Sehubungan itu,
Kesusasteraan Melayu telah dikenal pasti sebagai pendekatan yang berkesan untuk
menyatupadukan rakyat Malaysia. Oleh demikian, KOMSAS telah diperkenal dan
dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2000.

Sehubungan dengan itu, guru Bahasa Melayu mestilah mempunyai pengetahuan tentang
komsas dan bersedia dengan segala perancangan, mental dan fizikal untuk melaksanakan
tanggungjawab pengajaran di kelas. Tanpa persediaan yang rapi oleh guru, kemungkinan
objektif pengajarannya tidak tercapai sepenuhnya,

Rosidah Darus/691022105854 3
Para guru Bahasa Melayu bukan sahaja perlu menguasai ilmu yang berkaitan komsas,
malahan perlu memggunakan pelbagai variasi bahasa dan gaya, aspek bahasa dan strategi
pengajaran-pembelajaran bahasa. Mereka perlu peka dan berusaha ke arah merancang
pengajaran dan pembelajaran yang baik sebelum tampil ke dalam bilik darjah dan
memastikan bahawa teks-teks komsas yang ditetapkan bagi setiap tingkatan itu dapat
dikuasai oleh setiap orang murid..

Pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu penting dalam


pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, dan beretika tinggi. Ini kerana
karya komsas kaya dengan khazanah ilmu, budaya, pengalaman dan nilai-nilai
kemanusiaan sejagat. Dalam bidang pendidikan, karya komsas bukan dapat dipelajari
oleh pelajar malahan turut memartabatkan kesusteraan tanah air ke peringkat global.

Sesungguh langkah Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Komsas di


peringkat sekolah rendah pada tahun 2011 amat dipuji. Ia merupakan antara langkah ke
arah mempertingkatkan pengetahuan, pengalaman, dan penerpanan nilai-nilai murni
untuk melahirkan modal insan seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara
( FPN ).

1.2 Definisi konsep

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera' . Komsas merupakan komponen
dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ,
Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 - 5 di di semua sekolah menengah.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan
sebuah antologi . Apabila sampai ke tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku.

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia
- tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat ,
panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar
PMR dan SPM. Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR
dan membawa markah 10 % sahaja.

Rosidah Darus/691022105854 4
Antologi pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi tradisional, sajak, prosa
tradisional, cerpen dan drama.

Komsas dilihat sebagai alternatif kepada subjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini.
Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran
sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapat membina kecekapan berbahasa dan
membina kualiti minda dan keinsanan.Komsas adalah merupakan satu medium untuk
membentuk dan memantapkan aspek emosi dan rohani, selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Melaluinya diharapkan emosi para pelajar dapat dibentuk
dengan jayanya melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan.

Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku. Iaitu dari segi
ilmu iaitu pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusteraan dengan ilmu bahasa.
Selain itu berlaku juga penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran dimana bahan-bahan
kesusteraan seperti cerpen , sajak, novel dan sebagainya digunakan dalam pengajaran.

Matlamat utama pengenalan KOMSAS


☻ mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan,
keindahan dan kehalusan bahasa.

Objektif
☻ menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar
☻ mempertingkatkan kemahiran berbahasa
☻ merangsang kemahiran menilai
☻ mengkritik pelbagai karya sasteradan akhir sekali untuk memupuk semangat yakin
diri.

Rumusannya pembentukan individu yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh


dan bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi merupakan agenda utama
yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengajaran den
pembelajaran KOMSAS dapat menyokong teras pembentukan individu ini, terutama dari

Rosidah Darus/691022105854 5
segi pemupukan ilmu , kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek dan
emosi. Penerapan elemen ini dalam karya-karya yang terdapat dalam manuskrip
KOMSAS secara tidak langsung mampu menjadikan murid seorang insan yang berfikir
tentang kebaikan , kebenaran , kehalusan budi pekerti, kesantunan bahasa, kecekalan hati,
keindahan seni, dan seterusnya menghargai kehidupan dan nilai hidup insani.

2.0 Analisis Teks Komsas


2.1 Latar Belakang Teks

Tajuk : Kasut Kelopak Jantung.


Antologi Teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
(Tingkatan 1 )

Genre : Puisi Tradisional ( Pantun Empat Kerat )


( Rujuk Lampiran 1 ).

