Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Punca Berlakunya Rasuah Dan Kesan Buruk Perbuatan Tersebut

Punca Berlakunya Rasuah Dan Kesan Buruk Perbuatan Tersebut

Ratings: (0)|Views: 241 |Likes:
Published by Akma Hamen

More info:

Published by: Akma Hamen on Sep 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/24/2014

pdf

text

original

 
Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhiseseorang supaya memenuhi keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah muladiperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai “sidepno-shito” yang bermaksud ‘wang dari bawah meja’. Apabila disebut sahaja rasuah,terbayanglah kepada kita ada dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima.Menyedari betapa seriusnya keadaan ini, Perdana Menteri Malaysia kelima, TunAbdullah bin Haji Ahmad Badawi, berikrar untuk membanteras perbuatan rasuahhingga ke akar umbi. Hal ini kerana rasuah adalah umpama barah yang akanmeruntuhkan negara jika tidak dibendung dengan segera. Terdapat beberapafaktor yang menyebabkan seseorang individu mudah terlibat dengan rasuah.Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah
kepimpinan seseorang individuyang lemah
. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakinpada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukanrasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti hartabenda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telahmembuktikan bahawa bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbangekoran perbuatan rasuahnya dalam skandal ‘Water Gate’. Ada kalanya penerimarasuah dianggap
sebagai kerbau dicucuk hidung
nya dan mudah patuh dengankehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakathilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi berkenaan.Pada masa yang sama,
kurangnya didikan agama dan didikan moral
mendorong berlakunya perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yangtidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong.Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada
 
dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidakmemikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individuyang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah sertabalasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.
Rasuah juga berlaku kerana
wujudnya birokrasi dalam sistempemerintahan
yang secara
 
tidak langsung memberi peluang kepadapegawai-pegawai kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambilkesempatan
.
Hal ini berlaku kerana proses pengurusan pentadbiranterpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku, sudahtentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lamaatau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segeramenyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhandengan harapan pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerimarasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkanperasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat denganrasuah.Di samping itu, amalan rasuah turut meninggalkan pelbagai kesan. Malah,amalan rasuah jika tidak dicegah akan terus merebak dan membawabanyak kesan negatif kepada individu, masyarakat ataupun negara.
Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina olehmasyarakat
. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa,sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain.Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesanburuk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara. Masyarakat perlumengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi‘barah’ dalam masyarakat.
 
Sebenarnya, jika perbuatan rasuah tidak dibendung,
kehidupanmasyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu
dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar.Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi kucar-kacir danhancur seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar duniaseperti di Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukansahaja akan dipandang serong oleh negara lain. Malahan, hubungandagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akanterjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut. Oleh itu,perbuatan rasuah yang
bagaikan duri dalam daging
hendaklah dibanterassejak awal lagi.
Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perludibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa.Adakahkita rela melihat tabiat buruk ini terus menular? Tegasnya, adalah penting bagisemua pihak untuk melaporkan gejala rasuah kepada Biro Pencegah Rasuah(BPR). Islam mengharamkan umatnya memberi dan menerima rasuah. Jika kitasayang akan negara kita, cegahlah rasuah sebelum parah. Sesungguhnya,amalan rasuah hanya menjual prinsip, maruah dan harga diri!

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Hamidah Yusuf liked this
yenying liked this
Habibur Rahman liked this
mzaili liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->