Ringkasan maksud.
Rangkap Pertama :
Ilmu yang tinggi tidak akan berguna sekiranya seseorang itu tidak menunaikan solat .
Rangkap Kedua :
Meratapi ketika hampir kematian dan menyesali teringat sewaktu maninggalkan solat.
Rangkap Ketiga :
Ilmu yang tidak diamalkan seperti sebatang pokok yang tidak mengeluarkan hasil atau
buah.

Rangkap keempat :
Ramai manusia yang mengaku mulia tetapi hakikat sebenarnya yang paling mulia ialah
Allah Yang Maha Esa.
Rangkap kelima :

Rosidah Darus/691022105854 6
Keadaan azab dan sengsara di alam neraka amatlah mengerikan , sebab itulah perlu
sentiasa bermuhasabah diri.
Rangkap keenam :
Memohon keampunan dari Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan agar dapat
menjadi sebahagian dari ahli syurga. ( Masuk syurga ).

Tema
Pantun ini bertemakan Agama yang menyeru kepada kita untuk menyedari terhadap
kewajipan dan amalan yang perlu dilakukan oleh manusia ketika hidup di dunia sebagai
bekalan untuk dibawa ke akhirat

Persoalan.
1. Ilmu dan ibadat, seseorang itu perlulah berilmu dan menunaikan solat untuk
mencapai kesempurnaan hidup yang sebenar-benarnya.
2. Keinsafan, contohnya meratap usia pada usia tua kerana teringatkan perbuatan
meninggalkan sembahyang.
3. Memanfaatkan ilmu, ilmu yang ada perlu diamalkan , jika tidak sia-sia ahaja ilmu
yang ada umpama sepohon pokok yang tidak berbuah.
4. Kemuliaan Tuhan, contohnya darjat dan kemulian Allah Yang Maha Esa sama
sekali tidak boleh dibandingkan dengan manusia.
5. Muhasabah diri, contohnya sentiasa bermuhasabah diri bagi mengelak
dimasukkan ke neraka.
6. Bertaubat, memohon keampunan dari tuhan terhadap dosadosa yang telah
dilakukan agar dapat masuk ke syurga.

Bentuk.

Bentuk pantun empat kerat ( Agama ) iaitu : terdiri dari enam rangkap, empat baris
bagi setiap rangkap. Kebanyakan pantun ini mempunyai empat patah perkataan setiap

Rosidah Darus/691022105854 7
rangkap, bentuknya terikat dengan rima akhir ialah a, b, a, b dan jumlah bilangan
sukukata dalam setiap rangkap berbeza antara lapan hingga sebelas suku kata.

Nilai Murni.
1. Memanfaatkan ilmu,
Contohnya ilmu yang dimiliki perlu disebarluaskan kerana jika disimpan tiada
apa-apa faedah yang diperolehi.
2. Keinsafan.
Contohnya menangis insaf apabila mengenangkan diri yang telah mengabaikan
tanggungjawab menunaikan solat.
3. Mengakui kebesaran Tuhan.
Contohnya menganggap tiada siapa pun semulia Tuhan Yang Maha Esa.
4. Mengakui kesalahan diri.
Contohnya memohon ampun setelah banyak melakukan dosa dan memohon
keampunan dengan harapan dapat masuk ke syurga firdausi.

Pengajaran.
Antara pengajaran yang terdapat daripada pantun ini ialah kita perlu menunaikan solat ,
contohnya penyair mahu kita menunaikan solat bagi mengelakkan menyesal ketika
hampir kematian kelak. Seterusnya kita seharusnya mengembangkan ilmu yang
dimiliki , contohnya penyair menegaskan yang di perap tidak ada gunanya. Ilmu yang
tidak dimanfaatkan adalah seumpama pokok yang tidak mengeluarkan buah. Selain itu
kita juga perlu mengetahui kemuliaan Allah Yang Maha Esa, contohnya kemuliaan
Allah tidak boleh dibandingkan dengan makhluk lain. Akhir sekali kita hendaklah
memohon keamunan dan kemaafan daripada Allah , contohnya pada rangkap
keenam , penyair mahu kita memohon ampun agar mudah masuk ke syurga.

2.2 Komsas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan di Malaysia berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) iaitu


satu usaha yang berterusan memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan

Rosidah Darus/691022105854 8
bersepadu agar tercapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.

Tujuan FPN ialah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Kesusasteraan Melayu yang diajar dalam subjek Bahasa Melayu yang dikenali sebagai
komsas memenuhi cita-cita FPK kerana matlamatnya untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Ini kerana kesusasteraan mencerminkan masyarakat dan budaya serta merupakan


manifestasi kesenian melalui media bahasa yang kreatif lagi indah. Justeru, cara
mengenal dan memahami karya kesusasteraan Melayu melalui pendidikan Bahasa
Melayu itu membolehkan murid dapat memahami manusia dipersekitarannya.

Secara tidak langsung, para pendidik boleh melakukan menerapkan nilai-nilai murni ke
arah usaha melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Murid-murid pula menikmati
kehalusan dan keindahan gaya bahasa dan menguasai sistem dan tatabahasa Bahasa
Melayu dengan baik.

Unsur intelek dalam FPK pula mengandungi hikmah atau ilmu yang bermatlamatkan
kebenaran, iaitu yang menggambarkan pemikiran logik, analitik, kreatif, kritis, imaginatif
dan naratif untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan Pantun Empat Kerat ( Agama), saya mendapati penulis telah banyak
mengutarakan elemen-elemen yang terdapat dalam FPN untuk membangunkan para
pembaca dari segi budaya berfikir dan pembangunan sahsiah secara menyeluruh dan
seimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini dapat dilihat
berdasarkan plot cerita yang diterjemahkan oleh penulis untuk dibaca oleh para pembaca.

a) Aspek Jasmani

Rosidah Darus/691022105854 9
Unsur jasmani ialah unsur yang berkaitan dengan jasad atau tubuh badan atau disebut
fizikal. Unsur jasmani yang paling penting untuk diperkembang dan dipertingkatkan
adalah kesihatan dan kecergasan.

Jasmani merupakan badan dan diri untuk bertapaknya kecerdasan intelektual,rohani


dan emosi. Secara ringkasnya kecerdasan jasmani bagi seseorang itu wujud apabila dia
mampu menjaga rehat yang cukup, makan yang seimbang dan riadah (Muhamad
Mahyudin Nafis, 2007 )

Penulis mengajak pembaca menggunakan kekuataan tubuh badan untuk menunaikan


tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang umat islam. Ini dapat ditunjukkan pada
rangkap yang pertama dan kedua yang menyebut tentang solat. Untuk menuanaikan solat
kita memerlukan pergerakan fizikal .

“Meski ilmu setinggi tegak,Tidak sembahyang apa gunanya” ( Rangkap 1 )

“Menangis di pintu kubur , teringat badan tidak sembahyang” ( Rangkap 2 )

b) Aspek Emosi

Emosi pula adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi,iaitu dari aspek
mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari
segi tingkahlaku yang menekankan tingkahlaku yang terkawal serta memiliki dan
memupuk kasih sayang (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992)

Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan
mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan
arah hidup manusia. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi
kepuasan seseorang.

Seseorang guru seharusnya menyemaikan kesedaran terhadap kewajipan amalan yang


perlu dilakukan oleh murid-murid sebagai hamba Allah yang lemah. Ini dapat
digambarkan dalam :

Rosidah Darus/691022105854 10
“ Sengsara masuk neraka” - perasaan takut terhadap seksa api neraka. ( Rangkap ke 5 )

“Mohonkan ampun dosa yang sudah” – perasaan menyesal dengan memohon keampunan
terhadap kekhilafan yang telah dilakukan . ( Rangkap ke 6 )

Dalam hal ini, penulis mengajak para pembaca merasa takut dan menyesal terhadap
kelalaian diri dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan
menyelami dan bermuhasabah diri. Ini secara tidak langsung akan dapat mengatasi
masalah sosial yang boleh menyebabkan mereka melakukan perbuatan yang dilarang
Allah dan mengundang dosa.

c) Aspek Rohani

Rohani, selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi
kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama.
Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan
kebaikan manusia sejagat. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial
masyarakat itu dan penetapan undang-undang.Rohani yang kacau dikaikan juga dengan
emosi negatif dari segi psikologi.

“Meski ilmu setinggi tegak, Tidak sembahyang apa gunanya.” ( Rangkap 1 )

“Banyaklah tuan serupa tuan, Tidak semulia Tuhan yang Maha Esa” ( Rangkap 4 )

Dari bait-bait pantun ini pelajar secara langsung mahupun tidak langsung perlu
diingatkan tentang ketaatan terhadap Allah dan agama yang merupakan satu-satunya
jalan yang dapat mengawal dan membentuk rohani yang sihat.

Penulis ingin mengajak para pembaca mengisi diri dengan nilai-nilai murni yang dituntut
oleh masyarakat dan agama. Ia sekaligus menjadi benteng kepada manusia daripada
dipengaruhi oleh unusr-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai moral yang baik.

Rosidah Darus/691022105854 11
Guru-guru dari semasa ke semasa harus membajai jiwa dan diri anak didik dengan
perilaku yang baik. Jiwa dan rohani yang bersih akan menyebabkan maruah diri
seseorang terpelihara daripada pengaruh pemikiran dan perilaku buruk.

d) Aspek intelek

Aspek intelek dilihat melalui konteks pencapaian akademik yang merangkumi kemahiran
asas iaitu membaca, menulis dan mengira, sentiasa berusaha meningkatkan ilmu
pengetahuan, mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis supaya mampu
menghasilkan idea-idea yang bernas.
“ Ilmu yang tidak diamalkan, Bagai pohon tidak berbuah” ( Rangkap 3 )
Bait pantun diatas dapat menyedarkan pelajar agar memanfaatkan ilmu yang diperolehi
untuk menjadi insan yang cemerlang didunia dan akhirat.

e) Aspek Sosial

Sosial disini yang dimaksudkan adalah segala sesuatu yang dipakai sebagai acuan dalam
berinteraksi antara manusia dalam konteks masyarakat atau komuniti, sebagai acuan
berarti sosial bersifat abstrak yang berisi simbol-simbol berkaitan dengan pemahaman
terhadap lingkungan, dan berfungsi untuk mengatur tindakan-tindakan yang dimunculkan
oleh individu-individu sebagai anggota suatu masyarakat.
Dalam pantun empat kerat ini penekanan aspek sosial secara tidak langsung akan terbina
semasa melakukan amalan solat berjemaah dan semasa menuntut ilmu.

2.3 Sistem Bahasa Dalam Teks


Sistem bahasa terdiri daripada tataahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi dan kosa
kata serta pribahasa. Sistem bahasa ialah pelengkap yang membantu murid dalam aktiviti
penulisan dan pertuturan menjadi lebih tepat, jelas dan mudah difahami. Penguasaan
yang luas dalam aspek ini membolehkan seseorang murid berbahasa seperti penutur jati
bahasa melayu.
Hal ini kerana , selain mengandungi peraturan dan gaya intonasi bahasa berkenaan ,
aspek sistem bahasa ini juga meliputi hal-hal sosiobudaya bahasa tersebut. Melalui genre

Rosidah Darus/691022105854 12
pantun ini murid dilatih untuk menggunakan intonasi yang betul dengan susunan bait
bahasa yang indah dan digubah berdasarkan kehidupan dan tanggungjawab sebagai
hamba Allah.
Pantun empat kerat ini juga memperkenalkan kosa kata yang mempunyai fungsi tertentu
dalam kemahiran berbahasa. Penguasaan bahasa yang baik dalam aspek kosa kata ini
akan membantu murid dalam kemahiran berbahasa yang lain. Dalam kemahiran menulis
pula , pengetahuan yang luas dalam kosa kata akan memudahkan murid menyatakan
maksud atau perasaan dalam tulisannya.
“Kemumu di dalam semak, ( Rangkap 1 )
“Kemumu ditengah pekan , ( Rangkap 3 ).
Dalam genre pantun intonasi memainkan peranan penting dalam pembentukan makna
atau perkataan ayat . Perkataan atau ayat yang sama akan berubah maknanya jika
intonasinya dibezakan. Contohnya pada rangkap ke 4 “ Banyaklah tuan serupa tuan”
perkataan tuan membawa makna yang berbeza.

2.4 Seni Bahasa Dalam Bahasa


Seni bahasa atau Gaya Bahasa menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah pengetahuan
tentang kata-kata dan penyusunan ayat. Menurut Menurut Sasterawan Negara, Keris Mas
dalam buku Perbincangan Gaya Bahasa Sastera (1988: 13), gaya bahasa ialah cara atau
ragam bahasa itu dipakai.
Gaya bahasa karya sastera dengan karya bukan sastera berbeza dari segi nilai estetik.
Estetik dalam puisi ialah keindahan bahasa yang digunakan untuk menyatakan perasaan,
pemikiran dan gambaran yang ingin disampaikan oleh penyair kepada khalayak.
Kehadiran nilai estetik dalam sesebuah sajak menjadikan bahasa kesusasteraan
mempunyai gaya yang tersendiri. Selain itu, keistimewaan yang membezakan genre puisi
terutama sajak dengan genre puisi yang lain ialah sajak tidak terikat dengan tatabahasa.

Dalam istilah kesusasteraan, hal ini dinamakan sebagai kebebasan seni atau kebebasan
penyair (poetic licence), iaitu keistimewaan yang kadang-kadang dituntut oleh para
penyair dengan tujuan untuk lari daripada aturan atau cara pengucapan yang biasa supaya

Rosidah Darus/691022105854 13
puisi yang dihasilkan itu mencapai bentuk yang dikehendaki (Glosari Istilah
Kesusasteraan, 1988:128).

Dalam pantun empat kerat ini , gaya bahasa dapat di rungkaikan seperti dibawah :

1. Pengulangan - Pengulangan perkataan asam, contohnya Asam kandis asam


gelugur asam riang-riang pada rangkap kedua.
2. Resposi ( pengulangan perkataan di tengah baris ) - Contohnya Ilmu yang tidak
diamalkan dan Bagai pohon tidak berbuah pada rangkap ketiga, begitu juga pada
rangkap kelima , Sengsara masuk dalam neraka dan Hendak masuk dalam
syurga pada rangkap kelapan.
3. Anafora - Iaitu pengulangan kata pada awal baris. Cntohnya kata tidak ;
Tidaklah semulia bulan puasa; dan tidaklah semulia tuhan yang maha kuasa
pada rangkap keempat dan bayaklah bulan antara bulan dan banyaklah tuan
serupa tuan, pada rangkap keempat.
4. Semile - Contohnya Bagai pohon tidak berbuah pada rangkap ketiga.
5. Repitisi atau pengulangan perkataan dalam baris yang sama. Contohnya kata
bulan dan tuan ; Banyaklah bulan antara bulan dan Banyaklah tuan serupa tuan
pada rangkap keempat.
6. Imej alam atau imejan. Contohnya asam kandis, asam gelugur, pohon, kemumu
( sejenis keladi ) , buah rembega.
7. Perlambangan. Contohnya pintu kubur yang melambangkan usia tua dan
setinggi tegak yang membawa maksud banyak.

3. 0 Analisis Kertas Kajian Komsas


Tajuk : Pelaksanaan Komsas Dalam Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah
Menengah

3.1 Pendahuluan

Rosidah Darus/691022105854 14
Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada
tahun 2000. Dengan ini Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) telah dimasukkan
dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan dapat memupuk minat membaca dan
melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.

Sehubungan dengan itu, saya telah memperolehi satu kajian mengenai Komsas yang
ditulis oleh salah seorang pensyarah bernama Mohd Rasdi bin Saamah dari Jabatan
Pengajian Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Pahang Darul
Makmur.

Kajian yang dijalankan bermatlamat untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap


pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu, mengenalpasti persepsi guru
terhadap minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Komsas serta mengenalpasti
strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran Komsas.

3.2 Latar Bekalang Kajian

Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah merupakan


tajuk kajian yang dibuat oleh Mohd Rasdi bin Saamah, pensyarah dari Jabatan Pengajian
Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Pahang darul Makmur.

Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penerimaan Komsas oleh para
pelajar di peringkat sekolah menengah. Ia juga akan mengukur sejauh mana
keberkesanan pengajaran-pembelajaran komsas. Melalui kajian ini, pelbagai kelemahan
telah dapat dikenalpasti dan proses penambaikbaikan telah, sedang dan akan dilakukan
untuk mencapai obektif pengajaran komsas.

3.3 Kaedah Kajian

Rosidah Darus/691022105854 15
Saya mendapati kajian mengenai pelaksanaan komsas di sekolah menengah telah
menggunakan kaedah bentuk tinjauan. Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan oleh
penulis, saya boleh menyimpulkan bahawa terdapat beberapa persoalan kajian yang
berkaitan dengan persepsi guru, pelaksanaan , strategi dan minat pelajar terhadap
Komsas..

Seramai 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di Kelantan telah
dijadikan subjek kajian. Ini kerana 30 orang guru tersebut berpengalaman dan terlibat
secara langsung dengan pengajaarn Komsas

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Saya percaya alat ini
mampu memberikan data yang lebih lengkap dan menyeluruh. Soal selidik kajian ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaiatu maklumat latar belakang guru dari segi jantina,
taraf pendidikan akademik dan pengkhususan, dan pengalaman mengajar Bahasa Melayu.

Instrumen kajian itu juga mengandungi item-item berhubung dengan persediaan guru-
guru Bahasa Melayu dalam pengajaran komsas, persepsi guru terhadap minat pelajar
dalam pengajaran Komsas, strategi guru dalam pengajaran komsas, minat guru terhadap
pengajaran komsas, peruntukan waktu mengajar komsas, kursus pendedahan tentang
pelaksanaan komsas dan kesesuaian kandungan tersebut kepada guru-guru yang
menghadirinya.

3.4 Dapatan Kajian

i) Minat Guru Terhadap Pengajaran Komsas


Berdasarkan kajian selidik yang dilakukan,, saya mendapati hampir keseluruhan guru
berminat terhadap pengajaran komsas. Mereka mengajar komsas kerana mempunyai
pengkhususan dalam bidang kesusasteraaan.
Namun begitu, terdapat juga guru yang berminat mengajar komsas walaupun tidak
mempunyai pengkhususan dalam bidang kesusasteraan. Ada juga hanya berminat
mengajar Bahasa Melayu tanpa komsas. Namun begitu ada juga yang tidak berminat

Rosidah Darus/691022105854 16
mengajar komsas kerana beranggapan bidang kesusasteraan asing bagi mereka dari segi
konsep dan kefahmanan isu kandungannya.

ii) Persediaan Guru Mengajar Komsas

Saya juga mendapat guru-guru Bahasa Melayu melakukan persediaan yang cukup
sebelum mengajar Komsas. dengan mengkaji dan membaca terlebih dahulu semua teks
Komsas sebelum mereka mengajar mata pelajaran tersebut.

Guru-guru Bahasa Melayu bersetuju bahawa mereka perlu merujuk buku-buku lain selain
teks komsas demi untuk melengkapkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu yang melibatkan komsas. Ia bertujuan untuk mewujudkan iklim
pengajaran-pembelajaran kondusif dan bermakna.

iii) Minat Pelajar Terhadap Komsas

Berdasarkan kajian tersebut, saya boleh katakan minat para pelajar mempelajari komsas
disebabkan ia termasuk dalam peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Tidak kurang pula
terdapat para pelajar mengatakan komsas amat membosankan untuk dipelajari mereka.

Keadaan ini tidak menghairankan kerana Komsas tidak dijadikan mata pelajaran wajib
tetapi hanya mata pelajaran elektif. Murid-murid aliran sastera kurang berminat
mempelajarinya. Begitu juga para pelajaran aliran sains yang beranggapan Komsas tidak
mempunyai kepentingan kepada mereka. Keadaan ini berlarutan dan terpaksa dihadapi
oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Komsas.

iv) Strategi Pengajaran-Pembelajaarn Komsas

Rosidah Darus/691022105854 17
Kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu kurang mahir menggunakan
pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran-pembelajaran Komsas yang
suai untuk menarik minat para pelajaran Mereka hanya menggunakan pengajaran-
pembelajaran tradisional tanpa menwujudkan situasi budaya berfikir kalangan murid-
murid.

Guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar Komsas perlu menggunakan pelbagai


pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan objektif dan isi pelajaran
komsas. Jika perancangan yang dilakukan betul, saya percaya para pelajar akan lebih
berminat untuk mempelajari pelbagai hasil kesusasteraan melayu yang tinggi estatikanya.

v) Peruntukan Waktu Mengajar Komsas

Ramai guru-guru Bahasa Melayu menyatakan peruntukan waktu pengajaran-


pembelajaran komsas tidak mencukupi. Peruntukan Komsas hanya diperuntukan selama
2 waktu seminggu di peringkat sekolah menengah.

Mereka percaya jika keadaan berterusan, minat para pelajar untuk mempelajari komsas
akan terjejas. Ini kerana para pelajar bukan sahaja membaca dan memahami pelbagai
karya komsas malahan turut mengkaji seni bahasa dan sistem bahasa yang terdapat di
dalamnya.

Kementerian Pelajaran Malaysa juga seharusnya memperbanyakkan kursus yang


berkaitan dengan komsas. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam
kepada guru-guru Bahasa Melayu berkaitan dengan falsafah, kurikulum dan pelaksanaan
komsas.

3.5 Kesimpulan

Rosidah Darus/691022105854 18
Pengajaran-pembelajaran komsas bukan sahaja untuk menjadikan bahan sastera sebagai
agen memupuk minat membaca kalangan para pelajar. Ia juga bertujuan untuk
memartabatkan karya sastera tersohor tanah air.

Ramai para pengkaji sastera mengatakan menyatakan sastera dapat digunakan untuk
meningkatkan dan menggalakkan pembelajaran Bahasa Melayu. Mereka bersependapat
bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks
sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun
pragmatik.

Justeru itu pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia amat kena pada masanya. Namun demikian di sebalik
pelaksanaannya timbul pula pelbagai masalah yang dihadapi pelajar serta guru.
Pelaksanaan komsas di peringkat sekolah rendah pada tahun 2011 amat dialu-alukan. Ini
membuktikan maruah pelbagai karya sastera tanah air telah diangkat ke peringkat
tertinggi dalam masyarakat.

3.6 Cadangan-cadangan

Beberapa cadangan dianggap penting bagi mengatasi masalah atau isu-isu yang timbul
setelah Komsas dilaksanakan sebagaimana yang telah dibincangkan dalam kajian ini.
Antara cadangan-cadangan tersebut seperti berikut:-
i) Kandungan Komsas dalam Bahasa Melayu hendaklah dikaji semula
dengan memilih hanya genre novel dan cerpen yang bermutu sahaja

ii) Kandungan bagi sesetengah genre hendaklah dikurangkan untuk


disesuaikan dengan peruntukkan waktu mengajar komponen tersebut dalam
seminggu. sahaja bagi setiap kelas untuk mengelakkan guru terlalu mengajar
sukatan pelajaran.
.

Rosidah Darus/691022105854 19
iii) Pelbagai pihak berkaitan pendidikan perlu mengadakan seminar, bengkel
dan ceramah sebagai pendedahan tentang komsas kepada guru-guru Bahasa
Melayu.

iv) Pihak berkenaan juga perlu menerbitkan satu buku panduan tentang
Komsas sebagai buku pegangan yang mengandungi garis panduan kepada
guru-guru Bahasa Melayu. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan guru
dalammentafsirkan perbezaan antara pengajaran Komsas dengan pengajaran
Kesusasteraan Melayu.

v) Pihak sekolah perlu membuat pemantauan tentang pelaksanaan komsas di


sekolah supaya dapat dijalankan dengan berkesan.

vi) Panitia Bahasa Melayu perlu mengambil peranan pro-aktif untuk


merancang pelaksnaan komsas dengan Berjaya dari segi penyediaan modul
bersepadu. Jawatankuasa panitia perlu berbincang untuk memantapkan
pelbagai pendekatan proses pengajaran-pembejalaran yang berkesan.

Rosidah Darus/691022105854 20
Rujukan

1. Kamaruzaman Ismail, 2010. Jom KOMSAS Komponen Satera Tingkatan 1, Info


Didik Sdn.Bhd. Petaling Jaya , Selangor.

2. Nadzeri Isa, Dr. 2008. HDM/HBML Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa


Melayu, Kuala Lumpur, Open Universiti Malaysia.

3. Kasut Kelopak Jantung . 2009, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

( BBP )
5. docstoc.com/docs/21125137/KEFAHAMAN-GURU-TENTANG-KONSEP-
KOMPONEN-KE... - 82k - Cached

6. apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf - 324k - Cached

7. docstoc.com/docs/20628934/PELAKSANAAN-PENGAJARAN-DAN-
PEMBELAJARAN-BAHASA-MELAYU-KAJIAN... - 82k - Cached

Rosidah Darus/691022105854 21
RUJUKAN

1. http://khirkassim.blogspot.com/2008/05/teknik-p-komsas-pmr-dan-spm.html
2. http://www.scribd.com/doc/16591090/Rancangan-Pelajaran-bahasa-Malaysia-
Tingkatan-4
3. Antologi Anak Laut Tingkatan 4
4. Analisis Komprehensif Anak Laut – Cerdik Publications

Rosidah Darus/691022105854 22

You might also like